Plaza Premium Lounge Penang 'Pit-Stop' Terbaik Sebelum Berlepas

Tahun 2018 adalah tahun keempat aku memilih Plaza Premium Lounge (PPL) sebagai tempat untuk aku berehat sebelum aku berlepas menaiki kapal terbang. Setakat ini aku dah pernah ke PPL KLIA, KLIA2, Singapura, Aerotel KLIA2 dan termasuklah yang terkini di Lapangan Terbang Antarabangsa Penang 




Pengalaman Flight Delay Di Penang 

Nak jadikan cerita, sebelum tibanya di Lapangan Terbang Penang ini, aku dah memang sedia maklum akan berhenti seketika di PPL Penang sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Flight aku dijadualkan berlepas pada jam 4.30 petang. Alih-alih puku 11.30 pagi tu aku dapat mesej dari AirAsia, flight delay sehingga lewat petang which is pukul 6.30 petang. 



Masa itu perasaan dah bercampur baur, yer lah kalau boleh nak balik on time tapi tak adalah upset sangat mujur ada PPL Penang, jadi bolehlah aku berehat disitu sambil minum sebentar. 

Plaza Premium Lounge Penang 'Pit-Stop' Terbaik 


Kenapa aku suka berehat disini? Selain dari suasana nya yang tenang korang juga boleh manjakan diri korang dengan makan dan minum sebanyak mana yang korang inginkan dengan satu harga. 


working station! 

Malah kalau korang nak makan ala-carte, boleh je order dengan dorang dan akan siapkan dalam kadar segera. 




Selain makan dan minum, korang juga boleh ambil kesempatan untuk freshen up badan korang dengan mandi di dalam lounge ini. Jadi ada kawasan untuk makan minum, mandi, dan duduk berehat.  Sebab itulah namanya Plaza Premium Lounge kerana mereka menyediakan lounge yang cukup selesa dan berbaloi dengan harga nya. 






Plaza Premium Lounge Serata Dunia! 

Untuk korang yang tidak tahu, PPL ini ada di serata dunia dan juga kebanyakan lapangan terbang iaitu di lebih 160 lokasi, 40 lapangan terbang antarabangsa dan di 21 negara. Jadi untuk korang ada masalah penat, flight delay, PPL adalah pilihan yang terbaik dan sentiasa menjadi MY ALL TIME Fav! 



Terima kasih Mr John, Mrs Lin, Aerotel KLIA2, PPL KLIA2 dan PPL Penang untuk perkhidmatan yang terbaik! 

Untuk maklumat lanjut layari : https://www.plaza-network.com

19 comments:

Illya LeYa said...

Wahhhh...best... LeYa tak pernah lagi berehat di situ. Terima kasih info ni.. Dah tahu laa nanti bila flight delay, boleh berehat kat mana..hehe..

Zharif Azis said...

Nampak selesa betul ye lounge yg disediakan. Bercirikan kemewahan. Takut nak masuk tempat mcm nie. Rasa mcm xlayak pulak. Hihi. Anyway, makanan2 tu nampak sungguh menyelerakan

Kylie Cre8tone said...

tak pernah pun i masuk plaza premium ni.. tapi boleh tengok gambar kat ur post pun memang nice..

Fadzi Razak said...

Boleh mandi sekali? Best gila. Itu lah kan, kalau duduk lepak lepak tak ada buat kerja, badan pun penat jugak. Dapat mandi hot shower pun best jugak.

JMR said...

memang selesa la ada liunge macam ni..takde terasa bosan menunggu kan. boleh buat aktivit online sambl buat duit kan bro..

Dunia Farisya said...

melopong gak menunggu kalau flight delay kan khai.nasib baik ada lounge macam ni.jadi duk lama2 pun xpe.tapi jangan sampai terlepas flight dah haha.

Faries said...

Plaza premium lounge mmg tawarkan servis terbaik sebab pernah cuba PPL di Klia 2. Kemudahan lengkap dengan harga berpatutan. Kt Penang mcm best jugak je .

Sherry Go Sharing said...

I like visit your blog, always got nice pics of food. Now feeling hungry, shall tell my dear where to visit for food next time. We haven't been to this lounge in Penang.

Mawardi Yunus said...

wah selelsa betul nampak Plaza premium lounge ni. Tak sangka dia ada di Penang jugak. Ingatkan ada di KLIA dan KLIA 2 je.

Dik bee said...

Mujur la ada PPL, kalau tak mau mereput kat epot.. hehe.. Pernah stay kat PPL Klia2. Best dan sangat selesa. Paling best sebab makanan dia sentiasa ada..

idayu nim said...

Aduhaiii syoknya kalau dapat singgah kat sini. Silap2 bleh mintak flight delay plak sebab nak lepak kat PPL ni. Makanan dia pun nampak sedap sangat.

Mimi Azirah said...

Kalau macam ni punya selesa, flight nak delay lama pun tak apa. Hahaha.. Dahlah selesa tenang pula tu. Kalau saya mahu dah membuta.. Makanan yang ada pun nampak sedap dan memyelerakan. Memang terbaik lah

Hanny Abdullah said...

Perghhh dah nampak cam executive lounge dah..tgok Khai pun dah cam Dato2 gitu..hehehe. Nanti kalau sis kemana mana n flight delay, bolehlah sis cuba lounge ni...nampak selesa sangat kan

Mama Hakim said...

Dapat duduk di lounge yang selesa ini memang best, kalau kita jenis ramah dan tak malu berbual. senang tambah kenalan

Mazni Azmi said...

Selalu travel naik kapal terbang boleh lah lepak di tempat macam ni. Ada banyak perkara kita boleh buat kan

Nadia Johari said...

Wah terbaikla ada tempat macam ni..senang la kan sambil tunggu penerbangan..takdelah rasa bosan duduk melangut je kan./.hehe

Emilinda said...

Lol serious selama ni tak tahu langsung tentang kewujudan PPL ni. Selalu klu flight delay or flight awal pagi, duk lepak2 kat mana2 ruang kosong je. Hehe. Next time blh try.

Lia Hasty said...

Plaza Premium Lounge ni memang Lia selalu nampak kalau naik flight dari Penang Airport. Lia kalau flight delay boleh je balik rumah. sebab airport dekat sangat dengan rumah,

Aliff Zainal said...

Nampak sangat premium lounge nya! Sangat selesa walaupun tgk drpd gambar je. Kalau felay tak de lah ralat sangat kan nak melepet dekat area airport tu. Boleh lepak2 dan makan disinj, mudah.