Steamboat Sedap Dan Murah Di Shah Alam

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama aku datang ke sini. Sejak beberapa tahun yang lalu D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat ini sering kali menjadi pilihan aku untuk mencuba aneka steamboat. 




Beberapa Penambahan Pengubahsuaian Menu 

Kali ini aku sempat datang lagi kesini setelah sekian lama tak menjamah steamboat. Diet pun tolak ketepi nak makan punya pasal LOL. Dari segi pemerhatian aku terdapat beberapa penambahan dan pengubahsuaian menu. Apa yang ditambah? Kalau dulu banyak pilihan steamboat dari grill. Sekarang kedua-dua pilihan dah sama banyak! 



Yang berubah pula, dulu ada skewer tapi sekarang dah tak ada. Barangkali sebab kawasannya yang tak berapa sesuai menjadikan skewer terpaksa dihentikan. TETAPI! haa nampak tak capslock disitu! Sekarang ini pengunjung boleh nikmati Teppayanki yang disediakan panas dan segar setiap hari. Too bad time aku pergi belum start lagi promosi ini.



Nasi Lemak D'Kayangan Mesti Cuba

Selain daripada aneka steamboat dan grill, korang mesti cuba Nasi Lemak dorang yang dikatakan sedap! Disebabkan aku tengah control makan dan tak nak lepaskan peluang, aku rasalah sedikit nasi lemak dia.



Sambal dia sedap! Sebagai peminat nasi lemak aku approved dorang punya nasi lemak. Cumanya kalau ada telur mata atau telur rebus yang dah siap, confirm lagi padu. Selain nasi lemak, pilihan nasi beriani, koeytiaw goreng, 12 jenis aiskrim juga ada disini! 






2 Pilihan Sup

Mesti korang tertanya bukan berapakah pilihan sup yang ada disini? Restoran ini masih mengekalkan dua pilihan sup iaitu sup ayam dan sup tomyam sebagai rebusan steamboat. So far tomyam dia sedap dan sesuai untuk korang yang suka pedas! 



Aneka Sos 

Selain dari pilihan sup, untuk pencicah pula tersedia pelbagai pilihan sos. Macam aku pergi haritu ada sos cili, sos cili thai, sos lada hitam, sos yong tau foo dan banyak lagi! 







Untuk menu grill dia ada macam-macam pilihan ayam, daging,  sotong, kerang, udang pendek kata semua ada! Tapi aku agak kecewa dorang punya Cappucino meat tak ada hari tu sedangkan yang tu sedap gilos. 

Kemudahan 

Okay bercakap pasal kemudahan, jangan cakap dekat sini semuanya sudah tersedia! Ruang parkir yang luas, kemudahan surau serta boleh memuatkan 600 orang dalam satu masa. 




Boleh pilih nak makan dalam berhawa dingin atau di luar. Kalau aku suka di luar, lagi fresh! hehehe

Harga D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat 



Boleh dikatakan harga disini masih lagi murah dan berbaloi dengan pilihan yang ada. So dah baca semua nanti bolehlah set tarikh dan makan bersama keluarga ya! 

Dewasa RM 33.00 nett
Kanak -kanak RM 12.50nett
Kanak-kanak bawah 4 tahun : PERCUMA 

Masa perniagaan : 
Isnin - Jumaat : 5pm to 11.30pm
Sabtu & Ahad : 3pm to 12am

*Penambahbaikan 

As usual, aku tak nak korang hentam aku sebab tipu atau cuba selindung atau apa. Aku harap pihak restoran akan take note dengan perkara ini ya. Overal yang lain tip-top

  • lantai terlalu licin - alasan pekerja sabun yang digunakan. Actually tu kesan percikan minyak dan anak Afzal dua kali terjatuh sebab licin. Tidak perlu tipu dan jujur sebab customer akan faham. Barangkali tiles tersebut boleh digantikan dengan lantai getah. 
  • Ada sesetengah macam kurang sedikit fresh. Harap akan ada pemantauan dari semasa ke semasa
  • Peminta sedekah keluar masuk - rasanya pihak restoran boleh ketatkan rules dimana larangan peminta sedekah patut diletakkan. at least ada sticker ke apa sebab pelanggan rasa tak selesa bila peminta sedekah ni masuk dan meminta sedekah waktu makan. 
Lokasi : Acapella Service Apartment, Seksyen 13 Shah Alam (Bersebelahan Hayaki) 

20 comments:

adianiez AIDA said...

grill & stimbot mcm trending now.
kat melaka pun semakin byk kedai gini wujud.
aida sgt suka. ari tu di cameron highlands, mcm nak try, tapi tak sempat :)
yg ni, aneka pilihan makanan nyer ya Allah, byk.
pe teringin sure ada kan. makan sampai kenyang bebeno ni.

Ezna Ahmad Khalili said...

Suka steamboat. Tak pernah try kat sini. Harga pun ok lah kan. Banyak juga pilihan dengan harga yang ditawarkan....

Ciklily Putih said...

aduimak sedapnya stramboat, terus lagi lapo dibuatnyer ni lah

rohani ani said...

Terbaik meriahnya menu yang ada. Keluarga saya memang suka lah kalau menu yg banyak macam ni terutama anak2 la. Harga dia biar betul murah dan berbaloi sangat. Mesti cuba ni... insyallah.

rohani ani said...

Terbaiklah... dengan menu yang ada sangat meriah. Keluarga saya memang suka lah kalau dapat menu yg banyak macam ni. Harga dia biar betul? Sangat berbaloi. Mesti kena cuba ni. Insyallah.

Nadia Johari said...

yes, steamboat dekat sini sedap..pernah makan beberapa kali juga..murah juga dekat sini..woah ada teppanyaki..terbaikla..alahii..kesian jasmeen jatuh..kena amik tau orang nya ni..

Auni Sofea said...

Alahai..baca artikel ni awal2 pagi masa perut kosong memang menyeksakan. Nasi briyani tu nampak sedap, steamboat pun nampak sedap. Even nasi lemak yang biasa makan tu pun nampak sedap >_<

Emilinda said...

Sama la. emi pun asyik bersteamboat kat sini sejak beberapa tahun ni. weekend ni mak dtg kl, cadangnya nak bawak dia makan kat sini jugak, hehe.

Rodiah Amir said...

Banyak nya pilihan dia. Nampak sedap semuanya. Memang ramai yang dah pergi tapi masih belum dapat rasa walau dekat je. Harga pun not bad. Lagi bagus Restoren take note dan pasti akan lebih ramai pengunjung datang.

iffah hussin said...

Dua minggu lepas saya pergi satu family dekat Dkayangan ni, memang puas hati makan dekat sini. Banyak pilihan seafood segar dan makanan yang siap dimarined tu mmg sy suka sekali! Nanti nak repeat lagi dekat sini

AyuArjuna BiGoshh said...

Akk suka juga makan kat sini sbb banyak pilihan makanan dan sedap juga. Cuma dah lama x pergi sini, ingat nak bawa famili dtg makanan sini la nanti

qaseh dalia said...

Bahaya jugak lantai licin sebab budak2 suka berlari , tapi pernah datang sini not bad , bahan pun banyak

Maha Mahu said...

D'kayangan ini adalah salah satu lokasi untuk steamboat dan BBQ pilihan kita juga dah pergi banyak kali kat sini hehehe memang menarik dan best juga...

Lia Hasty said...

Lia pernah cuba Dkayangan stemboat ni tahun lepas. Suka sangat grill ni. Menu banyak pilihan dan sedap pulak tu. Rasa nak pergi lagi.

Cik Min said...

Heyyyy makan tak hajakkk kte hahah..pernah gak beberapa kali dulu makan kat sini tp dah lama sgt wakkk zaman keje opis kat shah alam dulu heheh nnt nak gi la

Solihin Wahid said...

terbaik.. kalau datang shah alam wajib singgah sini. bagus ada entry mcm ni. senang ngan mudah dapat info mana yang terbaik.

Syafiera Yamin said...

i ingat kalau ke Shah Alam i mungkin akan ke sini lagi sebab harga dia murah ! tapi cepat kenyang sikit... memang best suka sangat.. tapi hari hari dok penuh je orang ... dari petang sampai malam ramai mungkin sebab harga yang ditawarkan murah heee

Betty Liew said...

I have tried once their buffet and it really tasting. The best part they offers variety of choices with reasonable price. Will visit the restaurant again.

dr-Life said...

steamboat sedap dan murah - this title memamg dah menarik perhatian saya... tak sabar to check this place out with my Muslim Friends

Sarah Amirudin said...

wowww sedapnyaaaa tgk gmbar gmbar ni. terus rasa lapar. nk kena ajk husband pg mkn sini lah haha