Total Pageviews

Mahu Belajar Mengaji Dengan Mudah? BeanaHomeQuran Sedia Membant


Bilakah kali terakhir korang mengaji? Sedar tak sedar, diam tak diam sebenarnya kita banyak terleka. Kalau dulu masa kecil-kecil kita sering kali ke kelas mengaji untuk mempelajari bacaan Al-Quran dan tajwid, kini apabila meningkat dewasa semakin jaran untuk mengaji. 



Jujur aku cakap, aku pun alami perkara yang sama. Rindu sebenarnya nak mengaji dan diajar oleh mereka yang berpengalaman. 

BeanaHomeQuran Sedia Membantu 

Untuk itu, suka aku nak kongsikan pada korang semua mengenai kelas mengaji yang berkonsepkan home tutor. Dengan peredaran arus semasa sekarang, ramai daripada kita yang sibuk dan tiada masa untuk ke mana-mana kelas, apatah lagi jika terdapat kekangan dari segi jarak. 

Dalam pada itu, BeanaHomeQuran telah memberi kemudahan kepada mereka yang ingin belajar mengaji terutamanya remaja macam aku yang kononnya 24/7 terlalu sibuk. 

Kelas Mengaji BeanaHomeQuran Tersedia Untuk Golongan Remaja 



Tipulah aku cakap kalau korang tak ada perasaan malu untuk belajar mengaji balik, apatah lagi nak pergi ke kelas bukan? Mesti dalam kepala akan terfikir ‘aku sorang je ke yang paling tua? macam mana kalau orang sindir? 

sebenarnya aku pun waktu itu terfikir hal yang sama. Kini usah risau, kerana kelas mengaji BeanaHomeQuran ini tersedia untuk semua golongan termasuk remaja. 

Bukan itu saja, mereka juga akan datang ke rumah korang mengikut masa yang telah ditetapkan oleh korang sendiri. Perasaan malu dengan orang lain juga tidak akan dihadapi kerana korang akan belajar mengaji ini dengan ustaz dan ustazah yang diiktiraf dan professional. Sukanya aku bila dapat tahu BeanahomeQuran menyediakan perkhidmatan mengajar mengaji di rumah

Belajar One-To-One Lebih Bagus Berbanding Secara Kumpulan 



Meskipun malu untuk mengaji secara one-to-one dengan para pendidik ini, percayalah itu hanyalah sementara. Belajar secara perseorangan dengan pendidik di BeanaHomeQuran ini sebenarnya akan lebih berkesan. Kenapa Antaranya korang akan 

· Dapat fokus pada bacaan

· Tidak terlalu tergopoh gapah mendapatkan tunjuk ajar

· Bacaan dan tajwid dibimbing dengan penuh teliti 

· Dapatkan nasihat secara terus 

Tidak dinafikan belajar secara berkumpulan akan lebih seronok dan bersemangat. Namun percayalah berdasarkan pengalaman korang terdahulu adakah ianya 100 berkesan? tidak bukan? Tetapi jangan risau, kalau korang masih nak belajar secara berkumpulan, boleh je! Minimum lima orang dalam satu kumpulan ataupun maksimum sepuluh orang dalam satu kumpulan dengan seorang tenaga pengajar. 

Harga Kelas Pengajian BeanaHomeQuran 

Beana yang mula beroperasi pada tahun 2017 menawarkan harga yang cukup berpatutan dengan serendah RM enam puluh. Namun begitu, harganya juga bergantung pada ketetapan umur,bilangan pelajar, jumlah jam, hari pembelajaran dan masa yang diambil untuk sesi pembelajaran. 

Kelas Pengajian Yang Ditawarkan 

Selain kelas mengaji, disini juga menawarkan kelas-kelas pengajian yang lain tau mengikut keperluan korang seperti

  • Kelas Fardhu Ain
  • Kelas Tasmi'
  • Kelas Tahsin Ibadah
  • Kelas Bahasa Arab
  • Kem Cuti Sekolah

BeanaHomeQuran ini meliputi kawasan-kawasan di sekitar kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja. Insyallah mungkin suatu hari nanti akan meluaskan cawangan mereka di seluruh Malaysia kelak.

Tutor Beana Diperlukan

Dalam perkembangan lain, Beana juga kini sedang mencari tutor yang berkelayakan untuk menjadi sebahagian besar daripada keluarga mereka. Menurut Beana, sejak tahun 2017 lebih dari 300 orang pelanggan telah berdaftar dengan mereka malah tenaga pengajar juga meningkat seramai lebih dari 100 orang di seluruh Malaysia. 



Kenapa perlukan lebih ramai Tutor? Macam yang aku cakap tadi, memandangkan permintaan kelas mengaji di rumah ini mendapat sambutan yang begitu mengalakkan, jadi mereka memerlukan lebih ramai ustaz dan ustazah yang berkelayakan. 



Jadi kepada korang yang memiliki pengetahuan asas dalam pengajian Al-Quran dan fardhu ain, korang teramatlah digalakkan untuk memohon sebagai tenaga pengajar. Ini kerana terdapat begitu banyak kelebihan yang ada kalau korang menjadi sebahagian daripada pengajar Beana. 

Jadi tunggu apa lagi Tidak kiralah samada korang berminat untuk dapatkan khidmat pengajar Beana atau ingin menjadi tutor, sila rujuk ke laman web berikut. Yang pasti syarikat ini dipercayai dan turut tampil dalam pelbagai media massa. Highly recommend! renung-renungkan dan selamat mengaji semua

Beana Home Quran

(SSM :1255257-H)

No. 7-2, Jalan Sepah Puteri 5/1B

Seri Utama Business Centre Kota Damansara

47810, Petaling Jaya

Selangor

Email

beanahomequran@gmail.com

Contact Person

Nadhirah 011-5223411 (Bahagian Klien)

Sofea 011-373919050 (Bahagian Tutor)

Laman Web




3 comments:

Sis Lin said...

Mudah dan senangkan..
Tiada lagi alasan..nak seribu daya, taknak seribu dalih...

Tu huruf U pada ayat membantu tu tercicir Khai..

ejulz said...

terbaek :)

Mek Onie said...

Wahhhhh! Ada juga ye servis datang kerumah. Baguslah. Ada yang lebih selesa tutor datang kerumah dan buat personal class mengaji :D