Total Pageviews

Data PUBG Mobile Percuma Untuk Pelanggan Yoodo!

Berita baik untuk peminat PUBG! Ini kerana Yoodo – syarikat telekomunikasi digital pertama yang memperkenalkan data  (PUBG) MOBILE Add-on.  Jadinya dengan data tambahan ini, pemain di Malaysia boleh bermain permainan terkenal di dunia ini sepuas-puasnya. 



Data PUBG Percuma Untuk Pelanggan Yoodo


Kenapa aku cakap macam tu? Sebabnyaa untuk data Add-On ini, Ketua Pegawai Yoodo, Chow Tuck Mun berkata data ini penambahan ini adalah percuma untuk semua pelanggan mereka! Jadi korang tak perlu risau dah  fikirkan data akan habis bagai. Best kan? Ditambah pula dengan liputan 4G yang meluas, memang pakej terbaik lah! 

Kejohanan PUBG Mobile Malaysia Meriah!

Kalau nak tahu pengumuman ini dibuat semasa Kejohanan Kebangsaan PUBG MOBILE Rasmi Pertama Malaysia (PMNC). PMNC ini telah dianjurkan oleh PUBG Corporation dan Tencent Games, Yoodo pula sebagai Telco Rasmi Digital ini kejohanan.Selama sebulan kejohanan ini dianjurkan dengan empat kelayakan di seluruh Malaysia - di Johor, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur, yang menampilkan 256 pasukan atau lebih 1,000 pemain.  



Acara kemuncaknya telah berlangsung di Sunway Velocity  dengan menyaksikan pasukan Gank.FTY membawa pulang wang tunai RM20,000 dan Pelan mudah alih 1 tahun percuma dari Yoodo.



Memeriahkan acara final tersebut beberapa seleberiti terkenal turut bersama-sama memeriakan lagi acara tersebut seperti Luqman Podolski, AdibAlexx, Christina Xiao Ting, Liyee dan ramai lagi! 



Cara Add-On Data 

Untuk korang yang tertanya macam mana nak dapatkan data PUBG Mobile percuma ini, pergi ke aplikasi Yoodo kemudian pilih PUBG MOBILE Add-on dari senarai add-on. Dengan itu, korang akan dapat menikmati 20GB data PUBG MOBILE percuma untuk bulan tersebut.



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ciri-ciri tambahan PUBG MOBILE Add-on dan lain-lain daripada Yoodo sila lawati www.yoodo.com.my dan ikuti Yoodo di Facebook di http://www.facebook.com/yoodoMY/.

Untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan PMNC pula  sila layari: www.yoodo.com.my/pmnc2018/.

No comments: