Tempat Menarik Di Kuala Lumpur


Walaupun Kuala Lumpur ni kita dah biasa panggil sebagai kota besar, kalau nak cari kerja yang ada gaji sedap kena cari kat KL, tapi sebenarnya bila dah stay lama KL ni kita pun tak tau apa lagi aktiviti yang kita boleh buat. 

Scoot Flight Pilihan Tepat Untuk Ke Kuala Lumpur 

Apatah lagi orang dari luar KL yang nak turun ke bandar besar ni nak bercuti. Actually banyak je tempat yang mungkin kita dah tau atau belum tau yang boleh kita pergi. So apa tempat yang best kat KL ni? 



Nah aku kongsikan kepada korang semua supaya korang ada aktiviti masa bercuti buat untuk orang KL ataupun orang dari luar KL. Jauh dari KL? nak naik flight? Korang boleh check out scoot flights nanti. Boleh turun dekat kat KLIA ye.


Tempat Menarik Di Kuala Lumpur

Sebagai seorang manusia ni kita takleh lari dari kejadian Sains. Sains sedikit sebanyak explain pasal camne sesuatu perkara itu berlaku. Kalau korang minat Sains korang wajib pergi ke Pusat Sains Negara yang dibuka pada tahun 1996 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri pada ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Pameran sains kat sini dibahagikan kepada beberapa bahagian berbeza mengikut theme. 

Pusat Sains Negara



Konsep yang digunakan di Pusat Sains Negara adalah untuk menghubungkan penemuan saintifik dengan alam sekitar, nilai-nilai agama, ilmu dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan aplikasinya dalam kehidupan seharian manusia. 



Bagi korang yang tak begitu minat subjek sains pun sure akan excited dengan cara-cara info sains dan teknologi disampaikan kepada uollss di pusat sains ini yang penuh dengan kreativiti. Silap-silap uollss minat pulak Sains lepas ni.

Taman Burung

Pernah dengar taman tasik Perdana KL tak? Kat sini ada Taman Burung yang luasnya adalah  20.9 ekar. Di sini, korang dapat tengok sangkar habitat burung-burung yang eksotik comes from around the world. 



Taman Burung Kuala Lumpur ini boleh dipecahkan kepada 4 zon yang berbeza. Korang dapat enjoy the scenery of burung-burung berterbangan bebas dalam Zon 1 dan Zon 2, di Zon 3 pulak merupakan habitat bagi burung-burung enggang, dan di zon yang terakhir sekali iaitu Zon 4 adalah tempat pertunjukan burung dan juga tempat pembiakannya. 



Lagi satu sebab kenapa korang kena melawat Taman Burung Kuala Lumpur ini adalah kerana ia merupakan yang terbesar di dunia. What are you waiting for bird lovers? Come and have fun!

Taman Rama-Rama 



Kepada peminat butterfly pulak korang boleh pergi ke Taman Rama-Rama yang ada di Taman Botani Perdana KL. Dengan keluasan 80,000 kaki persegi, taman rama-rama ini merupakan yang terbesar di dunia. Korang dapat usha sendiri lebih daripada 6000 spesis rama-rama yang wujud di sekitar tumbuhan eksotik yang dijadikan habitat haiwan yang agak cute ini. 

Walaupun ia merupakan taman yang dikhaskan untuk rama-rama tetapi terdapat juga haiwan lain di sini seperti unggas, penyu, ikan koi Jepun dan serangga eksotik. Selain daripada taman yang dipenuhi haiwan, taman rama-rama ini turut memiliki muzium yang mengumpulkan koleksi rama-rama dan serangga eksotik yang wujud di seluruh dunia. 



Kalau korang dah puas berjalan-jalan melihat haiwan-haiwan ini korang boleh singgah ke kedai cenderamata yang terdapat di pintu keluar untuk membeli spesimen kumbang dan rama-rama untuk dijadikan hiasan ataupun kenangan. Juga salah satu tempat yang boleh tambahkan lagi ilmu pengetahuan uollss tentang rama-rama dan kumbang.

Aquaria KLCC

Last but not least Aquaria KLCC yang terbesar di dunia terletak di dalam salah satu bangunan yang tertinggi di dunia, apa lagi sebab untuk korang tak datang ke sini? Rumah kepada lebih daripada 150 spesis hidupan laut. Yang menjadi main tarikan kat akuarium ini adalah ikan jerung, ular laut, kuda laut dan lain-lain lagi. Experience ke akuarium ini pasti akan menjadi experience yang sangat bermakna buat ahli keluarga korang. 




Selain daripada melihat hidupan-hidupan laut ini yang terbahagi dengan kaca akuarium, korang juga boleh menyertai program Diving with Sharks yang mana sekiranya korang memiliki lesen menyelam korang boleh mendekati jerung ini di dalam air, kalau tak ada lesen pun korang still boleh menyertai program Cage Rage di mana uollss akan dimasukkan di dalam sangkar yang akan diselamkan di dalam air.



Dont worry guys, sebab ikan jerung di akuarium ini telah dijinakkan dan selamat untuk didekati. Pengalaman yang pasti menyeronokkan! So apa tunggu lagi. So start dari sekarang cuba cari cheap flights to Kuala Lumpur.

No comments: