Total Pageviews

Barang Dapur | Shopping Di Segi Fresh Market

Dulu masa aku masih belajar di MSU Shah Alam, Segi Fresh Market antara salah satu pilihan untuk aku dapatkan barang basah. Bayangkan waktu open house raya, sini adalah satu-satunya pasaraya yang jual daging lembu segar berbanding tempat lain yang hanya ada daging kerbau frozen sahaja. 



Terjah Segi Fresh Market Subang Permai 


Sebab itu bila orang cakap Segi Fresh market aku teringat pasal peristiwa raya dulu dan kalau cakap pasal segar yes sesuai dengan namanya. So baru-baru ini, terus terang aku cakap aku dan beberapa orang blogger lain telah ke Segi Fresh Market. Bukan sahaja nak beli barang disitu tetapi juga sebagai 'pengintip' betul ke pasaraya ini segar dan berbaloi harganya.





Selesa Dan Segar 

Untuk itu, Segi Fresh Market Subang Permai telah kiteorang terjah seawal 9 pagi. Ingatkan time tu tak ramai orang, sekali agak ramai juga orang ditambah pula cuti hari minggu. Instead of pergi pasar minggu bersesak dan panas, baik pergi ke sini harga pun lebih kurang dan selesa! 





Since aku tengah jaga makan, so kebanyakkannya aku beli buah dan sayur. Adalah sikit satu dua frozen food sebagai lepas gian. Sampai je terus aku ke bahagian buah. Woi rambang mata! tak tau nak pilih buah apa sebab semuanya nampak sedap dan segar. Ada juga buah yang aku jarang nampak dijual disini especially laici dan limau afrika. So apa lagi selain kedua-dua buah itu, aku sempat ambil anggur hitam tanpa biji yang berharga RM12.00. Sedap,rangup dan segar! 







Pelbagai Pilihan

Selesai buah, aku pergi ke bahagian sayur. Since barang dapur dekat rumah ada banyak lagi. Sayur aku just ambil ala kadar je. Plan nak buat cornflakes salted egg dan juga pasta, so beli lah daun kari, salad, cili Merah, bawang putih, bawang besar, cendawan  total semua tak sampai RM10 pun ya. Ikutkan nak ambil macam-macam tapi orang cakap jangan bazir. 





Pergi ke barang basah pun sama. Rambang mata sebab nampak segalanya murah dan segar. Nak dijadikan cerita aku dah ambil pun udang dan sotong kengkonon nak buat salted egg dan goreng tepung. Penyudahnya aku letak balik. Sebab apa? 





Udang dan sotong frozen dah ada depan mata! Terus aku ambil letak dalam troli. Bukannya apa yang ini sudah siap dibuang kulit dan dibersihkan. tunggu balik digulaikan je bak kata orang. bukan pemalas ya .awas! 




Kengkonon nak beli sikit penyudahnya aku beli dekat RM150 juga. Nak tahu aku beli apa? Nah ini senarainya : 

  • udang frozen siap buang kulit 
  • sotong besar frozen 
  • cendawan 
  • nugget dua peket 
  • bebola ayam 
  • fries 
  • filet ketam 
  • daun kari 
  • salad 
  • anggur hitam 
  • laici 
  • limau afrika 
  • dan banyak lagi! 


Dekat mana ada Segi Fresh Market? Macam yang aku cakap dia ada banyak cawangan. Untuk maklumat lanjut dan cawangan mereka korang boleh check menerusi laman web di bawah! Jangan cakap abam tak payung ya 

Laman web : http://segifresh.com/

18 comments:

zarul farhana said...

Mcm2 ada.. Sng nk cari benda kita nak

Fadzi Razak said...

Hari tu terjebak shopping dekat SegiFresh jugak. bestnya bahagian daging, seafood ikan semua tu. banyak gila pilihan. stok pulak berlambak

Bella Jamal said...

Awak ni memang model untuk Segi ek. Wah padanlah jaga makan, jaga badan..Keep it up. Huntungla penuh dengan stok. Bila nak jemput sis makan-makan. Btw Segi kat KL ni semua selesa dan helok, tapi belah kampung-kampung macam lahar ye. Tiberrrr.

adianiez AIDA said...

aida paling suka gi part brg basah tau.
memang rambang mata.
then, segi ni plak tgk brg basah nyer semua ohsem.
hijau, oren, merah menyala!!! terserlah kesegarannya.
melaka ni aida x pasti kat mana.
nak kena google search. boleh kot terjah.
nearest mall dgn aida now is mydin.
so, weekend wajib la terjah utk beli stok brg basah seminggu :)

Aerill Hassan said...

wahhh banyaknya shopping... saya sebenarnya kurang sikit shopping barang basah haha... tak taulah sebabnya.. mungkin tak reti pilih barang. apa2 pun mcm best je segi fresh ni.. teringin nk pgi... in shaa Allah suatu hari nnti... terima kasih share ya :)

Sebrinah Yeo said...

Saya selalu pegi segi fresh but then the distance is quite far from my place. I wish they had one super near to subang

Mahamahu said...

Hey awas yer shopping kat Segi Fresh tak ajak kita hehehe untung lah sapa yang dapat si abang kacak ni jadi suami dah lah pandai memasak pandai lak beli barang dapur hehehehe isteri kat rumah goyang kaki jer wakakakak tapi betul lelaki sekarang kena pandai shopping barang dapur...

Nadia Johari said...

masing-masing tunjuk supermarket barang mursh..tak leh jadi ni..tadi lulu ni segi pulak..memng kene pergi la ni/.hahaa..topup barg dapur

Hanny Abdullh said...

Memang kalau nak beli barang dapur, sis akan ke Segi Fresh, walaupun tak le dekat gan rumah tapi bila barang dapur habis sis akan ke sana. Dahlah murah, fresh2 pulak tu. Memang berbaloi sgt buat mak2 yg suka memasak tiap2 hari ni..:)

AyuArjuna BiGoshh said...

Soping kat sini mmg best. Banyak barangan segar terutama hidupan laut dijual pada harga yg sangat berpatutan. And kalau datang pagi-pagi lagi best sbb ikan, sayur mmg fresh2. And tak payah pergi psar lagi.

Mat Drat said...

Memang ramai yg suka membeli barang barang masakan dan brg dapur di Segi Presh Market ni. Barangan dan product nampak fresh dan harga pun tak mahal mana

Farhana Jafri said...

makan anggur rangup tak ada biji memang best sebab biji dia pahit buat spoil mood haha selalu jugak shopping barang basah dekat segi sebab fresh & murah

Nadratul Syazwana said...

Syoknya dia shopping. Tengah jaga makan eh? Tengah jaga makan pun habis RM 150, kalau tak jaga makan mesti lagi banyak tu aha. Senang ada udang and sotong frozen tu, tinggal nak goreng jee.

Emi said...

Memang murah2 kan barang dapur kat segi fresh ni. Emi pun suka shopping barang dapur kat sini. dalam 2 minggu sekali beli banyak2 terus barang dapur.

Syamimi Saad said...

Seronok tengok ramai kengkawan dapat beli barang keeprluan kat segi fresh.
Kawasan tempat kita takde.
Kalau ada, memang berpusu pusu la orang tuju.
Kat sini ada pasaraya biasa biasa je.
Kalau tengok sayur pun kadang naik kuning dah tau.
Nak membeli pun pikir bnyk kali.

Mawardi Yunus said...

awak shopping barangan dapur banyak banyak tu nak buat kenduri ke? tengok ramai betol orang shopping barang dapur kt segi ni.

saidila said...

baru jer tadi belanja kat segi sebab segi dekat dengan rumah akak dan harganya juga murah ...berbaloi sangat beli barang dapur kat sini

Sunshine Kelly said...

Wah banyak Barang barah boleh beli kat sana. It's my first time get to know this place got so many types of ikan bilis.