Total Pageviews

Lulu Hyperrmarket Cheras Kini Dibuka

Bercakap mengenai Lulu Hypermarket, ini merupakan salah satu tempat kegemaran aku untuk shopping barang-barang keperluan dapur. Biarpun hanya terletak di ibu kota dan aku stay di Shah Alam, sanggup aku gagahkan diri untuk shopping di Lulu. 




Buka Cawangan Kedua 

Kalau dulu, Lulu hanya ada di  Jakel Mall, Jalan Munshi Abdullah kini lagi best sebab Lulu dah buka cawangannya yang kedua di 1 Shamelin Mall, Taman Shamelin Perkasa,Cheras! Ini bermakna dah ada dua lulu iaitu Lulu Hypermarket Kuala Lumpur dan Lulu Hypermarket Cheras



Diskaun Gila-Gila 

Bersempena dengan pembukaannya baru-baru ini, Lulu Hypermarket Cheras telah mengadakan jualan diskaun gila-gila weh! Aku ingatkan hanya sekadar harga diskaun biasa rupa-rupanya memang murah! 





Siapa yang datang masa perasmian tempoh hari lagi untung sebab 10,000 orang yang terawal telah dapat hadiah istimewa dari Lulu! Dalam majlis itu ianya telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan  Yusuff Ali Chairman of LuLu Group turut turun padang memeriahkan majlis.

Harga Sentiasa Murah 



Ramai orang berkunjung ke sini untuk mengambil kesempatan atas jualan murah yang diadakan termasuklah aku. Masa kunjungan aku ke sini baru-baru ini, harga dia fuh rambang mata! Korang bayangkan 

  • Telur Sepapan 30 Biji dari RM10++ berharga cuma RM5+
  • Rice Cooker cuma berharga RM25
  • Kiwi Zespri Dari RM20++ berharga cuma RM12++
  • Roti Lubnan cuma berharga RM1

Banyak lagi sebenarnya jualan murah disini! Even aku sendiri shopping sakan. Bayangkan aku beli dekat lebih dari 20 barang dan harganya cuma RM150+. Murah kan? 




Untuk korang yang tertanya, ada lagi tak sale selepas ini? Ke setakat opening? Jangan risau weh sebab dekat Lulu harga dorang memang sentiasa murah dari pasaraya lain. Sebab itulah aku suka ke Lulu. Cumanya di Lulu Cheras ini ianya agak kecil berbanding Lulu KL yang mana disini cuma setingkat tetapi di KL sampai 3 tingkat! Fuhh penat berjalan. So lepas ini dah tahu kan nak shopping dimana? Datang je ke Lulu Hypermarket! 

No comments: