Total Pageviews

Serius Sedap! Nasi Burung Sos Limau Merecik Buat Orang Ketagih

Kalau siapa yang follow dan kenal aku, pasti korang tahu cara aku review bagaimana bukan? Kalau sedap aku  confirm akan puji, kalau tak sedap aku akan selit hint untuk cakap kureng tapi tak adalah sampai nak jatuhkan mana-mana pihak ya! 





Kali ini suka untuk aku perkenalkan satu menu yang bagi aku cukup sedap dan unik! Perkenalkan Nasi Burung Sos Limau Merecik. Unik kan namanya? Yes kalau nak tahu ianya merupakan satu set hidangan nasi bersama burung puyuh yang digoreng garing dan dimakan bersama-sama Sos Limau. 

Sos Limau Merecik Buat Orang Ketagih

Seperti namanya 'merecik' aku berani cakap selepas korang pekena sendiri sos limau istimewa ini pasti korang akan ketagih weh. Even time aku taip entry ini pun sudah kecur air liur. Menyesal tak beli sos dia bawa balik rumah! 



Kalau nak tahu, ianya merupakan cetusan rasa air tangan Puan Sheeda Ismail yang mendapat inspirasi untuk menyediakan juadah enak ini selepas makan sajian seumpama ini disebuah lokasi. 




Menurut Puan Sheeda, menu ini begitu sukar untuk ditemui, lepas daripada itu beliau mendapat idea untuk memasak sendiri dan siapa sangka ianya mendapat permintaan yang cukup menggalakan! 

" Sebenarnya saya mendapat idea selepas makan disebuah restoran. Selepas daripada itu, memang susah nak jumpa menu yang seumpama ini. Saya cuba masak sendiri dan jamukan pada tetamu tak sangka pula ianya mendapat sambutan yang menggalakan sampai beberapa kali disuruh untuk cuba membuka perniagaan berasaskan Nasi Burung. Alhamdulillah sehingga hari ini, menu ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan" 

Perkhidmatan Secara Delivery 

Kalau korang nak tahu, Nasi Burung Sos Limau Merecik ini ketika ini belum mempunyai mana-mana restoran tetapi perniagaan ini dibuat dari rumah secara delivery sebab itulah nama syarikatnya adalah DELI NBR yang mana ianya merupakan ringkasan bagi Delivery Nasi Burung Sos Limau Merecik. 




Berpusat di rumah Puan Sheeda yang terletak di Denai Alam, Shah Alam setakat ini kalau korang nak tempah tak kisah korang berada di mana as long di Lembah Klang, DELI NBR akan hantar terus ke hadapan pintu rumah atau syarikat korang! Tapi make sure tempahan korang minima sebanyak 10 bungkus ya kalau sikit ja rugi pula.



RM14 Sebungkus

Pengalaman aku sendiri, tambah dua kali! Nasi yang disajikan bersama bukanlah nasi biasa sebaliknya ianya dimasak dengan rempah istimewa dan setiap hidangan akan disediakan 'Nasi Burung' , seekor Burung Puyuh yang digoreng garing, sedikit ulam-ulaman dan yang wajib semestinya Sos Limau Merecik! Sebungkus menu ini harganya cuma RM14.00 




Ada ambil khidmat katering untuk pelbagai majlis? Ada weh! Jangan risau, just bagitau je dorang berapa pax, dimana dan untuk apa DELI NBR akan sediakan yang terbaik untuk korang.



 Aku difahamkan baru-baru ini pun ada yang ambil pakej katering mereka. Mana nak jumpa menu macam ini weh? So far bagi aku tak keterlaluan untuk cakap Sos Limau Merecik dia memang padu! 

Sos Juga Dijual Atas Permintaan 

Oh ya untuk korang yang tak makan Burung Puyuh, boleh je beli sos ini secara berasingan dalam dua saiz. Saiz kecil sebotol RM15 dan saiz besar berharga RM20. 



Boleh dimakan dengan ayam bakar, daging bakar, ikan bakar atau apa sahaja. Hish kecur lagi air liur aku!  So buat korang yang duduk di Shah Alam & Lembah Klang atau di Melaka boleh tempah sekarang. Sedap baq ang! 

Tel : 013 - 447 1009 / 017 - 312 6765 / 019 - 777 5597 (Melaka-Pn Zalina Ismail)





2 comments:

Mahamahu said...

Ketagih ker awak hehehehe kita pun dah rasa macam nak mengulangi lagi makan kat sana sedap giler...

My New Blogger said...

alahai...tak berpeluang la nak merasa...kita di luar kawasan...