Total Pageviews

10 Tempat Makan Sedap Di Penang | Seperti yang dijanjikan sebelum ini,  nah Budak Pacak bawakan korang senarai Tempat Makan Sedap Di Penang. Ini mengikut pandangan Budak Pacak je lah tak tahu la tekak korang macam mana enn? By the way, sebenarnya terdapat banyak gilos tempat makan menarik dan sedap di Penang, cuma Budak Pacak tak sempat explore habis.


Pergi lah banyak kali pun ke Penang mesti tak puas! Thanks to AirAsia sebab bawakan kiteorang ke sini ( baca entry yang lepas DISINIand gain  fat like a boss hahahaha. Berikut adalah senarai tempat makan sedap di Penang sempena dengan AABC Penang Takeover tempoh hari 


1. Kapitan Restaurant 



Terletak di Jalan Masjid Keling Georgetown , salah satu keunikan yang mesti korang cuba ke sini. Budak Pacak setiap kali datang ke Penang, mesti singgah kesini, kalau tak memang tak lengkap! 






Menu cadangan : Naan Milani . Beriani Chicken Milani dan Manggo Lasi 
Harga : Berpatutan 
Status ; Halal 
Landmark : berhadapan Masjid Keling 

2. Bali Hai Seafood Market 

Dinobatkan sebagai salah satu restoran seafood terbaik di Penang. Pelbagai jenis seafood boleh korang dapatkan disini termasuklah yang eksotik 










Menu cadangan ; Chili Crab , Butter Prawn , Ketam Telur Masin
Harga ; Agak Mahal 
Status : Pork Free 
Landmark : Persiaran Gurney 

3. Nasi Kandar Line Clear 

Haa kalau mai Penang, tak sah kalau tak pekena Nasi Kandaq depa. Nasi Kandar Line Clear salah satu restoran Nasi Kandar yang terkenal di Malaysia. Cukup dengan ambil ayam goreng, sayur, telur masin dan kuah campur dah cukup rasa dia punya 'Kaw' .







Kalau suka udang yang besar tu silakan lah kalau tak siap sedialah yer duit korang kehkehkeh. Untuk pengetahuan korang Nasi Kandar Line Clear cawangan Kuala Lumpur akan dibuka tidak lama lagi di Kg Baru. Anak mami semua bolehlah lepas ni lepas rindu kat sana 

Menu cadangan : Nasi Kandar, Ayam Goreng, Telur masin , sayur campur, kuah campur, Milo Ais 
Harga : Sedikit Mahal 
Status : Halal 
Landmark : Jalan Penang berhampiran Jeruk Pak Ali 

4. Roti Bakar Transfer Road

First time makan dekat sini terus jatuh cinta. Port terbaik untuk pekena breakfast ! 







Menu cadangan : Roti Bakar Telur Goyang , Kuah kari Ayam 
Harga : Murah 
Status : Halal 
Landmark : Tepi jalan,Jalan Transfer 

5. Toh Soon Cafe 

Uniknya cafe ini ianya terletak di lorong. Nak datang ke sini make sure awal kalau tak kena queue tunggu turn nak duduk 


nak mencari Toh Soon Cafe, terjumpa pulak basikal sapa, haha apa lagi kiteorang rembat arh 

full house weh!




Menu Cadangan : Roti Bakar Arang , Kopi kaw 
Harga : Murah 
Status : Pork Free
Landmark :  Jalan Campbell 

6. Mee Sotong


gambar google je ni since last minit tak jadi masuk walaupun dah depan kedai . I is sad :( 


Dekat Penang ni banyak yang menjual mee sotong. Tapi menurut orang dekat sini, yang terbaik adalah di Padang Kota Lama. Mesti cuba ! 

Menu Cadangan : Mee Sotong
Harga : Berpatutan
Status : Halal 
Landmark :  Fort Cornwallis 

7. Rojak Pasembor 





kiteorang siap tapau bawa balik makan kat hotel hahaa


Haa ini pun sama! Kalau datang ke Penang wajib pekena rojak Pasembor di Famous Pasembor Gurney. Nampak semua menarik, tapi kawal nafsu ye sebab bila dia dah potong boleh makan beramai - ramai. jadi ambil yang berpatutan 

Menu Cadangan : Aneka campuran Pasembor 
Harga : Berpatutan 
Status : Halal 
Landmark : Food Court Gurney 

8. Restoran Sup Hameed 





Menurut orang disini, Restoran Sup Hameed menyediakan best soup in town ! Budak Pacak dah rasa memang kaw weh rasa dia. Setiap hidangan sup disediakan bersama roti benggali. Terima kasih Abam Korn sudi bawa jalan - jalan dekat Penang dan perkenalkan restoran ini 

Menu Cadangan : Sup daging dan Sup Ayam 
Harga : Murah
Status : Halal 
Landmark :  Jalan Penang berhampiran Sekolah Convent 

9. Yeng Keng Cafe 

Nama pun syurga makanan, dekat Penang ni banyak gila cafe dan coffee shop yang ada. Pada malam terakhir AABC Penang Takeover sempat jugaklah kiteorang merasa makanan di Yeng Keng Cafe ini yang menyediakan pelbagai masakan baba nyonya dan juga western 


kredit picture : www.mieranadhirah.com


Menu Cadangan : Ayam Durian , Lime Lychee Soda 
Harga : Sedikit Mahal
Status : Pork Free
Landmark :  Lebuh Chulia berhadapan Chulia Mansion 

10. Moustache Houze

Salah satu cafe hipster yang terdapat di Georgetown Penang, Dekoratifnya sangat menarik! 







Menu Cadangan : Greentea Ice Cube greentea cheese cake 
Harga : Agak Mahal
Status : Pork Free 
Landmark :  Lebuh Campbell 


Terlalu banyak sebenarnya tempat makan menarik di Penang ni. Kalau ada rezeki akan Budak Pacak datang lagi dan update yang terbaru

Jutaan terima kasih kepada pihak AirAsia dan Penang Global Tourism kerana sudi menjemput Budak Pacak ke sini. Memang best gilos !! 








untuk follow dan tengok gambar dari blogger lain, korang boleh log in ke Instagram dan cari #AABCPenangTakeOver 





Entry ini dibawakan khas oleh AirAsia dan Penang Global Tourism


BACA JUGA : RESTORAN TERAPUNG PERTAMA DI MALAYSIA ( KLIK SINI)

10 Tempat Makan Sedap Di Penang

by on 10.9.15
10 Tempat Makan Sedap Di Penang  | Seperti yang dijanjikan sebelum ini,  nah Budak Pacak bawakan korang senarai Tempat Makan Sedap Di Pena...
AABC Penang Take Over | Baru - baru ini Budak Pacak  dan beberapa orang blogger dari Kuala Lumpur telah dijemput oleh pihak AirAsia dan Penang Global Tourism sebagai wakil AirAsiaBloggerCommunity (AABC) ke Pulau Pinang bagi memeriahkan lagi AABC Penang Take Over dan Air Asia Battle of The Year 2015 






Dalam adventures kiteorang kali ini...eh jap kenapa adventures? Haa kalau nak tau trip kali ini ada pelbagai task yang kiteorang kena buat meliputi sejarah, budaya , makanan , makanan dan makanan ! Hahahaha saja highlight makanan disitu sebab This Is Penang! Syurga makanan weh . 

Sampai je terus feeling minum jus ahaks 


kafe di Olive Tree Hotel 

Menaiki flight seawal pagi dari Kuala Lumpur , sampai saja disana kiteorang menginap di hotel terbaru di Pulau Pinang iaitu Olive Tree Hotel yang terletak di Bayan Lepas ,Pulau Pinang. .



haa siap bagi kain pelikat kau, So bolehlah buat macam sendiri kehkehkeh 


 Cantik hotel ni , ramai jugaklah yang tak tahu sebab sangat baru.Boleh dikatakan kiteorang antara yang terawal menginap di hotel ini 






Untuk first day, aktiviti bebas untuk kiteorang. So daripada tak buat apa, kiteorang decide untuk buat food trail di bandar Georgetown. Memandangkan hari jumaat, kiteorang pun sampai dah lewat tengahari, So banyaklah kedai tutup sementara bagi menghormati solat jumaat. 








Sempat jugalah kiteorang lunch dekat Restoran  Kapitan untuk merasai sendiri Beriani Chicken Milani. Antara menu yang wajib korang cuba bila datang dekat sini! 


kalau pandai, cuba teka ini apa 




bersemangat haa si MahaMahu makan 

Di sebelah malamnya pula, kiteorang dinner di Bali Hai Seafood Market. Kalau nak tahu restoran ini adalah antara famous seafood restaurant in Penang ! Status restoran ini adalah pork free ya kawan - kawan. 

Itu untuk first day, keesokan harinya. Berbekalkan duit RM 300 untuk satu kumpulan. Kiteorang dikehendaki untuk berjalan dan mencari identiti negeri Pulau Pinang. Dalam satu kumpulan terdapat 6 orang blogger termasuk blogger dari Penang yang turut bergabung membantu kiteorang mencari identiti Pulau Pinang 















bermula dari Restoran Nasi Kandar Line Clear sampailah ke tahap perut kembung tahap maksima sebab asyik makan je. Nampak tak kegigihan disitu? Hahaha.. Habis je adventure, kiteorang terus bergerak ke Queensbay Mall untuk menyaksikan sendiri Air Asia Battle of The Year 2015 







kalau nak tahu pertandingan ini adalah inisiatif anak muda yang berusaha untuk menempatkan diri di World Battle of The Year yang akan diadakan nanti, Serius memang berbakat dan hebat - hebat belaka semua peserta yang sertai pertandingan ini. Tahniah juga kepada AirAsia kerana menyokong dan menaja pertandingan ini 

sila abaikan muka mamat yang sunburn lagi terlebih excited itu 



Sebagai penutup AABC Penang Take Over , satu majlis makan malam telah diadakan di Yeng Keng Cafe & Bar. Sesi cabutan bertuah turut diadakan. Haa bertuah blogger yang menang tiket penerbangan pergi dan balik tu. 

Apapun AABC Penang Take Over  kali ini memang gempak dan havoc gilos ! Terima kasih kepada AirAsia kerana sudi menjemput Budak Pacak untuk trip kali ini.

Jangan lupa untuk ikuti next entry sebab Budak Pacak akan kongsikan Senarai Tempat Makan Sedap di Penang, Nantikan ! 



Entry ini dibawakan khas oleh AirAsia dan Penang Global Tourism

AABC Penang Take Over

by on 8.9.15
AABC Penang Take Over  | Baru - baru ini Budak Pacak  dan beberapa orang blogger dari Kuala Lumpur telah dijemput oleh pihak AirAsia dan...