Total Pageviews

Bercakap mengenai hotel ,mesti korang akan pilih yang convenience selain dari harganya yang berpatutan. Kali ini aku nak share dengan korang mengenai hotel pilihan di Singapura yang aku pergi baru - baru ini. Concorde Hotel Singapore menjadi pilihan. Nak tahu kenapa? Korang kenalah baca sampai habis 




Sebenarnya aku datang ke Singapore ni secara tak sengaja kes silap beli tiket flight. LOL . Aku pilih Concorde Singapore ni sebabnya dia senang access dengan semua tempat. So bila dah lepas imigresen Singapore, terus aku naik bas menuju ke woodlands. Tapi sebab terleka, aku terlajak ke Marsiling, Mujur dekat sini ada MRT. 



So daripada MRT Marsiling , terus ke stesen Somerset. Sebabnya Concorde Singapore terletak di Orchard Road, tapi stesen berdekatan adalah Somerset.



 Dari stesen ni ke hotel korang kena berjalan kaki lebih kurang 5 minit, sederet dengan shopping mall yang terkenal.

Singapore Visitor Centre ni satu baris je dengan Concorde Singapore, kalau nampak landmark ni, dekat dah la tu 


Kalau korang stay dekat Concorde Hotel Singapore ni, tak jadi masalah sebab mall depan, bawah , tepi hotel je. Sangat mudah! 









Dekat Concorde Singapore ni, ada banyak jenis bilik, so bilik aku adalah Premier Club Room dimana sangat banyak faedahnya . Antaranya adalah 

  • korang dapat all access ke semua fasiliti dalam Concorde Singapore 
  • Evening cocktails disediakan secara percuma di Premier Lounge dari jam 6-8 malam 
  • DVD untuk korang tengok ! * based on request 






  • Complimentary Mini bar, laundry , shoe shine service, mineral water 
  • Korang boleh pilih nak sarapan di mana - mana cafe 
  • Boleh lepak sampai lebam dan makan puas - puas dekat Premier Lounge 
Tak cukup dengan itu , setiap kesemua guest room dibekalkan smartphone yang digelar Handy phone untuk disewa yang complete dengan internet dan panggilan tanpa had secara percuma, Korang boleh bawa phone ni kemana sahaja sebagai panduan di Singapore. 




So takperlukan map secara manual lagi kan, sebab dah ada GPS di dalamnya. Disini juga, korang boleh download newspaper dam magazine lebih dari 5000 publication yang berbagai bahasa di lebih 100 negara 





Tak hairanlah jika Concorde Hotel Singapore ini menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan seperti 2016 Trip advisor Certificate of Excellence , Outstanding Individual Award from the National Safety and Security Watch ( NSSWG) , Best Wedding Setting Venue Award 2016  dan Best Wedding package, privileges award 2016 


Concorde Hotel Singapore best! 

Untuk maklumat lanjut 

Concorde Hotel Singapore 
100 Orchard Road 
Singapore  238840 

Instagram : @concordehotelsg 
Website : www.concordehotel.com.sg 

Hotel Pilihan Di Singapura

by on 13.11.16
Bercakap mengenai hotel ,mesti korang akan pilih yang convenience selain dari harganya yang berpatutan. Kali ini aku nak share dengan kora...
Kalau sebelum ni aku dah banyak berkongsi mengenai Resorts World Genting, kali ini aku berbesar hati dapat review Resorts World Langkawi yang khabarnya kini serba baru. 




Antara yang baru adalah namanya. Jika sebelum ini dikenali sebagai Awana Porto Malai, kini ia dikenali sebagai Resorts World Langkawi. Kunjungan aku dan media - media lain ternyata memberi kelainan pada trip ini 


Aku sendiri tak pernah pun jejak kaki ke Awana Porto Malai sebelum ini dan tak tahu pun sebenarnya kepunyaan Genting group, LOL. Saat menjejak kaki ke resorts ini, semua pakat berlari ke dalam. Rupa - rupanya semuanya tak nak lepaskan peluang untuk bergambar berpemandangankan tepi laut dan kapal - kapal layar. Memang cantik! Terpesona kejap 





Resorts World Langkawi yang terletak lebih kurang 25 kilometer dari airport , hotel cantik di Langkawi ini sentiasa menjadi pilihan para pelancong.



 view bilik aku , cantik tak? 


 Apatah lagi dengan tersedianya 211 bilik termasuk yang baru renovate , Deluxe Garden View rooms, Deluxe Seaview dan Premier Seaview rooms serius best weh! 









Selain biliknya, kemudahan yang disediakan juga memang tak cari lain dah. Mana taknya hampir kesemua aktiviti menarik ada dekat sini, Nak pergi spa, mengurut, nak berkayak bagai semuanya ada. Nak tengok helang pun boleh dan yang paling menarik adalah Sunset Cruise 









Kalau sebelum ni cuma tengok dan teringin nak naik, kali ni merasa gak naik. Sunset Cruise yang bermula pada jam 5 petang ini akan membawa korang belayar mengilingi perairan berdekatan selama hampir 3 jam . Di atas cruise ini banyak benda korang boleh buat . Selain menikmati pemandangan sunset yang cantik, korang boleh berhibur di sebelah malamnya, menikmati free flow cocktails atau mocktails dan yang bestnya lagi dapat terjun dari kapal dan nikmati jacuzzi air laut  Andaman secara semula jadi 




Sebagai pelengkap, korang akan nikmati makan malam bertemakan BBQ di atas cruise. Perfecto! Akan datang adalah Infiniti poolnya yang bakal disiapkan tak lama lagi. Lagilah awesome Resorts World Langkawi nanti 

Sempena promosi hujung tahun ini , Resorts World Langkawi menawarkan promosi sehingga 31 Disember ini tau 

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari www.rwlangkawi.com atau hubungi 03 - 2718 1118

Resorts World Langkawi Yang Serba Baru

by on 12.11.16
Kalau sebelum ni aku dah banyak berkongsi mengenai Resorts World Genting , kali ini aku berbesar hati dapat review Resorts World Langkawi...
Kalau sebelum ni korang dah baca mengenai Hotel Swiss -  Inn Johor Bahru , kali ini aku nak highlight kan mengenai Rilek The Café, kafe yang berkonsepkan food court yang terdapat dalam hotel ini




Jadi kalau korang nak cari tempat makanan menarik di Johor Bahru , Rilek The Café salah satu tempat yang aku highly recommend. So what to eat?





Untuk breakfast dan all day makan , aku wajibkan korang untuk mencuba Hainanese Toast. Roti bakar yang diimport khas dari kilang roti yang terkenal di Johor Bahru disaluti bersama lapisan mentega kaya dan telur separuh masak. Pelengkap bagi menu ini adalah secawan kopi hitam yang sangat enak. First time aku cuba, hrmm terharu sebab sedap sangat. Ikutkan nak tapau satu lagi, tapi segan kehkehkeh



Dah datang ke Hotel Swiss -  Inn Johor Bahru tak sah kalau tak pekena Asam Pedas Bandar Maharani yang telah memenangi Swiss Garden International Culinary Challenge 2016 baru – baru ini. So apa yang lain nya? Kuah nya pekat, pedas dan cukup rasa! Didatangkan dengan pilihan udang , ikan merah ataupun ekor, menu ini sentiasa mendapat tempat dalam hati setiap pengunjung yang merasainya

To be honest, aku tak makan ikan,tapi selepas dipaksa makan sikit, Aku rasa macam tertarik pulak, sebab takde rasa hanyir ikan langsung malah ada la beberapa kali aku hirup kuah dia sebab sedap. Yang aku cuba adalah Asam Pedas Ikan Merah 




Sekarang ni ada promo tau yang aku rasa murah dan berbaloi untuk mencuba pekena Asam Pedas Bandar Maharani. Dengan harga RM 25 untuk dua orang makan, korang bakal mendapat satu set  Asam Pedas Bandar Maharani yang didatangkan bersama dua ketul ikan .  Sebagai complimentary, nasi putih, ulam – ulaman dan telur dadar turut dihidangkan bersama secara percuma

So masa makan baru - baru ini, banyak juga menu yang terbaik di Swiss - Inn Johor Bahru sempat aku cuba antaranya adalah 


Chiang Mai Prawn 


Gulai Lemak Ayam 


Home made patty burger 


dan minuman ini adalah 3 colour drink . 3 Jus berlainan! 



Toast With Ice Cream sebagai dessert! 



Selain menu di atas korang kena cuba roti canai dia yang marvellous, fresh juice dalam botol  dan Subway Sandwich yang korang boleh buat sendiri ! 

Untuk menikmati menu  Asam Pedas Bandar Maharani ianya boleh didapati daripada jam 12 tengahari sehingga 10.30 malam

Bagi makan malam pula, adalah dicadangkan untuk korang mengambil set dinner yang bermula pada jam 6 petang sehingga 10.30 malam


Harga pakej bermula  untuk dua orang makan sehinggalah 6 orang makan yang bermula dari RM68 hingga RM178

Staff Rilek The cafe yang sedia menanti korang! 


Sangat berbaloi tau! So untuk tempahan dan pertanyaan mengenai menu – menu ini korang boleh contact

Tel : +607 218 3333 EXT 3351
+60 17 283 5226 Hakim
Instagram : rilekthecafe / #rilekthecafe 

Kafe Ini Menyediakan Asam Pedas Yang Terbaik Di Johor

by on 1.11.16
Kalau sebelum ni korang dah baca mengenai Hotel Swiss -  Inn Johor Bahru , kali ini aku nak highlight kan mengenai Rilek The Café , kafe ...