Total Pageviews

Pertama kali berjumpa dengan kedua - dua individu ini aku sangkakan tuan rumah majlis perkahwinan yang sempat aku pergi baru - baru ini



Rupa - rupanya mereka adalah pemilik The Kenduri, sebuah syarikat wedding planner dan caterer  yang bertapak di Seremban , Negeri Sembilan dan semakin terkenal di Malaysia. Pemiliknya yang lebih dikenali sebagai Arham dan Zaim kalau korang nak tahu sebenarnya baru sahaja memulakan bisnes The Kenduri  dalam masa 5 bulan, tetapi kejayaan mereka sangat membanggakan

Usia Muda Bukan Halangan 

Menjadi viral disebabkan kesungguhan dan idea yang diketengahkan oleh mereka sangat menarik dan telah merealisasikan impian ramai pengantin - pengantin khususnya di Negeri Sembilan, Melaka dan Kuala Lumpur. Oleh disebabkan itu, nama The Kenduri menjadi sebutan sehingga boleh dikatakan hampir setiap hari ada saja tempahan yang dibuat. Malah korang jangan terkejut kerana kedua - duanya baru sahaja berumur 24 tahun, Serious kagum! 


Apakah The Kenduri ? 




Mesti korang terfikir apakah The Kenduri ini, dan kenapa dorang menjadi viral? The Kenduri ni macam aku cakap tadi, merupakan wedding planner dan caterer . Dimana melalui The Kenduri, segala - galanya diuruskan oleh mereka dari. Bak kata mereka, bermula dari Kursus Perkahwinan sehinggalah ke majlis anak - anak mereka kelak boleh diuruskan oleh mereka 




Yang menjadi viral adalah kerana mereka merealisasikan impian ramai pengantin dengan bajet yang diperuntukkan oleh keluarga pengantin sendiri. Contohnya jika korang hanya ada RM5000, maka The Kenduri akan tetap  melaksanakan impian korang mengikut tema yang diinginkan . 



Korang kena tahu, walaupun bajet korang tak banyak tapi The Kenduri akan tetap melaksanakannya dengan penuh eksklusif. Sebab itulah ramai yang mengambil The Kenduri sebagai wedding planner mereka 



Pakej apakah yang disediakan oleh The Kenduri? 



Selain majlis perkahwinan, majlis sambutan hari jadi, house warming, dan lain - lain majlis turut dikendalikan mereka. Pendek kata just name your budget, wishlist dan dorang akan cuba realisasikan sebaik yang mungkin !


Fakta Menarik Mengenai The Kenduri 

  • Mereka tidak mempunyai physical office, tapi mereka akan ke tempat client untuk membuat janji temu dan melihat sendiri konsep yang diinginkan, menarik bukan? 
  • Jika tiada office bagaimana nak buat food testing? Jangan risau mereka akan ke tempat anda dengan membawa segala kelengkapan. Mudah!
  • The Kenduri merupakan One Stop Center untuk gerbang perkahwinan korang dari A-Z 
  • Plan asalnya The Kenduri mengutamakan golongan pertengahan, namun disebabkan pengurusan mereka dan idea yang sangat menarik kini golongan atasan turut mengunakan khidmat mereka 
  • Walaupun bajet rendah, namun The Kenduri tetap membahagiakan bakal raja sehari dengan menghadiahkan kad perkahwinan sebagai hadiah buat mereka secara percuma!



  • Sewaktu aku pergi ke majlis perkahwinan di Galeri Diraja Tuanku Jaafar, The Kenduri merupakan yang pertama melangsungkan majlis di sini 


Maya Matahari pun datangnya dari jemputan The Kenduri 

  • Di Negeri Sembilan jika menggunakan khidmat The Kenduri , persembahan artis kebudayaan turut diselitkan di dalam pakej
  • The Kenduri terkenal bukan disebabkan mereka sertai mana - mana expo atau pameran perkahwinan tetapi disebabkan recommendation client mereka sebelum ini dan mereka tidak pernah sertai mana - mana pameran perkahwinan.
  • Akan datang, mereka telah dipilih sebagai ikon alumni UiTM untuk berkongsi pengalaman bersama - sama pelajar UiTM dan mereka turut dipilih oleh Kedutaan Besar Malaysia di Melbourne bagi merealisasikan impian 15 pasangan di sana untuk berkahwin
  • Norman Hakim dan Memey Suhaiza turut menggunakan khidmat The Kenduri
  • Apa yang aku boleh katakan mengenai The Kenduri, Perfecto! 
So jika korang berminat untuk membuat tempahan atau nak tanya maklumat lanjut sila rujuk 
Atau boleh terus menerusi Whatsapp/Sms; Mr. Zaim: 019 465 0774 

 e-mail: marketing.thekenduri@gmail.com.

Dua Anak Muda Ini Viral Kerana Merealisasikan Impian Pengantin

by on 12.1.17
Pertama kali berjumpa dengan kedua - dua individu ini aku sangkakan tuan rumah majlis perkahwinan yang sempat aku pergi baru - baru ini ...
Siapa Peminat Kenny Rogers Roasters dekat sini? Kalau Ya korang kena baca sampai habis sebab aku nak perkenalkan dengan korang menu terbaru dari Kenny Rogers Roasters dan sesuatu yang PERCUMA telah kembali! 





Sempena dengan Tahun Baru Cina ini, Kenny Rogers Roasters atapun KRR telah memperkenalkan menu terbaru dorang , Golden Teriyaki Chicken yang datang dalam complete set meal dan soup meal. 



Golden Teriyaki Chicken yang diperap khas di dalam sos teriyaki KRR bersama - sama herba dan rempah ratus digabungkan bersama hirisan nenas bagi melengkapkan sajian ini. Malah Golden Teriyaki Chicken ini diperap didalam bungkusan khas bagi mengekalkan rasanya yang lazat 





Aku dah cuba menu terbaru nya. Sedap sebab rasa juicy dan terasa kemanisan sos teriyaki nya.





 Malah kalau korang beli kedua - dua menu iaitu Golden Teriyaki Chicken Meal atau Golden Teriyaki Chicken Soup, korang akan dapat 1 Red Velvet Lava Muffin. Menariknya mengenai muffin ni, dalam nya ada kuning telur tau .So rasanya unik sangat! 




Selain itu, korang kena cuba juga Zesty Orange Blast. Air 3 layer ni rasanya sedap dan memang kena dengan tekak 



Mesti korang tertanya kan berapakah harga nya kan? Untuk musim perayaan ini korang boleh berjimat sehingga RM38.80 dengan menikmati KRR Golden Teriyaki Chicken yang didatangkan dengan dua Golden Teriyaki Chicken, dua rotisserie roasted 1/4  chicken,2 aromatic rice, 4 red  velvet lava muffin dan 4 zesty orange blast secara percuma ! 

Harga 

Golden Teriyaki Chicken Meal : RM 23.80
Golden Teriyaki Chicken Soup : RM 21.80

Bercakap pasal PERCUMA, ini dia berita baik untuk korang dimana Kenny Rogers Roasters akan adakan promosi Buy 1 Free 1 sempena dengan Roasters Eating Day (RED) 



Tapi ingat untuk dapatkan promosi ini korang kena tunjukkan e-voucher di bawah baru dapat beli Kenny Rogers Roasters Buy 1 Free 1 . So jangan lepaskan peluang terhad ini! Omnomnomnom 

Menu Terbaru Dari Kenny Rogers Roasters Yang Unik !

by on 10.1.17
Siapa Peminat Kenny Rogers Roasters dekat sini? Kalau Ya korang kena baca sampai habis sebab aku nak perkenalkan dengan korang menu terba...
Wah rasanya baru lagi aku post pasal Konsert Pengenalan Jessie Chung baru - baru ini. Terbaru khabarnya Jessie Chung sekali lagi menerima pengiktirafan apabila album beliau, There You Are kini menerima  Anugerah Platinum 

Jutaan tahniah diucapkan kepada Jessie Chung! Princess of Rock ini menerima pengiktirafan ini di SPAC Shah Alam yang turut dihadiri  Chairman of the Recording Industry Association of Malaysia (RIM) and Managing Director of Warner Music Malaysia & Singapore Darren Choy

Untuk pengetahuan korang, kejayaan ini turut dilengkapi dengan kejayaan lagu There You Are yang berada dalam carta top 10 international buat 8 minggu lamanya dan diikuti berada dalam tangga keenam di Baidu's Music Chart. Hebat kan? 



General Manager of Malaysia’s physical record distributor PMP Entertainment Mr. Wong mengumumkan  Jessie Chung dianugerahkan Anugerah Platinum kerana berjaya mencapai jualan album yang membanggakan dalam tempoh 3 bulan. Bayangkan  album There You Are’s berjaya dijual melebihi 15,000 copies dan terbaru, album  Be Strong sudah terjual lebih dari 5,000 copies hanya dalam masa seminggu!



Dalam majis yang sama, Jessie Chung turut berkongsi cerita dengan hadirin mengenai 
 kejadian dimana ianya berlaku di Kanada dimana beliau hampir membunuh diri untuk menamatkan riwayatnya sendiri apabila bercerita tentang kejadian buli tidak kira langsung atau di alam maya .Namun atas kesedaran beliau dan semangatnya tidak berputus asa, beliau kembali kuat dan berjuang. 




Buktinya, beliau telah mengumumkan yang beliau akan menarik diri dari sebagai artis jemputan dalam konsert A-Mei. Sebabnya apabila beliau disenaraikan sebagai jemputan A-Mei terlalu banyak cemuhan yang merupakan buli di internet. Jadi sebagai langkah berjaga - jaga beliau mengambil keputusan untuk menarik diri. Lagipun Jessie Chung boleh berdiri dengan nama sendiri dan sudah menempa pelbagai kejayaan. 

Kepada Jessie Chung sekali lagi tahniah diucapkan dan semoga berjaya di konsert jelajah yang akan datang! 

Album Jessie Chung Menerima Anugerah Platinum !

by on 9.1.17
Wah rasanya baru lagi aku post pasal Konsert Pengenalan Jessie Chung baru - baru ini. Terbaru khabarnya Jessie Chung sekali lagi meneri...
Kepada korang yang nak makan western tapi tekak nak juga makan makanan Melayu, jangan risau sebab korang boleh rasa kedua - dua nya dalam satu harga di Besito's Survival Seksyen 23 Shah Alam 




 Manakan tidak? Korang boleh makan Ayam Panggang dan Nasi Goreng dalam satu menu seperti Nasi Goreng Ayam Pandan 



Besito's Survival yang diperkenalkan oleh Hazlan Dahlan, Firdaus M.Ali dan Megat Mohd Azhar ini pada asalnya hanya mengusahakan makanan frozen. Dek kerana minat dorang yang mendalam dunia F&B ini maka wujudlah restoran ini yang khabarnya bakal membuka satu lagi cawangan terbaru Januari ini di Seksyen 13 Shah Alam 



Mesti korang tertanya kan apakah maksud Besito's? Besito' survival di ambil dari perkataan "latin" kerana dorang menyediakan makanan utama dorang dari masakan ala barat. Besito's bermaksud "senyum kecil' (Little Kiss) yang merujuk kepada kepuasan maksima dan dorang beranggapan para pelanggan yang makan di sini berpuas hati dan tersenyum selepas menikmati makanan dari Besito's. 



"Survival" pula bermaksud "pelengkapan ikhtiar hidup" dengan makanan yang sihat dan terbaik.


Haa sini korang boleh dapat makanan Western & Malaysia Fusion Foods Mixed Malay, Chinese, Indian. Antara menu nya adalah 



Supreme Grill/Mix Grill (5-6 orang makan)


Chili Crab with Mantou Bun (1-2 orang makan)



Abalone Mee Kasar (1-2 orang makan)



Garlic Butter Noodles Chicken Chop



Nasi Goreng Seafood Tomyam



Mee Raja Tomyam Seafood

Lamb Shack 

Aneka Minuman, favourite aku Pure Banana Shake!


Cheese Beef Pepperoni Naan 


Bercakap mengenai Supreme Grill/Mix Grill menu ini terdiri daripada  hidangan daging lembu, kambing, ayam yang dipanggang empuk bersama sos - sos istimewa Besito's disamping mashed potato atau wedges dan sayur brocoli yang segar sesuai dimakan bersama keluarga atau kawan-kawan.



Malah kesemua menu di sini boleh dikatan bersaiz L dan memang puas weh! Kalau ditanya aku, menu yang menjadi pilihan adalah Chili Crab with Mantou Bun dan Garlic Butter Noodles Chicken Chop, sedap! 

So jangan lupa untuk cuba makan di sini ya! 

Lokasi : No 77, Ground Floor, Jalan Pelabur B, 23/B, Seksyen 23 Shah Alam Selangor (roundabout jalan nak ke uptown Shah Alam)


Besito's Survival Perkenal Makanan Gabungan Malaysia Dan Western

by on 5.1.17
Kepada korang yang nak makan western tapi tekak nak juga makan makanan Melayu, jangan risau sebab korang boleh rasa kedua - dua nya ...
Selepas hadir ke Press Conference Jessie Chung dimana pada majlis tersebut bersempena dengan penganugerahan Jessie Chung sebagai Princess Of Rock



Kali ini aku berbesar hati untuk ke Konsert Pengenalan Jessie Chung yang diadakan di Paradigm Mall. Sebab aku sendiri nak datang tengok konsert ni sebab tertarik dengan album Inggeris, Be Strong beliau sehingga menembusi carta Top Two Taiwan. Korang boleh baca disini untuk artikel yang lalu 







Konsert kali ini giler meriah weh. Ramai fans Jessie Chung datang memberi sokongan tau. Menariknya lagi bukan peminat kaum Cina je, peminat kaum Melayu dan India turut datang memeriahkan lagi konsert ni. Memang gamat suasana di Paradigm Mall 




Walaupun konsert pengenalan, tetapi Jessie Chung tetap memberi persembahan yang menghiburkan pada malam itu. Lebih dari 5 lagu dalam album beliau sebelum telah dipersembahkan sebagai tanda terima kasih beliau kepada peminat - peminat yang menyokongnya 



Dengan berlangsungya konsert pembukaan ini, bermakna konsert jelajah Jessie Chung akan turut berlangsung di beberapa tempat pada tahun ini antaranya adalah di Dongguan, Guangzhoum, China 



Semakin berkembang pencapaian Jessie Chung,  tahniah diucapkan dan semoga lagi sukses! 

Konsert Pengenalan Jessie Chung Meriah !

by on 4.1.17
Selepas hadir ke Press Conference Jessie Chung dimana pada majlis tersebut bersempena dengan penganugerahan Jessie Chung sebagai Princess...
Krismas baru - baru ini memberi lembaran baru kepada Kanak - kanak dari Rumah Juara dimana mereka disambut dengan meriah oleh Cold Storage bertempat di Cold Storage Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur 



Seramai 50 orang kanak - kanak dihiburkan dengan pelbagai aktiviti yang disediakan khas untuk mereka antaranya adalah persembahan badut, Santa Claus, dan yang paling best dorang boleh pilih apa saja yang mereka nak di Cold Storage. Untung budak - budak ni kan? 




Rumah Juara yang ditubuhkan sejak 1998 ini bertempat di Petaling jaya.  Menempatkan anak - anak yatim dan kanak - kanak yang terbiar , Rumah Juara ini memberi perlindungan dan keperluan asas kepada mereka yang tidak bernasib baik




Dalam majlis ini, sesi pemberian hadiah turut disertai oleh GCH Retail Malaysia Sdn Bhd's Chief Executive Officer, Mr Pierre Olivier Deplanck 





Justeru itu, sempena dengan Hari Krismas, pihak Cold Storage telah bermurah hati untuk menyambut dan meraikan kanak - kanak ini. Kalau korang nak tahu Cold Storage sendiri telah memperuntukkan RM 20,000 bagi meraikan kanak  - kanak dari Rumah Juara ini melalui program CSR mereka. Setiap tahun GCH Retail akan memperuntukkan lebih dari RM 2 juta untuk aktiviti CSR mereka. Tahniah diucapkan! Semoga lebih sukses pada masa akan datang 


Cold Storage Raikan Kanak - Kanak Dari Rumah Juara Sempena Krimas

by on 3.1.17
Krismas baru - baru ini memberi lembaran baru kepada Kanak - kanak dari Rumah Juara dimana mereka disambut dengan meriah oleh Cold Storage...