Total Pageviews

Rasanya setiap tahun, aku akan ada at least satu sesi photoshoot. Sama ada untuk kegunaan peribadi atau untuk tujuan pengiklanan. So of course la dah banyak kali bekerjasama dengan photographer kan? Yang mana aku selesa bekerja, selalunya aku akan gunakan khidmat beliau berulang kali 




 Perkenalkan Kaio Studio,  yang bukan sahaja menjadi Studio photoshoot terbaik di Shah Alam  malah merupakan salah satu studio photoshoot terbaik di Malaysia. Ini bukan sebab nak dapatkan glamour ataupun sebab dibayar ke apa, tapi ini jujur dari hati setelah hampir 3 tahun menggunakan khidmat Kaio Studio



Kaio Studio yang diterajui oleh Anwar Abdullah atau lebih mesra dikenali sebagai Kaio ini sudah lama bertapak dalam bidang fotografi ini. Bermula sejak tahun 2012, Kaio mula menerjah dunia fotografi sebagai wedding videographer. Kini Kaio Studio telah mencapai satu pencapaian yang membanggakan dengan meluaskan sayap ke pelbagai genre. Kalau nak tahu, Kaio dahulunya pernah menjadi tourist guide tau. no wonder bidang pelancongan ini antara forte beliau 




Kalau dulu Kaio Studio hanya mengambil video dan gambar perkahwinan je, kali ini Kaio Studio berkembang dengan jayanya dengan turut meliputi event, advertising, campaign video dan program TV.



Sejak bertapak dalam industri, banyak pencapaian membanggakan yang telah dicapai oleh Kaio. Selain adanya fizikal studio di Seksyen 13, Kaio Studio turut dinobatkan sebagai Pemenang Most Glam Fashion Videographer 2015 oleh Majalah Glam. Boleh baca di SINI . Antara fakta menarik lain yang korang perlu tahu mengenai Kaio Studio adalah : 

  • Kaio Studio juga pernah ke Paris bersama Anuar Zain untuk sesi penggambaran muka depan majalah Fashion & Travel. Untuk pengetahuan korang, pada asalnya aku yang sepatutnya ke Paris bersama - sama Anuar Zain. Namun disebabkan ada hal yang tak dapat dielakkan aku tak dapat join. So untuk menggantikan tempat aku, kenalah cari calon yang sesuai. Terus aku memilih Kaio sebab percaya dengan kebolehan beliau dan sikapnya yang peramah mampu menjadikan trip ke Paris lebih bermakna. Alhamdulillah 

  • Selain Paris, Kaio juga pernah ke Cairo, Mesir untuk sesi photoshoot bersama pereka fesyen ternama tanah air iaitu Ezuwan Ismail.

  • Antara pereka fesyen yang pernah mendapatkan khidmat dan sentuhan karya kreatif dari Kaio Studio adalah Lynda Rahim, Wandpa, Melinda Looi dan Zawara.

  • Ramai para selebriti dan jenama-jenama pakaan ternama juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan khidmat dari Kaio Studio seperti Creacion by Dato Siti Nurhaliza, Adriana Yariqa (Jenama dari Singapura), Miasara Couture, Lumiere Concept dan ramai lagi.Tak percaya? Boleh klik SINI 

  • Wedding? Haa bercakap pasal wedding antara perkahwinan selebriti terkenal yang pernah menggunakan khidmat Kaio Studio adalah Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, Saharul Ridzwan , Ainan Tasneem dan ramai lagi. Hebat kan? 


  • Kalau nak tahu, Kaio juga merupakan individu yang mencungkil bakat aku untuk bercakap secara live dan di hadapan kamera sewaktu awal pembabitan aku dalam dunia blogging ini. Hasilnya kini aku dah menjadi salah seorang VJ di VOOV dan juga terlibat secara langsung menjayakan rancangan Walla sebagai pengacara jemputan di TV1 
So bercakap mengenai  pengalaman aku masa sesi photoshoot dengan Kaio Studio . Haa ini jawapan jujur dari hati ya 



  • Studio yang sangat selesa. Luas dan berhawa dingin. Rasa nak tidur je sebab selesa. Dalam studio ini pun kadang - kadang ada buat kelas fotografi dalam ni. So keep update dengan Kaio ya 

  • Tak kekok berhadapan dengan kamera sebab Kaio dan team sangat peramah. Kalau tanya aku mungkin sebab dah kenal. Tapi kalau tanya dorang yang 1st time, semuanya selesa bekerja dengan Kaio Studio 


  • Gambar cantik, celebrity banyak hire, mesti mahal kan? Actually harga dia standard je weh dengan harga semua studio. Cumanya Kaio Studio menjaga kualiti gambar dan standard dorang. sebab tu nampak eksklusif! 
letop tak gambar - gambar Kaio? 

Kalau korang yang mencari White Studio atau Black Studio, Kaio Studio ada kedua - duanya. Dengan segala kelengkapan, ruang yang sangat selesa, menjadikan sesi photoshoot korang lebih rileks. Yer la sesetengah studio tu panas, sempit . Kena pula lighting sana sini lagilah bertambah panas dan tidak selesa 




Kaio Studio turut menawarkan servis


1. Wedding photography and videography
2. Corporate photography and videography
3. Commercial video
4. Campaign video and photography
5. Music video

Untuk melihat dengan lebih lanjut jenis-jenis servis yang ditawarkan , korang boleh terjah: http://www.kaiostudio.com/our-services/



Aku dah bekerjasama dengan Kaio Studio hampir 3 tahun lamanya dan aku percaya akan kebolehan dan kualitinya. Korang yang ingin menggunakan khidmat Kaio Studio, boleh hubungi atau ke studio mereka di 

Terima kasih Kaio Studio!



KAIO STUDIO AND PRODUCTION SDN BHD,
1-06, Mitea Residence Office,
No.5 Persiaran Sukan, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor.

Boleh waze sahaja ‘KAIO STUDIO’

Follow instagram  :  https://www.instagram.com/kaiostudio/


Kredit : 

Jubah & Kurta : Binqareem 
T-Shirt, Jacket and Jeans : YFS Concept Store 


Studio Photoshoot Terbaik Di Shah Alam, Kaio Studio Menjadi Pilihan Ramai

by on 21.2.17
Rasanya setiap tahun, aku akan ada at least satu sesi photoshoot . Sama ada untuk kegunaan peribadi atau untuk tujuan pengiklanan. So of c...
Minum Minuman Coklat Boleh Kurus?  Biar betul boleh kurus? Tambah pula coklat kan yang sudah pasti ada kalori tinggi. Tapi percaya atau tidak, dengan pengambilan BodyDream Coco - S, mampu membantu korang untuk turunkan berat badan 





Baru - baru ini, BodyDream Coco - S, bersama blogger dan founder nya telah adakan satu sesi meet up bagi menerangkan mengenai khasiat pengambilan BodyDream Coco - S dan juga melancarkan program cabaran 15 hari kurus Blogger. 




A photo posted by KURUS CEPAT CARA SELAMAT (@bodydream.official) on




Ye weh terang - terang kiteorang kena fight untuk kurus hahha sebab ada hadiah yang ditawarkan untuk blogger yang berjaya mencapai kriteria dikehendaki. Nampak tak Coco - S ni berani ambil risiko bagi membuktikan yang produk dorang berkesan 



Mesti korang tertanya dah nama pun coklat kan? bagaimana ianya berfungsi?  BodyDream Coco Slimming Drink mengandungi Swiss Coco untuk meningkatkan metabolisma, membantu kehilangan berat badan, melambatkan proses penuaan, dan menguatkan lagi tulang dan mengawal tekanan darah korang.




 Selain Swiss Coco, BodyDream Coco Slimming juga mengandungi Flaxseed yang akan mengawal kadar gula dalam darah, Estrak Biji Anggur yang akan tinggi anti-oksida, mencantikkan kulit, menghalang radikal-radikal bebas yang boleh merosakkan sel, dan juga kandungan Garcinia Cambogia yang mengawal selera makan korang secara semula jadi, mebakar lemak, meningkatkan tenaga, dan menghalang pembentukan lemak asid. Pendek kata banyak khasiatnya di dalam produk ini 



Aku dah cuba minum produk ini. Memang sedap weh! Kena dengan selera aku, tak manis sangat dan light. So pengalaman aku minum  BodyDream Coco - S, betul ke boleh kurus? Boleh, aku sendiri turun 5kg. TETAPI ..... haa korang kena ingat ni sampai bila - bila. Cara nak kurus, tak ada satu produk pun yang kalau korang minum boleh turun TANPA lakukan apa - apa aktiviti. Kalau betul ada, itu bukan lah cara nak turunkan berat badan secara sihat. Aku tak tipu ya ni berdasarkan apa yang aku belajar since minor aku sendiri dalam sport science 

Jadi kalau korang minum any produk silalah lakukan aktiviti regangan sedikit dan minum air putih/air masak dengan banyak.Dapat berjalan sampai berpeluh pun dah okay, dan minuman ini akan membantu korang membakar lemak yang terkumpul. Trust me! 



Dengan pengambilan BodyDream Coco - S ni aku jadi cepat kenyang, so jaranglah makan sampai sekarang. hehehe 

Untuk korang yang ingin mencuba untuk minum produk ini korang , bolehlah follow 

Minum Minuman Coklat Boleh Kurus?

by on 13.2.17
Minum Minuman Coklat Boleh Kurus ?  Biar betul boleh kurus? Tambah pula coklat kan yang sudah pasti ada kalori tinggi. Tapi percaya atau t...
Buat penggemar steamboat terutamanya yang duduk di Shah Alam dan kawasan sekitar mesti mencari Steamboat Murah di Shah Alam 



Kebanyakkan penduduk Shah Alam mesti tahu mengenai D'Kayangan Steamboat yang terletak di Seksyen 13 , Shah Alam. Buat korang yang nak ke sini. landmark nya senang sahaja.cuma cari Acapella Apartment kerana restoran ini betul - betul terletak di bawah apartment tersebut.



Menariknya disini adalah mengenai konsepnya dimana konsep restoran ini 2+1, grill, dan steamboat  yang disediakan secara buffet. Dengan satu harga untuk seorang korang boleh makan sampai kenyang. Malah kambing bakar pun ada dekat sini. 







Pelbagai pilihan makanan laut dan bebola seperti ketam, udang segar, potongan ikan, filet, ayam, daging dan banyak lagi disediakan setiap hari. Bukan itu sahaja, aneka minuman percuma sejuk atau panas, buah-buahan, aneka kek, aiskrim dan ais batu campur (ABC) juga boleh dapatkan disini. Pendek kata segalanya ada disini !




Sup rebusan pula korang boleh pilih antara tomyam ataupun sup ayam 

Menu - menu disini disediakan oleh Chef Shahnizam iaitu seorang Chef yang berpengalaman lebih 25 tahun didalam bidang kulinari telah membuat pembaharuan dengan menu grill perapan istimewa ayam / daging, udang, sosej, ketam, ikan dan sotong. 

Antara Jenis- jenis perapan yang digunakan adalah campuran daripada Cili Giling, Bawang Putih, Lada Hitam dan beberapa rempah-ratus herba yang lain bagi menaikkan lagi rasa dan bau perapan tersebut. 





Diantara menu grill yang disediakan adalah seperti Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward, Keli Yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry dan macam-macam lagi. Chef Shahnizam yang arif tentang rasa makanan telah membuat pembaharuan dengan menggunakan masakan stail Cina dan India didalam bahan-bahan perapannya.

But too bad, hampir kesemua menu di atas takde time kiteorang pergi haritu. Adakah kehabisan stok? Kecewa kejap lol 


Dengar cerita beberapa menu yang menarik juga ditambah di dalam buffet seperti, hirisan
ikan segar bersama sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya yang diperap didalam kertas aluminium, Kepak Ayam BBQ dan juga produk baru daripada Icy Moonster sebagai pencuci mulut. 


Sebenarnya ini adalah kali keempat aku kesini, tapi this time macam agak mengecewakan sebab menu macam banyak takde. 




Anyway bagi aku harga disini  berpatutan iaitu hanya RM 33.00 (net) bagi dewasa dan RM 18.00 (net) bagi kanak-kanak yang berusia 5 – 11 tahun  pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad

Hari Isnin hingga khamis pula ( tidak termasuk cuti umum) RM 28.90 untuk dewasa dan RM 12.00 untuk kanak-kanak  


Menariknya lagi Bermulanya pada April tahun lepas , setiap hari Ahad, restoran ini membuat “Sunday Family Day” bermula pukul 11 pagi hingga 3 petang dimana harga yang dikenakan kepada pelanggan adalah RM 22.90 net bagi dewasa dan RM9.90 net bagi kanak-kanak berusia 5-11 tahun. 

Voucher ‘8+2’ ditawarkan kepada korang yang berbelanja lebih RM 150.00 di restoran steamboat D'Kayangan . Korang boleh tebus voucher tersebut untuk sesi lawatan yang seterusnya.

So jangan lupa untuk menikmati  steamboat disini! 


Setiap Jumaat, Sabtu & Ahad (Termasuk Cuti Umum)
DEWASA - RM33.00
KANAK - KANAK (5 - 11 Tahun) - RM18.00

Setiap Isnin - Khamis (Tidak Termasuk Cuti Umum)
DEWASA - RM28.90
KANAK - KANAK (5 - 11 Tahun) - RM12.00

'Sunday Family Day' - Setiap Ahad 11.00 Pagi - 3.00 Petang
DEWASA - RM22.90
KANAK - KANAK (5 - 11 Tahun) - RM9.90




Waktu Operasi D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat
Isnin - Sabtu : 5.00 Petang - 1.00 Pagi
Ahad : 12.00 Tengah Hari - 12.00 Tengah Malam

Alamat D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat
Sri Acappella Servis Apartment Rest. 
D’Kayangan,Sri Acapella Servis Appartment. 
No. 1, JLN Lompat Tinggi 13/33m Seksyen 13, 
40400 Shah Alam



Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Instagram - @dkayangansteamboat

Untuk tempahan, sila hubungi : 
012-2971091
017-5076274
03-55234979
Email : dkayangan_steamboat@yahoo.com.my

Steamboat Murah Di Shah Alam

by on 8.2.17
Buat penggemar steamboat terutamanya yang duduk di Shah Alam dan kawasan sekitar mesti mencari Steamboat Murah di Shah Alam  K...
Ada peminat pokok bonsai dekat sini ? Kalau ya korang kena baca entry ini sampai habis. Untuk korang yang nak travel ke Jepun pun kena baca juga sebab aku akan berkongsi dengan korang mengenai salah satu aktiviti atau tempat menarik yang korang boleh pergi nanti di Jepun 



Jika ke bandar Saitaman, jangan lepaskan peluang untuk melihat demonstrasi bonsai dan hasil kerja seorang lelaki yang digelar Bonsai Master. Masashi Hirao yang berumur 36 tahun mula menunjukkan minat dalam Bonsai ketika beliau di Kyoto Sangyo University yang ketika itu melawat hasil kerja  Misuzu Shigemori di Tofukuji 



Bermula dari situ, beliau telah berazam untuk membawa budaya Jepun dan membuat keputusan untuk menjadi apprentice Kato Manseien yang berada di Bonsai Cho,Bandar Saitama, Jepun. Masashi yang belajar di bawah Saburo Kato pernah berkata pada beliau  “Be the one to spread out the great Japanese Bonsai not only in Japan but also overseas” made Masashi expanded the range of his activities. 



Sehingga kini, beliau sudah menggembara ke 11 negara dalam masa 4 bulan bagi memperkenalkan nilai estetik Bonsai yang melambangkan nilai kebudayaan Jepun. Malah beliau pernah dilantik sebagai  Japan Cultural Envoy oleh Agency for Cultural Affairs pada 2013 . 




2013 September
World Bonsai Competition in China
2013 May
2013 May
Bonsai Asia Competition in Philippines
Appointed to the Japanese cultural envoy for 2013
2012
Demonstration as the head of Oomiya Bonsai in France
Demonstration as the head of Oomiya Bonsai in Holland
Participated in Japan festival in Philippines
2011
Participated in Japan festival in Italy
2010
Bonsai demonstration in Argentina
2009
Acted as a Bonsai technical supervisor in Spain
2008
Completed a training and took up a post as a manager at Manseien
2003
Became Saburo Kato's pupil
Graduated from Kyoto Sangyo University, majored in economics


Beliau turut berjaya dalam pertukaran budaya dengan memperkenalkan bagaimana ingin menikmati Bonsai ketika menggembara. 




Pada November tahun lalu juga, Masashi turut datang ke Malaysia bagi menunjukkan bakat beliau dalam menghias Bonsai. Mesti ada diantara korang yang terfikir bagaimana Bonsai boleh menjadi sebagai hiburan? 




Masashi telah membuat persembahan Bonsai dengan menghiasnya sambil diiringi muzik dari band atau DJ. Cukup menarik! 




Bukan itu sahaja, beberapa individu ternama seperti Raja BhutanJigme Khesar Namgyel Wangchuck dan Abe Akie , isteri kepada Perdana Menteri Abe Shinzo turut berkenan untuk mendalami ilmu Bonsai dari Masashi. Ini jelaslah terbukti bahawa Masashi merupakan salah seorang artis Bonsai yang berjaya menarik perhatian dunia mengenai keunikan Bonsai



Haa kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut mengenai Masashi dan melihat sendiri persembahan beliau, korang boleh je ke channel beliau di YouTube - KLIK DISINI 

atau korang boleh tengok beliau di RTM 1 dalam rancangan Xplorasi, hari sabtu jam 2 hingga 3 petang

  • 11. 2.- 2pm 
  • 18. 2 - 2pm 
  • 24. 2  (TBA) 
  • 25 .2 - 2pm 

Jangan lepaskan peluang ya! 

Lelaki Ini Digelar Sebagai Bonsai Master

by on 6.2.17
Ada peminat pokok bonsai dekat sini ? Kalau ya korang kena baca entry ini sampai habis. Untuk korang yang nak travel ke Jepun pun kena ba...
Pernah tak korang dengar mengenai GT Mobile? Aku berani cakap mostly yang baca ni tak pernah dengar mengenai GT Mobile. Kalau korang nak tahu, GT Mobile yang merupakan salah satu produk GT Dollar kini di Malaysia dibawah syarikat GT Dollar Malaysia 






Bagaikan orang mengantuk yang disorong bantal, aku memang tengah mencari 2nd Phone untuk buat live update bagai. Dan melihat pada ciri dan fungsinya terus aku berminat untuk review gadget ini pada majlis perasmian Kumpulan GT Dollar Malaysia baru - baru ini 




GT Mobile memperkenalkan GT-888 , sebuah telefon bimbit pintar yang bagi aku simple tapi memiliki hampir segala - galanya. To be honest, aku merupakan pengguna iPhone dan bila menggunakan GT-888 yang merupakan telefon bimbit android, agak sedikit kekok. 




Tampil dengan dua pilihan warna,  Metal Grey dan Silk White, GT-888 tampil dengan reka bentuk yang sangat elegan dengan cirinya bentuknya yang nipis dan sedikit besar , sesuai untuk korang yang sukakan plus size. 




Dan percaya atau tidak, ramai yang menyangkakannya iPhone 6 kerana saiznya yang cukup kompetitif, mudah dibawa. Tetapi sedikit terkilan, kerana logo dan perkataan di belakang telefon ini seperti mencacatkan sedikit nilai elegan nya 




GT-888 ni didatangkan dengan bateri 2550mAh dan charger yang boleh cepat charge. Jangka masa untuk 35% bateri adalah 15 minit sahaja. Sesuai untuk korang yang heavy user macam aku. 

Malah untuk kaki travel juga sesuai untuk memiliki GT - 888. Kenapa? 

  • ringan dan nipis. Beratnya hanya 160 gram 
  • Dual sim. Untuk traveller, boleh gunakan satu modul sim untuk sim card antarabangsa 
  • Internal dan external memory storage. Untuk korang yang suka menyimpan gambar dan everything. sesuai !


Bagaimana pula dengan kamera ? Didatangkan dengan dua kamera , depan dan belakang 
dengan  kamera hadapan 5mp dan kamera belakang 8mp. Agak menarik kerana kamera hadapan 5mp dan turut mempunyai flash bagi membantu pencahayaan gambar, sesuai untuk mereka yang sukakan selfie!




Walaupun kamera nya tidaklah begitu sempurna seperti saingan yang lain namun cukup memuaskan! Aku gunakan GT-888 untuk buat live di media sosial, nampak flawless je hahaaha 

Salah satu cirinya yang menarik perhatian aku adalah kelarasan butang disebelah kiri dimana terletaknya butang pelarasan suara dan on/off. Dan disebelah kanannya tiada apa-apa. Cukup kemas bagi sebuah telefon bimbit pintar terkini!

Dan berikut adalah spesifikasi GT- 888 yang lain perlu korang tahu 



Model
GT-888

Color
Metal Grey/ Silk White

Dimension
158.9 X 77.5 X 8.6 mm

Weight
160g

Operating System
Pre-install Android 5.1 Lollipop

CPU
64 Bit MTK MT6735P Processor Quad Core 1.0GHz CPU

GPU
Mali T720-Mp1 600MHz

RAM
2GB / 1GB

ROM
16GB





Battery
2550mAh

Charger
Quick charging



DISPLAY




Size
5.5 inch

Resolution
HD 1280*720 pixels

Type
IPS OGS (New 2.5D Arch Screen)

Material
Corning Gorilla Glass 3




CONNECTION

Network
GSM: 850/900/1800/1900 (Band 5, Band 8, Band 3, Band 2)
WCDMA: 850/900/1900/2100 (Band 5, Band 8, Band 2, Band 1)
FDD-LTE: 800/1800/2100/2600 (Band 20, Band 3, Band 1, Band 7)

SIM
Dual SIM standby, Micro SIM Stadard SIM

WiFi
WiFi 802.11 a/b/g/n support dual-band WiFi (2.4GHz/5GHz)

Bluetooth
Bluetooth 4.0

Positioning
GPS, A-GPS, GLONASS, Digital Compass, Hall Effect Sensor, Gravity Sensor, Ambient Light Sensor


Overall , aku rasa untuk korang yang ingin mencari telefon bimbit pintar yang mesra pengguna dan fungsi menyeluruh, aku cadangkan korang miliki GT-888 ini. Untuk maklumat lanjut korang boleh klik disini. http://gtmobile.sg

GT Mobile Perkenalkan GT-888

by on 2.2.17
Pernah tak korang dengar mengenai GT Mobile ? Aku berani cakap mostly yang baca ni tak pernah dengar mengenai GT Mobile . Kalau korang na...