Total Pageviews


Buat korang yang selalu ke taman tema Sunway Lagoon, pernah tak korang bermain dan mencuba kesemua 14  permainan di Nickelodeon Lost Lagoon? Kalau Ya korang sangat beruntung sebabnya ruangan taman tema ini baru sahaja dibuka pada tahun lepas dan pada bulan Mac yang lalu, Nickelodeon Lost Lagoon telah menyambut ulangtahun nya yang pertama




Aku pun sempat ke majlis ulangtahunnya setelah dijemput oleh pihak Sunway Lagoon. Meriah weh!  Taman Tema yang bertemakan Nickelodeon yang pertama di Asia ini telah menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang majlis ulangtahunnya. Antaranya adalah penampilan khas watak Nickelodeon seperti Spongebob, Dora the Explorer, Boots dan Teenage Mutant Ninja Turtle



Dalam masa yang sama, Nickelodeon Lost Lagoon turut memperkenalkan ‘Asia First Shellraiser' yang merupakan kenderaan rasmi bagi superheroes Teenage Mutant Ninja Turtle. Replika setinggi 8 kaki ini unik tau kerana berupaya untuk mengeluarkan cecair berwarna ungu dan hijau yang berfungsi sebagai salah satu daya penarik buat para pengunjung




Selain itu, Colour Balls Bingo , Slime Dunk Tank, Bubble Field, face painting, Great Slime Deluge antara aktiviti yang turut diselitkan sepanjang hari tersebut. Malah kiteorang turut dapat All Access untuk semua theme park dalam Sunway Lagoon ni. Best dan puas hati!



Bagi berkongsi kegembiraan ini, Sunway lagoon  turut menjemput 100 kanak – kanak dan warga rumah kebajikan Rumah Victory Children & Youth Home, Pusat Jagaan Kanak – kanak Wilayah Persekutuan, Padmasambhava Children Loving Association Klang Selangor dan House Of Love

Tahniah dan Happy Anniversary Nickelodeon Lost Lagoon!

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari :


Nickelodeon Lost Lagoon Kini Sudah Setahun!

by on 16.4.17
Buat korang yang selalu ke taman tema Sunway Lagoon , pernah tak korang bermain dan mencuba kesemua 14  permainan di Nickelodeon Lost L...

Pernah dengar mengenai MEFA ? Kalau nak tahu, Festival pengantin paling popular iaitu Malaysia Wedding Festival (MEFA) ini akan kembali menanti buat semua bakal-bakal pengantin pada 12-14 Mei 2017 di Shah Alam Convention Centre (SACC).





Kalau korang nak tahu  penganjuran kali ini adalah kali yang  ke-16 oleh Mefa Events. Aku pernah pergi, memang banyak pakej yang ditawarkan. Yang pasti penganjuran ini dinantikan kerana tawaran sehingga 70% diskaun pakej pengantin ditawarkan dan hanya terhad untuk 3 hari pameran sahaja dari 10 pagi hingga 9 malam. 




Festival pengantin ini merupakan kemudahan kepada bakal-bakal pengantin untuk melakukan persiapan perkahwinan kerana MEFA menganjurkan pameran seperti One Stop Centre Wedding, dari produk katering, pelamin, butik pengantin, kad kahwin, cenderahati, dewan perkahwinan dan pelbagai lagi. Segala - galanya ada disini 





Tambahan pula,  kesemua vendor atau wedding planner yang menyertai MEFA ini adalah gabungan dari pelbagai kawasan dari Shah Alam, Ampang, Bangi, Kajang, Damansara, Gombak dan seluruh Lembah Klang. 




Dijangka keseluruhan vendor yang membuat promosi di MEFA melebihi 100 tapak promosi. Apa yang menarik lagi tentang festival kali ini, dengan setiap tempahan mana-mana pakej minima RM500 (terkumpul) di MEFA, korang yang bakal bergelar pengantin ini  berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah seperti pakej bulan madu, gadjet, t-shirt, barangan kecantikan dan paling kurang pun dapat coklat. 


Menariknnya lagi setiap tempahan yang dibuat akab mendapat hadiah. Jika korang berminat melihat pertunjukan fesyen, pertandingan makeup artist, jangan ketinggalan kerana vendor MEFA akan membuat pertunjukan tersebut pada hari sabtu dan ahad. 

Untuk memudahkan korang dan  pengunjung yang akan hadir ke MEFA nanti, pihak  penganjur akan menyediakan maklumat terkini melalui saluran sosial media 

Instagram :  @MEFAPENGANTIN
laman web : www.mefa.my 


Kalau korang ada sebarang pertanyaan atau ingin menempah booth jualan bolehlah hubungi En Azahari di talian 012 – 387 1775. 

Pameran Pengantin Dan Malaysia Wedding Festival (MEFA) Kembali Lagi

by on 11.4.17
Pernah dengar mengenai MEFA ? Kalau nak tahu, Festival pengantin paling popular iaitu Malaysia Wedding Festival (MEFA) ini akan kemba...
Lelaki zaman sekarang boleh dikatakan mementingkan penjagaan diri bagi memastikan diri sentiasa yakin , sihat dan bergaya. Untuk itu, Romano, sebuah jenama produk penjagaan lelaki yang tidak asing lagi telah perkenalkan set wangian dan deodorant khas untuk lelaki yang mementingkan penjagaan diri. 






Bagi aku sendiri, penjagaan diri tu sangatlah penting. Kalau setakat muka handsome , diri tak terurus, berbau bagai tak guna juga kan? So dekat sini ada beberapa produk Romano yang korang boleh dapatkan bagi mengekalkan keharuman sepanjang hari 


Perkenalkan wangian Romano Eau De Toilette ! Didatangkan dalam dua pilihan iaitu FORCE dan UNIQUE





Kenapa dua pilihan?  Kalau korang nak tahu pilihan bau sebenarnya melambangkan perwatakan korang. Sebagai contoh, untuk wangian seperti perfume Force ianya melambangkan  lelaki yang bekerjaya dan juga seorang pemimpin yang berpengaruh. 

  

Harumannya menggabungkan ekstrak wangian segar tumbuhan yang menyerupai bauan semula jadi. Malah kesegarannya terserlah menerusi ekstrak sitrus bersama aroma Lavender, yang diadunkan dengan nuansa lautan dan ekstrak maskulin Woody. So far aku suka yang ini!




Untuk lelaki yang berkeyakinan tinggi  pula boleh memilih haruman Unique yang menyerlahkan kesegaran adunan Lavender dan Bergamot. Wangian ini disempurnakan dengan ekstrak Woody serta  kombinasi Sandalwood dan Patchouli.






Tak cukup dengan itu, Romano turut perkenalkan 4 pilihan deodorant untuk korang dapatkan sekarang.




Romano Metro Pulse mengandungi haruman Citrusy dan Aqueous yang menyegarkan, dicampur bersama Pudina dan Sage yang menyamankan serta diakhiri dengan kehangantan Woody. Untuk lelaki urban yang bersemangat tinggi mesti pilih ini!




Romano Prestige pula menyaksikan keindahan campuran Black Pepper dengan Citrus yang dijalinkan bersama kemewahan Lavender dan Sage bersama bauan Amber Woody. Menjadikan ianya  wangian mewah kepada lelaki yang sofistikated dan berpengaruh. 




Romano Classic pula berteraskan wangian Woody hasil adunan minyak daripada pokok nilam dan cendana. Esen tumbuhan aromatiknya pula memberikan kesegaran dengan sedikit adunan Citrus serta rempah. Ianya  dicipta untuk lelaki perkasa moden dengan tarikan yang merentas zaman. 





Romano Urbane Attitude difokuskan kepada  kesegaran haruman Fougére daripada Lavender bersama percikan Bergamot dan perahan Lemon. Esen buah-buahan eksotik seperti Nanas dan Cassis menambah sentuhan berkarisma manakala esen sensual kasturi dan Woody menyempurnakan haruman dinamik ini. Unik kan? 



Kalau nak tahu deodorant Romano ini mampu bertahan selama 24 jam dan cepat kering kepada kulit. Malah ianya meningkatkan tahap keharuman sehingga 20% walaupun dalam keadaan yang lasak. Aku dah cuba pakai memang wangi tapi sayangnya dari 4 botol ketiga -tiga botol mengalami masalah yang sama iaitu penutupnya cepat rosak. Kesudahannya tak dapat dipakai walaupun masih banyak lagi. Diharap Romano akan memperbaiki masalah ini pada masa akan datang 




Kesemua produk Romano ini boleh didapati di semua farmasi utama dan pasaraya di seluruh Malaysia. Jangan lupa dapatkan produk Romano ini dengan : 

Harga 
ROMANO Eau De Toilette 100ml = RM40.60

ROMANO Deodorant Spray 150ml = RM14.90

Romano Set Penjagaan Diri Untuk Lelaki

by on 7.4.17
Lelaki zaman sekarang boleh dikatakan mementingkan penjagaan diri bagi memastikan diri sentiasa yakin , sihat dan bergaya. Untuk itu,   R...


Korang pernah tak masuk ke kedai cermin mata dan dilayan seperti VVIP dan 5 bintang? Kalau tak, mungkin korang boleh dapatkan servis pemeriksaan mata di The Eye Shop yang terletak di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi 



Dah lama sebenarnya aku tak buat pemeriksaan mata. Kalau tak silap last masa sekolah dulu dan kena pakai cermin mata sekejap masa darjah 4. Lepas kena ejek dengan mak saudara sendiri, terus tak pakai. Malu katanya hahahaa. Sejak dari haritu confident ye mata dah elok. 




Bila datang ke The Eye Shop ni, layanan dorang tip top weh. Korang akan diberi penerangan dan pemeriksaan secara percuma. Menariknya lagi , sambil menunggu korang akan diberi brownies dan jus segar yang merupakan complimentary buat setiap pengunjung yang datang ke sini 



Malah masa 1st time masuk ke sini macam tak percaya ianya kedai cermin mata sebab konsepnya sangat elegan dan mesra pelanggan. Tenang je weh. Namun begitu, melihatkan pada kedai cermin mata yang mewah bagai ni, mesti korang ingat mahal kan? Actually tak mahal pun dan harga sama je dengan kedai cermin mata yang lain 

Yang membezakannya adalah servis dan hiasan dalam kedai The Eye Shop ini.Bukan itu sahaja, kedai yang dibangunkan oleh Optometris, Puan Fairuz atau dikenali sebagai Cik Fair ini, pemeriksaan mata yang dilakukan bukan setakat menggunakan komputer sahaja tau 






Kalau korang nak tahu, pemeriksaan di komputer tak semestinya tepat. Sebagai contoh, aku saja buat pemeriksaan mata secara komputer sebab ingatkan dah tak rabun. Guess what? Mata aku silau teruk dalam skala 100 camtu. Tetapi bila dah buat pemeriksaan lain di The Eye Shop ternyata mata aku tak silau seteruk itu.





 Tetapi yang mengejutkan adalah mata kiri aku disahkan rabun dekat dan usia mata aku seperti orang yang berumur 34 tahun. Padahal aku baru je umur 25. Nampak tak? Kalau korang buat pemeriksaan mata disini segala- galanya bakal diketahui 


Beliau turut berkongsi yang pembedahan lasik sebenarnya tak berapa bagus dan menelan kos yang banyak jadi pemakaian cermin mata adalah yang terbaik .Koleksi cermin mata yang ada disini pun banyak yang menarik. Bukan itu sahaja, bagi memastikan korang mendapat bingkai cermin mata yang terbaik, dorang menggunakan aplikasi terkini bagi memastikan cermin mata itu bersesuai dengan korang. Canggih weh!




Overall aku sangat berpuas hati dengan perkhidmatan di The Eye Shop Bangi dan I'm back with the spectacles! Hahahaha terima kasih The Eye Shop sebab mengembalikan keyakinan untuk bercermin mata. So how do I look? Yeay or Nay? 


Untuk korang yang ingin mencari kedai cermin mata terbaik di Bangi bolehlah datang ke sini 

Alamat :
G-6, Jln 8/35, Seri Bangi, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi
Bangi, Malaysia
Contact no : 03-8912 2871


Kedai Cermin Mata Di Bangi Ini Memberikan Layanan 5 Bintang

by on 4.4.17
Korang pernah tak masuk ke kedai cermin mata dan dilayan seperti VVIP dan 5 bintang? Kalau tak, mungkin korang boleh dapatkan servi...

Kepada korang yang ingin ke Melaka dan ingin mencari homestay di Melaka, korang kena baca entry ini sampai habis. Baru - baru ini, aku dan beberapa orang blogger yang lain kiteorang sempat la short escape ke Melaka dengan ke sana dalam 4 biji kereta. Haa adalah dekat 12 orang ke sana. 




Dah ramai, confirm la nak cari homestay murah di Melaka atau homestay yang besar di Melaka kan? So salah daripada kiteorang berjaya dapatkan Idaman Villa Homestay yang terletak  di Taman Kota Syahbandar Melaka yang  merupakan satu kawasan yang sangat strategik di tengah Bandar Melaka. 




Sebenarnya homestay ini tak lah berhantu seperti yang diperkatakan. Yang berhantunya sebab malam tu kiteorang lepak dekat luar, so tengah sembang - sembang tetiba ada orang  tegur apa benda weh tu dekat luar sambil ada bunyi loceng? Berterabur semua lari masuk rumah. Sekali pak guard daaaa haahahahaha 

So bab keselamatan Insyallah terjamin! Hehehehe.Berkonsepkan homestay mewah dan harga untuk satu malam yang sangat berbaloi. Dah la dekat dengan tempat menarik di MelakaNak ke Menara Taming Sari ?  hanya 8 minit, ke Jonker Walk hanya 5 minit, ke Dataran Pahlawan hanya 9 minit, ke A'Famosa hanya 12 minit.  So kalau nak cari homestay yang berhampiran dengan tempat menarik di Melaka inilah tempatnya




Malah kalau korang nak pergi ke kuih keria melaka yang viral tu , coconut shake klebang tersangatlah dekat weh. Tapi diingatkan kena datang awal dan beratur kalau tak bye bye la 








Banglo tiga tingkat ini  mempunyai kelengkapan perabot yang sangat lengkap dari tingkat 1 hingga 3. Dah terasa seperti masuk ke rumah keluarga sendiri sebab semua kemudahan ada. Dari ruang tamu terus ke dapur siap ada pembahagi bahagian antara ruang tamu dan dapur. Ruangan dapur yang cukup luas serta kelengkapan seperti tong gas, pinggan mangkuk, peti ais dan lain-lain. Malam tu, kiteorang sempat masak lagi tau sambil tengok cerita hantu memang best! 


 Homestay Idaman Villa ini  mempunyai : 
  • 7 Bilik tidur (boleh memuatkan 18 orang)
  • 6 bilik air dengan pemanas air
  • Dapur memasak lengkap
  • TV dengan 28 siaran di setiap bilik
  • Internet wifi berkelajuan 30 Mbps
  • Laman yang luas
  • Tempat BBQ disediakan
Hanya dengan RM900 / sehari,  korang boleh berkampung ramai - ramai dalam ni. Untuk tempahan dan maklumat lanjut,


IDAMAN VILLA, MELAKA (BANDARAYA MELAKA)
Contact: Encik Bari ( 012-2118246 )

Terima kasih Idaman Villa, Melaka !

Idaman Villa Homestay Di Melaka Berhantu?

by on 3.4.17
Kepada korang yang ingin ke Melaka dan ingin mencari homestay di Melaka , korang kena baca entry ini sampai habis. Baru - baru ini, aku...



Korang pernah makan dekat Restoran FizoMawar yang terletak di Bandar Baru Bangi ? Kalau ya macam mana pengalaman korang makan dekat sana? Dengar khabar restoran kepunyaan pelakon terkenal, Fizo Omar bersama - sama isterinya Mawar sekali lagi dilanda kontroversi 





Tahun lepas, kecoh seketika Restoran Fizomawar dilanda kontroversi dek kerana servisnya tidak setimpal dengan harga makanan dan beberapa isu lain. Kali ini, sekali lagi Restoran Fizomawar dilanda kontroversi 

To be honest, aku tak pernah pun makan dekat sini sebelum ini. Tapi melihatkan menu - menu nya yang kebanyakannya menu makanan Thailand dan pantai timur. Membuatkan aku teringin untuk datang ke sini. Kebetulan pula, untuk merasai pengalaman aku makan dekat sini, aku dan kawan - kawan blogger pun ke restoran kontroversi ini. Rezeki. 





Kiteorang ke sana dalam 2 petang which is timing waktu orang baru habis lunch.Waktu ini restoran tak begitu sibuk namun masih kelihatan beberapa orang pelanggan menjamu selera. Kalau korang cakap aku datang sebab aku blogger ke apa , kalau bukan sebab tu pun memang aku teringin nak pergi. Sebab aku memang minat makanan Thailand. Maklumlah aku kan ada darah siam sebelah mak. hiks.  Datang masuk dalam terus cari tempat duduk. 


Untuk sajian tengahari tu , kiteorang order Kau Mok Khai, Tomyam Bangkok, Daging Salai dan Nasi Rebus, kuih akok. Sweety Mawar dan Cakoi. Untuk minuman pula kiteorang order Mojito, Green Tea dan Mocha blended



Daging salai bakar. RM 15.90. Sumpah sedap weh! Dicicah pula dengan sos tu. Sos tu tak silap ada campuran beras bakar dan lain - lain lagi memang sedap. Cumanya agak sedikit mahal


Tomyam bangkok! Resipi ini memang pure Thai. Kawan - kawan aku cakap sedap, tapi aku kureng sikit, hehehe 

Sweety Mawar. Yang ini dessert laris di restoran ini. Dia sedap tau tapi aku jenuh fikir macam mana dorang manipulate rasa dia. Ada something yang aku rasa macam tarik selera aku. Yang ini aku bagi 3/5 

Green Tea! Kawan aku cakap sedap tak macam 1st time dia pergi, manis gila  and  this time banyak improve!

Aku memang coffee lover. Yang ini mocha part of caffeine juga, So far minuman ni sedap! LULUS!

Kau mok khai ini orang lain punya, Tapi dia tak habis aku yang habiskan. Ayam dia sedap weh, lembut dan rangup. Must try!

Kuih akok dia serius perform gila weh! Sedap sangat! Korang wajib cuba 

Nasi rebus. Kalau ikut dalam gambar dia letak dalam bakul. Takpe la tak ada bakul pun. Yang ini aku yang pilih. Memang sedap! Crunchy gila ayam dia. Cumanya kalau ada isi lebih sikit mesti lagi sedap. Yang ini aku bagi 4/5 bintang!

ada satu lagi kuih cakoi. Tu pun perform gila! Disebabkan sedap sangat, makan sampai lupa nak ambil gambar.


Bagi aku secara keseluruhan restoran ini okay je. Makanan pun sedap, takde kotor. Servis pun tak adalah lambat pun. Sebab nak kata busy ke apa , orang memang tak putus - putus memang akan ada je pelanggan dorang. Mungkin sebab sebelum ini dah terpalit kontroversi, dorang improve. 

Since dah kata kontroversi, aku ni jenis yang suka bertanya. Terus tanya kepada staff dorang,pasal kontroversi haritu. Dorang cakap dorang ambil teguran itu sebagai satu nasihat. Selepas daripada itu dorang improve dari segala - galanya. Baik dari nama menu, susun atur restoran dan juga aspek pekerja. Maklumlah 1st time buka restoran jadi of course la banyak benda kena diperbaiki

Yang jadi viral haritu pun bukan niat dia nak bagi viral.Dia datang as customer then complaint apa yang tak puas hati. Tak sangka ianya menjadi viral. LOL 


Sebenarnya mengenai tajuk aku Restoran FizoMawar Sekali Lagi Dilanda Kontroversi , adalah mengenai mereka di Facebook yang menjadi batu api, berhasad dengki. Saja aku up status survey baru - baru ini mengenai Restoran Fizomawar , pelbagai reaksi dan komen. Ada yang suggest dan tak kurang yang perli





Bagi aku, kesalahan dan kesilapan dalam dunia perniagaan ini biasalah. Suka untuk aku gunakan ayat ini 'Kalau tak mampu untuk membantu orang, janganlah pula kita menjatuhkan orang' .So far apa yang aku suggest, makan semuanya sedap dan memuaskan. Yang mana tak sedap tu , aku cakap terus teranglah kan? 


So jangan lupa untuk datang untuk makan dan cuba sendiri pelbagai menu unik dan sedap dari Restoran Fizomawar. Selepas daripada itu, korang boleh komen pengalaman korang di ruangan komen di bawah ya ! Selamat mencuba!




FIZOMAWAR KITCHEN
Website : No 7& 9, Jalan 8/1 Seksyen 8
Bangi, Malaysia
Contact : Call 019-908 0909

Restoran FizoMawar Sekali Lagi Dilanda Kontroversi

by on 2.4.17
Korang pernah makan dekat Restoran FizoMawar yang terletak di Bandar Baru Bangi ? Kalau ya macam mana pengalaman korang makan dek...