Total Pageviews

Sekarang ni boleh dikatakan terdapat banyak produk kecantikan di pasaran. Kalau korang perasan , kebanyakan produk kecantikan ini mempunyai strategi pemasaran nya tersendiri 

Terbaru, langkah yang berani harus diberi pujian kepada founder atau pengusaha produk jenama Cantik Dara, Puan Nurul Sayang Rahmat yang telah mengambil keputusan untuk berkolaborasi dengan pihak produser filem Jibam yang diaptasi daripada karya kartunis terkenal, Ujang 





Aku berkesempatan untuk ke sidang media majlis pelancaran Cantik Dara dan juga memorandum persefahaman yang ditandatangi di antara Cantik Dara Sdn Bhd dengan Spektra Selasih Sdn Bhd di Restoran Rebung Chef Ismail baru - baru ini 

Kalau korang nak tahu, filem Jibam yang berada di bawah arahan Che Mie dan skrip Asmira Suhadis akan berada di pawagam tidak lama lagi. Antara barisan pelakon yang menjayakan filem ini adalah adik Mohd Arif Abdullah atau Buntat. Esma Daniel ,Fadlan Hazim, Mia Ahmad , Kamarool Yusof , Kazar , A.Galak , Zaidi Omar dan Bohari Ohmad 



Walapun Cantik Dara masih lagi baharu dan belum dikenali ramai, bagi aku ini adalah kolaborasi yang terbaik bagi memperkenalkan produk dan filem ini. 




Majlis pelancaran Cantik Dara  ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama , Kerja Raya, Pelancongan dan Warisan Negeri Kedah, YB Dato' Haji Mohd Rawi Abd Hamid dan dalam masa yang sama TVC Cantik Dara turut ditayangkan buat julung kalinya pada pihak umum 



Turut kelihatan dalam majlis ini adalah selebriti terkenal Ruhainies yang bakal menjadi jurucakap produk ini tak lama lagi dan Dato Awie sebagai tetamu VVIP . 


Dalam majlis yang sama, sebuah lagi memorandum persefahaman dimeterai antara Puan Nurul Sayang mewakili Cantik Dara Sdn Bhd dengan Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia yang diwakili Presiden nya , Dato' Shikin Begum

Tujuan memorandum persefahaman ini dimeterai adalah untuk membantu ahli Srikandi yang terpilih sebagai stokis atau agen Cantik Dara bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka. 


Malah untuk pengetahuan korang, setiap hasil jualan produk Cantik Dara, RM1 yang diperolehi akan dimasukkan ke tabung Rumah Titian Kaseh dan dalam majlis yang sama  Cantik Dara turut menyumbangkan RM10,000 buat Rumah Titian Kaseh 

Syabas diucapkan kepada Cantik Dara. Semoga produk Cantik Dara akan laris dipasaran dan terus maju! 

Jenama Cantik Dara Berkolaborasi Dengan Filem Jibam

by on 30.4.17
Sekarang ni boleh dikatakan terdapat banyak produk kecantikan di pasaran. Kalau korang perasan , kebanyakan produk kecantikan ini mempunya...
Aku berani cakap , kebanyakan readers aku mesti ramai yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi Universiti



Jika Ya , korang kena baca entry ini sampai habis kerana ini peluang besar untuk korang yang diberikan oleh Perbadanan Nasional Berhad ( PNS ) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK)




Pada 28 April baru - baru ini bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) aku sempat ke sana bagi melihat sendiri program ilmuan khas untuk pelajar - pelajar universiti di Malaysia yang berminat dengan keusahawanan. 




Program pertandingan yang diberi nama VEST - Varsity Entrepreneurship Skills & Talent 2017 bakal melibatkan 1000 mahasiswa yang terpilih dari 20 Institusi pengajian seluruh negara dengan 200 idea perniagaan yang bakal dikembangkan. 


Sebab apa aku kata ini peluang besar untuk korang? Ini kerana para peserta berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai sejumlah RM 50,000. Banyak kan? Malah dalam tempoh 6 bulan peserta bakal didedahkan dengan teknik - teknik terkini jualan , pemasaran ,penjenamaan, komunikasi berkesan, membina rangkaian francais dan perancangan kewangan sebagai persediaan langkah bergelar usahawan 




Kalau nak tahu, program VEST 2017 ini telah diilhamkan oleh YB Dato Seri Hamzah Zainudin yang memberi peluang kepada mahasiswa untuk menjadi usahawan. Penuh wei dewan canselor USIM dengan kehadiran mahasiswa dan mahasiswi dari pelbagai IPT. 






Malah dalam masa yang sama, selebriti dan usahawan muda, Fizo Omar turut berkongsi pengalaman beliau susah dan senang dalam bergelar usahawan. 



Korang yang masih lagi belajar di universiti dan berminat dengan keusahawanan ni jangan lepaskan peluang tau. Terdapat banyak tawaran yang diberikan oleh agensi - agensi di bawah KPDNKK seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ), Bank Rakyat , Suruhanjaya Koperasi Malaysia ( SKM ) dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)


Antara peluang yang ditawarkan untuk mahasiswa adalah : 

  • Peluang mendaftar perniagaan melalui SSM secara PERCUMA melalui Skim 1Pelajar 1Pendaftaran Perniagaan 
  • Peluang untuk membuka akaun syarikat perniagaan dengan Bank Rakyat  tanpa pencadang. Cuma RM100 untuk pendaftaran 
  • Peluang mendaftar hak cipta/logo perniagaan melalui MyIPO secara PERCUMA 
  • Peluang mendaftar koperasi melalui SKM
  • Peluang pembiayaan perniagaan melalui PNS



Haa banyak kan peluang yang ada? Rugi kalau korang lepaskan peluang yang ada. Untuk korang yang ingin join pertandingan VEST 2017 ini ianya terbuka kepada semua pelajar IPT yang berusia 18 tahun hingga 25 tahun. 

Tarikh penyertaan bermula dari 21 April 2017 sehingga 10 Mei 2017. Pelajar universiti yang berminat boleh membuat pendaftaran melalui unit keusahawanan universiti masing - masing atau rujuk laman web PNS untuk maklumat lanjut. Jangan lupa join dan selamat berjaya! 


Korang Pelajar Universiti? Jika Ya Korang Harus Sertai VEST 2017

by on 29.4.17
Aku berani cakap , kebanyakan readers aku mesti ramai yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi Universiti Jika Ya , korang kena baca ...
Kalau ditanya aku dalam banyak - banyak negeri di Malaysia yang manakah menjadi pilihan , aku akan cakap Terengganu dan Sabah kerana kedua - dua negeri ini berjaya menambat hati aku dengan kecantikannya yang tersendiri


Bercakap mengenai Sabah, sebenarnya masih ramai yang takut untuk kesana dek kerana peristiwa hitam yang melanda Sabah beberapa tahun yang lalu. Maka baru - baru ini aku bersama - sama dengan Blogger dan Social Media Influencer yang lain telah ke Tawau dan Semporna Sabah setelah dijemput oleh Sabah Tourism Board dan Gaya Travel Magazine


Tujuan kiteorang kesini adalah untuk merasai sendiri pengalaman berada di negeri dibawah bayu ini dan menjelajah pulau yang dikatakan pulau - pulau yang paling cantik di Malaysia. Sewaktu kiteorang ke sini, masih ada yang bertanya tidak bahaya ke kat sana? Haa nak tahu jawapannya korang kenalah baca sampai habis entry ini ya 




Di Sabah, Tawau dan Semporna adalah lokasi yang ditujui dalam FAM Trip ' Sea You In Sabah '. Nama pun unik kan? Untuk korang yang datang ke Tawau, apa kata jelajah tempat menarik di Tawau yang berikut ? Sebabnya ramai yang tidak tahu Tawau tersimpan keunikannya yang tersendiri 


Tempat Menarik di Tawau 

Teck Guan Cocoa Museum 



- Ramai yang tak tahu Teck Guan Cocoa Museum ini ada special tau. Mana tidaknya dorang memproses koko menjadi produk yang terkenal sehingga luar negara tau.









 Kiteorang sempat cuba moshi coklat , air coklat dan beberapa coklat yang dibuat sendiri dekat sini. Sedap! So datang tawau datang kesini dan belilah sedikit produk Teck Guan sebagai tanda kenangan 

Tawau Hills Park 




Buat korang yang sukakan alam semula jadi, Tawau Hills Park wajib berada dalam list itinerary korang. Tersimpan pelbagai khazanah hutan , disini sangat sesuai untuk datang rekreasi. 





Jangan lupa bawa baju persalinan ya sebabbnya dekat sini ada kawasan air terjun yang korang boleh mandi. Wuhoo! 


Columnar Basalt, Giram Nek Legek, Kg Balung Cocos 




Pernah dengar mengenai Columnar Basalt ? Kalau ini adalah 1st time korang dengar samalah kita. Columnar Basalt adalah formasi batuan yang terhasil dari pembekuan aliran lava. 



Menariknya lagi formasi batuan ini tersusun cantik dan ianya berlaku secara semula jadi. Dikhabarkan Columnar Basalt di Giram Nek Legek, Kg Balung Cocos ini adalah satu - satunya di Malaysia.



 Dekat sini pun korang boleh mandi manda sambil beriadah. Nak tengok Columnar Basalt, datanglah ke Tawau! 


Tempat Makan Menarik Di Tawau

Dah datang di Tawau, tak sah kalau korang tak mencuba makanan tempatan di sini kan? So dalam kunjungan kami sempena #SeaYouInSabah kami sempat mencuba beberapa lokasi tempat makan menarik di Tawau. Pastikan tempat - tempat ini berada dalam itinerary korang ya

Pisang Cheese Di Indo Cafe


Sewaktu makan di sini, ramai juga yang komen cakap sedap dan ada juga yang cakap asalnya Pisang Cheese di Malaysia bermula disini. Memang sedap! Selain Pisang Cheese, korang patut cuba juga menu -  menu yang lain seperti Pisang Peanut Chocolate dan juga Pisang Penyet. Best dimakan waktu riadah petang

Seafood Fresh!

Nak makan seafood? Apa kata korang cuba makan di Ocean Seafood Restaurant dan Sri Titingan Seafood Restaurant. 










Kedua- dua restoran ini menyediakan makanan laut yang fresh dan sedap! Mesti cuba!



Restoran Hj Tamrin




Yang ini korang wajib cuba kalau tidak tujuan korang ke Tawau tidak akan lengkap. Restoran Hj Tamrin ini terkenal kerana menyediakan Nasi Kuning. Sempat juga merasa untuk pertama kali, memang sedap! Nasi Kuning ini unik kerana dimakan bersama sambal kelapa yang manis dan telur rebus. 





Sebagai pelengkap, korang boleh pilih lauk hidangan seperti ayam masak merah, gulai daging atau tuna. Selain itu, jangan lupa untuk mencuba keunikan Mee Tauhu




Mee ini adalah mee yang digoreng biasa dan dimakan bersama - sama sup tauhu. 1st time rasa dan memang betul unik weh.


Balung River Eco Resort




Tempat ini bukan sahaja tenang dengan pemandangan yang menghijau malah turut menyediakan sajian yang enak. Pada kunjungan kiteorang yang lalu, sempat juga merasa aneka sajian asli Tawau yang pastinya sangat berselera. 






Tambahan pula, 1st time aku mencuba makan daun baiduri. Sedap sampai bertambah lol


Jadi itulah serba sedikit mengenai tempat menarik di Tawau. So nantikan update yang seterusnya. Jauh lebih menarik iaitu Tempat Menarik di Semporna. Nantikan!


Penghargaan :


Sabah Tourism Board

Gaya Travel Magazine

Tempat Menarik Di Tawau

by on 27.4.17
Kalau ditanya aku dalam banyak - banyak negeri di Malaysia yang manakah menjadi pilihan , aku akan cakap Terengganu dan Sabah kerana kedua...