Total Pageviews

“KEINDAHAN PULAU DAN KEAJAIBAN LAUT BIRU”MENANTI ANDA!

Percutian serta pengembaraan yang pasti anda tidak dapat lupakan di sebuah pulau peranginan terkemuka di Terengganu, Malaysia sepanjang musim ini.




Tawaran bercuti untuk orang ramai terutamanya kepada pelancong dari dalam negara kini terbuka kepada setiap individu, keluarga mahupun badan korporat di Pulau Perhentian, Terengganu, Malaysia dan dibawakan khas oleh pakar pengendali percutian di Pulau Perhentian iaitu Perhentiankravers Travel & Tours Sdn. Bhd. Destinasi percutian yang ditawarkan akan meliputi Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar.


Pakej percutian yang ditawarkan oleh Perhentiankravers akan pastinya menjadi sebuah kenangan manis yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh para pengunjung setelah berseronok menikmati keindahan alam serta ketenangan laut Cina Selatan yang terbentang luas dan aman serta di penuhi dengan pelbagai hidupan laut yang berwarna-warni serta pemandangan yang memukau di sepanjang percutian mereka.


Perhentiankravers juga telah berusaha dengan jayanya dalam mengatur tentatif program yang menarik serta bersesuaian kepada para pengunjung yang hadir. Ini bagi memastikan percutian para pengunjung tidak disia-siakan dan dimanfaatkan dengan sebaiknya bermula dari langkah pertama pengunjung memijakkan kaki mereka di pantai berpasir putih dan lembut di Pulau Perhentian.


Bagi keselesaan dan ketenangan para pengunjung dalam merancang percutian mereka, Perhentiankravers telah menyediakan beberapa jenis pakej pulau perhentian yang mana para pengunjung boleh membuat pilihan mengikut kepada cita rasa, kesesuaian dan “budget”masing-masing kerana pada Perhentiankravers, semua orang mampu untuk merasai percutian idaman mereka. Disamping itu juga, Perhentiankravers juga boleh mengaturkan sebarang percutian atau program yang perlu di “taylor-made” megikut kepada kehendak dan kesesuaian pengunjung.


Bersama Perhentiankravers, para pengunjung akan di layani dengan baik dari proses tempahan sehingga lah pengunjung tiba di Jeti Kuala Besut untuk menaiki bot untuk memulakan perjalanan ke Pulau Perhentian.




Bot Laju Perhentiankravers”


Untuk makluman umum, bahawasanya bot laju Perhentiankravers adalah satu-satunya bot di Pulau Perhentian yang di cat dan dihias sebegini. Sudah pasti para pengunjung berasa begitu teruja sebaik sahaja melihat bot jerung ini datang menghampiri Jeti Kuala Besut untuk mengambil mereka dan membawa para pengunjung ke Pulau Perhentian. Dengan kekuatan enjin 250 kuasa kuda, para pengunjung akan meluncur laju membelah lautan dan akan tiba di Pulau Perhentian dalam tempoh masa 20 – 30 minit sahaja.


Setibanya para pengunjung tiba di Pulau Perhentian, pengunjung akan dibantu oleh “crew” Perhentiankravers bagi proses check-in dan penyimpanan barang sementara menunggu waktu check-in di resort mahupun chalet mengikut kepada jenis pakej yang diambil.




Khusus kepada para pengunjung yang dari lapisan anak muda dan belia, pada hari pertama Perhentiankravers telah mengisi tentatif program dengan menuju ke salah sebuah destinasi popular di Pulau Perhentian iaitu mendaki ke kincir angin. Pendakian ini akan mengambil masa sekitar 40 minit untuk ke puncak dan 40 minit untuk menuruni bukit. Perhentiankravers juga menyediakan khidmat “guide” iaitu sebagai penunjuk arah dan juga bagi membantu sebarang kesulitan atau masalah sekiranya berlaku. 

begitu menitik beratkan keselamatan para pengunjung sewaktu melakukan sebarang aktiviti yang mana bagi pendakian ini Perhentiankravers menyediakan set “first aid kit” yang lengkap beserta dengan “walkie-talkie” bagi memudahkan komunikasi antara pengunjung dengan “guide” sekiranya berlaku sebarang kesulitan yang tidak diingini. 


Aktiviti ini menggunakan sedikit kekuatan fizikal dan mental namun, sebaik sahaja para pengunjung tiba di puncak, segala penat dan lelah pasti akan hilang begitu sahaja dek kerana pemandangan yang begitu indah serta kenikmatan dibuai angin bayu pada ketinggian 150 meter dari paras laut. Berikut adalah beberapa pemandangan dari lokasi kincir angin.






Selepas dari mengikuti pendakian ke kincir angin yang berakhir sekitar jam 4.00 petang, para pengunjung bebas untuk melakukan sebarang aktiviti lain seperti mandi pantai, berkayak dan lain-lain lagi.


Hari kedua berada di Pulau Perhentian adalah hari yang sangat dinanti-nantikan oleh kebanyakan para pengunjung yang datang bercuti bersama Perhentiankravers. Ini kerana hari kedua adalah hari para pengunjung akan di bawa untuk bersnorkeling di 5 tempat snorkelling di sekitar Pulau Perhentian Kecil dan Besar. 


Ya, sudah pasti nya para pengunjung berasa sangat teruja untuk bersnorkeling di salah satu lautan terbuka yang penuh misteri dengan keindahan alam yang mungkin tidak pernah mereka lihat atau saksikan sebelum ini. Aktiviti snorkelling ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga ke pukul 5.00 petang yang mana Perhentiankravers juga telah menyediakan hidangan makan tengahari buat para pelanggan ketika berehat sebentar di Kampung Nelayan.



Di dalam keterujaan untuk bermandi-manda di laut, Perhentiankravers begitu menitik beratkan soal keselamatan para pengunjung. Para pengunjung akan disediakan dan diberikan dengan kelengkapan snorkelling yang selengkapnya supaya keselamatan pengunjung terjamin disamping dapat menikmati keseronokan snorkelling pada tahap yang semaksima mungkin.




Pengunjung menggunakan kelengkapan snorkelling.


Disamping itu, Perhentiankravers juga menyediakan perkhidmatan “snorkelling guide” profesional yang akan memantau serta melayani para pengunjung sepanjang trip. “Snorkelling guide” yang bertugas juga merupakan “underwater photographer” yang mana mereka akan merakam kenangan-kenagan para pengunjung ketika snorkelling di Pulau Perhentian.


Antara tempat snorkelling yang bakal dikunjungi oleh para pengunjung adalah seperti berikut :


1.       Turtle Beach atau Tiga Ruang
2.       Turtle Point
3.       Shark Point
4.       Kg Nelayan (rehat/solat/makan tengahari)
5.       Lighthouse
6.       Romantic Beach


1.“Fish feeding” di Turtle Beach




2. Berenang secara dekat bersama penyu di “Turtle Point”




3. Aksi mendebarkan antara “snorkelling guide” berhadapan dengan jerung di Shark Point.



4. Kampung Nelayan di mana para pengunjung di bawa untuk berehat dan makan tengahari.



5. Lompatan dari ketinggian 10 meter di Lighthouse bagi pengunjung yang inginkan sesuatu yang ekstrim. Di sini juga merupakan salah satu tempat yang mempunyai “coral” yang tercantik di Pulau Perhentian.



6.Tempat snorkelling yang terakhir iaitu Romantic Beach di mana para pengunjung dapat berehat sambil bermandi-manda pada air di paras pinggang dengan keadaan laut yang tenang.


Di Romantic Beach ini juga terkenal dengan rumah kepada “Nemo” dan juga “Baby Stingray”.
                                                      




Seusai sahaja dari aktiviti snorkelling, keseronokan serta pengalaman indah para pengunjung tidak terhenti di situ sahaja, malah para pengunjung juga boleh mengambil kesempatan untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang sungguh mendamaikan berlatar belakangkan langit dan lautan seluas saujana membiru kekuningan emas.



Pemandangan matahari terbenam di pantai Coral Bay.


Mengikut kepada pakej yang diambil oleh para pengunjung, Perhentiankravers juga ada menyediakan hidangan Barbeque sebagai juadah istimewa makan malam di Pulau Perhentian.




Barbeque yang dihidangkan terdiri dari pelbagai menu hidangan laut segar.

Setelah selesai makan malam, bagi para pengunjung yang masih merasakan masih awal untuk pulang tidur berehat dan inginkan suasana malam yang lebih meriah boleh lah berjalan ke Longbeach dimana terdapat pelbagai hiburan musik dan persembahan api yang di adakan di sana. Hal ini kerana Longbeach begitu terkenal sebagai satu-satu nya “Night Life & Beach Party” di Pulau Perhentian.



Suasana kemeriahan persembahan api di Longbeach.

Pada hari ke tiga pula kebiasaannya para pengunjung sudah bersiap sedia untuk meninggalkan Pulau Perhentian dan pulang menuju ke destinasi masing-masing. Pada pengunjung yang berhasrat untuk menambah hari percutian mereka dan ingin mencuba aktiviti-aktiviti lain yang ada seperti “scuba diving”, Perhentiankravers juga boleh mengaturkan mengikut kehendak pelanggan. Perhentiankravers menyediakan 3 kali dalam sehari bagi perjalanan bot penumpang dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut. Waktu perjalanan bot penumpang adalah pada :

1.       8.00 pagi
2.       12.00 tengahari
3.       4.00 petang

Setibanya kembali di Jeti Kuala Besut, para pengunjung berkesempatan untuk membeli-belah barangan cenderamata yang dijual di sepanjang jeti. Bagi pengunjung yang pulang menaiki bas, Perhentiankravers menyediakan kawasan rehat atau “lounge” di ruang pejabat Perhentiankravers yang terletak berhampiran dengan jeti sementara menunggu ketibaan bas.




Secara keseluruhannya, Perhentiankravers menjanjikan sesuatu yang tidak dapat dilupakan oleh para pengunjung apabila bercuti di Pulau Perhentian iaitu pengalaman yang begitu menakjubkan.

 Rata-rata pengunjung memberikan maklum balas yang mengujakan seperti mereka tidak terbayang akan keindahan Pulau Perhentian menandingi mana-mana keindahan destinasi perlancongan di luar negara terutamanya negara kejiranan. Perhentiankravers menjanjikan “value for money” kepada para pengunjung yang disayangi. 


Musim bagi percutian di Pulau Perhentian bermula pada bulan Februari hingga Oktober dan selebihnya ditutup kerana angin monsoon yang melanda pulau setiap hujung tahun. Oleh kerana operasi di Pulau Perhentian adalah terhad, Perhentiankravers menasihatkan kepada bakal pengunjung untuk membuat tempahan seawal mungkin bagi mengelakkan dari kekecewaan akibat dari bilik penginapan penuh. Sebarang tempahan boleh lah hubungi :

019-9100986 (Pejabat Perhentiankravers)
Emelkan tempahan anda ke :

Untuk maklumat lanjut, pakej pulau perhentian , pakej pulau perhentian yang murah dan berita terkini mengenai Perhentiankravers, sila ke laman facebook dan instagram : Perhentiankravers

Pakej Pulau Perhentian Murah

by on 5.5.17
“KEINDAHAN PULAU DAN KEAJAIBAN LAUT BIRU”MENANTI ANDA! Percutian serta pengembar...
Baik lelaki ataupun perempuan, rambut memainkan peranan yang penting. Baik dari segi gaya ataupun penjagaan kesihatan. Untuk produk penjagaan rambut, korang tahu ke kat mana nak dapatkan produk - produk ini ? 





Memang kedai - kedai biasa ada tapi selalunya tak lengkap kan? Untuk itu, aku syorkan korang ke Hairdepot dimana kedai ini menyediakan segala jenis produk dan kelengkapan untuk penjagaan rambut korang. 



Di bawah KIMMA Sdn.Bhd sejak 2006, Hairdepot yang diasaskan oleh Mr Jeff Yong ini sudah hampir 30 tahun lamanya bertapak sebagai sebuah jenama yang terkenal. 

Bermula dengan cawangannya yang pertama dia Kepong kini Hairdepot sudah mempunyai 30 cawangan di seluruh Malaysia dan akan berkembang lagi dari masa ke semasa 





Bercakap mengenai kedai atau salon yang menjual produk penjagaan rambut, kadang - kadang memang susah nak cari yang lengkap. Sebagai contoh, kalau aku nak cari hair spray yang aku inginkan kadang - kadang terpaksa ke Kuala Lumpur dari Shah Alam semata - mata nak dapatkan produk yang aku inginkan. 




Sekarang dah tahu pasal Hairdepot ni lagilah senang dan dekat. Malah dekat sini korang boleh dapatkan free consultation tau mengenai tips penjagaan rambut dan sebagainya. Yer la kadang - kadang kita ni main pakai je produk tanpa fikirkan kesannya. Nanti bila dah ada masalah kelemumur, scalp kesan dari bahan kimia produk barulah menyesal 








Di Hairdepot segala jenis produk adalah dikawal dan diselia dari baik. Pendek kata selamat digunakan tanpa was - was. Sebab itulah korang kena ke Hairdepot sebab disini lebih selamat, pantas dan mudah dengan tersedia lebih dari 1000 produk penjagaan rambut yang berkualiti 





Namakan saja produk atau kelengkapan salon apa yang korang inginkan. Minyak rambut , ubat rambut, pewangi rambut , hair spray dan banyak lagi semuanya ada. Untuk pengetahuan korang, kebanyakan produk Hairdepot adalah best seller termasuklah hair spray yang sentiasa mendapat permintaan tinggi. 


Hampir 80% produk dari Hairdepot diperbuat dan diselia oleh rakan strategik mereka di Australia, Finland, Taiwan, Jepun dan dari Malaysia sendiri bagi memastikan kualitinya terjamin. Antara pengedar eksklusif Hairdepot adalah Little Green, New York Steet, Phytorelax Laboratories , Cab's, Erayba, Farcom dan banyak lagi 


Yang bestnya kalau korang shopping di Hairdepot, pelbagai keistimewaan korang bakal dapat tau antaranya adalah diskaun , sales preview,  promosi istimewa dan macam - macam lagi. 


Kalau korang tanya, produk Hairdepot ada tak jualan online? Ada! Korang kena selalu tengok laman web macam Lazada, mana tahu ada promosi dekat situ kan? 

Untuk korang yang nak walk in, boleh je terus ke cawangan - cawangan Hairdepot berdekatan 


  • Mid Valley 
  • 1Utama
  • Berjaya Time Square 
  • Nu Sentral
  • Amcorp Mall 
  • Pear Point 2 
  • Jaya Shopping Centre 
  • Quill City Mall
  •  eCurve
  • IPC Mutiara Damansara 
  • Aeon Rawang 
  • KL SOGO 
  • Batu Pahat Square
  • One / Batu Pahat Mall
  • Kepong Baru
  • Kepong Metro Perdana
  • Bandar Sri Damansara
  • Aman Puri
  • Taman Bukit Maluri
  •  TTDI
  • Taman Megah
  • SS2
  • PJ
  • Puchong
  • Bandar Putri
  •  Sri Petaling
  • Selayang Jaya
  •  Muar Johor
  • Bukit Indah Johor
  • Taman Perling Johor


Untuk maklumat lanjut layari www.hairdepot.my . Terima kasih Hairdepot!

Hairdepot Menyediakan Segala Produk Rambut

by on 4.5.17
Baik lelaki ataupun perempuan, rambut memainkan peranan yang penting. Baik dari segi gaya ataupun penjagaan kesihatan. Untuk produk penjag...

Jenama Apple Fiber Plus Menjadi Pilihan.
Mesti ramai kakak-kakak dan abang-abang di luar sana pening bila nak beli produk kurus sebab banyak sangat lambakkan jenama-jenama produk kurus di pasaran.
Bila survey punya survey study kelebihan dan kekurangan. Akhirnya tak jadi beli sebab pening kepala nak pilih yang mana satu. Bila tak jadi beli atau tangguh, badan makin lama makin membesar dan membuncit. Ini sangat serius. Bila dah stress nak pilih jenama yang mana satu pun salah satu faktor kelaut makan minum tak terjaga.
Jadi macam mana cara untuk kuruskan dan kempiskan perut dengan produk kurus yang berkesan?
Di pasaran ada pelbagai jenis produk kurus seperti dalam bentuk tablet, serbuk, pil, air dan pelbagai lagi. Dalam artikel ini saya share satu jenama yang sangat top Berkesan Kurus Dalam 7 Hari. Iaitu jenama Apple Fiber Plus.



Kalau korang jenis yang sangat sibuk dan tiada masa. Aku sarankan korang menggunakan produk Apple Fiber Plus. Sebab produk Apple Fiber Plus ini dalam pil kapsul. Botolnya juga tidak besar. Korang boleh bawa kemana-mana sahaja. Mudahkan?
Ciri-Ciri Kapsul Apple Fiber Plus :
  1. Dapat Membantu Mengempiskan Perut Yang Buncit.
  2. Dapat Membantu Turunkan Berat Badan (2kg - 10kg) dalam masa 7 hari.
  3. Dapat Membantu Mengecilkan Lengan Tangan.
  4. Dapat Membantu Mengecilkan Peha dan Pinggul.
Apple Fiber Plus membantu anda :
  1. Menambah tenaga.
  2. Menstabilkan hormon.
  3. Mengawal berat badan.
  4. Mengurangkan kolestrol.
  5. Membuang toksin dalam badan.
  6. Mengurangkan asma serta lelah.
  7. Menghalang pembentukan lemak.
  8. Mengurangkan dan mengawal selera makan.
  9. Serta, melancarkan dan membaik pulih peredaran darah.
  10. Berkesan seawal 7 hari ( *berdasarkan ribuan testimoni diterima)
  11. Ada sijil Halal JAKIM, KKM
  12. Produk Buatan Malaysia berasaskan Herba dan Buah-buahan/tumbuh-tumbuhan.
  13. Produk kuruskan badan PALING BERKESAN Kempiskan Perut Buncit dan Boroi di Malaysia.
Apa Kata Pengguna Yang Pernah Guna Apple Fiber Plus?
"Saya sangat Lega dan Teruja Bila dapat Turunkan BERAT BADAN sebanyak 20 Kilo dalam 2 bulan. Baru ada Keyakinan nak kawin lepas ni"
"Tak sangka betol longgar habis baru seminggu, tak sampai sebotol dah lost 4.5 kilo"
"Baju lama dah boleh pakai , Baju rasa longgar sakit tang perut"
"Tak timbang lagi tapi dah longgar baju. Besst sangat muka dah panjang"
"Saya lost 5.6kg dgn 1 btol Kapsul Apple selama 2 minggu. Mmg Power suka sgt2 tq #kapsulApple"
"Dulu berat Akak 84 , Kini Berat 62 K.g"
Ini hanya sebahagian kecil sahaja feedback mengenai produk ini. Ada banyak lagi sebenarnya.
Dimana Hendak Dapatkan Produk Ini?
Korang boleh dapatkan terus melalui website Apple Fiber Plus. Hanya order online sahaja, terus sampai ke rumah anda.
Kenapa aku sarankan beli melalui website Apple Fiber Plus? Ini kerana setiap belian korang membeli di website ini korang layak untuk mendapat harga promosi sehingga 50% dari harga asal.Memang menjimatkan.
Oppss lupa... setiap pembelian. Korang dapat set kombo 3 botol Apple Fiber Plus dan Percuma Losyen Apple yang boleh membakar lemak korang semasa tidur. Wow!








Selain itu, website  yang boleh dipercayai.Kalau korang risau bab-bab kene tipu dengan seller online. Di website ini korang tidak perlu risau. Konfiden 100% selamat. Website pun cun!



Klik link ini ---> http://applefiberplus.com.
Atau nak senang whatsapp Wanda. Wanda akan guide untuk membuat pembelian dan pastikan produk selamat sampai ke tangan korang.



Baca Ini Dahulu Sebelum Beli Produk Kurus Apple Fiber Plus

by on 3.5.17
Jenama Apple Fiber Plus Menjadi Pilihan. Mesti ramai kakak-kakak dan abang-abang di luar sana pening bila nak beli  produk kurus  seba...
Siapa peminat ubi kentang dekat sini? Kalau ya kita geng! Aku memang suka giler dengan ubi kentang ni. Tak kira lah fries ataupun lauk kentang semua benda pasal kentang memang aku rembat je. Tambah lagi kalau buat sambal kentang. Fuhh layan weh! 



Bercakap pasal kentang korang tahu tak yang jenis ubi kentang ni sebenarnya pelbagai dan kena pilih yang elok baru sedap? Untuk itu aku perkenalkan US Potato yang menjadi ubi kentang yang terbaik dan berkualiti tinggi. Nama pun US of course ianya diimport bagi memastikan korang dapat menikmati ubi kentang yang sedap.  



Baru - baru in iaku berkesempatan untuk hadiri ke Majlis bersama media  dan penulis blog bertemakan 'Sajian Sihat, Keluarga Gembira'. Haa tujuan dia untuk memperkenalkan dan war-warkan kepada orang ramai mengenai khasiat US Potato dan sudah pasti ianya sesuai untuk seisi keluarga 



Dalam majlis ini, 3 personaliti terkenal turut berkongsi kisah bersama keluarga dan berkongsi resipi berasaskan ubi kentang kepada tetamu yang hadir. Mereka adalah Ruth Liew, pakar keibubapaan dan perkembangan kanak - kanak, pakar pemakanan, terkenal Indra Balaratnam dan pembaca berita dan hos TV, Azawate Zainol Abidin 



Masing - masing berkongsi dan menunjukkan kehandalan dalam menyediakan resipi berasaskan ubi kentang yang sesuai untuk dimakan seisi keluarga. Kalau korang nak tahu, Kentang ni banyak khasiatnya. Antaranya adalah membekalkan vitamin C, mempunyai potassium yang tertinggi, memberi vitamin B6 , mengawal tekanan darah dan banyak lagi 



Masa event ni, sempat jugaklah aku deko aku punya kentang sendiri sebagai salah satu aktiviti yang disediakan. 






Malah semua makanan yang disediakan pun berasaskan kentang. US Potato ni ada banyak jenis, ada yang warna merah, ungu, saiznya yang besar kecil dan banyak lagi. Semuanya sedap!





So kalau korang nak cari kentang yang premium dan terbaik, dapatkanlah US Potato di kesemua pasaraya utama sekarang 

Nak Ubi Kentang Sedap ? Gunakan US Potato

by on 3.5.17
Siapa peminat ubi kentang dekat sini? Kalau ya kita geng! Aku memang suka giler dengan ubi kentang ni. Tak kira lah fries ataupun lauk ke...