Total Pageviews



Cakap pasal River of Life ni korang tahu tak apa dia? Ke baru first time dengar? Untuk yang tidak tahu, River of Life ini sebenarnya adalah Projek Permulaan di bawah Greater Kuala Lumpur/Klang Valley dan juga insiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memartabatkan lagi bandar metropolitan ini.

River of Life Kuala Lumpur Indah Khabar Dari Rupa?

by on 5.5.18
Cakap pasal River of Life ni korang tahu tak apa dia? Ke baru first time dengar? Untuk yang tidak tahu, River of Life ini seb...

Ini adalah tahun kedua aku datang review makan dekat Hotel Everly Putrajaya dan apa yang aku boleh cakap hotel ini menduduki tangga paling teratas untuk semua tempat aku dah review sempena Ramadan 2018.

Rencah Nusantara 




Jika tahun lepas temanya adalah Warisan, Kini Selamanya. Tahun ini pula temanya adalah Rencah Nusantara. Sememangnya ada banyak pilihan makanan dekat sini menanti di bulan Ramadan. Yang bestnya dapat juga lauk-lauk kampung yang rasanya sangat asli! 











Makanan Bertambah Sedap
Yes ini adalah review jujur daripada aku. Based on apa yang aku makan sememangnya sangat sedap. Yang pasti korang WAJIB cuba Mee Kuah Daging yang bagi aku SANGAT SEDAP. 




Tak pernah aku rasa sesedap macam ni. Bila tanya chef, rupa-rupanya ini adalah resipi turun-temurun keluarganya. Malah specialnya lagi, dagingnya diperap dan juga dibakar. Arghh bencinya tulis ni pun dah terliur.

Bersebelahan Alamanda

Jika korang tertanya, ianya terletak bersebelahan dengan Alamanda Putrajaya, The Everly Putrajaya merupakan tempat berbuka puasa yang sesuai jika korang membeli - belah di Alamanda.

Harga Berbuka Puasa Di Hotel The Everly



Untuk korang yang ingin berbuka disini nanti, sekarang ada promosi istimewa dimana  The Everly Putrajaya menawarkan harga promosi RM98. 




Tempahan berkumpulan pula, untuk setiap 10 orang akan dapat percuma satu dan diskaun 50% menanti untuk warga emas dan kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun. 





Pakej Penginapan pula adalah RM369 nett merangkumi satu malam penginapan, sahur dan buffet berbuka puasa untuk dua orang.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi

03 – 8892 2929

011 – 6318 6029



Tempat Berbuka Puasa Sedap : Hotel Everly Putrajaya

by on 4.5.18
Ini adalah tahun kedua aku datang review makan dekat Hotel Everly Putrajaya dan apa yang aku boleh cakap hotel ini menduduki tangga paling ...

Korang pernah dengar mengenai hurr.tv? Kalau nak tahu hurr.tv adalah sebuah laman online gaya hidup dan platform strim video di Malaysia. Baru sahaja diperkenalkan tetapi hurr.tv dah makin maju!



Permainan Jom Cabar Di hurr.tv

Terbaru, hurr.tv  telah memperkenalkan sebuah program permainan interaktif ‘Jom Cabar’ menampilkan personaliti media sosial bersama pelajar-pelajar universiti dan kolej tempatan yang bersaing dalam beberapa siri cabaran khas. 



Program ini disiarkan di laman web www.hurr.tv setiap hari Jumaat, bermula 13 April 2018 hingga 11 Mei 2018 pada jam 6.00 petang dengan keseluruhan lima episod web.

Kerjasama IPT Tempatan

‘Jom Cabar’ adalah program penutup yang dilakukan dalam siri jelajah Kempen Media Sosial FYI (singkatan Facebook, YouTube, Instagram) anjuran hurr.tv di lima universiti dan kolej tempatan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Universiti Selangor (UNISEL). Ia membabitkan perlawanan di antara personaliti media sosial seperti Faizdickie, Ucop, Zukie dan Dr. Say Shazril bersama pelajar- pelajar. Untung betul dorang dapat jumpa orang-orang femes ni kan!



Konsep Jom Cabar

Mesti korang tertanya macam mana game ni berlangsung kan? Konsep ‘Jom Cabar’ membabitkan tiga cabaran berlainan. Cabaran pertama adalah permainan ayat di mana dalam sesi ini personaliti media sosial akan membacakan perkataan yang berbelit atau ‘tongue twister’. Pelajar kemudiannya perlu menyebut perkataan tersebut secara berturutan atau secara terbalik.



Cabaran kedua pula membabitkan permainan fizikal. Personaliti media sosial bersama pelajar perlu bermain beberapa jenis permainan seperti badminton dan bola. Permainan ini nampak mudah, namun dengan olahan atau ‘twist’ yang direka oleh pihak produksi, pelajar pastinya mempunyai kesukaran untuk memenangi segmen berkenaan.

Manakala cabaran ketiga pula adalah permainan ‘Gun-Ba-Ka’ atau lebih dikenali sebagai permainan tangan ‘Gunting-Batu-Kertas’. Uniknya, cabaran ini akan menampilkan dua personaliti media sosial bersama seorang pelajar. Jika seperti kebiasaan permainan ini membabitkan sebelah tangan sahaja, namun ‘Gun-Ba-Ka’ memerlukan pelajar menggunakan kedua-dua belah tangan untuk memenangi segmen berkenaan menewaskan personality personaliti terbabit.


Hadiah Menarik Untuk Peserta


Yang bestnya lagi untuk pelajar yang join dorang berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuklah hadiah utama iaitu sebuah telefon pintar Oppo F5.



Episod web pertama ‘Jom Cabar’ membabitkan personaliti media sosial Ucop dan Faizdickie bersama pelajar-pelajar UKM. Manakal episod web kedua pula, saksikan aksi personaliti media sosial Dr Say Shazril dan Kak Leha Bunting (Faizdickie) bersama pelajar-pelajar UiTM. Meriah weh! Untuk korang yang terlepas, boleh je lihat kembali di 



Jangan lupa saksikan ‘Jom Cabar’ setiap hari Jumaat, jam 6.00 petang di www.hurr.tv.  

Permainan ‘Jom Cabar’ Kini Di hurr.tv

by on 3.5.18
Korang pernah dengar mengenai hurr.tv? Kalau nak tahu hurr.tv adalah sebuah laman online gaya hidup dan platform strim video di Malaysia...
Korang tahu tak antara tarikan utama pelancongan di sesebuah negara adalah kerana makanannya? Dan makanan di Malaysia juga tidak terkecuali dalam senarai wajib cuba di dunia. Nasi lemak, roti canai antara kebanggaan kita.

Food Truck Di Kuala Lumpur Memang Terbaik!

by on 30.4.18
Korang tahu tak antara tarikan utama pelancongan di sesebuah negara adalah kerana makanannya? Dan makanan di Malaysia juga...

Actually bukanlah niat aku untuk jatuhkan mana-mana jenama dekat sini. Cumanya perasaan terkilan yang tidak terhingga membuatkan aku tergerak hati untuk tulis artikel ini.


Pengurusan TGV Masih Lemah!

Dulu aku selalu je support TGV, selain kempen kalau untuk tengok movie pun TGV adalah pilihan utama aku. Kalau setakat walk in, tiada masalah tetapi kalau korang guna pembelian secara Online Yes! Ini adalah masalahnya dan aku sekali lagi alaminya. Suka untuk aku throwback balik sebelum ini, ada beberapa masalah mengenai sistem bayaran TGV. Kalau dulu aku tak boleh buat langsung booking alasan dorang adalah kerana sistem down. Okay tak apa itu boleh dimaafkan.

Bayaran Diterima  Tetapi Tiket Tak Dapat



Cerita dia minggu ni ramai yang  menunggu untuk menonton filem Avengers Infinity War dan kebanyakan panggung sudah pun sold out tiket ini pada hari pertama dan kedua tayangannya.



 Aku pun as die hard fans  filem Marvels , sempat  lah beli pada Isnin haritu, dan dapat resit menyatakan pembayaran diterima. Selalu beli online akan terima satu lagi email iaitu tiket filem tersebut. Tapi disebabkan kerja banyak dan aku pun lupa nak semak balik terus assume akan dapat email pengesahan.

Tiket Tiada Dalam Rekod

Nak dijadikan cerita semalam masa nak semak email pengesahan itu, aku check TAK ADA! Okay aku dah gelabah kejap. So aku pun call la dorang punya khidmat pelanggan dan kedengaran dia beroperasi dari jam 9 pagi – 9 malam. Kali pertama call tak angkat, dua kali tak angkat dan kali ketiga pun sama. Kecewa sekejap.

So aku pun dm la twitter account dia dengan harapan akan dibalas so around 5-10 minit camtu dorang pun balas dengan minta butiran maklumat. Mujur juga aku sempat print screen nombor seat sebab nak tunjuk dekat member seating yang mana.  40 minit kemudian dia reply cakap tiada dalam rekod untuk pembelian tersebut.



Dem!! I was like … urghh gila geram kot how come on my fav movie this thing boleh jadi? Dia cakap akan pulangkan duit dalam masa 14 hari bekerja. Aku tak kisah pasal duit, tapi pasal keinginan nak tengok tu, then dapat tau takde dan kau dah janji dengan orang untuk tengok terpaksa dilupakan macam tu je. Nak beli tiket lain semua SOLD OUT.

Okay the thing is, aku tak marah sangat pasal tiket tak de dalam rekod. Mungkin ada technical problem or so on. Tapi yang aku marah sangat kenapalah tak angkat call!  Banyak kali call, then suruh tunggu then talian diputuskan. Ini bukan first time tapi banyak kali juga dulu jadi benda yang sama. 

Perlu Penambahbaikan 

Serius aku emo gila semalam sampai patahkan membership TGV  tanda bengang dengan management dorang. Langsung tak ada penambahbaikan!  Rasanya panggung wayang lain sistem dorang lebih sistematik dan mudah. Too bad TGV,  I IS DISSAPOINTED WITH YOU! Hopefully you guys improve on this and be more efficient.

Sincerely.

Your ex fans 

Kecewa Dengan TGV Cinemas

by on 26.4.18
Actually bukanlah niat aku untuk jatuhkan mana-mana jenama dekat sini. Cumanya perasaan terkilan yang tidak terhingga me...


Buat pengguna media sosial tegar, mesti dahulu korang pernah dengar mengenai 8Share bukan ? Baru –baru ini aku berkesempatan ke majlis pelancarannya. Namun bukan lagi sebagai 8Share tetapi kini dikenali sebagai 8Coin.


Tahniah! 8Share Kini Dikenali Sebagai 8Coin

by on 23.4.18
Buat pengguna media sosial tegar, mesti dahulu korang pernah dengar mengenai 8Share bukan ? Baru –baru ini aku berkese...

Siapa yang azam nak kurus tapi tak kurus lagi sampai sekarang? Kita geng! Murung sekejap bila fikir pasal nak kurus, fit bagai ni, raya pun dah tak lama kan? Of course masing – masing nak segak, handsome bagai kan? 


Percaya Atau Tidak Produk Kerengga Boleh Buat Korang Kurus!

by on 16.4.18
S iapa yang azam nak kurus tapi tak kurus lagi sampai sekarang? Kita geng! Murung sekejap bila fikir pasal nak kurus, fit bagai ni, raya p...
Siapa suka gajet? Kalau Ya, kita geng! Selalunya yang suka teknologi orang lelaki je. Jarang kalau nak dengar atau nampak orang perempuan yang taksub dengan gajet ni kan? 


Jatuh Cinta Dengan Teknologi Lebih Baik Daripada Orang?

by on 13.4.18
Siapa suka gajet? Kalau Ya, kita geng! Selalunya yang suka teknologi orang lelaki je. Jarang kalau nak dengar atau nampak orang perempuan ...