Total Pageviews

Bercakap pasal Sunway kan? Aku kagum betul dengan dorang punya pencapaian. Boleh dikatakan dimana-mana sahaja akan terpampang nama Sunway



Terbaru aku sempat pergi ke Sunway Nexis yang terletak di  Kota Damansara. Khabarnya di sana sedang berlangsungnya jualan art market sempena dengan Hari Krismas. So sampai di sana, kelihatan ramai peniaga sedang menjual barang - barang mereka. Lebih kurang 30 vendor yang pelbagai terlibat. 



Antaranya seperti 

1. ROBO360 Arenabot V3 Challenge 2016 
2. Make This Life by LifeEquip
3. Art Market by Chai Diam Ma
4. Art Workshop
5. Complimentary Fashion Styling by TONI&GUY
6. Complimentary Body Assessment by SFG
7. Food Personality Test by SFG
8. Skin Analysis Test by CARA
9. Virtual Office Tour by SVOFO
10. Free Fingerprint Test + Personalized Learning Consultation by Royale Unicorn Education
11. Children Dance and Performance by Parkson Edutainment Group
12. Nexis Spotlight Live Performance by Pulse Avenue
14. BOND-ing Weekend by Molecules
15. Dim-Sum Making Workshop by Ku Su Association

dan banyak lagi! 








Pada mulanya aku sangkakan Sunway Nexis Mall ini sudah lama beroperasi kerana kelihatan ramai orang dan kedai - kedai pun hampir penuh. Rupa - rupanya mall ini baru sahaja dibuka 


antara restoran yang ada disini 


Malah boleh dikatakan jualan Hari Krismas yang berlangsung agak meriah dengan pelbagai jualan dan promosi yang diadakan. 

Sempat jugaklah aku meronda - ronda dari bawah sehinggalah ke tingkat atas Mall ini. Rupa - rupanya di atas korang boleh lepak outdoor! Cantik seperti taman mini. Malah dari atas boleh kelihatan Stesen MRT yang terbaru 







Haa jangan tak tahu, Sunway Nexis ini hanya bersebelahan je tau dengan Stesen MRT Surian dan apa yang aku perasan jambatan penghubung antara mall ini dengan stesen sedang giat dijalankan. Merasa lah jugak naik MRT  baru ni 


Pada pemerhatian aku, mall ini berpotensi besar sebagai lokasi event dan yang bestnya kan Mall ni eco friendly. Hall nya gunakan kipas gergasi lebih outdoor berbanding mall lain yang berhawa dingin. Menarik! 

So untuk datang ke sini, korang boleh naik MRT dan turun di stesen Surian. Mudah kan? Jom ke Sunway Nexis

Sunway Nexis Hanya Bersebelahan MRT Surian !

by on 24.12.16
Bercakap pasal Sunway kan? Aku kagum betul dengan dorang punya pencapaian. Boleh dikatakan dimana-mana sahaja akan terpampang nama Sunway...
Siapa yang tak kenal dengan Pelakon Terkenal ini Amyra Rosli yang baru sahaja berkahwin dengan Pelakon Kacak, Amar Bahrin 




Terbaru Amyra Rosli dikatakan bakal meninggalkan dunia lakonan kerana mendapat tawaran dari sebuah syarikat untuk jalinkan kerjasama dengan beliau 


Haa sebenarnya Amyra Rosli bukan berhenti berlakon, malah pada yang sama beliau akan berganding bahu menggerakkan projek kilang kosmetik bersama Jenamasendiri.com sebagai Co-Founder. 



Wah inilah yang dikatakan rezeki lepas kahwin. Semakin bertambah rezeki Amyra. Baru - baru ini aku berkesempatan ke Majlis tandatangan antara Amyra Rosli dan JenamaSendiri.Com yang diwakili oleh Pengarahnya, Dr Amin Abdullah yang diadakan di Flora Terrace, Hampshire Place, Kuala Lumpur 





Mesti korang tertanya kan apakah JenamaSendiri.Com ? Kalau nak tahu, JenamaSendiri.Com ini adalah syarikat yang mengeluarkan produk kosmetik di Malaysia . Dikatakan hampir 90% produk kosmetik di Malaysia ini mengambil produk mereka dari JenamaSendiri.Com



So tugas Amyra dekat sini, beliau akan lakukan promosi di media sosial dan media cetak. Dalam masa yang samaa juga, JenamaSendiri.Com telah melancarkan Yayasan JenamaSendiri.Com dengan kerjasama pihak MAKNA ( Majlis Kanser Nasional ) dan NKF ( Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia) dimana Yayasan JenamaSendiri.Com akan memberi sumbangan bulanan tetap kepada kedua - dua pihak ini 






Sebenarnya JenamaSendiri.Com telah bertapak 10 tahun lamanya dalam menghasilkan pelbagai jenama kosmetik terkenal di Malaysia dan juga Antarabangsa dan akan memiliki sebuah kilang yang beroperasi di China pada 2017 

Tahniah diucapkan kepada Amyra Rosli dan JenamaSendiri.Com !

Amyra Rosli Berhenti Berlakon Kerana Kerjaya Ini?

by on 23.12.16
Siapa yang tak kenal dengan Pelakon Terkenal ini Amyra Rosli yang baru sahaja berkahwin dengan Pelakon Kacak , Amar Bahrin  ...

Pacific Regency Hotel Diiktiraf 5 bintang! 



Sebelum ini aku datang ke sini hanya untuk menjamu selera atas jemputan pihak hotel untuk membuat food review. Kali ini diberi kesempatan untuk menginap selama 2 Hari disini bagi merasai sendiri pengalaman berada di Hotel 5 Bintang, Pacific Regency Hotel Suites  Kuala Lumpur . Serius best dan sangat selesa ! 


Terletak di Golden Triangle Kuala Lumpur 

Bercakap mengenai Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur, adalah satu pilihan yang bijak dan tepat jika korang mencari hotel yang terletak  di tempat - tempat menarik sekitar Kuala Lumpur. Cakap sahaja tempat seperti KLCC, Pavilion, Quill Mall semuanya berhampiran. Malah hotel ini terletak betul - betul berhadapan dengan Menara Kuala Lumpur




Jadi jangan lepaskan peluang untuk mandi manda di kolam renang di Luna, tingkat atas berlatar belakangkan Menara Berkembar Kuala Lumpur. Dicadangkan pada waktu malam sebab sangat cantik! 

Biliknya yang luas dan besar 

Selalu pergi hotel, keluasan dan fasiliti adalah faktor utama yang dicari bagi menentukan tahap keselesaan dan kualiti bagi sesuatu bilik hotel. Bagi aku bilik yang aku dapat di Pacific Regency Hotel Suites ini sangat selesa dan berpuas hati. Nama pun 5 stars hotel kan? Mestilah sediakan yang terbaik


besar kan? 

working space yang selesa 


ada ruang untuk memasak 

Dan yang paling penting tilam dan bantalnya membuatkan tidur nyenyak. Ada je hotel yang aku pergi sebelum ini, nama je gah tapi tak selesa. Kali ini Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur berjaya menambat hati


Makan Malam Romantis di Cristallo Di Luna 

Kalau korang mencari lokasi untuk makan malam romantic di Kuala Lumpur, aku nak cadangkan Cristallo Di Luna. Cristallo yang juga bermaksud clear glass seperti kristal menyediakan set makanan yang berkualiti di tingkat 34. 







Mamat ni keje makan je hahaha 









Malah makan malam korang menjadi sangat romantis apabila ditemani limpahan kilauan lampu LED Menara Kuala Lumpur dan bangunan - bangunan di ibu kota. Sangat menarik! 

Berhampiran Monorel Dan LRT 

Jika korang fikirkan bagaimanakah hendak ke Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur, jangan risau kerana terdapat pelbagai alternatif transport untuk kesini. Bagi pengguna pengangkutan awam, korang boleh je gunakan Monorel, turun di stesen Raja Chulan dan jalan kaki ke hotel lebih kurang dalam 50 meter

Manakala jika korang ingin menaiki LRT Putra agak jauh sedikit kerana stesen LRT yang berhampiran iaitu Stesen Dang Wangi terletak lebih kurang 400 meter dari hotel. Namun perjalanan ini tidaklah terasa kerana s terdapat bangunan pencakar langit menghiasi sepanjang jalan 


Promosi Terkini di Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur 

Di Pacific  Regency Hotel Suites Kuala Lumpur , mereka sentiasa menawarkan promosi yang menarik. Terkini, adalah promosi krismas dan  tahun baru dimana korang boleh menikmati dinner di sini dengan harga RM150 seorang atau join splash party dengan harga RM100 





So buat korang yang mencari hotel yang menarik di Kuala Lumpur, Pacific  Regency Hotel Suites Kuala Lumpur adalah jawapannya! 


Untuk maklumat lanjut layari 


KH Tower, Jalan Punchak
Off Jalan P.Ramlee
50250 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603 2332 7777
Fax : +603 2031 2492

Facebook : https://www.facebook.com/prhskl



Pengalaman Menginap di Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur

by on 22.12.16
Pacific Regency Hotel Diiktiraf 5 bintang!  Sebelum ini aku datang ke sini hanya untuk menjamu selera atas jemputan pihak ho...

Sebagai seorang blogger, social media influencer dan seorang remaja , handphone dan internet sentiasa menjadi kawan baik 24/7. Tapi masalahnya sekarang korang tahu apa? Tak cukup data, plan internet mahal sangat dan terpaksa lah menapak cari Wifi.



Sampailah aku nampak  Digi dimana korang boleh surf internet tanpa had hanya dengan RM1 sahaja weh. Fuhh giler murah weh. 3 Kali ganda murah dari apa yang aku pakai sekarang.  Digi melancarkan Unlimited Passes untuk korang yang prepaid user untuk nikmati perbualan telefon, surfing dan streaming secara unlimited hanya dengan RM1 sehari.




Bagi aku sangat murah! Bayangkan RM1 sehari pastu unlimited pulak tu. Kalau sebulan baru RM30. Murah kan?  Kalau korang rasa, korang bukanlah  jenis yang suka dengan sosial media sangat, jangan risau sebab nya dengan RM1 sehari, Digi menawarkan beberapa pilihan seperti ‘ Unlimited Video Streaming (Lite) , Unlimited Social or Unlimited Internet Calls via WhatsApp, WeChat dan Facebook Messenger

Unlimited Video Streaming (Lite)

Untuk korang yang suka layan video, layan movie dan drama online . Unlimited Video Streaming memang sesuai untuk korang. Walaupun video hanya Standard Definition tapi dengan RM1 sehari korang boleh tengok video dan movie di YouTube, Tonton, Iflix dan Viu sepuas – puasnya

Unlimited Social (Lite)
Untuk korang yang kaki facebook, plan ni bersesuai sangat. Sebabnya korang boleh surf, tengok video dan chat di Facebook secara unlimited ! Yang pasti hanya RM1 sehari


Unlimited Internet Calls
Bagi kaki borak pula, korang kena ambik plan ini dimana korang boleh buat video call, voice call di Whatsapp, WeChat dan Facebook Messenger selama mana yang korang mahukan dalam sehari.


Best kan? Hanya RM1 korang boleh lakukan apa sahaja yang korang mahukan sepuas – puasnya. Nak lagi details boleh baca di sini http://bit.ly/DigiPLUDP


Bagi aku, dengan Digi unlimited daily passes ni sangat membantu dalam membuat kerja dan update seharian. Tambah lagi sebagai social media influencer kan? Internet sangatlah penting dan harus mencukupi. 

Dengan unlimited daily passes ni for sure kerja aku lebih lancar sebab unlimited kan? Bolehlah update tanpa perlu risau kuota habis. Yeay!

#JomLive bersama Digi sekarang dan nikmati promosi yang menarik ni khas untuk korang social media lover!

Dengan Digi Unlimited Daily Passes Korang Boleh Surf Internet Tanpa Had Dengan Hanya RM 1

by on 20.12.16
Sebagai seorang blogger , social media influencer dan seorang remaja , handphone dan internet sentiasa menjadi kawan baik 24/7. Tapi ma...
Bila dengar artis dari Malaysia terkenal dan menembusi pasaran luar, timbul rasa bangga dalam diri ini. Kalau sebelum ni dengar Dato Michelle Yeoh, Datuk Siti Nurhaliza dan Yuna antara artis yang terkenal di luar negara. Kali ini seorang lagi artis yang juga penyanyi, Jessie Chung menempah nama di luar negara 




Mungkin tidak ramai yang mengenali anak kelahiran Sarawak ini. Termasuklah aku LOL. Ini mungkin kerana beliau lebih dikenali di luar negara. Baru - baru ini aku berpeluang ke majlis pelancaran album english terbaru beliau,' Be Strong'. Dalam majlis itu, para tetamu turut diperdengarkan dengan beberapa buah lagu baru beliau yang dimuatkan di dalam album Be Strong 



Pertama kali aku mendengar Jessie Chung ni terpegun sekejap, sebab lagu dia best! No wonder la lagu beliau berjaya menembusi Taiwan' Five Music International Chart dan berada di kedudukan yang kedua selepas Lady Gaga. Dalam masa yang sama turut mengalahkan penyanyi antarabangsa lain seperti Sia, Ariana Grande dan lain - lain lagi. 





Sehingga kini, video muziknya di YouTube telah ditonton lebih dari 3 Juta Viewers dalam masa 2 bulan dilancarkan.Hebat kan? Bukan itu sahaja, dalam majlis yang sama, Jessie Chung turut menerima pengiktirafan dari Warner Music Malaysia sebagai Princess of Rock 




Album Be Strong ini telah dihasilkan sepenuhnya di Australia yang memuatkan 7 buah lagu sebagai penghargaan beliau kepada peminatnya. Akan datang Jessie Chung akan membuat 15 showcase beliau di Malaysia dan diikuti tour di Taiwan, Australia , London, New York, Kanada, Jepun , Hong Kong dan banyak lagi untuk mempromosikan album beliau 

Tahniah diucapkan kepada Jessie Chung! Semoga terus sukses! 

Artis Pertama Dari Malaysia Yang Berjaya Tembusi Carta Top Hits Taiwan

by on 18.12.16
Bila dengar artis dari Malaysia terkenal dan menembusi pasaran luar, timbul rasa bangga dalam diri ini. Kalau sebelum ni dengar Dato Miche...