Total Pageviews

Sebelum ni aku ada je terperasan mengenai Restoran ini, tapi macam tak berkesempatan untuk masuk sehinggalah baru - baru ini berjaya juga menjejakkan kaki ke AK Noodles House. 



Kalau korang ke shopping Mall utama seperti Tropicana City Mall Damansara korang akan perasan AK Noodles Express ni. Jangan tak tahu sebenarnya AK Noodles House ni mempunyai peminatnya tersendiri . Kalau tak macam mana boleh ada cawangan di dalam Mall kan? Tapi di Tropicana ini adalah cawangan Express nya 



AK Noodles House sebenarnya diusahakan oleh Ah Kong Restaurant dimana signature dorang adalah fishball yang terkenal sejak 1987 lagi. Legend kan? Rahsia fishball ini terkenal adalah kerana bahan - bahan yang digunakan berkualiti tinggi. 






Selain fishball , antara yang menjadi tarikan disini adalah set steamboat nya yang sedap! Baru - baru ini aku ke AK Noodles  Express yang terletak di Tropicana City Mall. Bezanya cawangan AK Noodles Express disini kerana korang boleh nikmati steamboat tetapi hanya takeaway sahaja yang ada. Still menarik dan lagi puas sebenarnya 



Sempat juga aku merasa kuah steamboat nya. Fuhh sup kari weh. Memang Sedap! Produk bebola ikan keluaran AK Noodles ini fresh tau sebab diproses setiap hari dengan menggunakan ikan parang dan ikan tongkol segar di bawah kawalan yang ketat dan dihantar ke setiap cawangannya. 

Selain Tropicana City Mall dekat mana ada lagi? 

  • Johor Bahru City Square
  • 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya
  • Main Place, USJ 21
  • Evolve Concept Mall, Ara Damansara
  • DC Damansara City Mall, Kuala Lumpur


Jadi berapa pula harga untuk set steamboat ?




Untuk set steamboat korang boleh pilih dua set. Set yang pertama untuk 5  orang berharga RM149.90 (plus GST RM158.90)  dan set kedua untuk 8 orang berharga RM239.90 (plus GST RM254.30).


Sebenarnya banyak lagi menu lain di AK Noodles House ni. tapi korang boleh cuba set steamboat ni dan makan beramai -ramai di rumah. Best tau!

Tambah - tambah lagi raya cina dah dekat kan? Memang sesuai sangat dibuat untuk sajian makan besar

So jangan lupa untuk mencuba AK Noodles House ni ye 

AK Noodles House Terkenal Sejak 1987

by on 20.1.17
Sebelum ni aku ada je terperasan mengenai Restoran ini, tapi macam tak berkesempatan untuk masuk sehinggalah baru - baru ini berjaya juga ...

Mesti korang terkejut kan baca tajuk di atas? Restoran apa yang menguasai hampir keseluruhan Sunway Nexis ni? Haa sebenarnya ada maksud di atas, nak tahu kenalah baca sampai habis 



1st time masuk ke sini, terpukau kejap dengan dekorasi dia yang begitu menarik. Menggunakan konsep mural hitam dan putih, setiap pengunjung yang datang ke sini pasti terpegun dengan landskap mural angkasa yang menghiasi keseluruhan restoran ini. Malah ada di antara hiasan disini merupakan air tangan pemilik restoran ini sendiri







B&Blanco yang terletak di Sunway Nexis, Damansara ini  mendapat nama dari  abjad perkataan Black yang dipendekkan menjadi B dan Blanco dalam bahasa Sepanyol pula bermaksud putih.   Jadi apakah faktor penarik yang membuatkan korang wajib  datang ke Sunway Nexis Mall mesti singgah di B&Blanco?



Berkonsepkan western , restoran ini bukan sahaja menawarkan sajian hidangan yang enak malah, korang boleh create your own menu with your own style! Unik kan?


Selalunya kita melihat restoran dan café sudah mempunyai menu dan bahan mereka yang telah ditetapkan. Berbeza pula dengan konsep di B&Blanco. Kerana korang cuma perlu namakan menu yang korang inginkan di restoran ini, buat pilihan bahan mengikut citarasa korang dan nikmatinya dengan penuh kepuasan. Menarik bukan?







Antara menu utama disini adalah pasta , burger, pizza dan pastry. Pilih dan padankan sahaja menu yang korang  inginkan seperti padanan Fettuccine bersama –sama Creamy Sauce dan Seafood hasilnya, pastinya sajian lengkap menanti!



Buat penggemar kopi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati secawan Chai Latte dan minuman berasaskan kopi disini. Kerana B&Blanco menjanjikan aroma kopi yang memukau kerana ini adalah kepakaran mereka dalam menyediakan aneka kopi yang terbaik. Aku suka chai ni sebab ada campuran rempah. Unik sangat rasanya 

Santai dan menarik! Antara ungkapan yang boleh aku tafsirkan mengenai restoran hitam dan putih ini. Di B&Blanco bukan sahaja korang boleh lepak santai, malah tempat ini juga boleh dijadikan sebagai lokasi acara – acara seperti parti hari jadi dan acara keramaian lain. 




Korang boleh memilih untuk buat di dalam restoran mahupun di luar restoran yang berkonsepkan taman di dalam shopping mall. Sebab tu aku cakap restoran ni menguasai hampir keseluruhan mall ni .

Malah sewaktu aku berkunjung kesini, kelihatan pekerja  di restoran ini sedang giat membuat persiapan untuk Majlis Hari Jadi pelanggan mereka yang bertaraf VVIP.

Walaupun baru sahaja bertapak pada Disember yang lalu, namun B&Blanco semakin menjadi tumpuan dan menjadi pilihan ramai. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menjamu selera di B&Blanco, Sunway Nexis. Voilà!

Alamat :
B&Blanco
Unit No.B-01-07
Sunway Nexis
Jalan PJU 5/1,
Kota Damansara , 47810 Petaling Jaya
Malaysia

Telefon :
Elly Rahman
013 390 3191

Amir
016 622 1193



Restoran Ini Menguasai Hampir Keseluruhan Sunway Nexis!

by on 19.1.17
Mesti korang terkejut kan baca tajuk di atas? Restoran apa yang menguasai hampir keseluruhan Sunway Nexis ni? Haa sebenarnya ada maksud ...
Buat kawan - kawan yang nak sambut Tahun Baru Cina ni, korang wajib baca ni sampai habis dan kaki shopping pun sama , korang kena baca pasal ni 


Sebabnya Giant meraikan Tahun Baru Cina dengan mengadakan jualan mega , 'Make it Giant'. Ada banyak promosi dan jualan yang best antaranya seperti Giant merupakan retailer pertama yang menjual Giant Grouper Fish dengan berat sekurang - kurangya 10Kg, CNY Fuji apple , Limau Tambun bersama daunnya,Gula Tebu, Hamper, Packaging besar untuk barang terpilih seperti tisu, shower cream, downy dan banyak lagi!





Tidak terkecuali, untuk mereka yang ingin membeli belah pakaian, himpunan pakaian traditional dan moden untuk dewasa dan kanak - kanak tersedia di Giant. Semuanya cantik - cantik belaka 
















Sambil korang shopping di Giant, ada contest khas untuk korang pemegang kad Visa. Dengan sertai contest 'Giant Visa Spend & Win Contest' , terdapat banyak hadiah menanti korang.Antaranya adalah seperti 100 Giant Gift Voucher bernilai RM200 dan hadiah utama, Hyundai Starex Royale. Gempak kan? Korang masih lagi berpeluang untuk memenangi hadiah ini kerana contest ini bermula pada 29th December sehingga 28th February 2017. Jadi jangan lupa untuk join ya! 



Dan jangan lupa juga ya, ada kempen redemption dimana dengan setiap pembelian melebihi RM38 dalam satu single receipt korang akan mendapat satu stamp. Dan kumpulkan sehingga 10 stamp dan korang boleh beli limited edition Bakeware & Serveware dengan harga jauh lebih murah. Kempen ini berlangsung pada 2 Januari sehingga 16 April ini. 



Best kan promosi yang ada di Giant? Jadi jangan lupa untuk membeli - belah di Giant dan dapatkan harga yang jauh lebih murah! Selamat Tahun Baru Cina! 


Untuk maklumat lanjut layari : http://www.giant.com.my/

Tahun Baru Cina Meriah Dengan Shopping Di Giant

by on 18.1.17
Buat kawan - kawan yang nak sambut Tahun Baru Cina ni, korang wajib baca ni sampai habis dan kaki shopping pun sama , korang kena baca pa...
Pertama kali berjumpa dengan kedua - dua individu ini aku sangkakan tuan rumah majlis perkahwinan yang sempat aku pergi baru - baru ini



Rupa - rupanya mereka adalah pemilik The Kenduri, sebuah syarikat wedding planner dan caterer  yang bertapak di Seremban , Negeri Sembilan dan semakin terkenal di Malaysia. Pemiliknya yang lebih dikenali sebagai Arham dan Zaim kalau korang nak tahu sebenarnya baru sahaja memulakan bisnes The Kenduri  dalam masa 5 bulan, tetapi kejayaan mereka sangat membanggakan

Usia Muda Bukan Halangan 

Menjadi viral disebabkan kesungguhan dan idea yang diketengahkan oleh mereka sangat menarik dan telah merealisasikan impian ramai pengantin - pengantin khususnya di Negeri Sembilan, Melaka dan Kuala Lumpur. Oleh disebabkan itu, nama The Kenduri menjadi sebutan sehingga boleh dikatakan hampir setiap hari ada saja tempahan yang dibuat. Malah korang jangan terkejut kerana kedua - duanya baru sahaja berumur 24 tahun, Serious kagum! 


Apakah The Kenduri ? 




Mesti korang terfikir apakah The Kenduri ini, dan kenapa dorang menjadi viral? The Kenduri ni macam aku cakap tadi, merupakan wedding planner dan caterer . Dimana melalui The Kenduri, segala - galanya diuruskan oleh mereka dari. Bak kata mereka, bermula dari Kursus Perkahwinan sehinggalah ke majlis anak - anak mereka kelak boleh diuruskan oleh mereka 




Yang menjadi viral adalah kerana mereka merealisasikan impian ramai pengantin dengan bajet yang diperuntukkan oleh keluarga pengantin sendiri. Contohnya jika korang hanya ada RM5000, maka The Kenduri akan tetap  melaksanakan impian korang mengikut tema yang diinginkan . 



Korang kena tahu, walaupun bajet korang tak banyak tapi The Kenduri akan tetap melaksanakannya dengan penuh eksklusif. Sebab itulah ramai yang mengambil The Kenduri sebagai wedding planner mereka 



Pakej apakah yang disediakan oleh The Kenduri? 



Selain majlis perkahwinan, majlis sambutan hari jadi, house warming, dan lain - lain majlis turut dikendalikan mereka. Pendek kata just name your budget, wishlist dan dorang akan cuba realisasikan sebaik yang mungkin !


Fakta Menarik Mengenai The Kenduri 

  • Mereka tidak mempunyai physical office, tapi mereka akan ke tempat client untuk membuat janji temu dan melihat sendiri konsep yang diinginkan, menarik bukan? 
  • Jika tiada office bagaimana nak buat food testing? Jangan risau mereka akan ke tempat anda dengan membawa segala kelengkapan. Mudah!
  • The Kenduri merupakan One Stop Center untuk gerbang perkahwinan korang dari A-Z 
  • Plan asalnya The Kenduri mengutamakan golongan pertengahan, namun disebabkan pengurusan mereka dan idea yang sangat menarik kini golongan atasan turut mengunakan khidmat mereka 
  • Walaupun bajet rendah, namun The Kenduri tetap membahagiakan bakal raja sehari dengan menghadiahkan kad perkahwinan sebagai hadiah buat mereka secara percuma!



  • Sewaktu aku pergi ke majlis perkahwinan di Galeri Diraja Tuanku Jaafar, The Kenduri merupakan yang pertama melangsungkan majlis di sini 


Maya Matahari pun datangnya dari jemputan The Kenduri 

  • Di Negeri Sembilan jika menggunakan khidmat The Kenduri , persembahan artis kebudayaan turut diselitkan di dalam pakej
  • The Kenduri terkenal bukan disebabkan mereka sertai mana - mana expo atau pameran perkahwinan tetapi disebabkan recommendation client mereka sebelum ini dan mereka tidak pernah sertai mana - mana pameran perkahwinan.
  • Akan datang, mereka telah dipilih sebagai ikon alumni UiTM untuk berkongsi pengalaman bersama - sama pelajar UiTM dan mereka turut dipilih oleh Kedutaan Besar Malaysia di Melbourne bagi merealisasikan impian 15 pasangan di sana untuk berkahwin
  • Norman Hakim dan Memey Suhaiza turut menggunakan khidmat The Kenduri
  • Apa yang aku boleh katakan mengenai The Kenduri, Perfecto! 
So jika korang berminat untuk membuat tempahan atau nak tanya maklumat lanjut sila rujuk 
Atau boleh terus menerusi Whatsapp/Sms; Mr. Zaim: 019 465 0774 

 e-mail: marketing.thekenduri@gmail.com.

Dua Anak Muda Ini Viral Kerana Merealisasikan Impian Pengantin

by on 12.1.17
Pertama kali berjumpa dengan kedua - dua individu ini aku sangkakan tuan rumah majlis perkahwinan yang sempat aku pergi baru - baru ini ...