HILANGNYA SEBUTIR PERMATA

Pukul 1.15 petang.

 " Hello,Assalamualaikum,khairul..kamu dekat mana? "
" Orang dalam kelas ni, kenapa mak? bukan tadi baru lepas call ke? ada apa - apa yang terlupa ke ? " 
"Mak nak bagitau ni , tapi......"
"Ape dia? bagitau je la sebab tengah kelas ni "
" Tuan Hj Zulkiflee dah meninggal dunia pagi tadi, kuatkan semangat tau , sama - sama kita sedekahkan Al - Fatihah untuk arwah. "

perbualan telefon antara aku dan mak terhenti disitu saja sambil digenangi airmata. aku kena terima hakikat yang Tuan Hj Zulkiflee atau lebih dikenali sebagai papa Zod dikalangan kami telah pergi buat selama - lamanya menghadap Ilahi. baru dua minggu lepas, aku kehilangan kawan baik aku kini giliran arwah papa Zod menghadap-Nya. lantas aku mengemas barang - barang aku dan meminta izin pensyarah  untuk pulang lebih awal. waktu itu rakan aku kebanyakannya tergamam seketika, lantas muncul 1001 pertanyaan daripada mulut mereka .aku mengabaikannya kerana waktu itu hanya gambaran wajah arwah dalam fikiran aku.



Pukul 4.00 petang

aku menaiki bas untuk pulang ke Kedah. bas yang sepatutnya dijadualkan berlepas pada pukul 3.30 petang berlepas agak lewat sedikit. segala perancangan aku untuk menyertai trip bersama rakan fasilitator kolej keesokan harinya  terpaksa aku batalkan memandangkan aku ingin pulang ke Kedah.sewaktu dalam bas segala kenangan bersama - sama arwah bermain dalam fikiran.aku masih ingat sewaktu arwah mula - mula datang ke sekolah aku. mukanya agak garang tapi dalam hatinya  dan segala perwatakannya terdapat satu tarikan yang membuatkan semua orang begitu senang dengan beliau. bak kata orang kehadiran arwah ke sekolah kami memberi sinaran dan harapan baru. segala kejayaan dan impak sekolah diakui oleh pelbagai pihak hasil usaha arwah papa zod bersama guru - guru. 



masuk tahun 2009 apabila aku masuk ke asrama,hubungan kami dengan arwah bertambah erat apabila aku dan beberapa orang rakan yang lain ditugaskan oleh arwah papa zod untuk membantu beliau mendirikan tanaman kulat cendawan. alhamdulillah tanaman kami menjadi. disitu kami banyak berkongsi pendapat dan pengalaman masing - masing. setiap kali perbualan kalau tidak diusik oleh arwah memang tidak sah. ada je lawak dan bahan usikan arwah kepada kami. apabila musim peperiksaan menjelang tiba, arwah meminta kami untuk berusaha tingkatkan prestasi. hanya itu yang ingin dia lihat sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, kejayaan anak - anaknya dalam pelajaran. malah aku masih ingat lagi arwah berseloroh mengatakan jika ada yang memecah rekod pencapaian sekolah , dia sanggup berpakaian baju t - shirt pagoda dan berkain pelikat ke sekolah.begitu banyak kenangan bersama arwah papa zod yang tidak mampu aku ungkapkan semua disini.kini semua itu tinggal kenangan, hasrat aku untuk bertemu dengan arwah semasa aidilfitri tempoh hari tidak juga kesampaian.

Pukul 10 . 30 malam

sedang aku mengimbas kembali kenangan bersama arwah, aku mendapat panggilan daripada adik aku yang mengatakan salah seorang adik aku kini dikejarkan ke hospital. semua adik beradik aku kini diruang menunggu wad kecemasan hospital menunggu keputusan daripada doktor. aku masih didalam bas dan  harapan aku waktu itu mengharap doa dan semangat daripada kawan - kawan untuk menghadapi segala kemungkinan . dalam pukul 11.30 malam aku selamat tiba di bumi hijau kuning. lantas aku mengambil teksi berhampiran untuk ke hospital. sampai disana aku bersama adik - beradik aku yang lain menunggu ibubapa kami keluar daripada wad tersebut. sejam kemudian, ibubapa aku keluar daripada wad tersebut dan adik aku alhamdulillah, tidak menghadapi penyakit yang serius. cuma keadaan adik aku yang berada dalam tekanan membuatkan dia jatuh sakit. waktu itu juga aku mendapat SMS daripada sahabat aku yang mengatakan , jenazah arwah telah selamat dikebumikan pada sebelah petang.Alhamdulillah...

segala - galanya berlaku dengan pantas apabila aku kehilangan dua insan yang cukup bermakna dalam masa sebulan. mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian. setiap yang hidup pasti akan mati.insyallah aku cuba untuk mengumpul semula kekuatan untuk mengharungi setiap liku - liku kehidupan. buat  kita yang masih hidup, berusaha cuba mengumpul saham untuk akhirat kelak, buat mereka yang telah pergi, sama - sama kita sedekahkan Al - Fatihah.salam takziah daripada Blog K.H.A.Z kepada keluarga Allahyarham Tuan Hj Zulkifleee B. Hj Khamis.semoga roh allahyarham  dicucuri rahmat.

AL - FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM TUAN HJ ZULKIFLEE B. HJ KHAMIS 
DAN 

 bebot menderum: terima kasih atas doa dan semangat yang diberikan !

6 comments:

Nor Asfawati said...

Assalamualikum Azfar,
Arwah pergi meninggalkan kita genap dua bulan selepas beliau berpencen. Memang beliau satu antara sejuta. Kita cuma mampu berdoa agar beliau agar ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Benar kata pepatah, "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama'

զιɛℓαʓмαи said...

al fatihah =.=''

sabar lah wahai teman. pasti ada hikmah nye semua ini berlaku. tabah ye :)

:: Khai Artzfar :: said...

@Nor Asfawatiterima kasih teacher atas maklumat tersebut. memang berita ni sukar diterima kerana jasa beliau terlalu besar malah sewaktu beliau pencen pun ramai yang tak dapat menerima. kini semuanya dalam kenangan.AL - FATIHAH!

:: Khai Artzfar :: said...

@Nor Asfawatiterima kasih teacher atas maklumat tersebut. memang berita ni sukar diterima kerana jasa beliau terlalu besar malah sewaktu beliau pencen pun ramai yang tak dapat menerima. kini semuanya dalam kenangan.AL - FATIHAH!

:: Khai Artzfar :: said...

@զιɛℓαʓмαиterima kasih..aminn

░♥si lampu neon♥░ said...

semoga rohnya dicucuri rahmat..