Total Pageviews

Showing posts with label ::ITS GONNA BE ME::. Show all posts
Showing posts with label ::ITS GONNA BE ME::. Show all posts
Assalamualaikum , Selamat sejahtera semua orang !

Ya Tuhan ! Sebelum tu, Selamat berpuasa, Selamat Hari Raya dan Salam Kemerdekaan ! haa amik kau . 3 in 1 sekali tu. giler lama tak hapdet belog yang dulu kengkonon bini no 1. Sah - sah diri  pun hampir dilupai. pastu bising takde event bagai. 

Sebenarnya faktor internet yang jadi punca belog berhabuk. maklumlah bila habis belajar hari tu terus balik kampung .tapi kena pulak kat kampung line tak ada. Yer la, syarikat telekomunikasi tuutttt dia cakap kat kampung aku ada line, sekali balik haroommm tak de. last sekali 3 bulan tertangguh tak bayar berotben beserta pakej rm 200++. Woi ! mana aci aku tak guna pun tenet tu . 

Jadi pasal tajuk hidup baru. apa yang baru? yang barunya , aku sambung pengajian peringkat ijazah di MSU Shah Alam. kenapa tak ipta? nantilah aku cerita dalam next entry. jadi sempena hidup baru di tempat baru ni, semangat pun baru lah ye dak. Dengan harapan segala kesusahan dapat ditempuhi dan peluang kejayaan berada di sini. Insyallah..

so itu je la kot entry kali ini. insyallah kalau ada peluang nak hapdet entry, berjumpalah kita pada masa akan datang. babai semua ! 

latest event yang dapat join setelah sekian lama.ni pun orang ajak. thanks Bro eazy!

p/s : dah jarang join event. tuan penganjur pun dah 'lari' dari blog budak pacak gamaknya :( 

HIDUP BARU

by on 1.9.13
Assalamualaikum , Selamat sejahtera semua orang ! Ya Tuhan ! Sebelum tu, Selamat berpuasa, Selamat Hari Raya dan Salam Kemerdekaan ! ...
Cak? 
 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua orang!perghh giler lama tak update belog. ni kalau wujud di alam realiti letak pulak di atas almari confirm berhabuk gilos ! sejak bergelak cicer ni sibuk bebenor. Pagi mengajar , petang aktiviti kokurikulum, malam buat persediaan mengajar. cuti je terkejar event, haa camner nak belai belog ini enn? ok alasan semata - mata . so let me make a short and simple story  what happens before this okay ! 

Praktikum



Cakap pasal praktikum, sebenarnya lagi beberapa minggu je bakal menghabiskan sesi pengajaran dekat sini. 5 Bulan berlalu tersangatlah sekejap . Bonding dengan pelajar-pelajar disitu dah semakin rapat. Mula - mula masuk macam berharap akan berlalu dengan cepat, but then macam berharap akan kekal di situ.Well dimana ada pertemuan disitu ada perpisahan. Cuma satu je aku harap, ilmu yang aku sampaikan ini semoga berkat. blerghh dah kenapa ada ayat taching ni, padahal tak habis lagi. ok cite lain pulak...

Belog / Blog 

Belog? blog? blogger? oh macam tak layak je pegang title tu, semangat nak taip entry tu ada, tapi  disebabkan masalah sana sini, dan kemalasan, kesayangan menyimpan lemak jari menyebabkan entry tak tertaip ! lepas ini kena buat ikrar baru la gamaknya haa dasar pemalas diri ini ....

Event 



Sejak kebelakangan ini, rezeki murah, Alhamdullilah. banyak juga dapat jemputan acara korporat terutama dari Resort World Genting dan Nuffnang ! . hahahaha nampak tak game dia dekat situ? pergi acara rajin, nak taip entry punya la malas . *sigh* so untuk update event - event ni akan ku ceritakan nanti termasuk event esok nantikan ! 

Sosial Network 
 


Sejak ada 'bini' baru ni, makin galak aku ke depan. bukanlah galak macam mana, cuma nak cerita ada beberapa akaun sosial network baru ,sebenarnya nak promote* kehkehkeh 

Instagram : khaiartzfar
WeChat : KhaiArtzfar 

haa itu je la update untuk kali ini, jadilah enn daripada tak ter update. jumpa lagi dalam next entry mengenai satu event yang gempak ! babai !


p/s : macam mana nak hilangkan malas ? 

KEMBALI !

by on 12.4.13
C ak?   Assalamualaikum dan salam sejahtera semua orang!perghh giler lama tak update belog. ni kalau wujud di alam realiti letak pulak ...
Assalamualaikum dan salam sejahtera ! 

Alkisah pesta buku......



korang pergi ke pesta buku dekat pwtc tu? tak silap aku hari ni ler habisnya. citernye aku bukan main excited nak pergi kononnya dapat ler berilmiah dengan cari buku - buku yang best dan murah.jadi semalam aku pergi ler gagahkan diri merempit ke sana, tapi orang tak adalah ramai sangat, mungkin sebab dah nak masuk ke hari terakhir atau orang tak masuk gaji lagi atau korang pandai - pandai ler buat assumption sendiri, kehkehkeh...

overall dekat sana, macam tak rugi kalau korang pergi dan tak rugi juga kalau korang tak pergi. mengerti ? harga untuk buku english, so - so je la , buku dengan majalah bahasa melayu pulak harga macam lebih kurang, sebagai contohnya RM5.90 jadi RM 5.00. memandangkan dah penat - penat datang ke sini, macam loser pulak kalau tak beli apa - apa kan? jadi untuk sedapkan hati aku TERbeli majalah ujang. bukan satu tapi 3 dan bukan beli tapi TERbeli.....oh meng!!

Alkisah ulat dalam lauk...

dah penat berjalan ke sana - sini, aku pun pergi lah terjah kejap mall depan pwtc tu, nak makan fast food, memang "fast money"  will always going first. tolak idea tu just lepak dekat food court atas sekali, niat di hati nak makan nasi campur , bila dah dapat ape lagi melantak la kan. kena pulak ada asam pedas memang terangkat ler . tengah sedap - sedap makan, tiba- tiba terperasan ada benda terjatuh dari pinggan, bila tengok , mak aih ini ulat tahap ibu nenek moyang nih! bukan kecik tapi besar pulak tu dah macam cacing mutan lagi . sah - sah ler hilang selera makan. 


spesis dikenalpasti. this spesis living in my plate hamagash ! 

how come ada ulat dalam pinggan aku? and why me? dan kenapa datang time aku betul - betul lapar? *sigh* bila panggil tokey, kononnya dia nak ambil hati, dia bagi nasi dengan lauk lain, sorry bro, kau bagi chicken chop ke, beriani gam ke, kalau dah kedai kotor, memang idak ler aku nak makan situ dah..isk,isk,isk.....

p/s : moral of the story, jangan makan dekat kedai indon LOL


Wow ! Korang tau kenapa Dinosaur pupus ? 

ALKISAH PESTA BUKU DAN ULAT DALAM LAUK

by on 4.2.13
Assalamualaikum dan salam sejahtera !  Alkisah pesta buku...... korang pergi ke pesta buku dekat pwtc tu? tak silap ak...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua orang! 


I guess this is my 1st entry for 2013 ! hahaha akibat kesibukan melampau, masalah sana sini, dengan encik berotben tak dapat coverage makanya usaha untuk taip entry tak dapat dijalankan. ok alasan semata - mata disitu. lain - lain cerita let me tell you in the next entry okeh !



berbalik kepada entry kali ini, 14hb Januari 2013 merupakan tarikh keramat buat aku dan batch pertama  TESL KPTM untuk kami jalani sesi praktikum di sekolah pilihan masing - masing. setelah hampir 3 tahun belajar selok belok dunia pengajaran dan pembelajaran, kali ini kami diuji untuk menilai tahap kemampuan mengajar masing  - masing . jadi aku dan 3  orang kawan lagi ditempatkan di SK Taman Cuepacs. 



perjalanan praktikum kami bermula dengan melapor diri di sekolah seawal jam 8 pagi. untuk minggu pertama ni kami kena jalankan sesi ROS. bukan bunga ros yer tapi singkatan untuk Rancangan Orientasi Sekolah. lebih kurang mengenali sekolah la.  untuk itu, kami diperkenalkan dengan barisan pentadbir sekolah, kemudahan sekolah dan kawasan sekitar. rata - rata cikgu di sekolah ni sambut kami dengan baik, terharu pula dengan layanan dorang, dan habis je sesi tour sekolah, kami diberi tugas untuk mengajar bahasa inggeris darjah 1,2 dan 3 , pendek citer silibus KSSR. untuk aku sendiri , aku diminta ajar darjah 3 yang akan bermula pada minggu kedua praktikum. jadi eksaited sebentar disitu. kehkehkeh. 

gambar owner wajib letak, kalau tak blog tak hidup kehkehkeh..

untuk hari pertama, tugasan telah diberi, kami kena ganti masuk guru yang cuti atau mesyuarat. Jadi aku kena masuk kelas darjah 5 untuk satu masa. jadi awkward sekejap bila tiba - tiba kena masuk jadi guru ganti. memandangkan masa ganti agak pendek jadi aku ambil masa tu untuk berkenalan dengan students dalam tu, dan soalan yang dijangka akan keluar akhirnya terkeluar juga . " Cikgu dah kawin? " " Cikgu ada girlfriend ? " "Dekat jari cikgu tu cincin kawin erk ?" " Kenapa cikgu hensem lagi ohsem? " ok soalan  tu aku tipu kehkehkeh..

jawapan aku untuk semua soalan tu diam membisu, kelakar ok ! hahahaha untuk hari pertama praktikum agak ohsem , penat semua tu biasalah, have to used with the situation right ? nak tau lagi pasal praktikum aku  ? kena la tunggu update yer ! babai ! 


p/s : harap semua dugaan untuk hadapi musim ada hikmahnya. insyallah 

WOW! Menangi percutian ke Doha dengan merakam gambar korang sendiri !

PENGALAMAN HARI PERTAMA PRAKTIKUM

by on 14.1.13
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua orang!  I guess this is my 1st entry for 2013 ! hahaha akibat kesibukan melampau, masala...
Assalamualaikum dan salam sejahtera!

ok siapa pernah duduk asrama, putyo hensap! kehkehkeh. aku rasa kebanyakannya mesti pernah duduk asrama ye dak? tak kira la asrama sekolah ke asrama kolej ke janji namanya dah asrama memang betul ler tuh.buat kengkorang yang pernah duduk asrama ni mesti ada pengalaman sendiri kan? aku duduk ada la juga zaman noti - noti kat asrama. haha antara yang aku buat nih mesti ada antara korang yang pernah buat kan? 

"Fly" Asrama

 *sekadar gambar hiasan*

haa! aku rasa kalau duduk asrama memang pemes istilah ni. bukan terbang erk, tapi lari keluar dari asrama senyap - senyap. kahkahkah, aku ingat lagi dulu masa nak fly nih, siap merangkak komando, parkour bagai. last - last kantoi juga. ades! 

"Iron" Milo



ok yang ni pun hampir semua buat. beli milo 3 in 1, beli bukan nak dibancuh tapi nak ratah. sebab orang Malaysia ni kreatif benor, maka terhasillah "Iron" Milo dimana milo segera itu kita seterika atas dia bagi keras. hasilnya milo tu ohsem untuk dimakan. rangup bak ang kahkahkah! 

ok sampai part ni tetiba otak aku freeze jap lupa nak tulis apa ......

aku rasa tu je kot benda yang salu budak - budak asrama buat. ok yang ni aku nak citer pasal aku di asrama dulu - dulu. please do not try this  ! kehkehkeh,

Puntung Rokok



Dulu aku merokok *sekarang tak dah u_u* , pastu bila dekat asrama, jumpa geng mesti cari port untuk hisap, tempat kiteorang dulu dalam bilik tilam. pernah satu hari ni aku terlupa nak matikan hujung puntung rokok pastu terus campak atas almari yang penuh dengan tilam.3 jam lepas tu bau hangit giler, periksa punya periksa satu bilik tu terbakar! kehkehkeh .

Curi - curi tengok TV



Bila dah bosan , mesti nak try macam - macam, kebetulan kat asrama dulu ada bilik tv yang boleh tengok hujung minggu je. tapi kiteorang time prep pun curi - curi tengok sampai la satu hari kantoi dengan warden asrama. efeknye, masa waktu persekolahan, budak - budak asrama kena angkut tv bawa ke bilik pengetua. No more entertainment , no more television ! 

Baling Mercun dalam surau 



ok ini aku rasa paling sengal tahu! tapi yang ni bukan aku buat tapi member.*aku budak baik,sila percaya* time ni jadi masa bulan puasa,sembahyang maghrib kalau tak silap aku. warden tak ada , entah camner boleh ada yang lewat sembahyang. time semua orang sembahyang, adalah Hamba Allah ni pergi baling mercun bola dalam surau, hasilnya, termelatah, terbantut , semua " ter" keluar time tu termasuklah tok imam. time tu juga asap penuh dalam surau.denda dia ? hehe hardcore beb!

haha aku rasa korang pun ada pengalaman tersendiri kan? meh ler share sini! kehkehkeh....

p/s : bangga asrama sekolah dulu dapat johan asrama terbaik kebangsaan

KENANGAN DI ASRAMA

by on 10.10.12
Assalamualaikum dan salam sejahtera! ok siapa pernah duduk asrama, putyo hensap! kehkehkeh. aku rasa kebanyakannya mesti pernah duduk a...
Assalamualaikum 
 

 sekarang masih lagi dalam bulan syawal ,ramai yang amik kesempatan buat open house bagai. tapi aku masuk je 7 syawal narhhh kena demam campak. kena pula dekat rumah sewa nun jauh dari keluarga, bila dah kena ramai pula yang tanya baru kena ke, kecik - kecik tak pernah kena ke? aku diam membisu...

bila dah demam campak , segala rawatan , cara nak sembuh , elak pantang larang semua kena buat sendiri. hanya telefon bimbit dan laptop jadi peneman setia. telefon bimbit sebagai penghubung aku dan keluarga. dan laptop sebagai rangkaian mencari maklumat . Terima kasih google. 

Isnin, tepat pukul 5.30 petang aku sampai di kuala lumpur setelah 8 jam di dalam bas. 6.30 petang pula aku berada di kolej bersiap untuk presentation. segala kudrat ku kerahkan untuk presentation yang mungkin mengubah nasib aku. 10.00 malam habis je kelas,aku bergerak mencari klinik . berbekalkan duit poket yang ayah bagi aku meredah lautan malam sambil dihujani rahmat dari-Nya. 

sampai di klinik, persoalan muncul bermain di minda. sakit apakah yang menimpa diriku? cukupkah duit untuk aku bayar rawatan ? semua itu lenyap seketika tatkala namaku dipanggil untuk berjumpa doktor. hanya omongan cukup untuk bagi insan yang berijazah mendapat duit. keluar bilik rawatan, aku menunggu namaku sekali lagi dipanggil. 

"RM 80,dik" hatiku menjerit kecil tatkala petugas kaunter menyatakan kos rawatan. ahhh mahalnya. dengan RM80 cukup untuk tampung perbelanjaan aku untuk seminggu. jumlah yang kejam untuk pelajar seperti aku hanya untuk rawatan demam campak. 100 plus, air kelapa sebagai penambah bajet. nah RM 100 sehari aku habiskan. 

demam campak, hanya bubur dan sup peneman siang dan malam, dari jauh batinku meronta melihat makanan dan kuih raya yang tersedia di atas meja. tapi nafsu melampaui segalanya. aku gagahkan diri dengan curi - curi makan. sabun, pencuci muka ditolak tepi. kini bintik - bintik merah menghiasi tubuh badan aku. 


seminggu mc. seminggu juga sunyi sepi tanpa bunyi dari bbm contact.ku tatap telefon bimbitku, ahhh "BIS DEACTIVATED" . RM20 bakal melayang lagi. hujung bulan tarikh yang cukup gembira dan menyeksakan. gembira kerana elaun masuk, sedih kerana duit bakal melayang. semua yang terjadi adalah melankolik dunia......


p/s : ada sapa - sapa tau cara nak sembuh demam campak dan hilangkan bekas dia? k

MELANKOLIK SEPTEMBER

by on 1.9.12
Assalamualaikum     sekarang masih lagi dalam bulan syawal ,ramai yang amik kesempatan buat open house bagai. tapi aku masuk je 7 s...
Assalamualaikum.

guess what ? this is my 1st time typing blog entry in English. goshhh -.-" at last! i should do this long time before,perhaps..hewhewhew. so i guess purpose writing this entry because i wanna tell you guys that I  just finished my 4th semester! wehooo now its time for semester break. well before that, i want to say thank you to all lecturers pulling all efforts  supporting and educate us. to awesome friends for sure this semester is rocking like tango wango right ? before end up my entry , let me show you some 'picta' for this semester. 

my birthday cake. made by butat. i'm not teen anymore T_T

part of green - rock invention day. totally awesome because handle by TESL students

with raimy #TesliansHangOut

another picture of #TesliansHangOut

 Asmaradana dancing practise 


theater performance at dewan bahasa dan pustaka 


babai!

p/s : feeling awkward when write it in english (,_,) 


END OF SEMESTER

by on 17.5.12
Assalamualaikum. guess what ? this is my 1st time typing blog entry in English. goshhh -.-" at last! i should do this long time be...
assalamualaikum dan selamat hari - hari.

pheww agak lama juga aku tak menaip. maaf ler akademik didahulukan , pencapaian diutamakan eherherherher. kebetulan sekarang aku tengak study week , tenet pun diberi nafas baru .sempena hari buruh ni , jadi apa lagi update ler apa yang boleh ye dak. sekarang masih lagi kecoh dengan Bersih 3.0 , kejadian kanak - kanak hilang , apa yang aku boleh cakap dan pesan, berhati - hati dengan persekitaran sekarang. kawan boleh jadi lawan , lawan boleh jadi kawan. jadi silalah jaga diri masing - masing.

ekceli tu je aku nak tulis. janji ada update.hahaha sibuk giler tahap dewa dah nak habis semester ni, doakan aku berjaya dalam apa pun yang aku ceburi yer kawan - kawan. i lap you all kehkehkehkeh.sebelum tamat entry kali ini , layan gambor dulu. k bai. salam semua! 




p/s : masih dalam mood teater folks gone wrong .

SIBUK

by on 1.5.12
assalamualaikum dan selamat hari - hari. pheww agak lama juga aku tak menaip. maaf ler akademik didahulukan , pencapaian diutamakan eh...
assalamualaikum semua orang.. siapa tak jawab dosa.. eherherher


apa macam semua orang? sihatkah ? agak lama aku tak menghentak keyboard menaip entry - entry sengal lagi dermawan . see dah nampak kan sengal ? padahal tak ada kaitan pun -.-". maaf ler kadang - kadang hati ni nak jer taip entry citer wat hepen , tapi i busy ler uolss.. *SilaMuntahSekarang* eh tapi betul ler aku busy tahu tambah - tambah lagi nak final exam nih.

ok dah melalut panjang. aku nak citer kat korang pasal kenangan ataupun benda yang paling tak ohsem pernah aku buat. baru - baru ni dekat kolej aku ada incik walls cornetto bersama - sama rombongan cik kiah astro datang adakan ujibakat untuk satu program realiti tv. aku tak tahu menahu pun program tu sebenarnya lain daripada yang aku dengar. sebab apa yang aku dengar dia boleh tunaikan impian. jadi time tu aku rasa impian nak jumpa angelina jolie ataupun kahwin dengan neelofa akan tercapai walaupun jauh sekali auta nyer. 


sapa like dapat eskem haha -_-" 

jadi bila dah isi borang, benda pertama yang aku nampak kat situ " apakah ciri - ciri wanita idaman ?" aku dah rasa pelik kenapa  nak tunaikan impian pun ada soalan ni macam ni. jadi aku abaikan . sampai la aku kena audition . juri tu suruh aku buat task.  benda yang aku kena time tu ialah nyanyi lagu rock.  dah la time tu kamera betul - betul fokus kat muka aku , sebab dah nama pun audition. 

demi lagak lelaki sejati lagi macho, aku pun nyanyi la. kena time nyanyi tu pula lupa lirik pastu main hentam, demm! kena kritik lepas tu. lepas ni satu malaya tengok. pastu aku bertambah pelik bila dia tanya aku soalan pasal awek nih. lagi satu ,  dia suruh aku cakap kat kamera macam mana nak pujuk awek. demm! sekali lagi malu kat situ. keluar je dari bilik tu , tiba - tiba aku rasa aku kat dunia lain yang hanya ada pokok sebatang , dan rambut berurai ditiup angin.. 


rasa macam looser gila tahu 

tragedi ni bagi aku kenangan yang paling tak ohsem dalam hidup aku. jadi buat korang yang tengok astro nanti , silalah ketawa sepuas hati  yer... bai.. T_T

KENANGAN YANG SANGAT TAK OHSEM

by on 8.4.12
assalamualaikum semua orang.. siapa tak jawab dosa.. eherherher apa macam semua orang? sihatkah ? agak lama aku tak menghentak keybo...
errr.. Assalamualaikum orang kampung sekalian..ada sape - sape rindu gua tak? sape ade pelish tinggalkan no telefon eherherher.

 1st at all Alhamdulillah... gua dah dapat balik blog ni. untuk kenkorang yang tak masih tau lagi , baru - baru ni bini gua ni kena hacked oleh si haters yang tidak ketahui asal usul . sungguh kurang ajar yer disitu. korang nampak tak game  disitu? hacked by haters.



 sah - sah ada yang tidak puas dengan aku tak pun saja nak test pandai. masuk ni dah dua kali nih.  agak  - agakler nak hacked blog orang oitt. ni lah namanya manusia yang sengal lagi  tak berakal dan tak ohsem macam aku. menggunakan kebolehan ke arah yang salah . T_T bawa - bawa bertaubat ler yer. kalau tak puas hati bagitau , boleh kita battle counter - strike sama - sama. 



 ni tidak  , ko hacked blog aku yang dah tak berapa ohsem ni. sadis tahu. dengor - dengor cerita memang musim hackers mengawan , habis semua tempat nak dihacked nyer. isk..isk..isk

p/s :  minggu depan gua mid term exam. terpaksa pantang berblog.. wish me luck :D

HACKERS VS HATERS

by on 4.3.12
errr.. Assalamualaikum orang kampung sekalian..ada sape - sape rindu gua tak? sape ade pelish tinggalkan no telefon eherherher.  1st at al...
Salam korang. tadi masa aku blogwalking tetiba ternampak blog  adik comel , Muna Rahimah posting tajuk menarik "Adakah semasa kecil dulu anda pernah buat perkara perkara berikut ?" memandangkan aku bakal menjengah ke angka puluhan - arghh i hate to say this thing so banyak le benda yang mengimbau dalam kepala otak aku. termasuk ler kenangan masa kanak - kanak ribena. so abang hot ni nak join sekaki boleh tak adik comel? kehkehkeh...

1.Buka kipas meja , cakap dengan kipas sebab nak dengar suara bertukar.



yang ni dulu masa zaman kegemilangan budak - budak memang aku selalu buat pastu gelak sorang dengar suara jadi double "AKUUUUU HENSEMMMMMMM" . sekarang pun aku praktikkan lagi aktiviti ni , tapi praktikkan kat sepupu - sepupu aku. aku selalu je bawa dorang 'makan angin' pastu menangis sebab kena tipu. wakakakakaa.

2.Naik kereta dan tengok bulan . Ingat bulan tu ikut kita .

aku ingat lagi masa aku kecik dulu , akibat terpengaruh dengan citer dragon ball, aku selalu cakap yang kite akan jadi gorila kalau bulan ikut kite .  yer la kan goku jadi gorila bila bulan penuh . sengal je time tuh. -__-"

3.Naik basikal , boleh lepas tangan dari "handle" , rasa hebat 

 perghh kalau cakap pasal naik basikal , memang aku hardcore. mana taknyer , setiap petang ade je skill baru nak try . lepas tangan dari handle tu memang sah - sah kena buat. pastu akibatnya nah ambik , tak pasal - pasal aku patah tangan 4 kali sebab naik basikal je tahu.

4 . Buat jet kertas 


hah benda ni aku rasa semua orang pernah buat. tak kisah ler kapal ke , jet ke ape ke janji diperbuat daripada kertas. kalau kat sekolah dulu , time cikgu tak de je mesti koyak buku dekat tengah - tengah pastu main dengan kawan - kawan siap ade effect bunyi lagi kat mulut " vuuuuuuuuuuuu" . pastu tak pasal - pasal buku habis dulu daripada kawan . bila orang tanya "kenapa buku ko habis dulu? " lalu aku jawab " aku banyak buat latihan dekat rumah " eherherher

5 . lawan pemadam 

ni kalau zaman aku dulu cukup pemes lawan pemadam nih. yer la rase ghairah nak lawan tu ade je . sape tak nak weyh kalau menang dapat pemadam kawan . yang syoknyer dulu kalau pergi kedai buku , kena pilih pemadam yang sempoi pastu kalau ada gambar  kartun tu kena tengok dulu kartun tu jenis dia kuat ke tak. sengal benor time tuh.  siap ade collection lagi pemadam tuh. paling banyak aku pernah kumpul 200 lebih pemadam . 

6. hari sabtu petang diwajibkan duduk depan tv tengok power rangers



benda ni yang aku rasa paling wajib aku buat masa zaman budak - budak dulu. sampai mak bapak aku ajak keluar pergi mana - mana pun tak nak sebab tak nak miss citer power rangers.  satu siri pun tak pernah miss weyh.

7 . Main Penggal Selipar

selalunyer dulu aku main penggal selipar time dekat sekolah agama. kiteorang akan main time waktu rehat tak pun time ustaz tak datang lagi. punye la excited setiap hari kayuh basikal pergi sekolah agama semata - mata nak main penggal selipar . kadang - kadang tuh basikal  tayar pecah pun sanggup tumpang kawan nak pergi sekolah agama. hasilnya setiap petang , bajuku akan dihiasi corak peluh dan tanah yang segar. eherherher...


8.Tutup pintu peti ais perlahan lahan , sebab hendak tengok lampu peti ais padam.

benda ni aku selalu buat bila jumpa encik peti ais , kadang - kadang saje jer aku duduk dalam peti ais dan cube tutup.hasilnya memang tak akan tertutup nyer. pastu suke tengok lampu padam bila tutup perlahan - lahan. eh korang nak tau bukan masa kecil je aku buat , semalam pun aku buat tahu..kehkehkehkeh...

aku rasa itu je la kot yang aku ingat. ade yang sama dengan adik muna kite nih. ape pun budak - budak sekarang tak macam dulu. apa yang dorang tahu cuma teknologi dengan gadjet je. kecik - kecik dah pakai ipong . aku dulu public phone je jadi peneman setia, apa - apa pun..korang punye pengalaman macam mane? cer share sini.. kehekehekeh..

taken in 1993

like fan page baru Budak Pacak juga!


p/s : kenangan meruntun jiwa aiceh.... eherherher

ADAKAH SEMASA KECIL DULU ANDA PERNAH BUAT PERKARA BERIKUT ?

by on 15.1.12
Salam korang. tadi masa aku blogwalking tetiba ternampak blog  adik comel , Muna Rahimah posting tajuk menarik " Adakah semasa kecil d...
assalamualaikum buat semua. tadaaa! i'm back. tatkala hari puncak aku menggila , di situ juga muncul kesemua idea sengal. err apa aku cakap nih? eherherher -_-" . ekceli  banyak sebab aku macam chipsmore  update blog  ni. antara sebab nya aku tengah bercuti. tapi apa kaitan cuti dengan tak update blog? haa nampak kan alasan disitu. eherherher. aku lama tak singgah taip entry sebab line broadband dah macam siput kena gam. so daripada aku terus je membaling laptop ,baik duduk diam atas simen , bawa biskut dan hayati kehalusan seni dinding rumah. itu satu tips buat korang yang mengalami sindrom tahap dewa macam aku. cubalah amalkan, lepas ni gerenti korang akan dibawa ke satu tahap yang rasa nak hentak kepala dekat dinding pula.

 ada ura -ura yang cakap aku lama tak update sebab sakit kuat , berhenti blogging. so untuk jawapan tu nantilah aku bagitau kemudian. sama ada berhenti menaip atau masih lagi berkarya akan diputuskan nanti. tapi yang pasti aku masih di kampung halaman, mengira detik untuk ke fasa baru . yer fasa baru melangkah ke semester baru , tahun baru , dan semestinya semangat baru. tapi semua itu macam aku bagitau nanti. bak kata ayat miss aydah ; ngade enn! pastu buat mimik muka macam petak bulat mata ,><. so apa - apa nanti aku update kemudian yer brader dan sistah sekalian. oh yer lupa pula. salam maal hijrah buat semua .noktah...


Bebot Menderum : entry tengah malam, idea pun tengah malam la -_-" 

NO MORE BLOG?

by on 27.11.11
assalamualaikum buat semua. tadaaa! i'm back. tatkala hari puncak aku menggila , di situ juga muncul kesemua idea sengal. err apa aku c...
As - Salam kepada semua rakan bloggers dan pembaca sekalian. entry kali ini just untuk bagitau come back aku ke dunia blogging ni!.. aiceh sebenarnya tak adalah lama benar aku tinggal cuma semangat baru kot yang buatkan aku cakap...kini kembali.. kekekeke.ada yang post dekat pesbuk tanya aku, dah berhenti blogging ke? actually buat pengetahuan korang , aku baru je menjalani proses pemulihan zahir dan batin . eherherher -_-' . jangan salah anggap yer. kalau nak tau apa yang terjadi pada aku korang bolehlah klik sini untuk tau cerita sebenarnya. alhamdulillah semuanya makin beransur pulih, cuma aku kini dalam proses nak dapatkan balik semangat yang hilang. ok habis part tu, sekarang aku nak bagitau pula ,minggu depan aku bakal berhadapan dengan final exam untuk semester 3. aku berharap sangat semuanya akan berjalan dengan mudah. InsyaAllah,Amin.. jadi dikesempatan ini aku ingin memohon seribu kemaafan sekiranya aku ada buat salah silap, tersalah bagi informasi dan sebagainya. doakan kejayaan aku yer kawan - kawan semua. tu je motif entry aku kali ini. dan buat korang semua, jangan lupa print dan tebus kupon mcdonald dibawah untuk nikmati diskaun yang diberi. jadi sebagai penutup untuk entry kali ini, terima kasih atas sokongan korang semua dalam memberi aku semangat untuk terus berkarya. As - Salam. chow bebeh!



Bebot Menderum : janji dapat juga update blog. kekeke

KINI KEMBALI

by on 20.10.11
As - Salam kepada semua rakan bloggers dan pembaca sekalian. entry kali ini just untuk bagitau come back aku ke dunia blogging ni!.. aiceh ...
Pukul 1.15 petang.

 " Hello,Assalamualaikum,khairul..kamu dekat mana? "
" Orang dalam kelas ni, kenapa mak? bukan tadi baru lepas call ke? ada apa - apa yang terlupa ke ? " 
"Mak nak bagitau ni , tapi......"
"Ape dia? bagitau je la sebab tengah kelas ni "
" Tuan Hj Zulkiflee dah meninggal dunia pagi tadi, kuatkan semangat tau , sama - sama kita sedekahkan Al - Fatihah untuk arwah. "

perbualan telefon antara aku dan mak terhenti disitu saja sambil digenangi airmata. aku kena terima hakikat yang Tuan Hj Zulkiflee atau lebih dikenali sebagai papa Zod dikalangan kami telah pergi buat selama - lamanya menghadap Ilahi. baru dua minggu lepas, aku kehilangan kawan baik aku kini giliran arwah papa Zod menghadap-Nya. lantas aku mengemas barang - barang aku dan meminta izin pensyarah  untuk pulang lebih awal. waktu itu rakan aku kebanyakannya tergamam seketika, lantas muncul 1001 pertanyaan daripada mulut mereka .aku mengabaikannya kerana waktu itu hanya gambaran wajah arwah dalam fikiran aku.



Pukul 4.00 petang

aku menaiki bas untuk pulang ke Kedah. bas yang sepatutnya dijadualkan berlepas pada pukul 3.30 petang berlepas agak lewat sedikit. segala perancangan aku untuk menyertai trip bersama rakan fasilitator kolej keesokan harinya  terpaksa aku batalkan memandangkan aku ingin pulang ke Kedah.sewaktu dalam bas segala kenangan bersama - sama arwah bermain dalam fikiran.aku masih ingat sewaktu arwah mula - mula datang ke sekolah aku. mukanya agak garang tapi dalam hatinya  dan segala perwatakannya terdapat satu tarikan yang membuatkan semua orang begitu senang dengan beliau. bak kata orang kehadiran arwah ke sekolah kami memberi sinaran dan harapan baru. segala kejayaan dan impak sekolah diakui oleh pelbagai pihak hasil usaha arwah papa zod bersama guru - guru. 



masuk tahun 2009 apabila aku masuk ke asrama,hubungan kami dengan arwah bertambah erat apabila aku dan beberapa orang rakan yang lain ditugaskan oleh arwah papa zod untuk membantu beliau mendirikan tanaman kulat cendawan. alhamdulillah tanaman kami menjadi. disitu kami banyak berkongsi pendapat dan pengalaman masing - masing. setiap kali perbualan kalau tidak diusik oleh arwah memang tidak sah. ada je lawak dan bahan usikan arwah kepada kami. apabila musim peperiksaan menjelang tiba, arwah meminta kami untuk berusaha tingkatkan prestasi. hanya itu yang ingin dia lihat sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, kejayaan anak - anaknya dalam pelajaran. malah aku masih ingat lagi arwah berseloroh mengatakan jika ada yang memecah rekod pencapaian sekolah , dia sanggup berpakaian baju t - shirt pagoda dan berkain pelikat ke sekolah.begitu banyak kenangan bersama arwah papa zod yang tidak mampu aku ungkapkan semua disini.kini semua itu tinggal kenangan, hasrat aku untuk bertemu dengan arwah semasa aidilfitri tempoh hari tidak juga kesampaian.

Pukul 10 . 30 malam

sedang aku mengimbas kembali kenangan bersama arwah, aku mendapat panggilan daripada adik aku yang mengatakan salah seorang adik aku kini dikejarkan ke hospital. semua adik beradik aku kini diruang menunggu wad kecemasan hospital menunggu keputusan daripada doktor. aku masih didalam bas dan  harapan aku waktu itu mengharap doa dan semangat daripada kawan - kawan untuk menghadapi segala kemungkinan . dalam pukul 11.30 malam aku selamat tiba di bumi hijau kuning. lantas aku mengambil teksi berhampiran untuk ke hospital. sampai disana aku bersama adik - beradik aku yang lain menunggu ibubapa kami keluar daripada wad tersebut. sejam kemudian, ibubapa aku keluar daripada wad tersebut dan adik aku alhamdulillah, tidak menghadapi penyakit yang serius. cuma keadaan adik aku yang berada dalam tekanan membuatkan dia jatuh sakit. waktu itu juga aku mendapat SMS daripada sahabat aku yang mengatakan , jenazah arwah telah selamat dikebumikan pada sebelah petang.Alhamdulillah...

segala - galanya berlaku dengan pantas apabila aku kehilangan dua insan yang cukup bermakna dalam masa sebulan. mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian. setiap yang hidup pasti akan mati.insyallah aku cuba untuk mengumpul semula kekuatan untuk mengharungi setiap liku - liku kehidupan. buat  kita yang masih hidup, berusaha cuba mengumpul saham untuk akhirat kelak, buat mereka yang telah pergi, sama - sama kita sedekahkan Al - Fatihah.salam takziah daripada Blog K.H.A.Z kepada keluarga Allahyarham Tuan Hj Zulkifleee B. Hj Khamis.semoga roh allahyarham  dicucuri rahmat.

AL - FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM TUAN HJ ZULKIFLEE B. HJ KHAMIS 
DAN 

 bebot menderum: terima kasih atas doa dan semangat yang diberikan !

HILANGNYA SEBUTIR PERMATA

by on 19.9.11
Pukul 1.15 petang.  " Hello,Assalamualaikum,khairul..kamu dekat mana? " " Orang dalam kelas ni, kenapa mak? bukan tadi...
As - salam semua braders dan sistah sekalian. sekarang ni kita masih dalam bulan syawal bermakna raya pun tak habis lagi. jadi mesti ramai yang mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk mengadakan rumah terbuka. jadi tak terkecuali untuk kiteorang. so tempoh hari kiteorang ada collect duit sorang sikit dan beli apa - apa yang patut. yang bestnya semua hidangan kali ini kiteorang yang masak. haa! siapa kata lelaki tak reti masak. masak bukan sebarang masak ok! tapi sebelum korang baca ayat seterusnya, dalam otak fikiran korang mesti fikir, alah dorang ni mesti masak air , nasi je. haha air bukan sebarang air , nasi bukan sebarang nasi. kiteorang masak rendang daging, ketupat nasi , soto ayam , bihun sup , cup cake dan ditambah dengan juadah yang dibawa oleh member kiteorang , spagheti cabonara (err betul ke aku eja ni -,-' ) kuah kacang , koktel dan big apple donut. 







actually aku just masak rendang daging tu jer yang lain member rumah aku yang masak. tapi still hebat kan? kening - kening. haa ingat senang ke nak buat semua ni? tak tidur malam oowh nak buat ni.ingatkan tak jadi dah tapi akhirnya menjadi juga. sorry kalau sapa yang makan tu rasa dia terlebih pedas -.-' jadi tak de motif apa pun entry kali ini saja je nak bagitau kiteorang pun buat juga rumah terbuka tapi edisi bujang kekee.so buat sapa - sapa yang datang tu thanks yer! 





buat yang tak datang ,terlepas pandang tak dijemput lain kali kiteorang buat lagi yer.jadi aku rasa tak terlewat lagi kot untuk ucapkan selamat hari raya aidilfitri,maaf zahir dan batin.ok chow bebeh!!


 bebot menderum: dapat 2 bini baru

RUMAH TERBUKA EDISI BUJANG

by on 12.9.11
As - salam semua braders dan sistah sekalian. sekarang ni kita masih dalam bulan syawal bermakna raya pun tak habis lagi. jadi mesti ramai ...
Assalamualaikum semua .

syawal datang lagi ! yeay iklan tora datang lagi. dah raye la weyh. jadi aku agak semua anak rantau dah balik ke kampung masing - masing. buat yang tengah dalam perjalanan pulang tu hati - hati di jalan raya yer. dan buat incik dan mak incik yang kene bekerja hari raya tu, bersabar banyak - banyak yer.tak pe bekerja demi produktiviti negara. sorry weyh baru hari ni dapat wish hari raya sebab terlampau sibuk membasuh baju , tanam pokok bunga, mandikan anak. hehe abaikan sebab aku dah mengarut.



 untuk aku , cuti yang berbaki beberapa hari saja lagi ni, akan cuba aku isikan dengan kegembiraan walaupun sebenarnya hati aku amat perit untuk diungkapkan kerana baru kehilangan insan yang telah pergi buat selama - lamanya. apa pun aku akan cuba menikmati syawal kali ini. jadi buat korang - korang sekalian, raya tu raya lah juga , tapi jangan lupa kesihatan diri dan berhati - hatilah di jalan raya. dalam kegembiraan jangan lupa buat insan yang dalam kesusahan. sama - sama kita hulurkan bantuan untuk ringankan beban agar syawal kali ini bermakna buat kita semua. 






jadi motif raya aku kali ini cuma nak mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri buat semua pembaca Blog K.H.A.Z , rakan - rakan blogger, rakan - rakan serta yang mengenali diri ini. ampun maaf dipinta dari hujung rambut hingga ke hujung kaki sekiranya terdapat salah dan silap, terlanjur perkataan ataupun mana - mana perlakuan aku yang menyinggung dan mengguris hati perasaan mana - mana pihak.

tanggal 1 syawal semua umat islam merayakan aidilfitri setelah sebulan berpuasa. hiba dan sayu mengenangkan ramadhan melabuhkan tirainya. begitu banyak peristiwa yang mengajar aku 1001 erti kehidupan dalam ramadhan kali ini. bagi aku, ramadhan kali ini tidak cukup puas untuk aku alaminya. seperti baru semalam ramadhan baru bermula. tapi apakan daya, hari berganti hari, bulan berganti bulan. harapan aku, agar ramadhan akan datang aku diberi sekali lagi peluang untuk menikmatinya. insyallah,amin..Setakat itu saja motif aku kali ini, dan aku juga akan mengambil cuti berblogging untuk beberapa hari,gedik  kan? selamat hari raya dan juga selamat hari kebangsaan! wehoo merdeka! merdeka!merdeka!






 bebot menderum : selamat hari merdeka raya!! mohon maaf zahir dan batin

:: SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA ::

by on 31.8.11
Assalamualaikum semua . syawal datang lagi ! yeay iklan tora datang lagi. dah raye la weyh. jadi aku agak semua anak rantau dah bali...