Total Pageviews

Showing posts with label ::ITS GONNA BE ME::. Show all posts
Showing posts with label ::ITS GONNA BE ME::. Show all posts
Assalamualaikum , Selamat sejahtera semua orang !

Ya Tuhan ! Sebelum tu, Selamat berpuasa, Selamat Hari Raya dan Salam Kemerdekaan ! haa amik kau . 3 in 1 sekali tu. giler lama tak hapdet belog yang dulu kengkonon bini no 1. Sah - sah diri  pun hampir dilupai. pastu bising takde event bagai. 

Sebenarnya faktor internet yang jadi punca belog berhabuk. maklumlah bila habis belajar hari tu terus balik kampung .tapi kena pulak kat kampung line tak ada. Yer la, syarikat telekomunikasi tuutttt dia cakap kat kampung aku ada line, sekali balik haroommm tak de. last sekali 3 bulan tertangguh tak bayar berotben beserta pakej rm 200++. Woi ! mana aci aku tak guna pun tenet tu . 

Jadi pasal tajuk hidup baru. apa yang baru? yang barunya , aku sambung pengajian peringkat ijazah di MSU Shah Alam. kenapa tak ipta? nantilah aku cerita dalam next entry. jadi sempena hidup baru di tempat baru ni, semangat pun baru lah ye dak. Dengan harapan segala kesusahan dapat ditempuhi dan peluang kejayaan berada di sini. Insyallah..

so itu je la kot entry kali ini. insyallah kalau ada peluang nak hapdet entry, berjumpalah kita pada masa akan datang. babai semua ! 

latest event yang dapat join setelah sekian lama.ni pun orang ajak. thanks Bro eazy!

p/s : dah jarang join event. tuan penganjur pun dah 'lari' dari blog budak pacak gamaknya :( 

HIDUP BARU

by on 1.9.13
Assalamualaikum , Selamat sejahtera semua orang ! Ya Tuhan ! Sebelum tu, Selamat berpuasa, Selamat Hari Raya dan Salam Kemerdekaan ! ...
Cak? 
 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua orang!perghh giler lama tak update belog. ni kalau wujud di alam realiti letak pulak di atas almari confirm berhabuk gilos ! sejak bergelak cicer ni sibuk bebenor. Pagi mengajar , petang aktiviti kokurikulum, malam buat persediaan mengajar. cuti je terkejar event, haa camner nak belai belog ini enn? ok alasan semata - mata . so let me make a short and simple story  what happens before this okay ! 

Praktikum



Cakap pasal praktikum, sebenarnya lagi beberapa minggu je bakal menghabiskan sesi pengajaran dekat sini. 5 Bulan berlalu tersangatlah sekejap . Bonding dengan pelajar-pelajar disitu dah semakin rapat. Mula - mula masuk macam berharap akan berlalu dengan cepat, but then macam berharap akan kekal di situ.Well dimana ada pertemuan disitu ada perpisahan. Cuma satu je aku harap, ilmu yang aku sampaikan ini semoga berkat. blerghh dah kenapa ada ayat taching ni, padahal tak habis lagi. ok cite lain pulak...

Belog / Blog 

Belog? blog? blogger? oh macam tak layak je pegang title tu, semangat nak taip entry tu ada, tapi  disebabkan masalah sana sini, dan kemalasan, kesayangan menyimpan lemak jari menyebabkan entry tak tertaip ! lepas ini kena buat ikrar baru la gamaknya haa dasar pemalas diri ini ....

Event 



Sejak kebelakangan ini, rezeki murah, Alhamdullilah. banyak juga dapat jemputan acara korporat terutama dari Resort World Genting dan Nuffnang ! . hahahaha nampak tak game dia dekat situ? pergi acara rajin, nak taip entry punya la malas . *sigh* so untuk update event - event ni akan ku ceritakan nanti termasuk event esok nantikan ! 

Sosial Network 
 


Sejak ada 'bini' baru ni, makin galak aku ke depan. bukanlah galak macam mana, cuma nak cerita ada beberapa akaun sosial network baru ,sebenarnya nak promote* kehkehkeh 

Instagram : khaiartzfar
WeChat : KhaiArtzfar 

haa itu je la update untuk kali ini, jadilah enn daripada tak ter update. jumpa lagi dalam next entry mengenai satu event yang gempak ! babai !


p/s : macam mana nak hilangkan malas ? 

KEMBALI !

by on 12.4.13
C ak?   Assalamualaikum dan salam sejahtera semua orang!perghh giler lama tak update belog. ni kalau wujud di alam realiti letak pulak ...
Assalamualaikum dan salam sejahtera ! 

Alkisah pesta buku......



korang pergi ke pesta buku dekat pwtc tu? tak silap aku hari ni ler habisnya. citernye aku bukan main excited nak pergi kononnya dapat ler berilmiah dengan cari buku - buku yang best dan murah.jadi semalam aku pergi ler gagahkan diri merempit ke sana, tapi orang tak adalah ramai sangat, mungkin sebab dah nak masuk ke hari terakhir atau orang tak masuk gaji lagi atau korang pandai - pandai ler buat assumption sendiri, kehkehkeh...

overall dekat sana, macam tak rugi kalau korang pergi dan tak rugi juga kalau korang tak pergi. mengerti ? harga untuk buku english, so - so je la , buku dengan majalah bahasa melayu pulak harga macam lebih kurang, sebagai contohnya RM5.90 jadi RM 5.00. memandangkan dah penat - penat datang ke sini, macam loser pulak kalau tak beli apa - apa kan? jadi untuk sedapkan hati aku TERbeli majalah ujang. bukan satu tapi 3 dan bukan beli tapi TERbeli.....oh meng!!

Alkisah ulat dalam lauk...

dah penat berjalan ke sana - sini, aku pun pergi lah terjah kejap mall depan pwtc tu, nak makan fast food, memang "fast money"  will always going first. tolak idea tu just lepak dekat food court atas sekali, niat di hati nak makan nasi campur , bila dah dapat ape lagi melantak la kan. kena pulak ada asam pedas memang terangkat ler . tengah sedap - sedap makan, tiba- tiba terperasan ada benda terjatuh dari pinggan, bila tengok , mak aih ini ulat tahap ibu nenek moyang nih! bukan kecik tapi besar pulak tu dah macam cacing mutan lagi . sah - sah ler hilang selera makan. 


spesis dikenalpasti. this spesis living in my plate hamagash ! 

how come ada ulat dalam pinggan aku? and why me? dan kenapa datang time aku betul - betul lapar? *sigh* bila panggil tokey, kononnya dia nak ambil hati, dia bagi nasi dengan lauk lain, sorry bro, kau bagi chicken chop ke, beriani gam ke, kalau dah kedai kotor, memang idak ler aku nak makan situ dah..isk,isk,isk.....

p/s : moral of the story, jangan makan dekat kedai indon LOL


Wow ! Korang tau kenapa Dinosaur pupus ? 

ALKISAH PESTA BUKU DAN ULAT DALAM LAUK

by on 4.2.13
Assalamualaikum dan salam sejahtera !  Alkisah pesta buku...... korang pergi ke pesta buku dekat pwtc tu? tak silap ak...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua orang! 


I guess this is my 1st entry for 2013 ! hahaha akibat kesibukan melampau, masalah sana sini, dengan encik berotben tak dapat coverage makanya usaha untuk taip entry tak dapat dijalankan. ok alasan semata - mata disitu. lain - lain cerita let me tell you in the next entry okeh !



berbalik kepada entry kali ini, 14hb Januari 2013 merupakan tarikh keramat buat aku dan batch pertama  TESL KPTM untuk kami jalani sesi praktikum di sekolah pilihan masing - masing. setelah hampir 3 tahun belajar selok belok dunia pengajaran dan pembelajaran, kali ini kami diuji untuk menilai tahap kemampuan mengajar masing  - masing . jadi aku dan 3  orang kawan lagi ditempatkan di SK Taman Cuepacs. 



perjalanan praktikum kami bermula dengan melapor diri di sekolah seawal jam 8 pagi. untuk minggu pertama ni kami kena jalankan sesi ROS. bukan bunga ros yer tapi singkatan untuk Rancangan Orientasi Sekolah. lebih kurang mengenali sekolah la.  untuk itu, kami diperkenalkan dengan barisan pentadbir sekolah, kemudahan sekolah dan kawasan sekitar. rata - rata cikgu di sekolah ni sambut kami dengan baik, terharu pula dengan layanan dorang, dan habis je sesi tour sekolah, kami diberi tugas untuk mengajar bahasa inggeris darjah 1,2 dan 3 , pendek citer silibus KSSR. untuk aku sendiri , aku diminta ajar darjah 3 yang akan bermula pada minggu kedua praktikum. jadi eksaited sebentar disitu. kehkehkeh. 

gambar owner wajib letak, kalau tak blog tak hidup kehkehkeh..

untuk hari pertama, tugasan telah diberi, kami kena ganti masuk guru yang cuti atau mesyuarat. Jadi aku kena masuk kelas darjah 5 untuk satu masa. jadi awkward sekejap bila tiba - tiba kena masuk jadi guru ganti. memandangkan masa ganti agak pendek jadi aku ambil masa tu untuk berkenalan dengan students dalam tu, dan soalan yang dijangka akan keluar akhirnya terkeluar juga . " Cikgu dah kawin? " " Cikgu ada girlfriend ? " "Dekat jari cikgu tu cincin kawin erk ?" " Kenapa cikgu hensem lagi ohsem? " ok soalan  tu aku tipu kehkehkeh..

jawapan aku untuk semua soalan tu diam membisu, kelakar ok ! hahahaha untuk hari pertama praktikum agak ohsem , penat semua tu biasalah, have to used with the situation right ? nak tau lagi pasal praktikum aku  ? kena la tunggu update yer ! babai ! 


p/s : harap semua dugaan untuk hadapi musim ada hikmahnya. insyallah 

WOW! Menangi percutian ke Doha dengan merakam gambar korang sendiri !

PENGALAMAN HARI PERTAMA PRAKTIKUM

by on 14.1.13
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua orang!  I guess this is my 1st entry for 2013 ! hahaha akibat kesibukan melampau, masala...
Assalamualaikum dan salam sejahtera!

ok siapa pernah duduk asrama, putyo hensap! kehkehkeh. aku rasa kebanyakannya mesti pernah duduk asrama ye dak? tak kira la asrama sekolah ke asrama kolej ke janji namanya dah asrama memang betul ler tuh.buat kengkorang yang pernah duduk asrama ni mesti ada pengalaman sendiri kan? aku duduk ada la juga zaman noti - noti kat asrama. haha antara yang aku buat nih mesti ada antara korang yang pernah buat kan? 

"Fly" Asrama

 *sekadar gambar hiasan*

haa! aku rasa kalau duduk asrama memang pemes istilah ni. bukan terbang erk, tapi lari keluar dari asrama senyap - senyap. kahkahkah, aku ingat lagi dulu masa nak fly nih, siap merangkak komando, parkour bagai. last - last kantoi juga. ades! 

"Iron" Milo



ok yang ni pun hampir semua buat. beli milo 3 in 1, beli bukan nak dibancuh tapi nak ratah. sebab orang Malaysia ni kreatif benor, maka terhasillah "Iron" Milo dimana milo segera itu kita seterika atas dia bagi keras. hasilnya milo tu ohsem untuk dimakan. rangup bak ang kahkahkah! 

ok sampai part ni tetiba otak aku freeze jap lupa nak tulis apa ......

aku rasa tu je kot benda yang salu budak - budak asrama buat. ok yang ni aku nak citer pasal aku di asrama dulu - dulu. please do not try this  ! kehkehkeh,

Puntung Rokok



Dulu aku merokok *sekarang tak dah u_u* , pastu bila dekat asrama, jumpa geng mesti cari port untuk hisap, tempat kiteorang dulu dalam bilik tilam. pernah satu hari ni aku terlupa nak matikan hujung puntung rokok pastu terus campak atas almari yang penuh dengan tilam.3 jam lepas tu bau hangit giler, periksa punya periksa satu bilik tu terbakar! kehkehkeh .

Curi - curi tengok TV



Bila dah bosan , mesti nak try macam - macam, kebetulan kat asrama dulu ada bilik tv yang boleh tengok hujung minggu je. tapi kiteorang time prep pun curi - curi tengok sampai la satu hari kantoi dengan warden asrama. efeknye, masa waktu persekolahan, budak - budak asrama kena angkut tv bawa ke bilik pengetua. No more entertainment , no more television ! 

Baling Mercun dalam surau 



ok ini aku rasa paling sengal tahu! tapi yang ni bukan aku buat tapi member.*aku budak baik,sila percaya* time ni jadi masa bulan puasa,sembahyang maghrib kalau tak silap aku. warden tak ada , entah camner boleh ada yang lewat sembahyang. time semua orang sembahyang, adalah Hamba Allah ni pergi baling mercun bola dalam surau, hasilnya, termelatah, terbantut , semua " ter" keluar time tu termasuklah tok imam. time tu juga asap penuh dalam surau.denda dia ? hehe hardcore beb!

haha aku rasa korang pun ada pengalaman tersendiri kan? meh ler share sini! kehkehkeh....

p/s : bangga asrama sekolah dulu dapat johan asrama terbaik kebangsaan

KENANGAN DI ASRAMA

by on 10.10.12
Assalamualaikum dan salam sejahtera! ok siapa pernah duduk asrama, putyo hensap! kehkehkeh. aku rasa kebanyakannya mesti pernah duduk a...