PENGALAMAN HARI PERTAMA PRAKTIKUM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua orang! 


I guess this is my 1st entry for 2013 ! hahaha akibat kesibukan melampau, masalah sana sini, dengan encik berotben tak dapat coverage makanya usaha untuk taip entry tak dapat dijalankan. ok alasan semata - mata disitu. lain - lain cerita let me tell you in the next entry okeh !



berbalik kepada entry kali ini, 14hb Januari 2013 merupakan tarikh keramat buat aku dan batch pertama  TESL KPTM untuk kami jalani sesi praktikum di sekolah pilihan masing - masing. setelah hampir 3 tahun belajar selok belok dunia pengajaran dan pembelajaran, kali ini kami diuji untuk menilai tahap kemampuan mengajar masing  - masing . jadi aku dan 3  orang kawan lagi ditempatkan di SK Taman Cuepacs. 



perjalanan praktikum kami bermula dengan melapor diri di sekolah seawal jam 8 pagi. untuk minggu pertama ni kami kena jalankan sesi ROS. bukan bunga ros yer tapi singkatan untuk Rancangan Orientasi Sekolah. lebih kurang mengenali sekolah la.  untuk itu, kami diperkenalkan dengan barisan pentadbir sekolah, kemudahan sekolah dan kawasan sekitar. rata - rata cikgu di sekolah ni sambut kami dengan baik, terharu pula dengan layanan dorang, dan habis je sesi tour sekolah, kami diberi tugas untuk mengajar bahasa inggeris darjah 1,2 dan 3 , pendek citer silibus KSSR. untuk aku sendiri , aku diminta ajar darjah 3 yang akan bermula pada minggu kedua praktikum. jadi eksaited sebentar disitu. kehkehkeh. 

gambar owner wajib letak, kalau tak blog tak hidup kehkehkeh..

untuk hari pertama, tugasan telah diberi, kami kena ganti masuk guru yang cuti atau mesyuarat. Jadi aku kena masuk kelas darjah 5 untuk satu masa. jadi awkward sekejap bila tiba - tiba kena masuk jadi guru ganti. memandangkan masa ganti agak pendek jadi aku ambil masa tu untuk berkenalan dengan students dalam tu, dan soalan yang dijangka akan keluar akhirnya terkeluar juga . " Cikgu dah kawin? " " Cikgu ada girlfriend ? " "Dekat jari cikgu tu cincin kawin erk ?" " Kenapa cikgu hensem lagi ohsem? " ok soalan  tu aku tipu kehkehkeh..

jawapan aku untuk semua soalan tu diam membisu, kelakar ok ! hahahaha untuk hari pertama praktikum agak ohsem , penat semua tu biasalah, have to used with the situation right ? nak tau lagi pasal praktikum aku  ? kena la tunggu update yer ! babai ! 


p/s : harap semua dugaan untuk hadapi musim ada hikmahnya. insyallah 

WOW! Menangi percutian ke Doha dengan merakam gambar korang sendiri !

3 comments:

Eazy Izzuddin said...

suatu pengalaman yg ohsem bersama pelajar2 ....
good luck untuk menghadapi hari2 seterusnya ...
;)

✿A I N A A✿ said...

cikgu khai!!! nanti ajar saya boleh??? hehehe smartlah khai.... All the best there.. untunglah dah praktikum... sobsobsob

Cik Tomorrow says... said...

cikgu ...saya nak tanya soklan!!!

waahhh....bagusnya dapat jadi cikgu ..syaa nak jadi studentlah ..boleh tak ????? ^^