MEE GORENG BUJANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera !


Korang dah makan ? Kalau belum ape kata korang try resipi nih. kehkehkeh..baru - baru ni godek blog cik apple , terjumpa la resipi pasta versi campak beliau. memandangkan time tu aku lapar tahap dewa, apa lagi selongkar habis dapur cari benda untuk dimakan, last- last terjumpa bahan - bahan ni. bukan senang lelaki nak turun dapur masak.jadilah masak untuk perut sendiri enn?

masakan ini aku namakan mee goreng bujang sebab simple giler nak buatnye, bahan - bahan dia pun banyak yang recyle dan main campak je dalam kuali. Ini je bahan - bahan untuk masak mee goreng bujang ni

  • Mee, Pasta atau Kueytiaw. ( ikut suka perut korang la nak guna apa ) 
  • Sardin setengah tin ( dihancurkan) 
  • Bawang putih 2 ulas ( diketuk )
  • Cili Hijau ( di-blende, kalau korang nak pedas, bubuh le lebih sikit )
  • Isi Ayam ( dicarik, kalau tak ada pun tak apa )
  • Fish Cake, Cili Merah ( ikut suka korang le nak tambah apa )
  • Sos cili dan sos tamato 
First korang goreng sampai naik bau dulu bawang putih, lepastu masukkan cili hijau yang dah blend tadi masak sampai dia menggelegak. kang tak masak kang mau sakit perut kan? lepas tu masukkan sardin yang dihancurkan beserta dengan sos tomato dan cili sekali secukup rasa. 



Bila dah agak - agak nampak macam pecah minyak ,korang masukkan la cili merah, isi ayam dan fish cake, senang je kan? main campak je lepastu gaulkan. bila dah nampak semua benda tadi macam dah mesra alam, last sekali korang masukkan la mee tadi. pastu gaul rata sampai masak. 




tadaa! 



dah siap.simple giler tapi rasanya masyuk sampai ke perut, kahkahkah perasan nak mampus ! Haa ape lagi cube le, kalau orang lelaki boleh masak takkan yang perempuan tak boleh kot? kehkehkeh 

p/s : ada gaya chef tak? LOL 

Wow ! Rakam gambar korang dan menangi percutian ke Doha !

11 comments:

iAmCekbolat said...

hamboihhh . tabik cheff

ZWAN SABRI said...

nak try la nanti.. by the way yang ikan sardin tu kira macam perencah mee ke apa?

Izzah Azizah said...

nak trylah.. senang, cepat dan campak.

Eazy Izzuddin said...

Macam sedap ...
Nice heheh

Cik Pensil said...

uihh .. ada resepi :D

Khai Artzfar said...

@iAmCekbolatchep ekspress kehkehkeh

Khai Artzfar said...

@ZWAN SABRIyup ! kira macam perencah la boleh je ganti dengan benda lain

Khai Artzfar said...

@Izzah Azizahhaha en? campak je XD

Khai Artzfar said...

@Eazy Izzuddinperut sendiri kate sedap XD

Khai Artzfar said...

@Cik Pensilhehe maju kehadapan

onie said...

vahvahvahvahvah..... memasak ye dia sekarang,ni yang nak buat menantu ni..