VISIT MALAYSIA YEAR 2014 COUNTDOWN CARNIVAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


Baru - baru ini Khai bersama - sama rakan media yang lain telah dijemput untuk ke Pulau Pinang bagi sama - sama menyokong Tahun Melawat Malaysia 2014. Sambutan disana amat menggalakkan. Nak tahu kemeriahan disana ,baca sampai habis ya !

VMY 2014 Countdown Journey dari Putrajaya ke Penang




Bagi mempromosikan  Visit Malaysia Year 2014 (VMY2014) Countdown Carnival , pihak Tourism Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mengadakan promosi secara meluas dan unik dengan mengadakan VMY 2014 Countdown Journey .

VMY 2014 Countdown Journey  ini adalah hasil usahasama Tourism Malaysia dan Syarikat Elang Wah Sdn Bhd dan disertai hampir 50 orang penari Flash Mob dan wakil - wakil media. 



Perjalanan kami bermula di Putrajaya dan tamat di Pulau Penang dengan menaiki bas Hop On Hop Off. Sepanjang perjalanan kami terdapat 3 'pit - stop' iaitu di  R & R Tapah , Stesen KTM Ipoh dan Padang Kota Lama ,George Town. Di kesemua pit stop ini, dimeriahkan lagi dengan persembahan flash mob dan sesi pemberian flyers mengenai  VMY 2014 Countdown Carnival di Pulau Penang. 




Upacara 'flag - off ' telah dirasmikan oleh Penolong Ketua Pengarah (Promosi ) Tourism Malaysia YB Puan Chong Yoke Har bersama - sama Ketua Pengarah Promosi  Dalam Negeri Tourism Malaysia ,  YBhg Dato' Musa Yusof dan Pengarah Urusan Syarikat Elang Wah Sdn Bhd Encik Syed Azhar Syed Nadzir di hadapan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. 

Visit Malaysia Year 2014 Countdown Carnival 




Kami turut berkesempatan untuk turun padang sendiri di Queensbay Mall bagi menyaksikan perasmian Visit Malaysia Year 2014 Countdown Carnival yang telah dirasmikan oleh Deputy Director General ( Planning ) of Tourism Malaysia Dato' Haji Azizan Noordin. 




Karnival yang berlangsung selama dua hari ini telah disertai oleh  lebih dari 13 agensi pelancongan dan diserikan lagi dengan persembahan artis seperti Dato' M.Daud Kilau , One Nation Emcess, Alif Aziz, Daniel Lee dan Reno.Selain itu terdapat juga persembahan tarian kebudayaan Malaysia dan juga tiupan seruling secara solo oleh Arul Pendekar Bambu. Keadaan di sini sangat meriah dengan kehadiran orang - orang Penang yang turut menyokong Tahun Melawat Malaysia 2014.

Lihat juga kemeriahan di atas Hop On Hop Off DISINI

Diharap dengan adanya kempen ini dapat menarik lebih ramai pihak untuk bersama - sama menyokong Visit Malaysia Year 2014 !

Kredit dan penghargaan : 

Tourism Malaysia
Tourism Penang
Polis Diraja Malaysia
Gaya Travel Magazine 
Santai Travel Magazine

p / s  : Malaysia kaya dengan warisan 

5 comments:

Tetamu Istimewa said...

Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.

Selamat tahun baharu 2014.

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

wow!!!! bestnya. yang paling penting, hope ena dapat naik bus tu nanti.. ala2 luar negara gitu

Khai Artzfar said...

@Tetamu Istimewaterima kasih sudi datang :)

Khai Artzfar said...

@✿AINAA ROSEBERRY✿amboi kl banyak ja meh la sini haha

Olive B said...

hi Khai,
apa kabar?