PNB Ilham Resort Berhantu ?

Asslamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


PNB Ilham Resort Berhantu ? Biar Betul ? Kalau nak tahu cerita disebaliknya kenalah baca sampai habis yer. 

Hari Pertama 

Baru - baru ini Budak Pacak bersama - sama dengan Sahabat Media telah berkunjung ke PNB Ilham Resort atas jemputan rasminya. Bagi Budak Pacak dan Kisah Tatie, kami agak terlewat ke sana, memandangkan pada pagi tersebut terdapat hal yang perlu diuruskan jadi kami terpaksa bertolak di sebelah petang dan sampai di sana pun pada waktu makan malam.







Kami telah ditempatkan di beberapa bilik. Terasa sungguh tenang kerana bukan setakat biliknya yang cantik malah pemandangannya yang menghadap laut sangat mengasyikkan. 

Bagi rakan - rakan yang sampai terlebih awal , dengar - dengar cerita sampai sahaja di sana terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah mereka jalani antaranya  abseiling,repelling  dan membuat sendiri rakit di atas laut. Rugi Budak Pacak kerana terlepas banyak aktiviti menarik pada petang hari pertama. 

Selepas sahaja selesai makan malam , kami berkesempatan untuk turun ke laut. Waktu malam macam ini , laut tengah surut dan ketam - ketam banyak naik ke permukaan. 


Geli tengok gambar ni ? Korang mungkin mengalami tyrophobia 


Jalan punya jalan sampai tak sedar kami berada di tengah - tengah Selat Melaka. Disitu kami sempat tinjau beberapa orang kampung yang mencari haiwan seperti cacing.





 Kalau tak silap Budak Pacak mereka menggelarkannya sebagai cacing laut

Hari Kedua 

Aktiviti pagi kami dimulakan dengan aktiviti room tour dimana kami telah dibawa melawat ke setiap bilik dan bilik - bilik disini ada pakej dan mengikut kesesuaian korang. Bagi Budak Pacak, ini adalah tempat yang paling sesuai untuk meluangkan masa bersama dan harganya pula sangat berpatutan. 





Seterusnya kami bersiap sedia untuk jungle trekking di Hutan Simpan Tanjung Tuan






Didalam hutan ini terdapat pelbagai tinggalan sejarah dan mitos . Haa yang inilah antara sebab orang ramai mengatakan PNB Ilham Resort berhantu. Sebabnya di dalam hutan ini terdapat 3 jenis perigi iaitu Perigi Belanda , Perigi Keramat dan Perigi Air Tawar


Perigi Belanda

Perigi Keramat

Perigi Air Tawar


Menariknya mengenai Perigi Air Tawar ini kerana perigi ini terletak di sebelah lautan dan airnya langsung tidak masin sehingga sekarang. 



Selain itu, disini juga terdapat kesan peninggalan tapak kaki yang dikatakan sebagai tapak kaki Hang Tuah. Walaubagaimanapun ianya adalah mitos semata - mata. Jadi terbuktilah disini bukanlah tempat berhantu seperti yang dihebohkan malah disini adalah tempat yang penuh dengan khazanah negara. Kalau nak kata resort berhantu, pihak PNB Ilham sendiri mengamalkan bacaan yasin setiap bulan. Kat mana - mana pun ada bukan ? 







Oh yer di atas puncak Hutan Simpan ini terdapatnya Rumah Api. Agak sedikit kecewa kerana pemandangan di atas kurang jelas kerana pada ketika itu negara dilanda jerebu yang sangat teruk.




Selepas itu, kami bersiap sedia untuk aktiviti rope course. Untuk mana - mana organisasi yang menginap disini, aktiviti ini sangat sesuai untuk team building dan mereka yang sukakan aktiviti lasak . 





Seterusnya adalah slot bersama Chef Zam. Untuk pengetahuan korang Chef Zam adalah Chef Eksekutif disini dan beliau telah menunjukkan demonstrasi memasak secara live di Serambi Coffee House. 

Sebagai penutup untuk entry kali ini ,Budak Pacak ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PNB Ilham Resort kerana menjemput kami. Dan buat korang yang sibuk bekerja dan ingin mencari ketenangan tidak kira bersama teman atau keluarga, Budak Pacak mencadangkan PNB Ilham Resort sebagai destinasi yang sesuai .

untuk maklumat lanjut layari : http://www.ilhamresort.com/

P/S : tak puas berada di PNB Ilham Resort 

4 comments:

Farisya Anastasyia said...

nampak macam best.ada rezeki nak pergi la nanti . :)

Khai Artzfar said...

@Farisya Anastasyia pergi dgn F.L okay! haha

Nur Huda said...

Br blk drpd team building kt pnb ilham resort, PD semlm...sblm ni pn penah team building kt sini thn 2008....alhamdulillah sepjg menginap kt sini xpenah alami apa2 pengalaman misteri ke..mistik ke..tpt dia mmg best..

Zura Hamza said...

Assalamualaikum,.. berhantu..lah..saya pernah kena ikut sampai kt rumah..