Peter Marvey Kini Di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 

Siapa peminat magic di sini ? Jadi korang wajib tengok aksi luar biasa Peter Marvey, seorang ahli magik yang terkenal dan menariknya kini di Malaysia !



Pada 22 Mei yang lalu , Budak Pacak berkesempatan untuk melihat preview Peter Marvey : Magician Without Limit di perkarangan Pavilion Kuala Lumpur. 



Dengan ditemani beberapa orang ' bidadari ' , persembahan beliau turut menjemput selebriti tanah air seperti Hannah Tan , JJ dari Red FM dan Cheryl Lee dari 988FM untuk bersama - sama menjadi sebahagian dari persembahan beliau. 



Aksi Peter Marvey dan beberapa aksi  yang luar biasa telah menarik perhatian para pengunjung.Kalau di Pavilion ni baru preview je ye, kalau korang nak tengok aksi seperti terbang di dalam cahaya terang , tukar kostum di awangan dan banyak lagi aksi yang memukau kenalah datang ke Genting International Showroom, Resorts World Genting



Sepanjang preview di Pavilion tempoh hari , sebanyak 1300 tiket ke preview khas pada 27 May telah diberikan kepada para pengunjung yang bertuah. Caranya , mereka yang inginkan tiket ini kena tangkap gambar di Peter Marvey Photo Booth dan post di Facebook. Mudah kan  ?  Bertuah buat siapa yang dapat. 



Siapa cakap Resorts World Genting dah tak ada tarikan ?  walaupun dalam kerja penambah baikan , terdapat tarikan lain di sana. Salah satunya adalah Peter Marvey:Magician Without Limit yang akan berlangsung dari 28 Mei 2014 sehingga 24 November 2014 bermula pada jam 9 malam. 

Untuk harga tiket pula adalah seperti berikut 

VIP  - RM 118, Kanak - kanak - RM 68
PS1 - RM 88 , Kanak - kanak - RM 48
PS 2 - RM 48 , Kanak - kanak - RM 28

dapatkan sekarang tiket korang  !

p / s ; Budak Pacak ada tiket lebih , ada sesiapa yang nak ? kehkehkeh 

8 comments:

puteraduyong said...

wah... macam seronok je kan... mesti best ni

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

Waahh..ade tarikan baru laa ek..

Ismi Ana said...

Wah! Bestnye.. Suke sgt magic show. Bak sini tiket lebih tu. Miahahahaa XD *muke tak malu ok*

Hafiz Hafizol said...

ada tiket lebih? jom kita g sama .



haha

Khai Artzfar said...

@puteraduyongbest bro. memang kena pergi tengok

Khai Artzfar said...

@Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A)bila dah siap nanti lagi gempak

Khai Artzfar said...

@Ismi Anahaha kalau nak leh je

Khai Artzfar said...

@Hafiz Hafizoljom set masa kehkehkeh