Tangy Crunch Menu Terbaru Di KFC
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua .
Siapa peminat KFC disini ? Kalau korang memang peminat tegar KFC , korang harus cuba menu terbaru mereka , Tangy Crunch yang kini dalam pasaran .
Perkenalkan Tangy Crunch, ayam goreng rasa limau dan rangup satu keunikan dari KFC yang pastinya membangkitkan lagi citarasa dan selera korang .
Ayam Goreng terbaru ini menampilkan rasa unik dari limau nipis kepada rasa pedas dan sudah tentunya rangup . KFC Tangy Crunch ini telah diperkenalkan sempena bulan Ramadhan yang menjelang tiba yang pastinya memberi kelainan pabila waktu berbuka nanti.
Budak Pacak sempat merasa menu terbaru ini , rasanya memang sangat sedap. Serius memang menangkap selera .
Untuk menu terbaru ini , KFC telah menawarkan pelbagai pilihan hidangan kombo . Kombo A menawarkan dua ketul ayam goreng Tangy Crunch , empat ketul kentang Hash -round , satu mangkuk nasi beserta sup dan satu minuman teh ais limau .
Manakala untuk Kombo B pula mengandungi 3 ketul Ayam Goreng Tangy Crunch , satu set Cheezy Wedges saiz biasa , seketul ban butterscotch dan satu minuman teh ais limau.
Set Tangy Feast sesuai untuk empat hingga lima orang yang mengandungi 9 ketul Ayam Goreng Tangy Crunch beserta hidangan sampingan yang berharga RM 39.90 .
Kalau korang yang nak makan bersama keluarga atau rakan - rakan pula, Budak Pacak cadangkan Celebration Bucket yang terdiri dari Bucket A dan Bucket B .
Bucket A mengandungi 6 ketul Ayam Goreng Tangy Crunch berserta hidangan sampingan manakala Bucket B pula mengandungi 15 Ayam Goreng Tangy Crunch beserta hidangan sampingan .
Dengan setiap pembelian Celebration Bucket ini korang bakal dapat satu set selimut serba guna Doraemon yang comel dan lembut . Didatangkan dengan 6 pilihan warna , sudah pasti kanak - kanak sangat menyukainya.
Jadi kalau tak tau nak makan apa waktu berbuka nanti, silalah ke KFC untuk merasai rasa rangup Ayam Goreng Tangy Crunch !
p /s ; Makan panas - panas pula, memang membangkitkan selera
15 comments:
Ramai org kata sedap. Huhu. Ana sendiri pun tak pernah rasa lagi sejak ayam ni dikeluarkan. :) insya-Allah akan cuba rase nanti. :D
Tak pernah mencuba lagi. InsyaAllah nanti ena nak cuba. Kawan kawan ena kata sedap.
Menggodanya T.T
**SALE SEHINGGA 4 JULAI 2014!!!
http://nadyabubble.blogspot.com/2014/06/sale-jualan-penghabisan-stok.html
wah, kena peg nie... inshaAllah buka puasa nanti ker.. lama xmkn KFC.. Tq info bro
Aaaaa, nampak sedapppppppppppp!
woah sedappp ngat!!
@Ismi Anaeh kena cuba tau nanti dah habis promo menyesal lak
@✿AINAA ROSEBERRY✿sangat sedap serius tak tipu
@Nadya Bubbletunggu apa belilah sekarang di KFC terdekat
@Azrin Rahimno hal bro , belanja sikit kat sini kekekee
@Azrin Rahimno hal bro , belanja sikit kat sini kekekee
@Scha Nazrimemang sedap pun
@Khairulsyarafi Ruang Monologbeli la sekarang bro
menyelErakan ..tambah tgk time bulan puasa ni :D
Lapar plak tetiba
Post a Comment