September 20, 2014

Butik Ice Watch Kini Dibuka !

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


Siapa peminat jam disini ? Kalau ada geng lah kita sebab Budak Pacak memang minat mengumpul koleksi jam. 

Baru - baru ini Budak Pacak telah dijemput ke NU Sentral, Kuala Lumpur bagi pelancaran pembukaan Butik Ice Watch yang terletak bersebelahan dengan  Butik Pandora.Butik Ice Watch di NU Sentral ini adalah yang ketujuh selepas Ampang Point, The Curve  pusat membeli-belah Alamanda,  Gurney Paragon di Pulau Pinang, Palm Mall di Seremban, Komtar JBCC di Johor Bahru dan East Coast Mall di Pahang. 



Untuk pengetahuan korang, Jam Ice Watch Malaysia diedarkan oleh  Kumpulan Habib. Selepas barangan kemas dan gelang tangan mewah , kini tibalah masa untuk jam tangan mewah pula.

Terdapat beberapa variasi jam untuk pilihan korang antaranya adalah Ice Chrono Drift, Ice Canvas, Ice Vintage Chrono, Ice Glam Pastel, Ice Denim dan banyak lagi ! Serius cakap selalu tengok Ice Watch ni biasa - biasa je kan? Tapi kali ini hasil kualitinya sangat menarik. 





Beberapa orang selebriti turut mengenakan Ice Watch sebagai pilihan dorang seperti Zain Saidin , Fizz Fairuz , Julia Ziegler dan Azura Couture. Terbaru, Budak Pacak sempat tengok di Instagram Aznil Hj Nawawi ataupun Pak Nil yang turut mengenakan Ice Watch sebagai pilihan beliau. 




Rangkaian harga pula, bermula dari RM100++ hingga RM700++ , bergantung pada kualiti dan jenis yang korang minat. Ada yang bertanya macam mana nak bezakan antara Ice Watch yang tulen dan palsu ? Kalau nak tahu yang tulen, di dalam kotak korang mesti terdapat satu tag Ice Watch , dan pada jam pula korang akan perasan simbol hologram . 

Jadi buat peminat jam semua, silalah ke Butik Ice Watch yang berdekatan.Dengar cerita dalam masa terdekat ni , akan ada beberapa koleksi warna terbaru dalam Forever Collection. Sama - sama kita nantikan!!

Untuk maklumat lanjut : http://www.facebook.com/ice.watch


p /s : Kagum dengan kejayaan Dato' Meer Habib

8 Budak Rambut Pacak Komen:

Norfanil said...

awat tak ajak..
sampai hati noh.. hahahha..

lama tak gi genting..

Hafiz Hafizol said...

budak pacak tak menggayakan pulak jam tu?

IBU FAHIM said...

menarik...tapi baru jer beli jam baru.
tapi yang depa duk pakai ni, lawa2.

Marou Apple Hijau said...

uh ada kedai baru kat nu sentral..

Khai Artzfar said...

@Norfanilamboi dia pun dah dapat enn

Khai Artzfar said...

@Hafiz Hafizolhehe ade je

Khai Artzfar said...

@IBU FAHIMharga pun murah

Khai Artzfar said...

@Marou Apple Hijauyup jangan lupa singgah ye