Total Pageviews

Malam Anugerah Santai

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 
Baru - baru ini Budak Pacak telah dijemput ke Malam Anugerah Santai yang mengiktiraf dan meraikan rakan media dan juga selebriti tanah air. 

Anugerah yang dianjurkan oleh Anita Entertainment ini telah masuk ke edisi yang ke 50 dimana hampir setiap tahun, mereka menghargai rakan media dan selebriti yang banyak membantu dan menyokong aktiviti seni tanah air. 



Tengok apa tu? kehkehkeh ...

Pada malam tesebut sebanyak 30 trofi disediakan untuk pelbagai anugerah. Budak Pacak tengok, ramai juga selebriti yang hadir termasuklah Nassier Wahab, Ifa Raziah, Hail Amir , Ani Mayuni, Mamat Exist dan ramai lagi. 

Malam Anugerah Santai juga dimeriahkan oleh Roslan Shah, Khaty Azean dan juga Chef Yang Jamil sebagai pengacara malam tu. 





Keadaan jangan cakaplah, memang meriah dan gamat jadinya ! Yer la, dah nama pun anugerah santai, jadi tema pun ala - ala santai tapi tetap happening ! Sekalung tahniah buat Anita Entertainment kerana berjaya menganjurkan  Malam Anugerah Santai yang ke 50. 



Terima kasih juga buat Majalah Aroma kerana menjemput Budak Pacak dan rakan - rakan media yang lain ke anugerah ini. Semoga terus sukses ! 

p /s : Walaupun artis lama, tapi mereka terus dihargai. Tanpa yang lama siapalah yang baru :)