Total Pageviews

Malam Gala Inspitari 2014 Hebat !

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !

Ini adalah kali pertama Budak Pacak berkesempatan ke Malam Gala Inspitari 2014 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) . kalau tempoh hari acara berakit kali ini dijemput untuk melihat tarian tradisional setiap negeri di Malaysia 



Bertemakan Pencarian Tari Kreasi Baru , setiap negeri diminta mempersembahkan tarian daya cipta, kreativiti dan simbolik baru berasaskan imej dan identiti setiap negeri di Malaysia . 



Malam Gala Inspitari 2014 yang telah diadakan di Auditorium DBKL, Kuala Lumpur ini menyaksikan 16 Kumpulan Kesenian JKKN telah mengolah beberapa seni tarian yang diberi nafas baru seperti tarian 'Kiut & Kabbadi" , Tarian Rambong Krathong , Met Ketok,Ghemeh dan banyak lagi.






Siapa yang hadir malam tu mesti terpaku dengan setiap persembahan. Hebat dan meriah! Acara yang dicetuskan sejak tahun 2010 ini sentiasa mendapat tempat pada pengiat seni tari dan setiap tahun ada saja kelainan yang ditonjolkan. 




Bagi koreographer dan artis budaya setiap negeri, Inspitari adalah satu platform khusus untuk mereka menunjukkan idea dan bakat masing - masing. Program seumpama ini memang harus diadakan setiap  tahun. Yer la , kalau Gangnam style boleh mendominasi dunia dengan langkah tarinya, kenapa tidak Inspitari? 



Buat korang yang terlepas, jangan lupa untuk datang dan tengok sendiri pada Inspitari yang akan datang. Mesti korang teruja ! Terima kasih JKKN dan Destination Malaysia kerana sudi menjemput Budak Pacak dan rakan  - rakan yang lain ke malam gala ini. 

p /s : Seni kita, budaya kita.