Total Pageviews

Putrajaya Diselubungi Magik !

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 

Biar betul Putrajaya diselubungi Magik ? Okay ini betul tak tipu punya ! Pada 12 sehingga 15 September yang lalu Putrajaya diselubungi Magik dari seluruh dunia yang telah berpusat di PICC , Putrajaya. 



Sepanjang 4 hari 3 malam yang lalu, PICC telah menjadi medan bagi pakar silap mata seluruh dunia menunjukkan bakat masing - masing di dalam acara Magic Fest Putrajaya 2014 bagi meraih gelaran juara pakar silap mata dalam kategori mereka masing - masing.

Budak Pacak berkesempatan hadir pada malam gala tersebut, iaitu malam terakhir Magic Fest ini diadakan. Pada malam tersebut , pemenang Magic Fest pada tahun lalu turut dijemput membuat persembahan. 





Antaranya adalah Kenji Minemura (Jepun), Avery & Silva (Malaysia), Henning Nielson (Denmark), Viktor Voitko (Ukraine), Mike Chow (Taiwan) dan Ma Yan Yan (China).

kredit : PICC




Bukan senang untuk lihat magik di depan mata. Selain daripada pertandingan silap mata, bengkel dan demonstrasi silap mata turut dtunjukkan kepada pengunjung yang hadir. 

Budak Pacak difahamkan setiap malam, dewan PICC hampir full box dengan kehadiran para pengunjung. Ada yang datang jauh dari Taiwan dan sebagainya semata - mata ingin memberi sokongan kepada ahli silap mata negara masing - masing. 


Tahniah kepada penganjur kerana berjaya memberi impak yang besar kepada industri pelancongan negara. 


Kredit : Pena Berkala 

Jadi di kesempatan ini, Budak Pacak ingin rakamkan jutaan terima kasih kepada pihak PICC kerana menjemput Budak Pacak dan rakan - rakan ke acara yang hebat ini ! 

p /s : suka tengok filem Now You See Me 

2 comments: