September 11, 2014

SteakTony Roma's Terbaik !

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua ! 



Siapa peminat Steak dekat sini ? Kalau ya mohon ke Tony Roma's , gerenti terbaik ! 

Untuk makluman, Budak Pacak bukanlah peminat tegar bagi steak. Sebabnya selalu makan mesti dapat kurang masak. Bagi peminat steak mesti korang ada tahap yang korang suka kan ? 

Sebelum cerita dengan lebih lanjut mengenai Tony Roma's, buat yang masih kurang jelas mengenai tahap masakan steak , disini Budak Pacak bagi tips. Manalah tahu kalau salah order, tak kena dengan taste korang, tak ada selera nak makan pula..

Very Rare 
- Daging masih mentah 
- Bahagian luaran daging masih berwarna merah muda 
- Bahagian dalam daging masih mentah dan terdapat darah 
- Suhu daging yang telah masak adalah 60 darjah celcius 

Rare 
- Sedikit masak 
- Masih terdapat darah dan daging yang mentah
- Bahagian luaran daging masih berwarna merah 

Medium Rare 

- Pertengahan di antara rare dan medium well 
- Di luar daging sedikit masak tetapi didalamnya masih berwarna merah 
- Suhu daging adalah 70 darjah celcius  

Medium well done 
- Bahagian luar hampir masak
- Bahagian tengah daging separa masak

Well Done 
- Daging dimasak sempurna
- Sedikit keras 

Jadi lepas ni bolehlah order mengikut selera korang masing - masing! Baru - baru ini Budak Pacak telah dijemput oleh Tony Roma's untuk merasai sendiri signature dish mereka. Dah lama sebenarnya tak makan steak, kali terakhir kalau tak silap Budak Pacak di Macau tempoh hari. 

Di Tony Roma's steak mereka sangat terkenal . Pada sesi Jom Makan kali ini ada beberapa hidangan yang patut korang cuba disini. 




Harganya pula berpatutan dengan rasa. Menariknya disini, daging -daging tersebut langsung tak ada bau hanyir.










 Untuk menu kami , boleh dikatakan semuanya dimasak dengan 'well done' 

Pasta dan pencuci mulutnya pula tak kurang hebatnya. 





Dengar cerita pasta mereka mempuyai isi ramuan yang padat sehingga menangkap selera buat sesiapa yang merasainya .



 Budak Pacak tak berkesempatan lagi untuk merasai pasta yang dikatakan padat tu, tapi sempat juga mencuba salmon pasta! Yang pasti kunjungan yang akan datang , menu ini wajib dicuba! 


p / s : suka dengan tesktur steak Tony Roma's 

4 Budak Rambut Pacak Komen: