November 08, 2014

Pementasan Teater Bangsawan Sinbad 'Dendam Ratu Kala

Asslamualaikum dan salam sejahtera semua! 

Kepada korang yang sukakan pementasan teater, Budak Pacak dan JKKN nak ajak korang beramai - ramai ke Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur  untuk melihat Pementasan Teater Bangsawan Sinbad 'Dendam Ratu Kala'  yang telah mula dipentaskan pada 7 November hingga 9 November. 




Budak Pacak akan tengok malam ini. dengar khabarnya pementasan adalah kesinambungan dari pementasan Teater Bangsawan Sinbad 'Batu Permata Dewa' dan jauh lebih menarik berbanding yang lepas .

Sinopsis Teater Bangsawan Sinbad 'Dendam Ratu Kala

Sinbad “Dendam Ratu Kala”  mengisahkan apa yang telah terjadi selepas  kematian Ratu Sheeba (Sinbad “Batu Permata Dewa”) anak kepada Ratu Kala, Ratu Kala ingin membalas dendam di atas kematian anaknya lalu menculik Permaisuri Jasmin sebagai tebusannya.  Sinbad menjadi hilang punca arah dimana kedudukan Kerajaan Ratu Kala di Alam Hitam dan ingin memulakan pelayaran, sementara itu ia berjanji jika tidak kembali dalam sempurnama, ayahanda saudara Jasmine Jaafar akan menjadi Sultan. 



 Sinbad meminta pertolongan Tiga Setan Ratu Sheeba yang mengetahui Kerajaan Ratu Kala.  Bagi memujuk Setan bertiga itu, dayang-dayang digunakan untuk memujuk. Sementara  itu, Puteri Jasmin telah ditukar sifatnya menjadi Sheeba oleh Ratu Kala dan pelayaran Sinbad terhalang dengan kuasa sihir setelah berhempas pulas berjuang. 

 Mereka selamat mendarat di Alam Sihir.  Permaisuri Jasmine yang telah menjadi Ratu Sheeba diarah untuk membunuh Sinbad. Batu Permata Dewa Ratu Jasmin telah digunakan bagi memulihkan  Puteri Jasmine dan dengan bantuan Setan-Setan bertiga yang membantu Sinbad bagi menewaskan Ratu Kala dengan gabunan Batu Permata Dewan dan Tongkat Sakti Ratu Kala.  

Sementara itu Jaafar berangan-angan ingin memerintah Kerajaan Sinbad tetapi malangnya Sinbad sampai pada waktunya dan terbocor rahsia Jaafar bersengkongkol dengan Ratu Kala.

Buat korang yang datang malam ini, nanti kita jumpa ye. Esok masih ada lagi! Kalau korang berminat bolehah datang ke Auditorium DBKL jam 8.30 malam esok 

Untuk pertanyaan dengan lebih lanjut boleh hubungi Cawangan Komunikasi Korporat JKKN di 03-2614 8200.
 

p /s : Dengar cerita kesan penataan bunyi dan cahaya mereka gempak 

3 Budak Rambut Pacak Komen:

budakbandunglaici said...

berapa harga tiket?

luqman zakaria said...

Semua time tak kenalah..kerjaaaa..huwaaa..shift petang pulak tuh

Miera Nadhirah Tan said...

Best ler... apa lagi cepat lah ceritakan......tak sabar nak baca/tengok