Total Pageviews

P1 Nostalgic Nation : Kenangan Zaman Kanak - Kanak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! 

Entry kali ini agak special bagi Budak Pacak kerana P1 dalam segmen P1 Nostalgic Nation mengajak semua P1 Online Media Association (OMA) mereka untuk mengimbau kembali kenangan sewaktu zaman kanak - kanak. 



Mana tidaknya, Generasi sekarang lebih utamakan gadget seperti Tab dan telefon bimbit, sedangkan kita dahulu sewaktu sebaya dengan mereka bermain dengan dunia fantasi dan permainan yang lebih menyeronokkan. 

Jadi dalam segmen ini, P1 telah mengajak korang untuk mengimbau kembali kenangan terdahulu dengan lakukan task berikut 

#FoldABoat 

Siapa ingat lagi untuk buat bot atau kapal kertas ? Ingat lagi sewaktu kecik dulu buat bot kertas lepas tu letak dalam longkang tengok dia berjalan mengikut arus. Dah bosan tengok dia berjalan, mula lah buat eksperimen dengan letak batu atas kapal lepas tu tengok dia tenggelam. 



Tak cukup dengan itu, Budak Pacak pernah tangkap beberapa ekor semut acah - acah sebagai anak kapal  la tu, lepas tu letak dalam bot kertas tengok bot berjalan. Kalau bot karam, terkapai - kapai lah semut tu berenang. Kehkehkeh..adik - adik jangan buat macam ni ye,kesian semut tu ...

Sekarang dah 22 tahun, bila dapat task ini, Budak Pacak nak buat sedikit kelainan dengan membuat pertandingan antara Blogger Eazy tengok bot kertas siapa yang sampai dahulu ke garisan.



 Caranya kiteorang kena tiup bot tersebut sampai ke garisan, bot siapa yang lambat atau tenggelam dahulu dikira tewas. Ternyata Budak Pacak menang, kehkehkeh siapa suruh main tipu enn? 

#FoldAPlane 

Bila dapat task buat Kapal Terbang Kertas ini ,Budak Pacak tersenyum sorang - sorang. Kalau dulu ada banyak jenis kapal terbang atau jet kertas. Ada yang boleh terbang tinggi, ada yang tak boleh terbang, ada yang kena koyak tengah, ada yang kena guna pen untuk bagi terbang tinggi, Haa kenangan gilos waktu tu !



Kalau time zaman kanak - kanak dulu, Budak Pacak akan lawan dengan adik, tengok kapal terbang siapa yang kena point dart yang paling tinggi dialah pemenang. Macam biasa bila dah buat banyak - banyak mesti bersepah rumah, 



Ayah la yang akan marah sebab bagi sepah satu hal, yang lagi dia marah sebab kiteorang koyak buku sekolah. Korang mesti pernah buat kan ? Ambil buku sekolah, lepas tu koyak bahagian tengah untuk buat bot ataupun kapal terbang kehkehkeh..


#MakeAFall

Permainan ini serius hampir dilupakan, Bila P1 announce ini adalah task yang ketiga terasa betapa indahnya  zaman kanak - kanak kita dulu. Ingat lagi tak permainan parachute ? Kalau dulu trending okay permainan ini sampai ada jual dekat kedai dengan harga 20 sen. Lepas tu main dengan kawan - kawan tengok siapa punya yang jatuh dulu ataupun terapung paling lama di udara. 



Disebabkan jemu dengan item yang sama je, Arwah Opah pernah cakap yang salah seorang sepupu Budak Pacak pernah ikat kucing dengan plastik lepas tu campak dari atas rumah nak tengok kucing tu terapung ke tak di udara. 



Nasiblah kucing tu tak ada apa - apa walaupun dicampak dari tingkat 4. Kalau tidak, confirm akan menghantui beliau seumur hidup kehkehkeh. Ingat ! Jangan sesekali buat macam ni tau. 

Oh ya pernah juga kiteorang letak batu dalam plastik, lepas tu campak di udara nak tengok siapa yang jatuh dulu. Dan cuba waktu tu kiteorang buat apa? Semua bertempiaran lari takut kena batu ! 

Sesungguhnya permainan di atas sangat mengimbau zaman kanak - kanak kita yang sangat indah dahulu. Selain aktiviti di atas, Budak Pacak confim korang pernah 

  • Buka Kipas meja, cakap depan kipas nak tengok suara bertukar 
  • Naik basikal, lepas tangan dari 'handle' acah  - acah rasa hebat 
  • Main Penggal Selipar 
  • Lawan Pemadam
  • Tutup pintu ais perlahan - lahan sebab nak tengok lampu peti ais padam
dan banyak lagilah ! Mesti pernah kan? Terima kasih kepada P1 kerana sudi menganjurkan segmen yang meruntun jiwa ni. kehkehkeh. Adik - adik zaman sekarang, cuba cerita permainan apa yang korang rasa seronok sangat ? 

p /s : rindunya zaman dulu