Total Pageviews

Showing posts with label JOM REVIEW. Show all posts
Showing posts with label JOM REVIEW. Show all posts
Cara Mudah Untuk Bayar Zakat | Assalamualaikum semua ! Budak Pacak ada terbaca mengenai Cara Mudah Untuk Bayar Zakat di laman web Pusat Pungutan Zakat ( PPZ ) bagi cawangan Wilayah Kuala Lumpur Putrajaya dan Labuan. Selama ini, Budak Pacak fikir kena jumpa orang tertentu je untuk bayar zakat ni. Rupanya kini ada cara mudah untuk bayar zakat. So di kesempatan ini Budak Pacak nak share mengenai cara mudah untuk bayar zakat. Yer la , zakat kan dituntut dan merupakan salah satu rukun Islam. 



Sebagai info, nah Budak Pacak senaraikan syarat untuk berzakat 


Sekarang ni, ada 10  cara mudah untuk bayar zakat antaranya adalah seperti 

  • Kaunter Pusat Pungutan Zakat (Klik SINI ) untuk ketahui PPZ yang terdekat 
  • Potongan Gaji 
  • http://www.zakat.com.my/ 
  • Perbankan Internet 
  • Kaunter Bank
  • Pejabat Pos
  •  MyEg
  • Ejen Kutipan Zakat ( juga terdapat kaunter van bergerak sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya ) 
  • Kad Kredit Islamik 
  • i-Zakat ( Boleh download di Google Play dan Apps Store )

Kalau ditanya Budak Pacak, better online lagi atau buat potongan gaji. Sebabnya korang tak payah susah - susah untuk 
  • Tidak lagi perlu bersesak-sesak di kaunter zakat
  • Urus kewangan bulanan  dengan bijak.
  • Tunaikan zakat secara potongan gaji
  • .Setiap bayaran zakat bulanan  melalui potongan gaji akan diselaraskan dengan Potongan Cukai Berjadual(PCB).
  • 24 jam 
  • rekod bayaran terjamin '

Kemanakah duit zakat ini pergi ? Jangan risau di PPZ semuanya selamat dan terjamin kerana setiap zakat yang diberikan akan diberi pada  golongan-golongan yang memerlukan bantuan - 8 Asnaf ( penerima zakat ) melalui 28 skim bantuan bersifat jangka masa panjang dan pendek 



Jadi buat korang yang dah baca ni, ada rezeki lebih sikit tu, apa kata kita berzakat? Sekarang pun dah mudah untuk berzakat. Insyallah dengan berzakat, rezeki kita akan lebih diberkati oleh -Nya 


Untuk maklumat lanjut mengenai Zakat ,layari 
talian zakat : 1300 88 5757

Cara Mudah Untuk Bayar Zakat

by on 26.12.15
Cara Mudah Untuk Bayar Zakat   | Assalamualaikum semua ! Budak Pacak ada terbaca mengenai  Cara Mudah Untuk Bayar Zakat di laman web Pusa...

Adakah Anda Duta 3BSkin ? Haa apa pulak kali ini? Siap ada pencarian duta 3BSkin lagi, Sebelum itu, korang mesti terfikir apakah 3BSKIN? Kalau nak tahu, 3BSkin adalah Produk kecantikan yang menawarkan kualiti yang tinggi dengan harga mampu milik dan diperbuat daripada bahan terbaik yang sesuai digunakan oleh masyarakat Asia terutama bagi golongan remaja



Untuk itu pemilihan pencarian Duta 3Bskin (3B Skin BA) bagi peringkat terakhir telah dijalankan dimana 100 peserta yang terpilih akan diberikan sampel percuma untuk mendapatkan maklum balas berkenaan produk tersebut pada 15 Desember  hingga 31 Desember 2015. 3 jenis sampel daripada 7 jenis produk 3BSkin akan diberikan sebagai percubaan. Sampel bagi produk tersebut adalah Detox mask, Hydrating mask dan Scrub Mask. 
.


Keputusan pemilihan ini  akan diumumkan pada tarikh yang sama dengan perasmian “X Brand Ambassadors Search Malaysia 2016 (XBAS Malaysia 2016)” iaitu pada awal Januari 2016. 20 peserta “3BSkin BA” yang terpilih akan dijemput untuk menghadiri sidang akhbar “XBAS Malaysia” dan pelancaran “3BSkin Soft Launch”




Apakah ciri - ciri Pencarian Duta X Brand Malaysia 2016 ? 


  • Duta bagi jenama X hendaklah mempunyai watak yang sentiasa positif, 
  • mampu mengetuai ataupun memberi pengaruh positif kepada masyarakat.
  • duta jenama X juga hendaklah memainkan peranan sebagai penasihat dalaman mahupun luaran untuk meningkatkan jualan,
  • memberi perkhidmatan nasihat serta memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kebaikan produk atau perkhimatan X Brand. 

.


Peserta yang terpilih akan diberikan peluang bagi menunjukan bakat dan kebolehan yang mereka miliki. Pemilihan 3BSkin juga dibuat melalui laman sosial Facebook tau?  Lebih 200 penyertaan dan 100 peserta yang terpilih akan memasuki peringkat akhir. Pemilihan ini dianjurkan oleh MMK, iaitu penganjur Miss Malaysia Kebaya dan Blog Budak Pacak merupakan rakan media untuk jenama 3BSkin ini. 
.


Pencarian duta bagi 3BSkin ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia tak kira korang lelaki atau perempuan berumur 21 - 40 tahun 
.
Kepada Peserta yang terpilih, korang hendaklah menekan butang “Like” di laman Facebook 3BSkin dan XBAS Malaysia 2016. 


Masa diberikan adalah 14 hari : 
1. Percubaan sampel produk 3BSkin. 
2. Ambil gambar semasa mengunakan produk tersebut. 
3. Berikan testimoni berkenaan produk tersebut. (ringkas dan pendek) 
4. Peserta hendaklah memuatnaik video berdurasi 1 minit (tidak wajib).

Pemilihan adalah daripada gambar dan maklumbalas / testimoni atau video yang diberikan. 
Penganjur akan memilih 20 peserta bagi 3BSA, 1 peserta atau lebih sebagai duta rasmi produk 3BSA.


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi  Jason Hee 

PM atau whatsApp 012-9211486 
atau 

FB :3BSkin 
Instagram : 3BSkin


Goodluck ! 

Adakah Anda Duta 3BSkin ?

by on 25.12.15
Adakah Anda Duta 3BSkin ? Haa apa pulak kali ini? Siap ada pencarian duta 3BSkin lagi, Sebelum itu, korang mesti terfikir apakah 3BS...
Jualan Gila Gila Lazada | Ada member cakap , kau beli barang dekat Lazada boleh percaya ke ? Bukan dorang selalu tipu ke? Hahaha entah la bro. Tapi so far Budak Pacak dah beli banyak barang dekat sini semuanya sangat OKAY. 

Antaranya adalah bean bag, jam tangan dan juga beg. Haa nak tahu kenapa Budak Pacak suka beli dekat Lazada ? Sebabnya beli dekat Lazada ni jauh lebih murah dari tempat lain. Just imagine, jam tangan berjenama yang harganya beribu ringgit dekat luar, tapi dekat Lazada I got only for  puluhan ringgit. Tak  ke gila namanya tu LOL . Dan ianya masih lagi elok dipakai sehingga hari ini. 


Baru - baru ini bermula pada 11 / 11 / 2016 hingga 12 / 12 / 2016 , Lazada telah anjurkan Online Revolution Sale , yang suka Budak Pacak cakap sebagai jualan gila - gila Lazada. Hahaha sebabnya dalam jangka masa inilah harga barangan memang tidak masuk akal dan tersangatlah murah. 



Kemuncaknya adalah pada 12 / 12 ini dimana akan ada 12 item yang dijangka panas macam pisang goreng. Kalau ditanya Budak Pacak, adakah akan shopping pada hari tersebut. Jawapannya adalah YA ! hahaaha I want to grab another bean bag and also gopro since dah lama aim nak beli. 

So alang - alang dah ada sale gila - gila ni, Insyallah akan rembat. Harap ada rezeki lah untuk beli. 

Kepada korang yang plan nak shooping tu, haa bersiap sedia untuk rambang mata. Yang penting duit dalam akaun mesti mau ada kan? Hehehe so lets shopping ! Klik sini yer untuk start shopping http://www.lazada.com.my/online-revolution/






Untuk blogger, ada contest khas untuk korang, mohon klik banner di atas untuk maklumat lanjut. Dan untuk korang para pembaca ini dia , Sempena sale 12/12 ni,  silalah follow instagram Lazada Malaysia sebab diorang tengah anjurkan pelbagai contest. Boleh check contest dekat sini  ye 



p/s : bersedia untuk menghadap laptop kehkehkeh 

Jualan Gila Gila Lazada

by on 8.12.15
Jualan Gila Gila Lazada  |  Ada member cakap , kau beli barang dekat Lazada boleh percaya ke ? Bukan dorang selalu tipu ke? Hahaha entah l...
Tempat Kahwin Cantik Bakal Dibuka Di Kajang  | Haa tengok tajuk pun dah bergetar tulang korang kan tertanya dekat manalah tempat kahwin cantik ni? Kenal Felda D'Saji? Alah katering yang meletup gilos sebab sedap tahap dewa tu akan mula bertapak di area Kajang! So orang - orang Bangi, Cheras, Semenyih, Putrajaya, Serdang dan yang berdekatan dengannya nak cari lokasi meletup dan harga super jimat, pakat mai sini nah.. kalau korang nak tahu, tempat ini sudah 90% pembinaan ini telah siap dibina dan dijangka beroperasi pada Disember 2015. 

Tak payah fikir serabut bagai , datang buat je kat sini! Kenapa? Dengan pilihan dari Felda D' Saji , korang boleh konsep apa yang korang nak. Bali, kebun , moden? Habaq mai ja depa boleh provide. Tak percaya? boleh rujuk Asmara Penchala dan Orchard Villa . To be honest, I will not review or just give a bad comment if I'm not satisfied with that place. But this, highly recommend! Best wedding food ever !! 

Venue Terbaru Felda D'Saji Sdn Bhd : Kajang Perdana Avenue

Alamat: 
Jalan Kajang Perdana 2/2,
Taman Kajang Perdana,
43000 Kajang Selangor.







 Kajang Perdana Avenue ini Insyallah akan beroperasi pada Disember 2015. So tak nak ke jadi antara yang terawal menggunakan tempat ini? Promosi bermula dari RM28 x 500 pax tetamu sehingga 600 orang di mana 200 pax di ruangan berhawa dingin dan 400 pax di ruangan terbuka yang lengkap dengan kipas gergasi. Tak cukup dengan tu meh tengok ni

Kemudahan yang disediakan:-
  • Parking sehingga 250 buah kereta dalam satu masa
  • Bilik menunggu VVIP/VIP 
  • Bilik persalinan pengantin yang dilengkapi bilik air,tandas, surau
  • Pejabat jualan

Akses yang mudah melalui:-
  • SILK Highway
  • Persiaran Kajang-Semenyih By pass
  • Cheras-Kajang Highway
  • Seremban-Kajang Highway
  • Jalan Semenyih

Pakej perkahwinan di Kajang Perdana Avenue ini termasuk:-
  • Penggunaan tempat 
  • Penyediaan katering, layanan tetamu dan VVIP
  • Hiasan Pelamin
  • Walkway dan Archo Dummy Cake 3 tingkat
  • Standard PA sistem
  • Kawalan lalulintas oleh RELA

Avenue juga sesuai untuk acara:-
  • Konvokesyen tadika
  • Makan Malam Korporat
  • Fashion Show
  • Pelancaran Produk
  • Seminar
  • Bengkel pembelajaran
Dekat sini, bukan setakat wedding, segala jenis majlis pun sesuai! Pendek kata ini adalah lokasi yang sesuai untuk dibuat majlis. Everything complete! 

Lakaran Tempat dan Pelamin 











Asmara Penchala dah, Orchard Villa pun dah. So, bulan 12 nanti nak try terjah dekat Kajang Perdana Avenue pulak! Haa lepas ni bolehlah Budak Pacak bagi review pengalaman dekat sini. Nantikan okay? 


Maklumat Lanjut 

FACEBOOK | WEBSITE
Tel: 
03-8881 1311 (Pej Putrajaya)
03-2698 8302 (HQ)
Fax: 
03-8881 1372 ( Pej Putrajaya ) 
03-2692 4159 (HQ)
PIC:
Encik Syaiful Nazlan - 013-386 0453
Puan Nurul Nadia - 019-295 6232

Tempat Kahwin Cantik Bakal Dibuka Di Kajang

by on 12.11.15
Tempat Kahwin Cantik Bakal Dibuka Di Kajang   |  Haa tengok tajuk pun dah bergetar tulang korang kan tertanya dekat manalah tempat kahwin ...
10 Fakta Mengenai Plaza Premium Lounge Yang Patut Korang Tahu | Pernah dengar mengenai Plaza Premium Lounge ? Kalau nak tahu PPL ini adalah salah satu hotel yang terdapat di KLIA2 . Sebenarnya PPL ini terletak di beberapa airport di seluruh dunia.




Baru - baru ini Budak Pacak ada review mengenai PPL ini, (http://www.budakpacak.com/2015/05/hotel-pilihan-di-klia-2.html)




So, dekat sini Budak Pacak nak kongsikan 10  fakta mengenai Plaza Premium Lounge Yang Patut Korang Tahu 

  • Dibuka 24 Jam 
  • Sudah beroperasi selama 17 Tahun di seluruh dunia 
  • Fish ball noodles adalah menu signature dorang dan turut menyediakan buffet makanan 24 jam 
  • Mempunyai lebih dari 2,500 front line staff di seluruh dunia 
  • Mempunyai 7 cawangan di airport seluruh Malaysia 
  • Menawarkan pelbagai kemudahan VVIP
  • Merupakan world’s first independent airport lounge
  • Selain Lounge, PPL turut mempunyai spa , salon dan restoran mereka tersendiri 
  • Merupakan pilihan 'pit stop' bagi kebanyakan mereka yang travel jauh 
  • Turut dilengkapi airport details di setiap lounge bagi memudahkan pengguna mengetahui jadual penerbangan 

Haa, jadi itulah antara 10 fakta menarik mengenai Plaza Premium Lounge ini , kalau nak tahu cerita penuh boleh baca di entry sebelum ini http://www.budakpacak.com/2015/05/hotel-pilihan-di-klia-2.html

Terima kasih Madam Swee Lin dan Plaza Premium Lounge KLIA2 untuk hospitality yang sangat best dan terbaik!

Untuk maklumat lanjut boleh layari

website : http://www.plaza-network.com

Contact  

Malaysia
t: +603 8787 2323 (Kuala Lumpur)
t: +604 643 7340 (Penang)
t: +607 598 7437 (Johor)
t: +604 953 3112 (Langkawi)
t: +608 246 1678 (Kuching)
t: +608 841 3190 (Kota Kinabalu)

10 Fakta Mengenai Plaza Premium Lounge Yang Patut Korang Tahu

by on 14.10.15
10 Fakta Mengenai Plaza Premium Lounge Yang Patut Korang Tahu   |  Pernah dengar mengenai Plaza Premium Lounge ? Kalau nak tahu PPL ini a...
Majalah Maskulin Menghampiri 15 Tahun Di Pasaran | Bercakap pasal Majalah Maskulin, pasti ramai yang tahu mengenai Majalah buat para lelaki no 1 di negara ini. Kalau nak tahu, Majalah Maskulin pada keluaran September telah hadir dengan bumper khas buat pembaca sempena dengan ulangtahun Majalah Maskulin yang menghampiri 15 Tahun! 





Sempena dengan itu, baru - baru ini Budak Pacak telah dijemput ke parti koktel khas meraikan ketibaan ulang tahun ke 15 Majalah Maskulin di Starbucks Sri Hartamas selaku penaja lokasi dan makanan majlis ini.



 Dalam majlis ini, antara acara yang diselitkan adalah tayangan video 15 Tahun Majalah Maskulin yang memperkenalkan barisan editorial majalah, pemnberian penghargaan buat 15 ikon serta cabutan bertuah. 





15 tahun Majalah Maskulin di pasaran menampilkan 15 ikon ternama seperti Wak Doyok, Dr Faiz, Tengku Djan dan ramai lagi. 




Selain itu, sepanjang majlis ini berlangsung turut dihiburkan oleh band yang semakin terkenal iaitu Sakura Band,Bercakap mengenai editorial, dalam majlis ini turut memperkenalkan editor baru Majalah Maskulin iaitu Mohamad Shahir Abdul Rahim. 






Budak Pacak sendiri memang follow dan menjadi pembaca setia Majalah Maskulin ini sejak dari sekolah lagi. Bayangkanlah dah 15 tahun bertapak dalam industri.Satu pencapaian yang amat besar kan? Blog ini pun banyak mengambil ilham dan tips dari Majalah Maskulin.

So kepada editorial Majalah Maskulin, selamat maju jaya dan tahniah diucapkan! Semoga terus sukses ya !!

Majalah Maskulin Menghampiri 15 Tahun Di Pasaran

by on 1.10.15
Majalah Maskulin Menghampiri 15 Tahun Di Pasaran  | Bercakap pasal Majalah Maskulin, pasti ramai yang tahu mengenai Majalah buat para lel...
Program #ArifLabur | Korang pernah dengar mengenai Program #ArifLabur ?Kalau korang yang follow IG Budak Pacak mesti perasan, Budak Pacak ada post mengenai program ini baru - baru ini. Program #ArifLabur adalah sebuah program persediaan masa depan kewangan yang lebih stabil. 



#ArifLabur membawa mesej, “Elak Sengsara Selepas Bersara”. Kalau nak tahu , Program #ArifLabur adalah anjuran PMB Investment yang merupakan sebuah syarikat dibawah Pelaburan MARA Berhad yang merupakan salah satu syarikat pelopor pengurusan saham amanah di Malaysia dengan pengalaman hampir lima dekad dalam pengurusan saham amanah  dan pengurusan portfolio. 

Sebagai sebuah Syarikat Pengurusan Dana Islamik (IFMC), PMB  Investment sentiasa merangka pelbagai strategi transformasi agar dapat menarik lebih ramai pelabur. Menarik kan ? 

Objektif #ArifLabur ialah:

• Menggalakkan pelaburan unit amanah sebagai salah satu persediaan sebelum bersara

• Mendidik masyarakat berkaitan unit amanah

• Mendidik masyarakat berkaitan dana unit amanah patuh Syariah

• Memberi kefahaman mengenai senario ekonomi dan pasaran saham semasa

• - Menggabungkan unsur-unsur keusahawanan dengan menawarkan peluang menjadi 

Perunding Unit Amanah (PUA) PMB Investment



Untuk topik Program #ArifLabur untuk Fasa Kedua kali ini adalah “Membina Kekayaan Melalui Pelaburan”.Pelaburan bermaksud menangguh penggunaan wang pada masa sekarang untuk mendapatkan pulangan atau pendapatan yang bertambah nilai pada masa depan.

 Unit Amanah (Unit Trust) adalah suatu cara untuk menambah pendapatan di mana individu boleh melabur wang mereka secara kolektif atau terpilih. Dalam erti kata lain, ia bermaksud pengumpulan dana dari orang ramai dan institusi dan juga menggunakan wang terkumpul untuk melabur.

Apa yang akan korang ketahui dari Program #ArifLabur?

• Segalanya tentang pelaburan unit amanah

• Kefahaman berkaitan propektus dan laporan tahunan

• Kelebihan melabur dalam dana ekuiti

• Pemantauan pelaburan & risiko



Menariknya lagi. program #ArifLabur Fasa Kedua ini akan menampilkan selebriti jemputan, Fizo Omar yang juga merupakan seorang usahawan muda yang semakin sukses dan berjaya dalam bidang keusahawanan. Program #ArifLabur akan ke lima lokasi berlainan:

• 12 September 2015: Permata Ballroom, Puteri Pacific, Johor Bharu, Johor

• 3 Oktober 2015 : Weil Hotel, Ipoh, Perak

• 24 Oktober 2015: TH Hotel Kota Kinabalu, Sabah

• 26 Oktober 2015: Hotel Imperial, Kuching, Sarawak

• 29 Oktober 2015: Dewan MARA, Kota Bharu, Kelantan

Yuran penyertaan: RM 10 sahaja! Giler murah !Daftar sekarang di www.ariflabur.my atau hubungi 03-27859900. Tempat adalah terhad!

Program #ArifLabur

by on 21.9.15
Program #ArifLabur   | Korang pernah dengar mengenai  Program #ArifLabur ?Kalau korang yang follow IG Budak Pacak mesti perasan, Budak Pac...