June 26, 2015

Tempat Buffet Ramadhan Menarik

Tempat Buffet Ramadhan Menarik  |  Mungkin ada diantara korang yang tahu dan mungkin juga tidak tahu yang sempena Bulan Ramadhan ini Blog Budak Pacak akan cuba mencari 30 lokasi atau port tempat berbuka yang menarik untuk direview sekitar Kuala Lumpur dan Selangor 


Setiap tempat mempunyai keunikannnya masing - masing dan untuk tempat ini, Budak Pacak boleh katakan antara lokasi atau Tempat Buffet Ramadhan Menarik sepanjang food review yang dijalankan. 



Kalau nak tahu , tempat ini adalah Asmara Penchala by Felda D' Saji yang terletak di Kg Sg Penchala , Kuala Lumpur

Untuk ke sini, mudah sahaja. Ianya terletak berhampiran One Utama, Empire City yang kini dalam pembinaan. Kalau dah nampak landmark ni, kira dah dekat la tu sebab Asmara Penchala by Felda D' Saji berada di belakangnya. So bila dah nampak Petronas tu, make sure ambil kiri dan terus je sehingga nampak restoran yang tersergam indah ini 




Dengar nama pun dah sedap, apatah lagi tempatnya. Pertama kali bila Budak Pacak menjejak masuk ke dalam restoran ini bersama - sama rakan Projek Travel yang lain, kiteorang begitu kagum dengan landskap dan dekorasi Bali yang digunakan di dalam restoran ini. Sangat tenang dan menarik ! 



Menggunakan dekorasi Bali, korang boleh lihat sejak dari pintu masuk sehinggalah ke meja dan tempat duduk yang disediakan. Untuk kali ini, kiteorang begitu bertuah sebab berpeluang untuk makan di bawah gazebo yang sememangnya disediakan khas untuk para pengunjung yang inginkan privasi dan lebih tenang. Untuk makan di bawah gazebo ini, korang hanya perlu tempah dan tambah RM 50.  Ianya berkapasiti 2 hingga 8 orang. 





Sesuai sangat weh untuk korang yang nak candle light dinner tu! Kiteorang yang makan dekat sini pun tak nak bangun dari tempat duduk sebab terpesona dengan landskapnya . Itu baru cakap pasal dekorasi  Asmara Penchala by Felda D' Saji belum lagi sentuhan makanannya 

Dengan pilihan hampir 70 hidangan yang disediakan setiap hari, pelbagai masakan nusantara boleh didapati disini. Siapa tak kenal dengan D'Saji yang sememangnya sudah terkenal dengan penyediaan makanannya yang terbaik. Untuk pengetahuan korang, Asmara Penchala ini baru sahaja diambil oleh D'Saji disebabkan keunikan yang ada pada Asmara Penchala ini. 

Jadi lepas ini tak payah susah - susah nak ke Jalan Semarak untuk merasai hidangan D'Saji sebab dekat area Sg Penchala ini dah ada. So buat korang yang shopping dekat area One Utama tu confirm sesak punya dengan orang kan ? Haa lepas ini datang je makan dekat sini sebab Budak Pacak boleh gerenti tempat ini akan membuatkan korang tak nak balik ! Best weh 

Bila ke sini , jangan lupa untuk mencuba aneka masakan nusantara seperti Daging  Palembang , Gulai Telur Itik Masak Lemak Bersama Mangga,  Sambal Hitam Pahang ,Sambal Udang Pegaga , Gulai Siput Sedut dan banyak lagi 

Sambal Hitam Pahang 


Ikan Sweet Sour 

Sambal Kepah

Daging Palembang 

Nasi Kebuli Kambing 

Gulai Telur Itik Bersama Mangga 

Aneka Mee 

Roti John 

Sudut Bakar 

Celup - celup 



Nak western ? Haa bukan setakat western , hidangan mee, celup - celup, goreng - gorengan serta aneka pencuci mulut tersedia disini. Dengan harga RM 59 bagi dewasa dan RM 35 bagi kanak - kanak memang puas hati! 

Ruang makan berhawa dingin




Tambahan pula kemudahan yang disediakan seperti surau yang besar , lot parking di sekeliling restoran serta boleh memuatkan 800 pengunjung dalam satu masa cukup selesa untuk korang menjamu selera disini. 

 Asmara Penchala by Felda D' Saji juga menyediakan tempahan pelbagai acara untuk dibuat disini, Cakap je party, majlis perkahwinan, Dinner semuanya boleh. Jadi ingat yer, korang wajib datang kesini dan rasai sendiri keistimewaannya . Kalau ditanya Budak Pacak, of course  I will come back here ! 

Untuk maklumat lanjut : 

Address :
Lot 2933,
Jalan Sungai Penchala,
Kampung Sungai Penchala,
60000 Kuala Lumpur‎

Google Map Direction:

Email: 

3 Budak Rambut Pacak Komen:

adarain said...

cantik btol tempat tu. rasa nyaman je nak berbuka puasa kat situ

hafiz hafizol said...

Ni Restoran yang pggambaran drama Teman lelaki Upahan kan? Cantik sgt ! =D

Uncle Zuan said...

ramai dok rekomen tempat ni. macam nak kena try gak je