Total Pageviews

6 Tempat Makan Sedap Di Kota Bharu

6 Tempat Makan Sedap Di Kota Bharu  |  Kalau sebelum ni banyak ikut trip yang mostly cover pasal tempat - tempat menarik , kali ini Budak Pacak bertuah kerana dijemput Hotel Perdana Kota Bharu dan Destination Malaysia bagi mencuba dan merasai sendiri pengalaman berada di Negeri Cik Siti Wan Kembang yang boleh Budak Pacak katakan penuh dengan aktiviti makan ! Yes!! Bila balik je tengok penimbang berat naik hampir 10 kilo yer. Hahahaha terima kasih Hotel Perdana untuk perubahan ini 


Jadi dikesempatan ini, Budak Pacak list kan 6 Tempat Makan Sedap Di Kota Bharu  yang wajib korang cuba .Highly recommend! Sebab ini bukan sahaja sedap tetapi betul - betul sedap !


1. Cerana Coffee House 

Terletak di Hotel Perdana Kota Bharu, lazimnya Budak Pacak jarang sekali untuk cadangkan makan yang ada di hotel sebagai lokasi tempat makan yang disyorkan melainkan food review yang dijemput. Tetapi berlainan bagi hotel ini, sebab kesemua makanan dan tempat makan dalam Hotel Perdana Kota Bharu satu pun tidak mengecewakan 

Disebabkan terlalu rakus pagi tu, Nasi Dagang Sambal Kelapa terlupa nak ambil gambarnya. Dapat Nasi Kerabu je 


Bagi Cerana Coffee House, Budak Pacak cadangkan kepada korang, untuk mencuba Nasi Dagang Sambal Kelapa. Pernah tak korang rasa terharu sebab makanan ? It happened to me weh! Sebab rasa dia sedap sangat dan rare! Budak Pacak difahamkan yang ini adalah idea dari Encik Taha, General Manager Hotel Perdana Kota Bharu. Selalunya sambal kelapa ni dimakan bersama Nasi Kerabu tetapi ni dimakan bersama Nasi Dagang dan lauk pilihan







Menu lain yang korang boleh cuba di sini adalah Nasi Tumpang,first time cuba dan terliur sampai sekarang ! , Nasi Lemak ( sambal dia sedap ! ) dan ABC yang tinggi dan penuh dengan pelbagai campuran.  


2. Jade Restaurant 

Bila diberitahu, yang kiteorang akan makan di Jade Restaurant , sebuah restoran yang menyediakan masakan Cina dan Thai di Hotel Perdana Kota Bharu sedikit hampa pada mulanya, Yer la selalu kalau pergi restoran masakan cina tak kena dengan tekak . Kadang - kadang makanan dah cantik tapi rasa pulak tak kena. 



Tapi pekena menu pertama je di Jade Restaurant ni, haaa berebut masing - masing. Sampaikan kiteorang minta dekat waiter tu, ' Dik boleh refill lauk tak ?' Jawapan yang dapat  ' Sorry Bang, dah habis ' 





Hrmm kecewa disitu sambil makan nasi putih dengan kuah je. Hahahahaa..

Sempat juga kiteorang mencuba Ayam Goreng Kicap Berhalia , Udang telur masin, Baby Kailan Sos Soya dan banyak lagi. Wajib dan mesti cuba kalau datang sini 


3. Eleven Rooftop 

Restoran pertama di Kelantan milik Hotel Perdana Kota Bharu yang berkonsepkan rooftop view ini pastinya akan membuatkan korang begitu kagum dan berselera makan di sini, Mana tidaknya sambil makan makanan yang sedap, layan view bandar Kota Bharu memang terbaik lah! 






Korang patut mencuba aneka steamboat dan grill dia. Ingatkan bahan - bahan yang tersedia basic je, tetapi kiteorang terkejut gila sebab bahan dia banyak sangat dan terlalu rare macam pahat, mentaram , ketam , dan lain - lain lagilah. Makan pula dengan pilihan sup yang ada memang berselera habis,




Kiteorang sendiri pun duduk situ berjam - jam, Sebab leka dengan makanan yang ada.  Hampir 5 jam jugak la duduk dekat Eleven Rooftop ni. Terpukau dengan tarikannya.

4. Anjung Terrace 

Budak Pacak tak pasti kalau di Kota Bharu ada lagi tempat makan BBQ yang terbaik . Tapi kalau ditanya, Budak Pacak akan cakap di Anjung Terrace mampu menjadi antara tempat makan BBQ yang terbaik di Kota Bharu. 



Dengan pilihan makanan yang sedia ada baik dari Nasi Lemak Bungkus hinggalah ke pilihan BBQ memang terbaik kalau makan di tepi swimming pool. Kadang nampak je macam biasa seperti Nasi Lemak tu, tapi rasa dia walaweh terangkat ! Kena pula makan dengan pilihan BBQ seperti sotong bakar dengan air asam, Perghh terliur kot. 



Nasi Lemak malam tu sempatlah juga makan 2 bungkus. Tu tak kira lagi dengan otak - otak , ayam panggang, Air Kelapa Segar , Ikan Bakar dan lain - lain. Mana tak badan naik? Kehkehkeh 

5. Kedai Kopi Pak Din Tokyo 

Antara tempat yang bakal dijelajahi jika korang mengikuti Perdana Trail yang disediakan oleh Hotel Perdana Kota Bharu. Nampak diluar biasa - biasa je , tetapi bila dah masuk dan pekena dia punya signature , Budak Pacak pasti korang akan tarik balik apa yang bermain dalam fikiran korang .




Kedai Kopi yang terletak di tengah - tengah bandar Kota Bharu ini  sudah bergenerasi dan dibuka seawal 70an. Jalan - Jalan Cari Makan pernah siarkan mengenai Kedai Kopi Pak Din Tokyo yang terkenal ini 







Pilihan menu seperti Teh Tarik Dangdut, Teh Tarik Halia Telur Puyuh , Nasi Dingin, Nasi Tumpang , Telur Taliban , Telur Pingpong pastinya akan membuatkan korang terpaku dengan rasanya. Bagi Telur Puyuh dan Telur Taliban ni, kena makan dengan bahan atau serbuk lada hitam yang dibuat sendiri oleh Pak Din. Serius rindu weh nak makan , dekat KL mana nak dapat macam ni ? 


6. Restoran Nasi Ulam Cikgu 

Kalau cakap pasal Restoran Nasi Ulam Cikgu , mostly yang duduk dekat Kota Bharu tahu kot mengenai restoran ini ? Terletak berhampiran Istana Batu dan di dalam Kampung Kraftangan, restoran ini tersangatlah best ! 



Kadang Budak Pacak terfikir kenapalah dekat KL takde semua ni ? Dekat restoran ni, terkenal dengan menu - menu nya seperti Ayam Goreng , Keli Goreng , sup sayur , gulai lemak dan yang paling penting ulam - ulaman dan sambal budunya. Nak makan budu style Kelantan ada caranya bukan boleh main makan je. 




First, carikkan isi ikan, lepastu gaul bersama budu , tempoyak dan juga sambal belacan. Jangan lupa untuk perahkan hirisan limau ke dalam sambal tadi. Lepastu , ambil ulam , gaulkan dan makan dengan nasi panas. Haa terliur tak ? 






Bila makan dekat sini, kiteorang expect macam mahal la , sebab ramai orang lepas tu makanan pun sedap tapi bila diberitahu satu set hidangan untuk 4-6 orang yang merangkumi menu - menu tadi termasuk air sirap selasih atau bandung selasih cuma RM 52++ . Giler murah ! Tambah pulak untuk ulam - ulaman , sambal dan juga air korang boleh refill secara percuma. Patutlah orang ramai datang kesini sebab semuanya serba lengkap. 

Yang pasti bila datang lagi ke Kelantan, Budak Pacak akan pastikan untuk repeat datang kesemua tempat ini lagi. Manalah tahu kot - kot jodoh dengan orang Kelantan , kehkehkeh..





Jadi berakhirlah sudah perjalanan cerita Budak Pacak di Kelantan selama 3 hari 2 Malam. Jangan lupa yer untuk baca semua perjalanan Budak Pacak di sana. Dikesempatan ini Budak Pacak nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Hotel Perdana Kota Bharu dan Destination Malaysia kerana menjemput Budak Pacak kesini. Satu pengalaman manis  yang tidak  akan dilupakan ! 


9 comments:

Pojiegraphy said...

Amaran! Jangan baca entri ini jika anda tengah puasa ataupun lapar. Phew

Uncle Zuan said...

kota baru pun tak pernah sampai lagi. boleh la kot try ble ke sana suatu hari nanti eheh

Anonymous said...

Tengah lapar 😢

pokli said...

Jupo entry no bule poso... Jem meta

Suhailey said...

Menyelerakan.lepas ni gi kelantan sure stay kat hotel perdana ni.nampak sedap segala makanan kat situ.rooftop tu mmg wajib cuba la

Unknown said...

Sep luar mari ko kelate mesti tok nyesal nakane banyok

Unknown said...

Cafe kat Hotel Perdana ni semua kira buffet ke macam mana? Rate harga dia maksud saya.

Saji.My said...

Meanrik untuk dikongsi

jida said...

Alamak terliurnya tengok gambar yg kat restoren ulam tu