Pengalaman 3 Hari 2 Malam Di Hotel Perdana Kota Bharu

Pengalaman 3 Hari 2 Malam Di Hotel Perdana Kota Bharu  | Budak Pacak baru saja balik dari Kota Bharu bagi melihat sendiri keindahan Negeri Kelantan. Kalau nak tahu trip ini telah dibawakan khas oleh Hotel Perdana Kota Bharu dan Destination Malaysia 





Trip selama 3 Hari 2 Malam ini telah disertai oleh  14 orang blogger dan 2 orang wakil Destination Malaysia yang havoc iaitu Sis Paris Ashiqin dan Dekwan. Walaupun 3 Hari tetapi dia punya suasana dan gelagat masing - masing macam dah lama kenal . Kena pulak kakitangan Hotel Perdana Kota Bharu tersangatlah ramah dan sporting. Baik dari Encik Taha selaku General Manager Hotel Perdana Kota Bharu sampailah ke hotelier . Semuanya baik - baik belaka!


Yang blazer hitam handsome tu adalah GM Hotel Perdana, Encik Taha dan yang berbaju kurung purple cantik tu, Mek Ying


Hari Pertama 

Kiteorang bertolak dari Subang ke Kota Bharu dengan menaiki flight. So masa yang diambil lebih kurang sejam lebih. Sampai je di hotel, ternampak senyuman kakitangan Hotel Perdana menyambut kiteorang. Sampai pun time nak breakfast, jadi memang pagi tu terus cari makanan la.

Untuk pagi ni, kiteorang bersarapan di Cerana dan masuk - masuk terus nampak puluhan makanan di depan mata. *sigh* 



Sebelum sampai , Sis Paris ada pesan trip kali ini kalau tak naik berat badan jangan ikut dah trip dia lepas ni. Jadi memang dah prepare siap - siap mental badan akan naik. LOL 

Pagi tu , kiteorang dicadangkan untuk makan nasi dagang sambal kelapa yang merupakan salah satu signature dish disini. Bagi Budak Pacak pada mulanya anggap biasa je , tapi bila dah makan Ohmai!! This is the best Nasi Dagang I ever had. Serius sedap gilos! 

Lepas daripada sarapan, kiteorang terus buat inspection hotel. Kalau korang nak tahu, Hotel Perdana Kota Bharu ni telah ditutup untuk beberapa ketika bagi memberi laluan kerja pengubahsuaian sepenuhnya.






Kini Hotel Perdana Kota Bharu telah berdiri megah dan statusnya kini adalah Hotel 5 Bintang di Kelantan . Tahniah diucapkan ! Haa untuk tahu lebih lagi mengenai hotel ini akan Budak Pacak ceritakan dalam entry akan datang 

Perut kenyang lagi tapi bila dorang cakap it's time to makan lagi,terfikir sekejap, serious kena makan lagi?  kali ini kiteorang mencuba makanan - makanan asli dari Kelantan








 Petang tu juga, kiteorang sempat tengok demonstrasi membuat kuih tradisional Jala Emas dan juga laksam. Memang puas makan petang tu 

Untuk hari ini mostly dalam hotel je . Maklumlah penat tak habis kata orang. Time makan malam, sekali lagi kiteorang terkejut. 







Sebab hidangan malam ini adalah steamboat.Walaweh banyak gila choice dia, having good food with awesome friends adalah sesuatu yang manis untuk dikenang 

Hari Kedua

Hari Kedua kami dimulakan dengan bersarapan di tepi pool .Untuk hari ini menu Nasi Kerabu dan Nasi tumpang menjadi pilihan. 





Macam nasi dagang juga, Budak Pacak boleh cakapkan tidak ada satu pun makanan yang tidak sedap di Hotel Perdana Kota Bharu ni. Serius! 


Untuk hari ini, kiteorang akan mulakan Perdana Trail iaitu  dengan berjalan kaki melawati tempat - tempat menarik di sekitar bandar Kota Bharu. Dari Hotel Perdana sampailah ke Muzium Perang kami sempat terjah. 







Dan disepanjang Perdana Trail ini juga, kami singgah di beberapa kedai dan restoran. Untuk minum pagi ,kami telah singgah ke Kedai Kopi Pak Din Tokyo untuk pekena Teh Tarik Halia Telur Puyuh dan Telur Taliban dan juga Telur Ping Pong . Dia punya rasa perghh ...tiptop! 






Untuk makan tengahari pula, kami telah ke Restoran Nasi Ulam Cikgu yang sememangnya dah terkenal di Kota Bharu. Makanan dia pergh semua sedap, sampai minta tambah hahahaha. Yang bestnya, harga dia sangat murah.. Highly recommend restoran ini! 






Di sebelah malamnya pula adalah, acara perasmian Perdana Trail Hotel Perdana Kota Bharu. Kalau nak tahu, kiteorang adalah antara yang pertama yang mengikut Perdana Trail ini .Perdana Trail adalah satu pakej pelancongan yang disediakan oleh Hotel Perdana Kota Bharu khas untuk para tetamunya. Tahniah diucapkan, semoga terus sukses ya Hotel Perdana Kota Bharu


Hari Ketiga 

Hari terakhir kiteorang disini, Jadi ambik kesempatan habis cuba segala makanan yang ada.Of course menu tradisi yang menjadi pilihan. Sebelum berangkat pulang, kiteorang kena present Perdana Top 10 iaitu pembentangan idea setelah apa yang kiteorang perolehi di Kelantan. Masing - masing bersemangat menceritakan pengalaman di sini. Selepas itu, memandangkan masa masih ada, kiteorang ke Pasar Besar Siti Khadijah untuk membeli buah tangan untuk dibawa balik 




Kalau nak tahu, sebenarnya Kelantan adalah antara negeri yang Budak Pacak tak habis jelajah lagi selain Sarawak . Jadi dengan peluang yang diberikan oleh Hotel Perdana Kota Bharu dan Destination Malaysia merasalah untuk explore Kelantan . Walaupun bukan keseluruhan negeri tetap puas sebab berat badan naik dengan jayanya , hahahaa..



Dengan kesempatan ini , Budak Pacak ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Hotel Perdana Kota Bharu dan Destination Malaysia kerana memilih dan membawa Budak Pacak kesini. Nantikan lagi cerita mengenai Hotel Perdana Kota Bharu di entry akan datang ! 

Untuk maklumat lanjut mengenai hotel ini boleh layari 




Address
Jalan Mahmood
15200 Kota Bharu
Kelantan, Malaysia


Website 




Destination Malaysia 

Website 

Facebook

6 comments:

budakbandunglaici said...

wow heaven habis pergi kb

Wardah Aneesa said...

Restoran Nasi Ulam tu memang murah. hihi. makanan pun banyakkk

Rawlins GLAM said...

Nak nasi ulammmmm

Ramble and Wander said...

Jadi berat badan naik berapa kilo ni? :D

Mira Cikcit said...

Weh lapar baca blogpost kau ni wehhhh..

miera said...

Lapar...lapar... nak makan budu... nak makan nasi kerabu hotel perdana.... huhuhu