May 21, 2015

Perdana Trail | Menjelajah Bandar Kota Bharu

Perdana Trail  | Menjelajah Bandar Kota Bharu  | Seperti yang dijanjikan , kali ini Budak Pacak ingin sambung bercerita mengenai negeri yang terkenal dengan gelaran Serambi Mekah iaitu Kelantan. 






Kalau sebelum ini, korang dah baca mengenai Pengalaman Selama 3 Hari 2 Malam Budak Pacak di Hotel Perdana Kota Bharu. kali ini Budak Pacak nak perkenalkan kepada korang Perdana Trail , sebuah program pelancongan kelolaan Hotel Perdana Kota Bharu sendiri yang merupakan idea General Manager diorang iaitu, Encik Muhammad Taha Zainal 



Kalau nak tau Perdana Trail ini adalah program yang membolehkan tetamu hotel ini melawat tempat - tempat menarik di Kota Bharu dengan hanya berjalan kaki atau lebih dikenali sebagai ' Heritage and Historical Walk' . So lepas ni datang je ke hotel ini , dan tak payah susah - susah nak upah travel agent bagai. Cukup dengan Perdana Trail korang bakal dapat satu pengalaman manis yang tak akan dilupakan.

Jadi apakah progam dan tempat yang termasuk dalam Perdana Trail ini ? Ada banyak sebenarnya. Antaranya adalah seperti berikut 

Tourist Information Center 

Daripada Hotel Perdana Kota Bharu ke Tourist Information Center ini  mengambil masa lebih kurang 10 minit berjalan kaki. Di sini segala maklumat dan info penting mengenai Negeri Kelantan boleh didapati di sini. Jadi kalau korang nak plan cari tempat menarik di Kelantan ataupun sesat ke apa boleh je datang ke sini dan tanya pegawai pelancongan yang bertugas 


Muzium Negeri 





Tak lengkap jika datang ke sesuatu negeri tanpa ketahui asal dan sejarahnya . Di Muzium Negeri Kelantan, terdapat pelbagai peninggalan sejarah yang menceritakan sendiri bagaimana Kelantan berkembang menjadi sebuah negeri. Tak dilupakan juga adalah Wayang Kulit yang menjadi tarikan dan identiti Negeri Kelantan. Dekat sini terdapat pelbagai jenis wayang kulit yang dipamerkan. 

Termasuklah cara pembuatan wayang kulit hinggalah ke cara pementasan wayang kulit.  Tak dilupakan juga baru - baru ini, persembahan wayang kulit telah diadakan di muzium ini. Jadi pengunjung bolehlah lihat lagi dekat bagaimana wayang kulit ini dipersembahkan. Budak Pacak ada perasan , ada satu wayang kulit berinspirasikan watak star wars. Haa nampak tak evolusi wayang di situ ?Sayangnya kalau harta warisan negara ini dilupakan begitu je. 


Bulatan Jam 





Sekali imbas mungkin hanya simbolik jam besar di tengah - tengah bandar. Tapi kalau nak tahu, disini terletaknya beberapa pokok kurma yang ditanam segar. Uniknya mengenai Pokok Kurma ini adalah kerana ianya berbuah dan ianya dikira unik kerana mampu hidup dalam cuaca dan iklim di Malaysia 

Pada Ramadhan yang lalu, pokok kurma ini berbuah dengan begitu lebat, memang jadi berita sensasi la waktu tu sebab Pokok Kurma mampu hidup dan berbuah di Malaysia 

Din Tokyo





Nikmati secawan Teh Tarik Halia Telur Puyuh dan Telur Taliban atau Telur Pingpong di Kedai Kopi Pak Din Tokyo. Kedai ini sememangnya dah lama bertapak di sini dan bergenerasi. Mana tidaknya, walaupun hanya menu biasa, tetapi rasanya luar biasa. Untuk Teh Tarik Halia Telur Puyuh, cara hidangannya adalah dengan memasukkan telur puyuh yang mentah ke dalam Teh Halia panas yang telah ditarik. Hasilnya telur tersebut akan sedikit masak di dalam Teh Halia panas tadi. Memang penuh khasiat ! 

Manakala bagi Telur Taliban dan Telur Pingpong adalah pilihan telur separuh masak dan telur suku masak. Kedua - dua menu ini bak kata Pak Din ' kena letak makeup dia baru cantik ' . Haa, mesti korang pelik kan makanan apa yang makan kena letak makeup. Sebenarnya makeup disini bermaksud adalah campuran lada yang dibuat sendiri oleh Pak Din. Haa ini adalah satu rahsianya kalau nak makan Telur ni sampai teringat - teringat rasanya sampai sekarang. Serius cakap rasanya memang heaven on Earth ! Wajib cuba!! 


Bank Pitis 




Pitis adalah nilai matawang terdahulu bagi Negeri Kelantan. Bank Pitis yang terletak berhampiran Istana Jahar dan Istana Balai Besar ini dahulunya digunakan sebagai tempat penyimpanan harta semasa pemerintahan Sultan Muhammad III

Berbentuk empat segi sama dengan berukuran 12 kaki lebar dan tingginya 12 kaki. Daun pintunya  kalau nak tahu diperbuat daripada kayu cengal dan dipasang dengan tiga kunci yang diperbuat daripada besi. Budak Pacak difahamkan dulunya dekat sini juga terrsimpan pohon pitis yang dihantar kepada kerajaan Siam suatu ketika dahulu 

Istana Jahar 






Istana yang masih kukuh berdiri ini dahulunya adalah kediaman diraja  di Kota Bharu yang dibina pada tahun 1855. Istana ini telah dibina oleh   Sultan Muhammad II untuk cucunya, Long Kundur. Kini istana lama ini berfungsi sebagai Muzium yang mempamerkan seni adat dan budaya di Kelantan 


Macam - macam alat kebesaran dan juga kesenian boleh didapati disini. Antara yang Budak Pacak perasan adalah alat - alat tajam yang digunakan semasa proses bersalin. Pada mulanya agak peliklah kenapa ada alat yang tajam bagai untuk bersalin, rupa - rupanya ianya adalah alat menggali tanah untuk menanam uri

Kampung Kraftangan 





Cakap pasal kampung, ini bukan sebarang kampung kerana Kampung Kraftangan ini adalah pusat kraftangan, kesenian dan kebudayaan. Juga dikenali sebagi Balai Getam Guri, dekat sini kalau korang nak dapatkan kraftangan asli Negeri Kelantan boleh dapatkan disini, Boleh juga dibuat sebagai buah tangan kan? 


Semasa kiteorang datang ke sini, kebetulan ada persembahan seni silat dipersembahkan. Kena pulak dengan riuh - rendah kiteorang, tetiba crowded dekat situ. Kalau nak tahu, persembahan seni kebudayaan disini memang dah dijadualkan setiap hari. Jadi kalau korang datang ke sini bolehlah tengok pelbagai persembahan kebudayaan yang menarik 

Nasi Ulam Cikgu





Restoran yang terkenal di negeri Kelantan ini memang Budak Pacak berani cakap antara restoran yang terbaik di Negeri Kelantan. Segala jenis lauk sehinggalah ke ulam - ulamnya kalau makan tak sah kalau tak tambah. Walaupun kenyang tahap dewa, tapi bila tengok makanan dekat sini terus jadi lapar balik 

Dah la sedap, murah pulak tu! Bayangkan dua ekor ikan keli bersaiz besar, dua ketul ayam goreng bersaiz besar , sayur masak lemak , ulam - ulaman serta air sirap selasih atau air sirap bandung untuk 5 atau 6 orang makan hanya berharga RM 52. Tak cukup dengan tu, setiap ulam - ulaman dan air yang dah habis korang boleh refill sampai puas . Best kan?  Highly recommend this place ! 

Muzium Istana 




Turut dikenali sebagai Istana Batu. Disini korang boleh lihat dan belajar sendiri bagaimanakah kehidupan keluarga diraja Kelantan pada zaman dahulu .Menariknya di sini, terdapat pelbagai barangan peribadi diraja yang asli dipamerkan untuk tontonan pengunjung. Sebagai contoh , ruang dan susun atur asal Almarhum Sultan Kelantan IV dan juga televisyen yang bersaiz gergasi . Siapa sangka dekat sini dah ada set Televisyen yang canggih 

Dekat sini juga terdapat salah silah keluarga diraja Kelantan daripada yang dahulu hinggalah yang terkini. Kalau korang nak tahu, Sultan Muhammad yang kelima ini selalu mencemar duli berjumpa dengan rakyat. 

Setiap bulan ramadhan , Tuanku akan bersolat Tawarikh di masjid yang berbeza. Cukup dengan hanya berjubah dan selalu berjumpa rakyat melambangkan baginda seorang yang berjiwa rakyat 

Bank Kerapu 





Bank Kerapu kepunyaan Nik Yusof ini dahulunya pernah digunakan sebagai Balai Polis rahsia Jepun. Kini segala peninggalan perang boleh dilihat disini . Siapa sangka, Kelantan antara negeri terawal yang dijejaki oleh Jepun. Barang peninggalan seperti mesin taip bertulisan jawi , Bom, peluru zaman perang , peralatan tentera masih boleh dilihat di muzium ini. 


Dekat sini ada satu kamera bersaiz mesin basuh. Bayangkan kalau blogger nak pergi event bawa kamera sebesar alam tu ? Hahahaa 

Muzium Islam 






Muzium ini dahulunya adalah sekolah Islam yang pertama dibina di Kelantan. Juga dikenali sebagai Balai Syura, bagi beberapa bulan ini, Muzium ini telah memaparkan potret , barangan peribadi serta sejarah mengenai Allahyarham Dato' Bentara Setia  Tuan Guru Hj Nik Aziz Nik Mat mantan menteri besar Kelantan 


Dekat situ juga dipaparkan mengenai salasilah keluarga beliau. Bila dah baca semua, barulah tahu, yang Allahyarham ada pertalian dengan kerabat diraja Kelantan.  Mesti ada yang tertanya kenapa ada panggilan Tok Guru ?  Sebenarnya panggilan ini merujuk kepada penasihat agama yang dahulunya akan mengikut kemana - mana saja raja pergi . 


Beca 






Jangan pelik jika di Kelantan juga ada beca. Dah penat berjalan , apakata naik Beca pula untuk pulang ke hotel ? Best juga kalau dapat naik beca sambil menikmati pemandangan bandar Kota Bharu 


Haa, jadi itulah antara senarai tempat yang korang bakal kunjungi jika mengikuti program Perdana Trail ini. Memang best dan berbaloi! Jadi tunggu apa lagi, menginaplah di Hotel Perdana Kota Bharu ini dan ikuti perjalanan Perdana Trail yang sangat menarik ini ! 


Terima kasih Hotel Perdana Kota Bharu dan Destination Malaysia untuk trip yang awesome ini! 


Baca ini juga :

PENGALAMAN 3 HARI 2 MALAM DI HOTEL PERDANA KOTA BHARU 


Untuk maklumat lanjut mengenai hotel ini boleh layari 








Address
Jalan Mahmood
15200 Kota Bharu
Kelantan, Malaysia

Website 






Destination Malaysia 

Website 

Facebook

2 Budak Rambut Pacak Komen:

Nilam syapina said...

Wah bestnya dapat jenjalannn nak ikot haha

POJIEGRAPHY BLOG said...

Wonderful trip with amazing cultures! Best!