May 28, 2015

Hotel Terbaik Di Kelantan

Hotel Terbaik Di Kelantan  |  Kalau sebelum ini, Budak Pacak ada bagitau yang Hotel Perdana Kota Bharu antara Hotel yang menyediakan makanan paling sedap pernah Budak Pacak kunjungi. Yer la dah banyak inspection hotel dibuat bagai, so kita tahu la mana hotel yang sedap , so - so dan tak sedap enn? 




Jadi kalau di Kelantan ini, Budak Pacak juga berani cakap yang Hotel Perdana Kota Bharu ini merupakan antara Hotel Terbaik Di Kelantan. Nak tengok terbaik ke tidak, bukan hanya pada bilik ye kawan - kawan. Saat menjejak kaki ke dalam hotel ini , korang dah boleh rasa feel dia. Senyuman para staff yang tak lekang dari mulut serta services yang sangat mesra pasti akan membuatkan korang excited untuk rasa suasana di biliknya pula .

Terbahagi kepada dua wing atau bangunan yang tersedia 272 bilik dan suites , wing ini dinamakan Classic Wing dan Executive Wing. 

Classic Wing 
  • Deluxe Classic 
  • 6 Accessible rooms
  • Premier 
  • Deluxe Premier '
  • Deluxe Suit 













Executive Wing 
  • Perdana Executive 
  • Perdana Suite 
  • Presidential Suite 
  • The Royal Suite 
Trip baru - baru ini, kiteorang dapat Perdana Executive,dan first thing to check adalah dia punya tilam dan bantal. Haa ramai yang tak tahu pasal ini. Kalau nak tahu, hotel tu cekap menyediakan kelengkapan biliknya atau tidak, cuba tengok dia punya tilam dan bantal. Untuk Hotel Perdana Kota Bharu 100% LULUS ! Mana tidaknya bantal dia gilos sedap , baring terus terlena 


Setiap bilik di sini dilengkapi IDD telephone, TV LCD 32 inci dan 40 inci di dalam Suites room, minibar , coffee & tea making facilities, seterika dan papan seterika . meja menulis , peti keselamatan eletronik , Penghawa dingin ,Shower Tub di dalam Classic Wing dan Shower Stall dan  Bath Tub yang berasingan di dalam Executive Wing  dan juga Hair Dryer 

Kalau nak tahu, Hotel Perdana Kota Bharu sebelum ini ditutup untuk tujuan pengubahsuaian dan juga pembaikan. Budak Pacak difahamkan hampir 99% Peratus landskap dan kelengkapan hotel ini diubahsuai. Sebaik saja dibuka semula pada Ogos 2013, hotel ini terus menjadi tumpuan pelancong dan juga badan - badan korporat. 


Bercakap mengenai korporat, buat mana- mana organisasi yang nak buat  jamuan atau mana - mana acara, apa kata pilih Dewan Bunga Emas, yang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti menyediakan kapasiti hingga 500 orang , 275 parking lot. 3 parking bas,  30 parking untuk motorsikal . Selain dewan, dekat sini juga disediakan 8 function rooms yang boleh memuatkan 30 - 100 orang dalam satu masa 




Hotel Lima Bintang ini tersangatlah strategik . Mana tidaknya, kalau nak ke Lapangan Terbang hanya 15 minit dari sini, nak ke stadium ? Tak payah rushing , sebab stadium terletak bersebelahan Hotel Perdana dan banyak lagilah tempat - tempat menarik yang hanya berhampiran hotel ini. Itulah sebabnya, korang kena cuba Perdana Trail ! 


Satu program pelancongan yang disediakan Hotel Perdana Kota Bharu khas untuk para pengunjungnya. Buat yang tidak tahu apa itu Perdana Trail boleh rujuk DISINI. 





Pilihan tempat makan ? Jangan risau , dekat sini ada 5 restoran dan kafe yang disediakan khas untuk menambat selera para pengunjung. Budak Pacak dan rakan blogger yang lain sempat mencuba 4 restoran dan kafe disini iaitu Cerana Coffee House yang menyediakan makanan western dan local , Jade Restaurant menyediakan masakan Thai dan juga Chinese, Eleven Rooftop Restaurant pilihan untuk makan dan menghayati pemandangan bandar Kota Bharu yang juga merupakan satu - satunya restoran dan juga restoran yang terletak di Rooftop dan Anjung Terrace , pilihan untuk makan di tepi pool.  


Satu lagi cafe iaitu , Rebab Cafe, Budak Pacak tak sempat pula nak cuba. Tapi yakin dan pastilah mesti sedap memandangkan yang kesemua empat tadi memang sedap dan berbaloi ! 



Kalau nak tahu, baru - baru ini Hotel Perdana Kota Bharu telah menerima Certificate of Excellence bagi tahun 2015 oleh dari Trip Advisor ! Tahniah diucapkan !! Jadi buat korang yang tertanya nak stay dekat mana kalau datang ke Kota Bharu ini, bolehlah menginap di Hotel Perdana Kota Bharu . 

Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi 609.7458888 atau fax di 6097488855


Terima kasih Hotel Perdana Kota Bharu dan Destination Malaysia untuk trip yang awesome ini! 


Baca ini juga 

PENGALAMAN 3 HARI 2 MALAM DI HOTEL PERDANA KOTA BHARU 



Untuk maklumat lanjut mengenai hotel ini boleh layari 









Address

Jalan Mahmood

15200 Kota Bharu
Kelantan, Malaysia

Website 

0 Budak Rambut Pacak Komen: