Total Pageviews

Showing posts with label KAKI WAYANG. Show all posts
Showing posts with label KAKI WAYANG. Show all posts
Review Filem Avengers Age Of Ultron   |  Watsons lancar Pengalaman Superhero  |  Budak Pacak bertuah kerana dapat menjadi rakyat Malaysia yang terawal menonton filem Avengers Age Of Ultron yang dibawa khas oleh Watsons 




Sempena Filem Avengers Age Of Ultron  ini, Watsons telah melancarkan kempen yang terbaru iaitu The Watsons Heroic Campaign yang bermula 23 April hingga 20 Mei 2015 yang dibuka kepada pelanggan dan pemegang Watsons VIP Card members .







Para pelanggan boleh berjumpa dengan watak - watak Marvels Avengers di rangkaian Watsons yang terpilih dan bergambar bersama di 3D Art Floor stickers dan gunakan #watsonsheroic untuk memenangi barangan eksklusif . 

Pada masa yang sama Watsons juga telah melancarkan Limited Edition Watsons VIP Card bertemakan Marvel Avengers dimana korang boleh mereka sendiri corak yang diingini. Kad ini boleh didapati di Watsons dengan harga RM 20 atau cuma upgrade kad korang kepada VIP Card yang baru. Dan sempena dengan filem ini juga laman web www.watsonsheroic.com telah diwujudkan 


Tak cukup dengan itu, Watsons turut memberi 4 pasang tiket Heroic Trip yang merangkumi Seoul, West Hollywood, Italian Aps dan New York City dimana negara ini telah ditampilkan dalam filem  Avengers Age Of Ultron . Untuk melayakkan korang memenangi trip ini, pastikan korang sign up VIP Card members atau membeli belah di watson dengan jumlah RM 80 ke atas. Hadiah ini ditaja khas oleh Johnson and Johnson . Jadi rebut sekarang mana tahu rezeki korang !


Review Filem  Avengers Age Of Ultron

Filem  Avengers Age Of Ultron yang merupakan kesinambungan dari filem Avengers yang pertama dan juga Captain America Winter of Soldier ini bermula dengan Tony Stark telah melakukan kesilapan dengan mencipta Ultron sebagai pelindung bumi yang terbaru. Namun sebenarnya Ultron adalah satu kuasa jahat yang baru muncul di antara tongkat sakti Loki terdahulu. Pada masa yang sama muncul pula The twin pasangan kembar Pietro aka Quicksilver dan Wanda Maximoff aka Scarlet Witch yang pada mulanya membantu kuasa jahat dan setelah tersedar kesilapan mereka akhirnya mereka menyertai pasukan Avengers. 




Pada kemuncak filem ini, muncul pula satu lagi watak baru iaitu Vision yang turut membantu menghapuskan Ultron. Di akhir filem ini , salah satu watak Avengers terkorban. Untuk selanjutnya korang kena tengok sendiri di pawagam berhampiran nanti Budak Pacak cerita semua spoil pulak kan? Terima kasih Watsons Malaysia kerana sudi menjemput Budak Pacak ke premiere filem ini !

Rating Blog Budak Pacak untuk filem ini - 4 Bintang 


Dapatkan Figura  Marvels Avengers sekarang. Baca dengan lebih lanjut di sini 

Review Filem Avengers Age Of Ultron | Watsons Lancar Pengalaman Superhero

by on 23.4.15
Review Filem Avengers Age Of Ultron   |   Watsons lancar Pengalaman Superhero   |  Budak Pacak bertuah kerana dapat menjadi rakyat Malaysi...
Promosi Figura Avengers Di TGV  |  Siapa peminat Avengers dekat sini ?Kalau tanya Budak Pacak memang minat habis la dari kecil sampailah sekarang. sanggup habiskan duit untuk kumpul koleksi adi hero terutama Captain America 


Sempena filem terbaru Avengers Age of Ultron , TGV telah memperkenalkan promosi Avengers: Age of Ultron figurine combo! Dimana korang boleh kumpulkan kesemua 4 koleksi figura Avengers seperti Thor , Hulk , Iron Man dan Captain America dengan setiap pembelian Avengers Combo yang didatangkan bersama Satu regular caramel popcorn dan soft drink. Combo ini berharga RM 19.90 




Untuk dapatkan figura ini lebih awal dan dapatkan kesemua 4 figura  , korang boleh dapatkannya dengan pembelian online dengan cara berikut 


Step 1: Visit www.tgv.com.my
Step 2: Select movie and add Avengers: Age of Ultron combo set
Step 3: Complete transaction and collect items at selected TGV Cinemas

Atau secara walk in di setiap kaunter TGV.  Setiap minggu dua figura adihero Avengers akan dijual jadi dapatkan kesemua 4 figura ini. Untuk maklumat lanjut boleh layari  www.tgv.com.my atau follow TGV Cinemas di Facebook, Twitter, Instragram and LINE.

Promosi Figura Avengers Di TGV

by on 23.4.15
Promosi Figura Avengers Di TGV    |  Siapa peminat Avengers dekat sini  ? Kalau tanya Budak Pacak memang minat habis la dari kecil sampail...
Laugh Die You | Teater Paling Kelakar Pada Tahun Ini! | Sebut nama tajuk pun dah memang tahu akan kelakar apatah lagi bila melihatnya sendiri di hadapan mata korang . Laugh Die You menjanjikan satu persembahan Stand Up Comedy yang paling kelakar pada tahun ini. 





Membariskan pelawak terkenal dari Singapura , Kumar yang mempunyai aura tarikannya sendiri dan pelawak terkenal dari Malaysia yang sememangnya tidak akan buatkan korang kering gusi, Douglas Lim dan Rizal van Geyzel Tidak cukup dengan itu, hiburan paling kelakar ini akan dihoskan oleh Gurmit Singh atau lebih dikenali sebagai Mr Phua Chu Kang 



Dianjurkan oleh Popcorn Studio Sdn Bhd,  kegamatan malam tersebut bakal menjanjikan keriuhan gelak tawa hasil dari lawak - lawak gabungan Malaysia dan Singapura. Menjangkakan hampir 40000 penonton yang bakal menyaksikan persembahan ini di HGH Convention Centre bermula pada 14 dan 15 May 2015 ini

Buat korang yang berminat untuk hadir dan menyaksikan stand up comedy ini, boleh dapatkan tiket pada harga berikut 


-  RM308 (VIP)
-  RM258 (Gold)
- RM158 (Silver)
- RM108 (OKU Cardholder) 

Untuk pembelian tiket VIP dan Gold,  korang yang dapatkan tiket ini secara Early bird akan mendapat 15% diskaun sah sehingga 31st March 2015. Untuk korang yang tinggal jauh pula, ada berita baik buat korang. 

Dimana jika korang menginap di  Seri Pacific Kuala Lumpur, korang bakal mendapat harga diskaun RM340nett (normal rate at RM638nett) . Segala bukti pembelian tiket persembahan ini harus ditunjukkan sekali semasa membuat tempahan bilik 



Jadi, tunggu apa lagi dapatkan sekarang tiket korang sebab persembahan bertaraf 5 bintang ini bakal mencuit hati korang .Jumpa di sana nanti! 

Untuk tempahan dan pertanyaan mengenai Laugh Die You boleh hubungi (03)40494325/(03)40425555

Laugh Die You | Stand Up Comedy Paling Kelakar Pada Tahun Ini!

by on 28.3.15
Laugh Die You | Teater Paling Kelakar Pada Tahun Ini!  | Sebut nama tajuk pun dah memang tahu akan kelakar apatah lagi bila melihatnya se...
Asslamualaikum dan salam sejahtera semua! 

Kepada korang yang sukakan pementasan teater, Budak Pacak dan JKKN nak ajak korang beramai - ramai ke Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur  untuk melihat Pementasan Teater Bangsawan Sinbad 'Dendam Ratu Kala'  yang telah mula dipentaskan pada 7 November hingga 9 November. 




Budak Pacak akan tengok malam ini. dengar khabarnya pementasan adalah kesinambungan dari pementasan Teater Bangsawan Sinbad 'Batu Permata Dewa' dan jauh lebih menarik berbanding yang lepas .

Sinopsis Teater Bangsawan Sinbad 'Dendam Ratu Kala

Sinbad “Dendam Ratu Kala”  mengisahkan apa yang telah terjadi selepas  kematian Ratu Sheeba (Sinbad “Batu Permata Dewa”) anak kepada Ratu Kala, Ratu Kala ingin membalas dendam di atas kematian anaknya lalu menculik Permaisuri Jasmin sebagai tebusannya.  Sinbad menjadi hilang punca arah dimana kedudukan Kerajaan Ratu Kala di Alam Hitam dan ingin memulakan pelayaran, sementara itu ia berjanji jika tidak kembali dalam sempurnama, ayahanda saudara Jasmine Jaafar akan menjadi Sultan. 



 Sinbad meminta pertolongan Tiga Setan Ratu Sheeba yang mengetahui Kerajaan Ratu Kala.  Bagi memujuk Setan bertiga itu, dayang-dayang digunakan untuk memujuk. Sementara  itu, Puteri Jasmin telah ditukar sifatnya menjadi Sheeba oleh Ratu Kala dan pelayaran Sinbad terhalang dengan kuasa sihir setelah berhempas pulas berjuang. 

 Mereka selamat mendarat di Alam Sihir.  Permaisuri Jasmine yang telah menjadi Ratu Sheeba diarah untuk membunuh Sinbad. Batu Permata Dewa Ratu Jasmin telah digunakan bagi memulihkan  Puteri Jasmine dan dengan bantuan Setan-Setan bertiga yang membantu Sinbad bagi menewaskan Ratu Kala dengan gabunan Batu Permata Dewan dan Tongkat Sakti Ratu Kala.  

Sementara itu Jaafar berangan-angan ingin memerintah Kerajaan Sinbad tetapi malangnya Sinbad sampai pada waktunya dan terbocor rahsia Jaafar bersengkongkol dengan Ratu Kala.

Buat korang yang datang malam ini, nanti kita jumpa ye. Esok masih ada lagi! Kalau korang berminat bolehah datang ke Auditorium DBKL jam 8.30 malam esok 

Untuk pertanyaan dengan lebih lanjut boleh hubungi Cawangan Komunikasi Korporat JKKN di 03-2614 8200.
 

p /s : Dengar cerita kesan penataan bunyi dan cahaya mereka gempak 

Pementasan Teater Bangsawan Sinbad 'Dendam Ratu Kala

by on 8.11.14
Asslamualaikum dan salam sejahtera semua!  Kepada korang yang sukakan pementasan teater, Budak Pacak dan JKKN nak ajak korang berama...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 


Buat kaki wayang semua , dah pernah masuk pawagam mewah TGV yang pertama? Kalau belum, silalah ke Indulge bertempat di TGV Cinemas , 1 Utama. 

Kalau sebelum ni , kita pernah dengar mengenai TGV Beanie ,Luxe , IMax kali ini mereka telah melancarkan Indulge. 





Sebenarnya pelancaran ini telah berlangsung pada april yang lalu . Maklumlah dengan sibuk semua , tak sempat nak ke Indulge. 





Jadi baru - baru ini , Budak Pacak telah diberi pass masuk ke TGV Indulge untuk merasai sendiri pengalaman menonton filem di dalam Indulge. Pertama kali menjejak kaki ke dalam Indulge korang akan disambut alunan muzik jazz. Pilihan filem Fault In Our Stars pulak, tahan macho je tak nak nangis kehkehkeh...


 Di sini terdapat lounge yang membolehkan korang menunggu waktu filem korang dengan keadaan yang tenang dan juga selesa . Bertemakan warna ungu mewah , disini terdapat pelbagai menu western menanti korang. Menariknya korang boleh menikmati makanan ini di dalam pawagam atau di lounge. 



Di dalam pawagam, korang tak payah memanggil petugas untuk memesan makanan. Kerana di setiap kerusi mempunyai butang yang berfungsi memesan makanan dan minuman yang korang nak. Hebat bukan ?

Bukan itu sahaja, semua kerusi di sini flexible , korang boleh baring dan aturkan posisi yang korang nak dengan butang automatik disebelah kerusi. Di setiap kerusi , mempunyai selimut. 



Jadi di Indulge , keselesaan pelanggan adalah keutamaannya.

Bayangkan tengok filem di atas kerusi yang fleksibel sambil berselimut , makanan pula dihidangkan. Like a boss !! 

TGV Indulge mempunyai dua hall mewah yang boleh menempatkan 32 dan 40 orang dalam satu masa. Dan untuk pembelian tiket Indulge adalah RM 45 untuk satu orang, bergantung kepada filem yang ada pada waktu itu. Kalau Budak Pacak sudah, korang bila lagi ?

untuk maklumat lanjut boleh ke

website - http://www.tgv.com.my/cinemas/halls/indulge.html

p /s ; Rasa nak tinggal lama - lama dalam tu..

Pawagam TGV Yang Mewah

by on 15.8.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua  Buat kaki wayang semua , dah pernah masuk pawagam mewah TGV yang pertama? Kalau belum, ...