Sekitar Majlis Penghormatan Ulangtahun Ke-100 Peperangan Pulau Pinang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


Baru - baru ini Budak Pacak berkesempatan ke Pulau Pinang untuk hadiri Majlis Penghormatan Ulangtahun Ke-100 Peperangan Pulau Pinang anjuran Kedutaan Besar Rusia di Malaysia bersama - sama Destination Malaysia




Majlis yang diadakan di Western Road Cemetery Pulau Pinang ini turut dihadiri beberapa orang kenamaan. 








Selain Ambassador of the Russian Federation to Malaysia - Her Excellency Lyudmila Giorgievna Vorobyeva,, antara tetamu kenamaan yang hadir untuk beri penghormatan adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng, Ambassador of Laos to Malaysia - HE Dr Bountheuang Mounlasy dan ramai lagi. 







Turut hadir sendiri adalah penulis buku ‘The Battle of Penang – 1914’, Dr. J. R. Robertson. Sedikit info mengenai Perang Pulau Pinang ni, sebenarnya ramai yang tidak tahu mengenai sejarah peperangan ini. Budak Pacak difahamkan bangkai kapal Zhemchug masih lagi berada di dasar laut peraira Pulau Pinang hingga kini. 




100 Tahun yang lepas, kapal Rusia, Zhemchug berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang yang ketika itu Malaya berada dalam jajahan British . Pada jam 4 pagi,  28 Oktober 1914 Kapal Jerman , SMS Emden yang telah diketuai oleh Kapten Karl von Mueller telah menyerang pelabuhan tersebut dengan mengebom Kapal Rusia, Zhemchug .

Zhemchug yang hanya mampu melepaskan satu torpedo gagal mempertahankan diri apabila dibedil oleh SMS Emden yang turut memusnahkan kapal Perancis, Mousquet

Dalam kalangan 250 orang anak kapal Zhemchug , seramai 88 orang telah terkorban manakala 121 orang telah tercedera. Kelasi Rusia yang telah diselamatkan oleh nelayan tempatan telah menjadi titik persahabatan antara Rusia dan Malaya .  


Bersama Polina 


Seramai hampir 100 orang tetamu hadir untuk turut beri kehormatan termasuklah wakil dari Angkatan Tentera Malaysia sebagai simbolik persahabatan yang kukuh di antara Malaysia dan Rusia. 




Di sebelah malamnya pula, bertempat di Eastern & Oriental Hotel Pulau Pinang, telah diadakan Makan Malam bersama Kedutaan Rusia sebagai tanda memperingati dan juga meraikan persahabatan Malaysia dan Rusia. 

Turut diraikan pada malam tersebut adalah Mr Teoh Seng Lee , Konsul Kehormat Kedutaan Rusia di Pulau Pinang yang telah mendapat Order Of Friendship dari Negara Rusia. 






Beliau adalah individu yang kedua mendapat gelaran ini selepas Tun Dr Mahathir. Tahniah diucapkan!





Diharapkan dengan acara seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara Malaysia dan Rusia.Terima Kasih Kedutaan Besar Rusia dan Destination Malaysia kerana menjemput Budak Pacak ke acara yang jarang dapat dilihat seperti ini. Nantikan entry akan datang mengenai tempat yang harus korang lawati di Pulau Pinang! 


p /s : Antara best moment in 2014. Terima kasih sekali lagi ! 

2 comments:

Paris Nurashikin Mohamad Supian said...

Thank you, sudi datang...

#JelingKhai

Tak sudi letak gmbr dgn kakak dia... #Kbai

Miera Nadhirah Tan said...

Very interesting.... Best experience macam tu kan... nenek saya bersemadi di Western Road Cemetary jugak tapi di belakang... dan Miera pun tak sedar adanya tempat bersejarah macam ini di sana....