Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! 

Dah bosan dengan aktiviti yang menjadi kebiasaan ? Sukakan cabaran ? Ingin cuba aktiviti yang memerlukan korang berfikir tahap Einstein ? 

Kalau semua jawapan adalah " Ya " , korang patut mencuba Escape Room yang telah menjadi fenomena satu dunia dengan mencatat angka 1,000,000 peminat di seluruh dunia. 



Baru - baru ini bersempena TS Day Out , Escape Room Bandar Botanic Klang telah menjadi pilihan lokasi kali ini. Jadi ini adalah #TSDayOut yang kedua bagi Budak Pacak selepas #TSDayOutParadiseValley tempoh hari. 





Terima kasih Tourism Selangor kerana menjemput Budak Pacak ! Buat yang pertama kali baca mengenai #TSDayOut ni, mesti terfikir apa itu  #TSDayOut?

TS Day Out aktiviti yang memperkenalkan produk pelancongan selangor! 

TSDayOut adalah singkatan bagi Tourism Selangor Day Out yang merupakan  satu kempen yang telah dianjurkan oleh Tourism Selangor dalam mempromosikan produk pelancongan yang terdapat di dalam negeri Selangor. 




Selain pengamal media seperti blogger dan rakan media yang lain, selebriti tanah air turut dijemput bagi memeriahkan setiap kali TS Day Out diadakan. Apa yang Budak Pacak perhatikan setelah masuk ke semua aktiviti Tourism setiap negeri, Tourism Selangor antara yang teraktif menganjurkan pelbagai acara. Tahniah Tourism Selangor! 


Macam mana nak sertai TS Day Out?  1
'00 1,000,0
Soalan ini sering diajukan rakan - rakan terutamanya rakan blogger. Macam mana nak sertai TS Day Out ? Jawapannya senang saja. Okay mohon buka facebook sekarang dan like page Tourism Selangor. Setiap kali ada aktiviti anjuran Tourism Selangor, dorang akan hebahkan di page tersebut jadi tugas korang pastikan selalu alert dengan setiap hebahan, isi borang dan tunggu keputusan sama ada korang dipilih atau tidak. Mudah kan ?

Apa itu Escape Room ? 

Kalau tadi #TSDayOut , izinkan Budak Pacak bercerita apa itu Escape Room ?



Pada 2013, Escape Room telah pun tiba di Malaysia yang merupakan 'Malaysia First Real Escape Game' Mempunyai 7 cawangannya di Malaysia, setiap cawangan mempunyai cabaran bilik yang berbeza. Diberi masa sebanyak 45 minit, setiap kumpulan yang terdiri dari 2 hingga 8 orang dalam satu kumpulan dikehendaki mencari petunjuk bagi keluar dari bilik tersebut. Dalam mencari petunjuk tersebut , peserta bakal dikejutkan dengan pelbagai rintangan , kejutan yang tidak dijangka serta 'unexpected moment' yang menanti 

Escape Room Bandar Botanic Klang

Ramai yang tidak tahu bahawa di Klang juga terdapat Escape Room. Buat korang yang duduk di Lembah Klang, Shah Alam lepas ni bolehlah ke Escape Room Bandar Botanic Klang yang terletak berhadapan dengan Aeon Bukit Tinggi Klang. 




Di Escape Room Bandar Botanic Klang , 7 bilik yang berlainan cabaran disediakan seperti 

  • Surgery Room : The Secret of Dr Malcom
  • Taken : The Perfect Abduction 
  • Kung Fu : The Legend of The Grandmaster (Dalam Bahasa Mandarin)
  • The Abandoned Factory 
  • Prison Break 
  • The Mysterious Room 
  • The Slaughter House 

 TS Day Out : Escape Room  - Perang Minda antara Blogger 

Okay berbalik kepada TS Day Out : Escape Room , selepas bersarapan di Kafe Nenda, kami terus bersiap untuk menghadapi cabaran yang terdapat di dalam Escape Room. Apa yang korang perlu bersedia sebelum menghadapi cabaran Escape Room ? 

- Alas perut 
- Pakaian yang bersesuaian 
- Tidak mempunyai penyakit yang serius seperti sakit jantung atau asthma 
- Persiapan fizikal dan mental 
- Tidak membawa masuk segala jenis beg atau peralatan yang merbahaya 





Sebelum masuk ke bilik cabaran, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Budak Pacak bersama Bella, Jessina dan Sam berada dalam satu kumpulan dan kami telah memilih The Slaughter House sebagai cabaran pertama kami.





 Manakala untuk cabaran kedua kami telah memilih The Mysterious Room. Kedua - dua bilik ini adalah antara yang mencabar iaitu berada dalam tahap 4 dan 5  kesusahannya. 




Dah nama pun susah, cuba teka kiteorang menang ke tak? Jawapannya mestilah.....TAK! haha jawapan untuk keluar dari bilik ni semuanya tak dijangka. Tak aci la kan kalau Budak Pacak bagitau jawapan dia dekat sini. Kalau korang nak tau, kenalah cuba sendiri baru havoc !



Corat - Coret #TSDayOutEscapeRoom

Antara muka yang terawal datang 


  • Budak Pacak keluar rumah sejam awal sebab ingatkan Escape Room Klang jauh. Sekali cuma 15 minit je dari Shah Alam 
  • Selepas dari sarapan, semua orang cari Budak Pacak, Mira Cikcit dan Pena Berkala. Takut sesat lah katakan. Tapi sebenarnya kiteorang bergambar dekat dinding bangunan belakang tu kehkehkeh..
  • Kalau ada Si Kanmani ni memang habis semua orang dikacaunya.

  • Semasa cabaran bilik kedua, yang berkaitan dengan nombor semuanya Budak Pacak pass dekat orang lain, Arithmophobia la katakan 
  • Dalam setiap bilik , akan ada satu butang untuk minta petunjuk,Petunjuk yang diberi hanya dua kali sahaja. Tapi rasanya kumpulan Budak Pacak dah guna lebih dari dua..tapi kalah juga 

  • Selebriti kali ini adalah Zoey yang sememangnya sukakan aktiviti lasak 
  • TSDayOut antara satu - satunya acara yang mengumpulkan para blogger dan media dalam aktiviti outing 

  • #TSDayOutEscapeRoom kali ini memberikan hadiah sebanyak RM150  seorang kepada 6 orang pemenang Instagram. Kalau sebelum ini hanya RM100. perghh!! tahniah buat para pemenang
  • Hadiah  RM 1000 dipertaruhkan bagi melayakkan penulisan yang terbaik memenangi kategori Blogpost terbaik
Zoey Promo TS Day Out ! 

Jadi itulah serba sedikit coretan Budak Pacak mengenai #TSDayOutEscapeRoom. 



Jutaan Terima kasih diucapkan kepada Tourism Selangor dan Escape Room Klang kerana sudi menjemput dan melayan kerenah Budak Pacak dan rakan - rakan .



Gambar - gambar cantik ni dari Nigel Low 

Kepada korang yang nak terjah ke Escape Room Klang atau Escape Room yang berhampiran tempat korang ini adalah sedikit maklumat yang mungkin membantu korang. Selamat berjuang di Escape Room!! 



Harga Tiket 
Normal - Weekend - Public Holiday 
RM 36 seorang 

Offpeak 
RM 32 seorang 

Facebook 

Twitter 


Instagram

Website 


Tourism Selangor 


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 



Siapa tau jenama XES ? Jenama kasut keluaran negara yang semakin popular ! Baru - baru ini Budak Pacak dan beberapa orang blogger telah dijemput oleh XES bagi melihat majlis menandatangani dan meraikan Miss XES Elegant 2014/2015  sebaga Duta XES Terbaru .

Mico Pun Chiew Yoek atau Mico yang berumur 22 tahun ini bakal  menjadi Duta XES bermula pada 1 Oktober 2014 sehingga 30 September 2015.







Dimana beliau bakal mendapat kontrak yang bernilai hampir RM 16,000.00 termasuk wang tunai RM 1,000 yang turut membawa gelaran Miss XES Elegant 2014/2015 , stok bulanan kasut dan beg dari XES yang bernilai RM 3,600.00 selama setahun. 





Selain itu, Mico juga akan dibayar RM 3,900 untuk beberapa kemunculan beliau dalam kempen pengiklanan, RM 1,000 untuk iklan TV komersial. Untuk tujuan penggambaran video pula beliau akan dibayar RM 1,500. Bertuah betul Mico ni kan ? 


bersama Mico, eh sama tinggi pulak kita sama kehkehkeh 

rakan blogger yang hadir bersama Sabrina , orang kuat XES 


Kalau korang nak tahu, gadis kelahiran Johor Bahru ni sebenarnya dah hampir 2 tahun berkecimpung dalam dunia peragaan dan baru je sertai Amber Chia Modelling Academy pada May yang lalu. Jadi tahniah Budak Pacak ucapkan kepada Mico kerana menjadi Duta XES yang baru.






Terima kasih tidak terhingga juga kepada XES yang suddi memberi kami sepasang kasut dan beg untuk dibawa balik. Semoga terus sukses XES !! 

P /S : Hi Mico! Kita sebaya kehkehkeh ... 
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !

Kepada lelaki di luar sana, Budak Pacak berani cakap kebanyakan daripada korang, kalau ditanya apakah aset pada diri korang yang paling penting , mesti kebanyakkannya akan cakap rambut bukan? 

Bagi Budak Pacak, rambutlah mainkan peranan penting dalam menentukan gaya seseorang. Kalau setakat baju cantik tapi rambut tak terurus tak guna juga.

Untuk itu, Budak Pacak perkenalkan produk penjagaan dan pengayaan rambut yang terbaik dari Elite Edgy EFX. Cukup dengan menggunakan jari dan produk Elite Edgy EFX , korang boleh jadikan rambut korang kelihatan hebat dan bergaya sepanjang hari. 

Menariknya mengenai produk Elite Edgy EFX berbanding dengan jenama lain adalah ianya telah diformulakan mengikut komponen yang disyorkan oleh pakar pengayaan rambut bagi memastikan setiap pemakainya kelihatan hebat dan bergaya .

Didatangkan dengan 3 variasi , fibre , clay dan wax , setiap pilihan ini menjadikan korang tidak terhad kepada satu gaya rambut sahaja.Tidak perlu lagi gunakan tenaga yang maksimum untuk gayakan rambut korang . 'Minimum effort with Maximum effect' dengan Elite Edgy EFX ! 

Untuk itu Budak Pacak nak perkenalkan variasi Elite Edgy EFX dan gaya yang sesuai untuk ke majlis tertentu 

Elite Edgy EFX Spiky Web Fibre 






- Untuk kelihatan lebih 'sporty' dan berketrampilan
- sesuai untuk rambut yang pendek 
- pengayaan kepada ' spiky look'
- sesuai untuk 'outing' 

Elite Edgy EFX Wavy Loose Clay 





- Untuk kelihatan lebih santai dan ' cool ' 
- sesuai untuk rambut yang panjang 
- pengayaan kepada wavy look 
- sesuai untuk ' outing' 

Elite Edgy EFX Rugged Matte Wax 








- Untuk kelihatan lebih 'rugged' dan berkeyakinan 
- sesuai untuk rambut yang pendek dan sederhana panjang
- pengayaan kepada ' gatsby look' 
- sesuai untuk 'outing' dan untuk hadiri acara tertentu 

Dengan pilihan warna merah jambu , biru dan kelabu, tentukan mana satu pilihan korang ! Yang pasti dengan kombinasi 'styling dan versatility' , serlahkan pengayaan rambut korang dengan Elite Edgy EFX . 


***CONTEST***






Buat semua pembaca dan followers, Elite Edgy EFX dan Blog Budak Pacak telah berkoloborasi untuk satu giveaway / contest berkaitan dengan produk ini. Apa yang korang perlu buat ?
  • Tangkap gambar korang sebelum dan selepas gayakan sesuatu gaya rambut( tak perlu mention atau tunjukkan produk apa yang korang pakai)
  • Jawab 3 soalan mudah di bawah
  1. Namakan 3 produk Elite Edgy EFX 
  2. Nyatakan warna produk - produk Elite Edgy EFX 
  3. Tips penjagaan atau pengayaan rambut korang sendiri ? (ikut kreativiti) Contoh :'Kalau ditanya penjagaan rambut saya, elakkan daripada mencampur pelbagai produk rambut kerana ianya akan merosakkan rambut'

  • Post gambar korang beserta jawapan diatas di facebook, instagram ataupun Blog.
  • Follow @EliteEdgyEFX  dan @khaiartzfar di Instagram dan facebook 

Facebook

https://www.facebook.com/EliteEdgyEFX
https://www.facebook.com/khai.artzfar

Instagram
http://instagram.com/eliteedgyefx
http://instagram.com/khaiartzfar
  • Jangan lupa tag kami di  instagram dan facebook  menggunakan EliteEdgyEFX #EliteEdgyEFXContest  #BBPContest 
Peringatan ! 
  • Contest ini akan tamat pada 2 Oktober 2014 
  • Pemenang akan diumumkan pada 6 Oktober 2014
  •  Kepada blogger yang ingin buat blogpost pastikan korang backlink entry korang ke Blog Budak Pacak 
  •  Kepada pembaca semua, pastikan akaun Instagram korang tidak 'private' untuk memudahkan kami memilih para pemenang 

Apa yang menanti para pemenang ? 

5 orang pemenang yang bertuah bakal memenangi hadiah eksklusif dari Elite Edgy EFX ! 

Jadi kepada lelaki diluar sana, Budak Pacak cabar korang untuk sahut cabaran ini. Mana tahu korang antara yang bertuah ? Goodluck kepada semua ! 

Terima kasih  Elite Edgy EFX !

p /s : Sebarang pertanyaan boleh ajukan disini atau di facebooj 
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 

Biar betul Putrajaya diselubungi Magik ? Okay ini betul tak tipu punya ! Pada 12 sehingga 15 September yang lalu Putrajaya diselubungi Magik dari seluruh dunia yang telah berpusat di PICC , Putrajaya. 



Sepanjang 4 hari 3 malam yang lalu, PICC telah menjadi medan bagi pakar silap mata seluruh dunia menunjukkan bakat masing - masing di dalam acara Magic Fest Putrajaya 2014 bagi meraih gelaran juara pakar silap mata dalam kategori mereka masing - masing.

Budak Pacak berkesempatan hadir pada malam gala tersebut, iaitu malam terakhir Magic Fest ini diadakan. Pada malam tersebut , pemenang Magic Fest pada tahun lalu turut dijemput membuat persembahan. 





Antaranya adalah Kenji Minemura (Jepun), Avery & Silva (Malaysia), Henning Nielson (Denmark), Viktor Voitko (Ukraine), Mike Chow (Taiwan) dan Ma Yan Yan (China).

kredit : PICC




Bukan senang untuk lihat magik di depan mata. Selain daripada pertandingan silap mata, bengkel dan demonstrasi silap mata turut dtunjukkan kepada pengunjung yang hadir. 

Budak Pacak difahamkan setiap malam, dewan PICC hampir full box dengan kehadiran para pengunjung. Ada yang datang jauh dari Taiwan dan sebagainya semata - mata ingin memberi sokongan kepada ahli silap mata negara masing - masing. 


Tahniah kepada penganjur kerana berjaya memberi impak yang besar kepada industri pelancongan negara. 


Kredit : Pena Berkala 

Jadi di kesempatan ini, Budak Pacak ingin rakamkan jutaan terima kasih kepada pihak PICC kerana menjemput Budak Pacak dan rakan - rakan ke acara yang hebat ini ! 

p /s : suka tengok filem Now You See Me 
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !

Ini adalah kali pertama Budak Pacak berkesempatan ke Malam Gala Inspitari 2014 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) . kalau tempoh hari acara berakit kali ini dijemput untuk melihat tarian tradisional setiap negeri di Malaysia 



Bertemakan Pencarian Tari Kreasi Baru , setiap negeri diminta mempersembahkan tarian daya cipta, kreativiti dan simbolik baru berasaskan imej dan identiti setiap negeri di Malaysia . 



Malam Gala Inspitari 2014 yang telah diadakan di Auditorium DBKL, Kuala Lumpur ini menyaksikan 16 Kumpulan Kesenian JKKN telah mengolah beberapa seni tarian yang diberi nafas baru seperti tarian 'Kiut & Kabbadi" , Tarian Rambong Krathong , Met Ketok,Ghemeh dan banyak lagi.






Siapa yang hadir malam tu mesti terpaku dengan setiap persembahan. Hebat dan meriah! Acara yang dicetuskan sejak tahun 2010 ini sentiasa mendapat tempat pada pengiat seni tari dan setiap tahun ada saja kelainan yang ditonjolkan. 




Bagi koreographer dan artis budaya setiap negeri, Inspitari adalah satu platform khusus untuk mereka menunjukkan idea dan bakat masing - masing. Program seumpama ini memang harus diadakan setiap  tahun. Yer la , kalau Gangnam style boleh mendominasi dunia dengan langkah tarinya, kenapa tidak Inspitari? 



Buat korang yang terlepas, jangan lupa untuk datang dan tengok sendiri pada Inspitari yang akan datang. Mesti korang teruja ! Terima kasih JKKN dan Destination Malaysia kerana sudi menjemput Budak Pacak dan rakan  - rakan yang lain ke malam gala ini. 

p /s : Seni kita, budaya kita.