July 12, 2015

#AABC ASEAN TRAVELER CONTEST !

#AABC ASEAN TRAVELER CONTEST |  Saya adalah calon terbaik bagi  AirAsia Asean Traveller’s  Pro-foodie kerana i'm a new born of Pro Foodie expert dan ini adalah aktiviti-aktiviti yang saya akan lakukan sebagai  Pro-foodie dengan AirAsia Asean Pass

 Jadi be prepared sebab Budak Pacak akan bawakan 1001 inspirasi makanan yang terbaik di seluruh Asean kepada korang yang sudah pasti akan meleleh to the max! 



Jika diberi peluang, Budak Pacak akan jadikan AirAsia Asean Pass ini sebagai satu platform seleksi makanan yang terbaik , yang pelik , yang sedap dan bermacam - macam lagi ! Untuk edisi AirAsia Asean Pass ini, Budak Pacak akan bawakan melalui 3 medium utama untuk korang keep connected dengan 

1. Instagram 
Watch out your stomach and madness ! Sebab Budak Pacak akan bawakan daily update mengenai dunia makanan yang terdapat di seluruh Asia. Dengan ini, korang bukan sahaja dapat cuci mata dengan makanan yang ada tetapi juga sebagai info untuk korang menjamu selera jika korang travel ke tempat yang Budak Pacak terokai! 



Haa! Kalau Bulan Ramadhan Budak Pacak dah bawakan 30 cadangan lokasi makan sempena dengan #JomBerbukaBBP . So why not to make it more interesting, this edition we come out with  #100AirAsiaAseanFood ! So korang boleh dapatkan 100 atau lebih  port dan jenis makanan di seluruh Asia. Bukankah ianya sangat cool ? 

2. Video Update / Vlog 

Untuk pengetahuan korang , sebelum ini Budak Pacak ada buat mini hos untuk beberapa vlog mengenai makanan. 








Untuk AirAsia Asean Pass ini Budak Pacak akan hos kan foodlog makanan - makanan yang ada. So mesti lagi menarik kan jika korang dapat tengok , dengar dan hayati sendiri bagaimana makanan - makanan Asia diperoleh ! 

3. Blogpost Update



Gambar sudah, video pun sudah. Tak cukup dengan itu Blog Budak Pacak akan bawakan pula blog post update secara keseluruhan dimana dalam entry ini bersama 

hashtag khas #AABCFoodgasm 



Budak Pacak akan ceritakan pengalaman Budak Pacak di pelbagai negara Asean dan juga menceritakan bagaimana makanan - makanan yang awesome disajikan ! So dekat sini juga korang boleh dapatkan tips yang lengkap untuk travel nanti 


Untuk itu Budak Pacak dah senaraikan negara - negara Asia  dan makanan yang akan Budak Pacak untuk berada dalam my Travel food bucket list


Brunei 


Nasi Katok 


 Mendapat nama hasil dari perkataan Ketuk  yang dahulunya pada zaman 1960 terdapat peniaga yang berniaga nasi lemak yang sangat terkenal hingga orang sering mengetuk pintu rumahnya untuk mendapatkan nasi ini 

Ambuyat 


Ambuyat merupakan makanan  tradisional kaum Bisaya di Sabah  dan di Brunei. Ambuyat berwarna  putih cair dan teksturnya seperti  gam.  Ambuyat menjadi hidangan  wajib ketika kenduri perkahwinan  dan ketika hari keramaian bagi  penduduk Bisaya. 


Indonesia 

Soto Betawi 


soto yang popular di daerah Jakarta. Campuran yang pelbagai dalam soto  ini pasti menambat hati setiap yang mencubanya ! 

Siomay 


Siomay adalah dumpling ikan yang dihidangkan bersama sos soya , tuna, sayuran dan juga bahan - bahan lain. Tengok pun dah terliur apatah lagi untuk mencubanya 

Kemboja / Cambodia 

Fish Amok 


Haa! Ini amok bukan sebarang amok. Tetapi ini adalah salah satu makanan yang wajib korang cuba jika berada di Kemboja atau Cambodia. Kalau nak tahu ini adalah isi ikan yang dimasak bersama kuah kari dan dikukus bersama - sama daun pisang. Confirm semerbak baunya 

Cha Houy Teuk 



Tengok pun dah menarik, belum cuba lagi.Dessert ini sangat terkenal di Kemboja , wajib cuba bila berada disini 


Thailand 

Tom Yam Kung 


Bercakap mengenai Thailand memang terkenal dengan Tom Yam ! Tapi tahukah korang rasanya sangat berlainan di Malaysia. Apa kata datang kesini dan mencuba Tom Yam Kung yang extra pedas dan sedap!

Pulut Mangga 


Pulut mangga yang asalnya dari Thailand ini pasti akan membuatkan setiap yang merasanya happy dengan tekstur lemak masin dari pulut, manis mangga dan juga santan

Vietnam

Pho 


Pho ataupun Bakso Vietnam adalah makanan kegemaran rakyat disini. Yang paling 'kick' adalah supnya ! Jadi for sure Pho is on my travel food bucket list 

Rice pancake 


Di Thailand terkenal dengan Nutella Pancake berlainan pula di Vietnam sebab di sini terkenal dengan Rice Pancake. Budak Pacak sempat buat research dan kebanyakkannya mengatakan ianya sangat berlemak dan rangup. Bunyi macam sedap kan ? 


Jadi itulah antara travel food bucketlist yang Budak Pacak harap dapat follow melalui AirAsia Asean Pass ini. Sebenarnya kalau ikutkan nak pergi ke semua negara Asean. Tengoklah pada rezeki, kalau ada Insyallah

Nak travel ke seluruh Asean ? Apa kata dapatkan info mengenai plan travel korang pada pautan link di bawah and start travel with AirAsia ! 





0 Budak Rambut Pacak Komen: