August 25, 2015

Pengalaman Mencandat Sotong | Hari Ketiga



Pengalaman Mencandat Sotong | Hari Ketiga |  Awal pagi kiteorang dah check out dari hotel yang cantik ini dan kembali ke bandar Kuala Terengganu untuk ke daerah seterusnya. Kali ini kiteorang akan ke Setiu bagi melihat dan mencuba pelbagai seni warisan negeri Terengganu 
 





Dalam jam 1 tengahari macam itu, kiteorang tiba di Pantai Peranginan Rhu 10, Setiu bagi menikmati jamuan tengahari yang sudah pastinya menghidangkan aneka makanan asli Terengganu . Kengkonon nak diet, kelaut juga bila tengok makanan yang sedap belaka








Perut dah kenyang bagai, kiteorang menuju pula ke Pekan Budaya Setiu. Haa kalau nak tahu dekat sini, terdapat pertunjukan gasing terbang, silat, pertandingan wau cantik. pertandingan gubahan buah dan tuala dan macam - macam lagilah. 




Sempat juga Budak Pacak merasa emping. Tengok macam biasa, tak berselera langsung. Tapi bila sorang makcik ni hulurkan suruh rasa. Hrmm, sedap pulak rasanya. Lemak masin gitu! 
 


Di sebelah petangnya pula, kiteorang bersedia untuk basah sebabnya untuk petang ini kiteorang akan mengutip kepah di Muara Kuala Baru.Kampung Mangkuk Setiu. Ini adalah pengalaman pertama Budak Pacak turun ke muara untuk mengutip kepah. Pada mulanya agak kekok untuk cari. Yer la dah terbayang dalam kepala takut kaki kena kepit dengan kepah







Bila dah biasa, mulalah seronok kesana sini cari kepah. Bila korang raba - raba dalam air, rasa berat je. Haa itu mungkin kepah, tapi banyak jugaklah terambil batu dan siput hahahaha..


Serius riuh rendah dengan suara peserta Pesta Mencandat Sotong Antarabangsa Terengganu. Rata - rata ini adalah pengalaman pertama. 

meet World Famous Travel Blogger


Bila dah selesai, badan pun dah penat bagai, kiteorang pun menuju ke Primula Hotel untuk menikmati jamuan makan malam sebelum balik berehat dan tidur. 





Esoknya aktiviti akan ada lagi best! Kalau korang nak tahu apa, nantikan update hari keempat ya ! 


Baca juga : 


Hari Pertama 


Hari Kedua 


Jutaan terima kasih

Gaya Travel Magazine

Instagram : www.instagram.com/gayatravel


Tourism Terengganu 

1 Budak Rambut Pacak Komen: