July 14, 2015

Pengalaman Mencandat Sotong Hari Pertama

Pengalaman Mencandat Sotong Hari Pertama | Alhamdulillah tahun ini, Budak Pacak sekali lagi berpeluang untuk menyertai Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu ataupun Terengganu International Squid Jigging Festival 2015




Kalau nak tahu, penyertaan tahun lepas yang melibatkan hampir 200 orang peserta terdiri daripada media dalam dan luar negara berjaya menjadikan acara ini sebagai satu acara yang menarik perhatian ramai. Pada tahun ini pula, ianya melibatkan 60 orang peserta dari dalam negara dan 60 orang peserta dari luar negara. Walaupun peserta tahun ni kurang sedikit berbanding tahun lepas, tetapi dengan pengisian aktiviti yang ada, ianya lagi havoc ! 



Untuk hari pertama , kiteorang bertolak dari Matic Kuala Lumpur pada jam 8 pagi dan sampai di bandar Kuala Terengganu pada jam 3 petang. Budak Pacak dan beberapa orang lagi rakan dari Projek Travel dan blogger - blogger lain dipecahkan kepada dua kumpulan mengikut hotel penginapan masing - masing iaitu Hotel Permai dan Hotel Duyung Marina & Resort . 






Budak Pacak menginap di Hotel Duyung Marina & Resort , haaa rezeki weh ! Tahun lepas bila tengok hotel ni, memang teringin giler sebab hotel ni cantik gilos ! Sebelum ni Hotel Duyung Marina & Resort dikenali sebagai Riyaz Heritage. Jadi memang dah terkenal lah hotel ni





So far, 1st day tak ada apa sangat aktiviti menarik cuma ketibaan para media dan juga briefing mengenai perjalanan aktiviti - aktiviti yang bakal dijalankan. Selain dari aktiviti mencandat sotong, antara aktiviti lain yang menanti kiteorang adalah snorkeling , mengutip kepah , permainan rakyat dan banyak lagi ! Memang tak sabar gilos 



Jadi kepada korang semua, keep update dengan social media update #SquidJiggingTGG untuk mengetahui perkembangan dan melihat sendiri kemeriahan Terengganu International Squid Jigging Festival 2015


Terima kasih Tourism Terengganu dan Gaya Travel Magazine kerana sudi menjemput Budak Pacak dan Team Projek Travel
Nantikan Pengalaman Mencandat Sotong Hari Kedua 

1 Budak Rambut Pacak Komen:

Sizzling Suzai said...

bucket list ni candat sotong! tp xau camne nk join sbb xd family ke yg tgl area sna lol