August 01, 2015

Selangor Culinary Adventures Part 1

Selangor Culinary Adventures Part 1 | Sebenarnya bila dapat jemputan dari Pihak Gaya Travel , cepat – cepat Budak Pacak update, check calendar bagai takut ada clashing event  lain dengan jemputan Gaya Travel. Bukannya apa, sebab kalau pengalaman trip Gaya Travel yang pernah Budak Pacak join semuanya best gilos! So rugilah kalau tak dapat join program Selangor Culinary Adventures, Eat – Travel – Write (ETW)




Kalau korang nak tahu, program ni dah macam back to back dari Festival Candat Sotong Antarabangsa  Terengganu haritu. Selang beberapa hari dah join event ini pulak. Menariknya, kawan – kawan blogger dari negara lain seperti Korea ,Kanada , Amerika turut join event ini. So expectation memang meriah!





MaTiC Kuala Lumpur menjadi lokasi tempat kiteorang berkumpul. Setelah dengar briefing bagai, kiteorang menuju ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam Selangor untuk sesi flag off dan seterusnya ke Kuala Selangor bagi memulakan pengembaraan ETW





Di Kuala Selangor, kiteorang telah singgah dan melawat Bukit Melawati dimana disini terdapatnya 1001 sejarah dan juga peninggalan kesan dari penempatan awal terdahulu. Sebagai info, disinilah bermulanya pembukaan dan juga tapak pertama Negeri Selangor. 

 Dekat sini bukan setakat peninggalan sejarah. Kawasan Flora dan fauna juga dikawal rapi. So kalau korang nak tengok monyet pelbagai spesis seperti monyet ekor panjang boleh datang kesini. Semuanya jinak – jinak!







Menaiki Tram yang disediakan, kiteorang menuju ke kawasan berhampiran untuk melihat sendiri pembuatan bahulu kemboja. 



Bukan setakat bahulu kemboja je ada dekat sini, demonstrasi membuat kuih kacang merah, putu mayum dan lain – lain turut diadakan.Pendek kata kuih traditional semua kaum ada dekat sini. Sempat la juga belajar tips nak buat kuih ni


Demonstrasi sudah, sekarang tibalah masa untuk tugas kiteorang. Disebabkan program ini bertemakan makanan, so memang pengisiannya penuh dengan makan! Untuk task pertama, kiteorang dikehendaki mencari makanan dan makan makanan yang terkenal disini.


Puas jugak pusing – pusing cari kedai dan restoran yang menjual makanan asli disini. Last – last kiteorang dari Projek Travel makana di satu kedai yang nampak macam klasik. Dekat sini, kiteorang mencuba Pisang Kayu Manis, Pulut Ayam dan juga Cendol ! Haa tak tahulah ini makanan asli dekat sini, tapi nampak macam ala – ala klasik je makanan dia , so order je la hahahaa



Seterusnya,tibalah masa untuk kiteorang check in. Untuk hari dan malam pertama ini, kiteorang menginap di The Kabin, Kuala Selangor. Dah lama sebenarnya Budak Pacak teringin nak datang dan merasai sendiri pengalaman menginap di The Kabin. Mana tidaknya, The Kabin ini mempunyai tarikan dan keunikannya tersendiri.








Walaupun di dalamnya seperti hotel – hotel lain tetapi landskapnya di dalam sangat menarik hingga membuatkan orang sering berkunjung ke sini. Apa yang menariknya?  Haa , kalau nak tau kesemua bilik disini adalah di dalam kontena yang direka khas menjadi hotel ! Menarik kan ? Siapa sangka sebuah kontena terbiar boleh menjadi hotel yang begitu menarik dan selesa.

Dari segi pemerhatian dan pengalaman Budak Pacak menginap di sini, boleh dikatakan The Kabin sangat sesuai untuk korang yang datang berkumpulan. Didalamnya boleh memuatkan 6 orang di dalam satu masa dan tersedia dua tandas dan bilik mandi. Sangat selesa!  Kemudahan dekat sini pula ada kolam renang , kafe , kemudahan berbasikal, bbq dan banyak lagi. Bersebelahan The Kabin juga ada pantai. So untuk korang yang nak jalankan aktiviti dalam kumpulan memang highly recommend!



Masih lagi di The Kabin, untuk task seterusnya, kiteorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Untuk kumpulan Kau Ade ?  terdiri dari Budak Pacak, Mawardi Yunus dan Eazy Izzudin . Hahaha jangan ditanya kenapa dan siapa yang bagi idea nama tu. Sebab nama tu bawa luck dekat kiteorang okay ? Kalau nak tau korang kena baca sampai habis LOL



Untuk task ini, kiteorang dikehendaki memasak Tiram dengan menggunakan nenas sebagai bahan utama. Sebelum itu, untuk memasak kiteorang dikehendaki mencari bahan – bahan memasak yang telah disembunyikan di sekitar The Kabin menggunakan aplikasi yang telah ditetapkan khas dalam ETW kali ini. Bertempiaran laa lari mencari bahan – bahan. Serius kelakar time ni!


Dah dapat bahan, tibalah masa untuk memasak. Nak masak satu hal, nak bukak tiram tu satu hal. Punyalah susah weh. Salah teknik memang tak dapat bukak sampai habis. Ada yang terluka tangan, ada yang hempas tiram dan ada juga yang meminta simpati chef untuk tolong buka.


Kiteorang pun masaklah menggunakan bahan – bahan yang tersedia. To be honest, Budak Pacak tak makan tiram, so main masak je. Tiba time judgement, semua nervous bila chef dah mula rasa satu persatu makanan yang disediakan. Luckily kiteorang masak chef suka . hahaahah men power guys !

Aktiviti seterusnya pada sebelah malam , antara aktiviti yang mengujakan buat kiteorang. Bukan setakat blogger antarabangsa, blogger yang Malaysia ni pun excited haa. Sebabnya adalah kiteorang ke Kampung Kuantan , Kuala Selangor untuk melihat kelip – kelip secara dekat.


Kelip – kelip ni bukan seekor ye tetapi berpuluhan ribu terdapat disini yang sememangnya sangat terkenal. Untuk ke sini korang boleh sewa satu sampan berharga RM40 bersama seorang pengemudi. Kemudian beliau akan bawa korang pergi ke kawasan yang penuh dengan kelip – kelip. Untuk mengekalkan habitat serangga ini, segala jenis pencahayaan elektronik langsung tidak dibenarkan




Datang ke sini, tengok dan hayati sendiri keindahan kelip – kelip ini. Satu pengalaman terindah yang Budak Pacak tidak akan lupakan. Budak Pacak difahamkan tempat ini dibuka setiap hari termasuk musim perayaan dan menariknya lagi setiap hari sentiasa ada pengunjung dan kelip – kelip ini juga sentiasa ada disini untk menyambut korang .




Dah penat main aktiviti, it’s time for our reward. Pada malam tersebut, sajian BBQ fresh tersedia untuk kiteorang sambil diiringi persembahan  dari pemuzik tradisional yang dijemput khas.Terima kasih banyak –banyak sebab sudi  sediakan pelbagai kemudahan dan aktiviti yang menarik untuk kiteorang !



Jangan lupa untuk ikuti kisah hari kedua di next blogpost! Lagi banyak cerita menarik menanti

Terima Kasih kepada

Gaya Travel Magazine


Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN ) Selangor 

1 Budak Rambut Pacak Komen:

Riza Afzan said...

wah,menariknya..x sangka pulak ada tempat best camtu kat sana