August 23, 2015

Selangor Culinary Adventures Part 2





Ubah kualiti ke HD ya untuk kualiti yang lebih bagus 

Selangor Culinary Adventures Part 2 |  Awal - awal pagi lagi kiteorang dah check out dari The Kabin nak menuju ke Homestay Sungai Sireh untuk bersarapan dan meneruskan aktiviti disana. 


Expectation Budak Pacak bila disajikan sarapan be like Nasi Lemak, Kuih sepotong dua and Teh O. Tapi sampai saja disana mak aih terkejut kot. Tertanya ni lunch ke Sarapan negeri mana nih 

Haa kalau nak tahu sarapan kiteorang pagi itu adalah 

  • Ubi Goreng
  • Pisang Goreng
  • Sambal Pedas Kicap
  • Ikan Goreng Tepung
  • Bihun Goreng Telur Mata
  • Kuih Muih
  • Air Rocoh 


Haa pernah dengar Air Rocoh Budak Pacak difahamkan ini adalah minuman dari Jawa. Korang yang jawa tu mesti tahu kot. Sirap Bandung yang telah dicampur bersama tapai dan diminum begitu sahaja. Nampak pelik tapi sedap weh. Bergelas - gelas Budak Pacak tambah. First time cuba 




Perut dah kenyang tibalah masa untuk lakukan tugasan. Untuk tugasan kali ini kiteorang menaiki tram. Haa bukan main Kampung Sungai Sireh ni siap ada tram khas lagi untuk pengunjung








Tugasan kali ini, kiteorang dikehendaki membuat rempeyek. Sebelum ni tahu makan je tak tahu la pulak macam mana nak buat rempeyek. Bahan yang diperlukan adalah tepung gandum, sedikit kapur, jintan manis, kacang, garam , telur dan minyak untuk menggoreng. 






Nampak macam senang je, tapi salah sukatan dan teknik menggoreng tak jadi tahu. Punyalah teliti buat semata - mata nak tarik hati juri. At last, its worth 








Seterusnya kiteorang bergerak ke The House of Ah Ma Sekinchan dimana dahulunya disini adalah rumah keluarga pengusaha kuih Kapit atau Love Letter. Ah Ma dalam bahasa mandarin bermaksud rumah nenek. 







Menariknya di sini, bukan setakat mengusahakan kuih kapit tau, sekali lagi disini kiteorang menaiki Tram untuk berjalan - jalan melihat jelapang padi yang sedang menguning. Haa Tram bukan sekadar Tram ye, ini adalah Tram yang telah dihias antik. Memang best gilos 




Sempat juga kiteorang singgah ke Kilang mengusahakan beras dan juga beberapa tempat sekitar sini. Turut sama pada petang itu adalah Adun Sekinchan YB Ng Suee Lim. Memang gamatlah petang tu. 

Sebabnya selepas tu , kiteorang ke Pantai Redang , Sekinchan. haa jangan ingat Terengganu je ada Pulau Redang, Selangor pun ada. Di Pantai Redang. task kiteorang seterusnya adalah bermain layang - layang. Pemenang ditentukan berdasarkan layang - layang yang terbang paling tinggi. 





Serious best. Dah lama tak main layang - layang kena pulak tepi pantai, memang layan. Dua tahun lepas masa Budak Pacak datang ke sini, sunyi sepi tak ada apa langsung. Tak sangka dah banyak kemajuan dan perkembangan disini, Highly recommend untuk korang bawa keluarga datang ke sini beriadah. 







Badan dah penat bagai, time to rest. Untuk malam ini kiteorang bermalam di A+ Boutique Hotel dan makan malam di Restoran Sekinchan Ikan Bakar yang terkenal ini. Aktiviti best, makanan sedap, hotel selesa , happy day 


Ubah kualiti ke HD ya untuk kualiti yang lebih bagus 

Nantikan Part 3 ya 

0 Budak Rambut Pacak Komen: