December 26, 2015

Cara Mudah Untuk Bayar Zakat

Cara Mudah Untuk Bayar Zakat | Assalamualaikum semua ! Budak Pacak ada terbaca mengenai Cara Mudah Untuk Bayar Zakat di laman web Pusat Pungutan Zakat ( PPZ ) bagi cawangan Wilayah Kuala Lumpur Putrajaya dan Labuan. Selama ini, Budak Pacak fikir kena jumpa orang tertentu je untuk bayar zakat ni. Rupanya kini ada cara mudah untuk bayar zakat. So di kesempatan ini Budak Pacak nak share mengenai cara mudah untuk bayar zakat. Yer la , zakat kan dituntut dan merupakan salah satu rukun Islam. 



Sebagai info, nah Budak Pacak senaraikan syarat untuk berzakat 


Sekarang ni, ada 10  cara mudah untuk bayar zakat antaranya adalah seperti 

  • Kaunter Pusat Pungutan Zakat (Klik SINI ) untuk ketahui PPZ yang terdekat 
  • Potongan Gaji 
  • http://www.zakat.com.my/ 
  • Perbankan Internet 
  • Kaunter Bank
  • Pejabat Pos
  •  MyEg
  • Ejen Kutipan Zakat ( juga terdapat kaunter van bergerak sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya ) 
  • Kad Kredit Islamik 
  • i-Zakat ( Boleh download di Google Play dan Apps Store )

Kalau ditanya Budak Pacak, better online lagi atau buat potongan gaji. Sebabnya korang tak payah susah - susah untuk 
  • Tidak lagi perlu bersesak-sesak di kaunter zakat
  • Urus kewangan bulanan  dengan bijak.
  • Tunaikan zakat secara potongan gaji
  • .Setiap bayaran zakat bulanan  melalui potongan gaji akan diselaraskan dengan Potongan Cukai Berjadual(PCB).
  • 24 jam 
  • rekod bayaran terjamin '

Kemanakah duit zakat ini pergi ? Jangan risau di PPZ semuanya selamat dan terjamin kerana setiap zakat yang diberikan akan diberi pada  golongan-golongan yang memerlukan bantuan - 8 Asnaf ( penerima zakat ) melalui 28 skim bantuan bersifat jangka masa panjang dan pendek 



Jadi buat korang yang dah baca ni, ada rezeki lebih sikit tu, apa kata kita berzakat? Sekarang pun dah mudah untuk berzakat. Insyallah dengan berzakat, rezeki kita akan lebih diberkati oleh -Nya 


Untuk maklumat lanjut mengenai Zakat ,layari 
talian zakat : 1300 88 5757

2 Budak Rambut Pacak Komen:

Uncle Zuan said...

tiada alasan lagi untuk tak sempat bayar zakat

✿ Ina Ainaa ✿ said...

Alhamdulillah, dipermudahkan kita semua utk membayar zakat....