Total Pageviews

Jom Cari Kerja Di QWORK

Zaman sekarang nak cari kerja punyalah susah. Kadang - kadang dari segi akademik tak akan menentukan kerjaya korang pada masa akan datang. Yang ini aku cakap berdasarkan pengalaman aku sendiri. 




Jadi bila pergi dengar taklimat sebuah portal untuk mencari kerja, QWORK rasa macam peluang untuk mencari kerja tu lebih besar. Manakan tidak, jika sebelum ini kita hanya mendengar sewaktu interview atau hebahan kebanyakannya nak mencari yang sudah berpengalaman




Dengan QWORK, akademik dan pengalaman turut dipentingkan. Namun begitu, salah satu aspek yang mereka tonjolkan adalah skill yang terdapat pada calon yang ingin mencari kerja. Jadi kepada majikan yang ingin mencari pekerja, QWORK akan highlight kan kepada majikan yang individu di bawah mereka diperakui mempunyai skill yang diperolehi mereka masing - masing 




Macam mana QWORK berfungsi? Aku pasti korang pernah apply kerja dekat laman web yang lain.Basically, dia sama je - portal untuk menyuai padankan pekerjaan . Namun menyedari akan kekangan yang dihadapi masa kini , QWORK telah menemui jalan pintas dengan mewujudkan beberapa fungsi yang sangat friendly. Antara nya adalah 




- Daftar di qwork.my dengan secara percuma. Majikan yang ingin mencari pekerja, mereka hanya perlu menaip kemahiran yang diperlukan dan mungkin korang adalah salah seorang mereka yang bertuah


-  Jika korang mempunyai prestasi yang baik, korang akan dapat 'review' yang terbaik anda dari majikan yang lepas di platform QWORK. Review ini penting bagi  majikan yang ingin cari pekerja yang terbaik. Jadi jika mereka inginkan yang berpengalaman, of course review ini membantu! 


- Interview secara maya! Dengan QWORK mereka turut memudahkan kedua - dua pihak dengan interview secara maya. Korang just hantar video pengenalan korang di platform ini, dan majikan akan tengok  video korang dan mungkin korang akan diambil bekerja. Mudah untuk kedua - dua pihak !


- Korang lulusan A? Tapi nak kerja di bahagian B? boleh je sebab itulah skill diperlukan dan QWORK akan membantu korang



Cumanya di QWORK ini, korang kena ingat walaupun korang dah pernah kerja di pelbagai tempat, tetapi jika tidak ada pengakuan atau approval dari majikan sebelum korang akan tetap dikira sebagai newbie yang ingin mencari pekerjaan 




So kalau korang dah daftar di QWORK, dan korang banyak dapat job dari portal ini, level korang akan naik dari Renown ke ACE. so senang lah kalau nak demand gaji kan



Selain itu, ada juga QUBE, projek yang akan ada di dalam QWORK. Ianya direka khas untuk memperkasakan kemahiran dan bimbingan kerjaya sosio-remaja untuk pusat pembangunan Remaja. Program 'Get-Skilled-Get-Employed' akan dibantu oleh QWORK untuk menyediakan resume korang sebelum diserahkan kepada mana-mana organisasi yang berkaitan.



Secara keseluruhan, aku rasa QWORK ini bermanfaat untuk membantu korang di luar sana mencari pekerjaan dengan mudah especially untuk Gen Y. Aku nak cakap details pun tak boleh sebab masih baru dengan portal ini.For sure aku akan give a try! Mana tau rezeki kan? Jom cari kerja di QWORK



Website: www.qwork.my
Facebook: Qwork Malaysia
Instagram: @qwork.my
Twitter: @QworkMY

2 comments:

Dillaleez said...

Memang bagus platform Qwork ni...Dila dah juga share dengan kawan2 yang masih mencari kerja... hihihi... thank you for sharing Khai Budak pacak...

Dillaleez said...

Memang bagus platform Qwork ni...Dila dah juga share dengan kawan2 yang masih mencari kerja... hihihi... thank you for sharing khai budak pacak :)